Mekap bercapuk, kebanyakan wanita mengalami masalah yang sama bila bersolek dan berada seharian di luar. Sebenarnya, ada rahsia sendiri supaya solekan tahan lama yang ramai wanita tak tahu.

Kalau muka bercapuk, memang terus kebanyakan wanita hilang ‘mood’ mereka. Setelah berjam bersolek tapi hilang begitu je solekannya, siapa je tak sakit hati kan? Ada cara pakai solekan agar tahan lama, bukan sekadar memakai begitu sahaja. Ikuti perkongsian Rapi mengenai tip solekan tahan lama.

Tak Suka Mekap Bercapuk, Wajib Prep Wajah Macam Ini Dulu

Tak Suka Mekap Bercapuk, Wajib Prep Wajah Macam Ini Dulu

1. PASTIKAN RUTIN PENJAGAAN WAJAH LENGKAP

Penting untuk wanita merawat muka dengan mencucinya, ‘exfoliate’ dan juga memakai pelembap sebelum mula bersolek. Ini kerana berdasarkan jurusolek profesional, tip solekan tahan lama adalah 70% datang daripada persediaan dan kondisi muka sebelum disolek. 30% lagi datang daripada aplikasi solekan itu sendiri.

Penjagaan kulit amat penting sebelum anda mula bersolek. Anda perlu cuci muka sebanyak 2 kali sehari. Jangan langkau rutin asas penjagaan muka seperti pelembap dan juga pelindung matahari. Malah, bagus untuk kulit muka jika anda lakukan ‘exfoliation’ selama 2 kali seminggu.

Bukan sahaja penjagaan kulit menggunakan produk, anda juga boleh minum air dalam kuantiti banyak dan juga mengamalkan pemakanan sihat supaya dapat kulit yang licin secara alami.

IKLAN

2. PILIH FOUNDATION YANG BETUL

Penting untuk anda menggunakan ‘foundation’ yang warnanya sama dengan kulit muka supaya tidak kelihatan bercapuk nanti. Ketika membeli alatan solek, anda perlu memilih formulasi bebas minyak supaya ia tidak akan membuatkan solekan di muka nampak bercapuk. Malah, ‘foundation’ jenis ini juga selalunya lebih ringan berbanding yang lain.

Bagi yang mempunyai kulit kering, anda boleh mencari produk yang mengandungi asid hialuronik untuk memastikan wajah sentiasa hidrat.

Selain itu:  Wajah Dato’ Sheila Majid Tak Makan Dek Usia, Inilah Amalannya

Tak Suka Mekap Bercapuk, Wajib Prep Wajah Macam Ini Dulu

3. GUNA PRIMER

Penggunaan primer sebelum solekan adalah sangat penting. Ini kerana primer dapat buatkan pori wajah nampak lebih kecil.

IKLAN

Primer juga berfungsi membetulkan rona kulit tidak sekata dan memastikan permukaan kulit rata, sesuai untuk pemakaian solekan.

Satu tip buat wanita adalah anda boleh menggunakan primer yang berbeza untuk serlahkan solekan pada kawasan wajah yang berlainan. Sebagai contoh, guna primer mata untuk memastikan pembayang mata lebih jelas.

4. PAKAI SOLEKAN DENGAN NIPIS

Sebenarnya rahsia solekan tahan lama bukanlah pada kuantiti yang banyak, namun ini terletak pada teknik anda mengaplikasikannya.

IKLAN

Sebagai contoh, jika anda memakai ‘foundation’, pastikan aplikasikan dengan nipis. Tunggu kering dahulu sebelum tambah lapisan yang kedua. Untuk menamatkan penggunakan ‘foundation’, anda boleh memakai bedak untuk memastikan solekan tahan sepanjang hari.

Tak Suka Mekap Bercapuk, Wajib Prep Wajah Macam Ini Dulu

5. SPRAY SOLEKAN TAHAN LAMA

Langkah yang terakhir adalah ‘spray’ solekan tahan lama. ‘Setting spray’ akan memastikan solekan anda tidak bergerak malah sukar tertanggal. Selain itu, cara ini juga bertindak membuatkan kulit nampak lebih ‘glowing’

Hah, jangan sentuh muka dengan tangan kerana ada banyak kotoran, minyak dan bakteria yang melekat pada kawasan itu. Jadi, kalau nak cegah jerawat, jangan sesekali sentuh muka menggunakan tangan.

Selamat Mencuba!

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI