
Tonyoh tomato gula tiap pagi dan malam, nak cantik kena lah rajin! Ini salah satu tip cantik yang sangat berkesan untuk anda yang ada masalah kulit.
Kebaikan menggunakan tomato gula ini boleh cerahkan kulit dan kecilkan liang pori yang terbuka.
Malah anda yang ada masalah kulit terbakar disebabkan berjemur tengah panas pun boleh amal tip ini. Sangat membantu sembuhkan kulit yang bermasalah. Dia macam skrub lah, dapat hilangkan sel kulit mati juga.
Tonyoh Tomato Gula
Bahannya cuma perlukan sebiji tomato dan gula.
Mula-mula basuh muka dengan air suam. Kemudian anda belah tomato tu kepada dua bahagian, jadi boleh guna 1 pagi, 1 malam.
Ambil tomato tu tekap permukaan kat gula, pastu gosok dan sental muka anda. Haa.. jangan sental kuat sangat, ikut tahap tahan sakit anda sendiri. Konsep dia, sendiri tonyoh dan sendiri rasa. Jangan sampai luka pula.
Anda boleh biarkan 5 minit, lepas itu bilas dengan air. Selepas itu keringkan dengan tuala besih.
Siap! Senang sangat, bukan? Kalau setakat guna bahan alami macam ini, anda boleh buat selalu. Tak payah keluar duit beli produk mahal-mahal yang belum tentu selamat.
Selamat bercantik-cantik, semua.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Yana Samsudin Pesan, “Jangan Biasakan Mekap Muka Kalau Tak Nak…”

Isi Kandungan
ToggleCerita tentang kecantikan, pelakon wanita, Yana Samsudin ada kongsikan tip cantik dan sempat tinggalkan pesanan ‘manis’ buat anda yang jenis suka bermekap.
Terserlah aura seorang ibu, Yana sebenarnya mengelakkan diri daripada melakukan solekan tiap hari. Nak tahu kenapa? Jom kita selongkar…
Yana Samsudin Pesan, “Jangan Biasakan Mekap Muka Kalau Tak Nak…”
Haa.. Pasti anda tertanya-tanyakan? Apakah satu perkara yang perlu dielakkan menurut Yana tu?
Jelas Yana, muka akan lebih ketara kelihatan kusam sekiranya anda kerap menggunakan solekan yang tebal untuk menatarias wajah setiap hari.
Memanglah solekan akan naikkan seri tetapi jika selalu sangat mekap nanti wajah akan hilang aura ‘wow’ itu waktu membawa wajah ‘bogel’.
“Kalau nak bersolek, pastikan tak bersolek setiap hari. Sebab orang yang dah selalu make-up setiap hari ni, bila tak pakai make-up, orang akan nampak muka anda automatik kusam dan tiada seri (dull).
@yanasamsudinxx Alaaaa sian diaa ada dark spot🥲 Yana terbaca komen ni, tanya cemana nak hilangkan darkspot so yana suggest Anti Dark Spot No.1 di dunia – NIVEA Luminous630 🤗 Inovasi berobosan dari Germany nih tau.. 10 kali lagi effective dan tidak merosakkan kulit.. Korang pakai sekarang, 2 minggu je terus boleh nampak kesannya🥰 best kann hikhik… korang ader masalah bintik hitam ke idok?? ✨Beli any NIVEA Luminous630 produk daripada Watson dengan promo code L630PC04] dan korang akan dapat diskaun serta RM10 rebate! Korang boleh beli dengan menggunakan my lazada link : http://bitly.ws/xfk6 @mynivea #m#myNIVEAN#NIVEALuminous630 ♬ Cool / Deep House_No408_3 – table_1
“Tapi kalau anda tak nak muka kusam, gunalah Nivea Luminous 630, sebab dia mencerahkan dari dalam,” katanya sambil berseloroh mempromosikan produk, sebagai duta Nivea.
Tapi Kalau Suka Mekap, Ikut Cara Ini
Selain itu, Yana juga mengingatkan hijabi di luar sana agar memastikan wajah dicuci dengan sebersih-bersihnya setelah mengenakan solekan untuk mengelakkan berlaku masalah kulit yang tidak diingin seperti jerawat atau breakout.
Ini kerana umum sedia maklum bahawa setiap alat solekan mengandungi kimia yang tidak baik untuk kulit wajah. Jika tidak dibersihkan sebaiknya.
“Bila anda make up, anda mesti remove make up tu bersih-bersih.
“Lepas tu jangan lupa anda kena gua skincare yang lengkap. Maksudnya kena ada pencuci. Lepas pencuci kena ada Toner, Serum dan Cream. Skincare kena lengkap!,” ujarnya lagi.
Haa… selepas ini jangan lupa ikut petua cantik Yana Samsudin ini ya, pastikan rajin cuci muka dan mekap nipis-nipis sudah lah. Janji ada serinya. Paling penting jangan skip pakai skincare!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pernah ‘Down’ Diet Tak Jadi Sebab Nafsu Makan. Nekad Buat Skipping, Berat Turun Lebih Cepat!

Isi Kandungan
TogglePernah ‘Down’ Diet Tak Jadi Sebab Nafsu Makan. Nekad Buat Skipping, Berat Turun Lebih Cepat! Pelbagai cara dilakukan bagi seseorang itu berjaya menurunkan berat badan. Ada yang menggunakan ilmu diet diajar coach, cara eat clean ataupun kaedah intermittent fasting.
Namun bagi Nur Shafizaini dari Grup Diet Suku-Suku Separuh cukup berbangga kerana berjaya menurunkan berat badannya dengan cepat hanya dengan menggamalkan senaman tali skipping.
Artikel Lain: Lepas Empat Bulan Buat Bariatrik, Hasilnya Penampilan Melly Goeslaw Makin Cantik & Langsing
Bukan sekali dua tetapi empat kali dalam seminggu dan konsisten melakukannya. Ini merupakan salah satu kaedah paling cepat dan berkesan untuk turunkan berat badan.
Pernah ‘Down’ Diet Tak Jadi Sebab Nafsu Makan
.
Namun begitu menurunkan bukan itu sahaja, dia juga turut mengamalkan kaedah pemakanan diet suku-suku separuh bagi melenyapkan 12 kilogram selama hampir setahun.
Menurutnya pelbagai menu sihat yang disediakan sepanjang menjalani sesi DSSS. walaupun pada mulanya kurang ilmu tentang DSSS dan hanya tahu basic, tetapi tetap mencuba menyediakannya.
Tambahnya nak makan diet sihat tidak semestinya kena makanan yang mahal-mahal. Cukuplah sekadar makan apa yang ada dan kita mampu tetapi kurangkan kuantiti serta lebihkan buah dan sayuran.
Dia beruntung kerana badannya boleh menerima apa juga situasi makanan dimasak, tidak kiralah bakar, kukus atau stim. Turut mengurangkan gula dalam setiap pemakanan diambil.
Jika sebelum ini beratnya mencecah 72 kilogram dan setelah setahun melakukan keadah berkenaan, beratnya kini adalah 60 kilogram.
Artikel Lain: Kunyah 50 Kali Setiap Suapan. Rahsia Cantik & Badan Saiz Kerengga, Bintang Korea Han So Hee!
Nekad Buat Skipping, Berat Turun Lebih Cepat
Memulakan diet pada September tahun lalu dan hingga kini dia sudah berpuas hati dengan penurunan berkenaan.
Walaupun mulanya banyak dugaan terutama bab makanan, malah dirinya hampir down kerana rasa tidak boleh untuk meneruskan diet berkenaan.
Namun tetap tekad kerana mahu diri jadi lebih sihat dan nak jaga badan. Setelah betulkan diet barulah dia kembali on track.
Paling menggembirakan apabila berjaya menyarung semula baju kebaya yang dipakai ketika tahun 2017. Kebanyakan baju yang dulu size S dan M sudah boleh disarung kembali.
Antara Menu Yang Diamalkan Ketika Diet DSSS:
Artikel Lain: Berat Naik Mendadak Masa PKP, Terus Nekad Diet. Strict Jaga Makan & Rajin Ke Gym, Hasilnya Mantap!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Dua Kali Gugur, Uqasha Senrose Tak Tahu Pun Mengandung

Isi Kandungan
ToggleKisah pelakon, Uqasha Senrose menjadi tular di media sosial apabila ada segelintir individu yang menegur tentang kenaikan berat badannya. Malah ada juga yang membuat pelbagai spekulasi tentang fizikal pelakon wanita ini dan meninggalkan komen-komen negatif di Instagramnya.
Namun baru-baru ini, Uqasha mendedahkan dia sebenarnya pernah mengalami keguguran sebanyak dua kali sepanjang tiga tahun bergelar isteri kepada Kamal Adli.
Jelasnya, situasi itu berlaku semasa dia mengalami haid yang berpanjangan dan dia pula tidak tahu dirinya sedang berbadan dua.
“Dua kali saya gugur, rasa sebak pula bila cakap pasal ini. Mungkin bukan rezeki lagi. Pertama kali saya tak tahu saya mengandung semasa tunaikan umrah.”
Uqasha memberitahu dia mengalami haid berpanjangan tanpa henti namun menyangka ia adalah perubahan hormon selepas berkahwin. Dia kemudiannya didatangi haid berpanjangan sekali lagi semasa mengerjakan ibadah umrah bersama suami dan juga semasa Pilihan Raya Umum ke-15.
“Saya cakap dengan suami tentang masalah datang haid tak berhenti itu dan bimbang kalau-kalau ada masalah dalaman, saya hubungi doktor sakit puan dia suruh beli ujian kehamilan (UPT).”
Putuskan Untuk Jumpa Doktor
Pelakon itu kemudian membuat keputusan untuk berjumpa dengan doktor sebelum dimaklumkan bahawa kandungannya yang berusia dua bulan tidak dapat diselamatkan. Dalam masa yang sama, Uqasha juga perlu melalui pembedahan bagi membuang darah yang terkumpul di bahagian ovum.
“Bila buat ujian dapat dua garisan, kami terus pergi hospital kerana bimbang mengandung luar rahim tapi bila periksa anak dalam kandungan dah tak ada. Bila dapat tahu mengandung masa itu, tertanya-tanya kenapa tak jaga tapi Kamal bagi semangat kata tak apa kita cuba lagi.”
Walaupun sedih dengan apa yang berlaku, Uqasha memberitahu dia redha dengan ketentuan itu dan dia serta suami tidak merancang untuk memiliki anak buat masa ini. Tambahan pula pada ketika ini dia sedang sibuk bekerja dan menjalani penggambaran drama sebanyak 70 episod.
Wanita Yang Gugur, Kuatkan Semangat!
Sementara itu, ini nasihat daripada Dr Imelda Balchin buat anda yang mengalami keguguran.
Bila seorang wanita mengalami keguguran, jangan kata “Rahim awak tak kuat”
Kalau anda tak boleh memberi kata-kata yang menyejukkan hati wanita yang keguguran, baik DIAM. Kalau anda hanya boleh memberi kata-kata yang membimbangkan wanita yang keguguran, DIAM.
Jangan mencari kesalahan wanita yang keguguran. Jangan tuduh rahim wanita itu tidak kuat jika keguguran yang awal berlaku pada tiga bulan pertama kehamilan. Jika anda bukan doktor yang merawat wanita yang keguguran, anda DIAM.
Kalau tak boleh memberi wanita kata-kata yang memberi ‘empowerment’ ‘motivasi’ ‘semangat’, anda DIAM saja.
Untuk wanita yang telah mengalami keguguran awal, sebelum 14 minggu kehamilan. Tak payah beli produk cuci rahim, produk kesuburan, produk kuat rahim. Insyallah kebanyakan wanita yang hamil semula tidak ada masalah.
Dan bagi wanita yang pernah mengalami keguguran selepas 14 minggu kehamilan, anda juga tak perlu beli produk cuci rahim, produk kesuburan, produk kuat rahim. Untuk kehamilan yang berikutnya, sila jumpa pakar gynae pada 12 minggu kehamilan untuk pemeriksaan dan rawatan terbaik untuk mencegah keguguran atau kelahiran pramatang.
Kita mesti berfikiran positif dan berusaha dengan cara yang terbukti berkesan sebelum bertawakal, tetapi apa yang tidak perlu ialah kata-kata kesat yang mengguris hati wanita dan mencari kesalahan wanita yang mengalami keguguran.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI