SofeaRose pilih KTM jalin kerjasama, unsur kemerdekaan mewarnai helaian hijab terbaru. Fesyen dan dunia kecantikan itu saling berkait rapat. Semua wanita pastinya mahu tampil bergaya jika sesuai dengan padanan fesyen dan solekan.
Sudah menjadi impian setiap wanita agar apa sahaja fesyen yang digayakan kena dengan penampilan mahupun apa juga situasi.
Pilihan fesyen yang bertemakan Merdeka juga tidak kurang hebatnya digayakan wanita masa kini.
Ada sahaja fesyen yang boleh dijadikan tema Merdeka dan Hari Malaysia asalkan kena dengan gaya.
Sejajar dengan fesyen dan Kemerdekaan, buat pertama kali di dalam sejarah industri fesyen tempatan, SofeaRose secara eksklusif melancarkan koleksi hijab terbaharu, The Nirmala Series sempena bulan Kemerdekaan ke-65 hasil kolaborasi bersama Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).
Ads
Mempertaruhkan tiga koleksi hijab dan aksesori berupa totebag, magnetic pin, lanyard serta twilly, kolaborasi ini turut mencipta sejarah di dalam industri fesyen Tanah Air secara amnya apabila menjadi jenama pertama mengadakan Fashion Show SofeaRose X KTMB berlatarbelakangkan gerabak kereta api.
Setiap motif dan elemen yang ada pada Nirmala Series diinspirasikan oleh unsur Kemerdekaan dan KTMB iaitu kereta api, ekstrak bunga dan mercu tanda Malaysia. Setiap mainan warna juga membawa simbolik klasik dan keamanan.
Tampil dengan material Celine Matte Satin, Premium Chiffon dan pastinya Premium Cotton Voile khas buat pencinta hijab jenis bawal yang sinonim dengan citarasa mewah.
Ads
Mewarnai Helaian Hijab Terbaru
Tetap mengekalkan identiti SofeaRose iaitu hijab patuh syariah yang berukuran lebar, sebanyak 18 warna dipertaruhkan untuk rangkaian Long Shawl dan Square Scarf.
Setiap set akan hadir bersama hard covered box. Koleksi khas Merdeka SofeaRose X KTMB ini mempunyai element ren dan stesen kereta api yang menjadikan koleksi ini istimewa untuk dimiliki. Miliki hijab SofeaRose dengan mendapatkannya di butik atau secara online.
Sukan Olimpik 2020 semakin menghampiri penghujungnya. Dan sehingga hari ini Malaysia baru memungut 1 pingat iaitu gangsa melalui sukan badminton.
Tahukah kita semua, Jepun negara yang terkenal dengan inovasi dan teknologi telah menghasilkan pingat kali ini dengan menggunakan banan kitar semula, iaitu dari telefon lama.
Tular sebuah video baru-baru ini di TikTok apabila seorang wanita berkongsi bahan-bahan yang digunakan untuk membuat pingat tersebut mencuri tumpuan netizen.
Menerusi video tersebut, seorang wanita berkongsi fakta mengenai pembuatan pingat yang dihasilkan oleh jawatankuasa Tokyo.
Dia menjelaskan bahawa lebih 6 juta telefon bimbit digunakan untuk pembuatan pingat Olimpik sehingga mereka boleh menghasilkan 5,000 pingat.
Mereka juga mengambil masa dua tahun untuk menghasilkan pingat-pingat tersebut yang terdiri daripada pingat emas, perak dan gangsa.
Difahamkan penghasilan tersebut adalah kerana pihak penganjur ingin menjaga ekosistem mereka sebaik mungkin.
Malah, mereka juga ada memuat naik status di laman Twitter untuk mengingatkan para atlet untuk tidak menggigitnya.
Sementara itu dalam satu perkongsian wanita ini Zunita Ramli di laman twitter juga turut apa lagi yang menarik di sebalik teknologi Jepun sepanjang Sukan Olimpik ini.
Dulu ketika kecil, pastinya kita pernah mengalami beguk di bahagian leher dan selalunya hanya gunakan petua lama dengan meletakkan nila untuk memastikan bengkak surut.
Beguk juga boleh berjangkit kepada orang lain dengan cepat. Malah beberapa tahun lalu viral apabila ada sekolah terpaksa ditutup bagi memutuskan rangkaian jangkitan beguk ini.
Justeru bagi merungkai permasalah mengenai beguk, dalam sat temubual bersama Sinar Plus, Pegawai Perubatan Telinga, Hidung dan Tekak, Persatuan Alumni Perubatan Universiti Teknologi Mara Malaysia, Dr Nur Islam Zahari menjelaskan secara terperinci.
Dr Nur Islam menjelaskan, beguk merupakan satu infeksi virus dikenali sebagai paramyxovirus. Ia menyerang kelenjar air liur (salivary gland) yang terletak berhampiran dengan telinga atau disebut sebagai parotid pada bahagian pipi.
Jangan sesekali kita melihat beguk merupakan satu penyakit biasa.
Berdasarkan informasi yang dikongsikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), setakat 20 Oktober 2018, sebanyak 75 kluster beguk telah dilaporkan di seluruh Malaysia, berbanding 64 kluster pada tahun sebelumnya.
Daripada 75 kluster, sebanyak 59 kluster (78.7 peratus) berlaku di sekolah.
Mudah Berjangkit
Berdasarkan maklumat tersebut, Dr Nur Islam berkata, beguk memang merupakan satu penyakit yang sangat mudah berjangkit daripada satu individu kepada individu lain.
“Beguk boleh tersebar kepada sesiapa sahaja melalui udara, antaranya melalui percakapan,“ ujarnya.
Selain itu, ia juga boleh merebak melalui titisan air yang terhasil ketika seseorang itu bersin ataupun batuk.
Seperkara yang menakutkan daripada fakta yang dikongsikan pakar terbabit adalah tentang bahaya amalan berkongsi peralatan makanan seperti sudu dan cawan atau barangan peribadi lain
“Perilaku itu boleh meningkatkan lagi risiko seseorang untuk mendapat jangkitan. Kekurangan penjagaan kebersihan yang baik seperti tidak mencuci tangan dengan betul pun dapat meningkatkan penyebaran virus paramyxovirus itu,” beritahunya.
Pegawai perubatan itu berkata, beguk sangat mudah menjangkiti golongan kanak-kanak berbanding dewasa.
Tanda-Tanda Beguk
“Tanda-tanda atau gejala beguk pada mereka biasanya dapat dikesan antara 12 hingga 25 hari selepas dijangkiti. Namun, terdapat juga sesetengah pesakit yang tidak menunjukkan langsung simptom pada peringkat awal,” katanya.
Berikut antara gejala yang mungkin dialami oleh pesakit:
Bengkak dan rasa sakit pada satu atau kedua-dua belah pipi.
Mengalami demam.
Pesakit akan sakit kepala.
Sakit otot tiba-tiba sahaja berlaku.
Berdepan dengan keletihan yang melampau.
Pesakit juga akan berdepan dengan masalah hilang selera makan.
Dalam beberapa keadaan tertentu, sesetengah pesakit lelaki akan mengalami bengkak dan sakit pada bahagian kelamin.
“Jadi, apabila terdapat kesemua gejala yang saya nyatakan tadi berlaku, saya nasihatkan pesakit segera berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut agar rawatan yang sesuai dapat diberikan,” katanya.
Dr Nur Islam berkata, kebanyakan individu yang dijangkiti beguk tidak perlu risau kerana penyakit itu boleh beransur baik.
Kompilasi Akibat Beguk
Pun demikian, pesakit masih boleh terdedah kepada risiko untuk mendapat komplikasi jika jangkitan virus tersebut merebak pada bahagian tubuh lain.
“Antara komplikasi beguk yang mungkin boleh berlaku jika tidak diawasi sepenuhnya adalah seperti meningitis (keradangan pada lapisan selaput yang membaluti otak dan saraf tunjang), orkitis (keradangan pada testis), pankreatitis (keradangan pada pankreas) dan hilang pendengaran,” jelasnya.
Namun, satu perkara yang dibangkitkan beliau, tiada rawatan seperti ubat-ubatan khusus bagi menyembuhkan penyakit beguk sepenuhnya, termasuklah cara perubatan kampung seperti menitik nila pada anggota yang bengkak.
“Rawatan untuk melegakan gejala sahaja boleh diberikan kepada mereka,” terangnya.
Sememangnya tiada ubat spesifik untuk beguk, tetapi simptom-simptomnya boleh dilegakan dengan:
Paracetamol untuk mengurangkan demam dan rasa sakit.
Mengambil lebih minuman, tetapi elakkan jus-jus yang berasid
Letakkan ais pada kelenjar parotid atau testis untuk melegakan kesakitan.
Orang yang dijangkiti hendaklah tinggal di rumah sehingga mereka tidak boleh lagi berjangkit atau sehingga bengkak hilang.
Sementara itu, Doktor Hidung, Tekak dan Telinga, Klinik Firdaus, Johor Bahru, Johor, Dr Mohammad Firdaus Ismail ketika dihubungi baru-baru ini berkata, beguk akan pulih sepenuhnya dalam tempoh kurang dari dua minggu.
“Namun, kalau ikutkan perhitungan biasa, saya simpulkan tempoh kesembuhan penyakit biasanya ambil masa sekitar 10 hari.
“Selepas mengalami beberapa gejala ringan, pembengkakan biasanya akan berlarutan sekitar tiga hingga lima hari sahaja dan akan surut dengan sendirinya,” ujarnya memberitahu cara terbaik untuk mencegah beguk adalah dengan mengambil suntikan vaksin.
Umur 46 Nampak Sebaya Macam 20an, Rupanya Wanita Ini Emak Kepada 2 Anak Kembar. Sekali pandang apabila melihat wajah ketiga-tiganya nampak seiras dan seperti pasangan adik beradik atau mungkin berkawan baik.
Tetapi yang memeranjatnya rupanya mereka ini adalah pasangan ibu dan anak. Bagaikan tidak percaya wajah ibu ini kelihatan seperti sebaya dengan dua anaknya ini.
Menurut Mirror UK, wanita bernama Sahar Darwazeh telah disalah anggap sebagai kembar kepada anaknya yang berusia 24 tahun.
“Saya dan Juana (kembarnya) sangat bertuah kerana memiliki ibu yang sangat jelita, sihat dan boleh bersantai bersama kami seperti kawan karib,” ungkap Dana lagi.
Dengan lebih daripada 43,000 pengikut TikTok dan 32,500 pengikut Instagram, Dana kerap berkongsi tentang semua perkara termasuklah, makanan, fesyen dan kehidupannya di London dan Jordan.
Rupanya Wanita Ini Emak Kepada 2 Anak Kembar
Dana yang baru melancarkan jenama sambungan rambutnya sendiri, sebelum ini sering memuat naik video bersama kembarnya, Juana hanya sekadar seronok-seronok.
Baca lagi ‘Comelnya, macam anak mat saleh. Rezeki tu.’ Miliki dua anak perempuan albino, ibu ini luah rasa syukur!
Malah, beliau juga ada memuat naik video dengan ibunya.
Pun demikian, mereka tidak menduga para pengikut sangat suka setiap kali status yang melibatkan ibu tersayang dimuat naik.
Seronok kan bila orang cakap muka macam adik beradik, padahal ibu dan anak.