Kalau sapu ketulan ais timun dan madu pada kulit, anda yang ada masalah jerawat pasti akan rasa lega. Sebab khasiat timun boleh dijadikan sebagai mask, scrub, dan torner yang sememangnya bagus digunakan pada kulit wajah.
Hah, madu pula elok digunakan untuk pelembab dan pembersih pada wajah. Jangan risau, anda boleh cuba dulu cara ini perlahan-lahan.
Jom Buat Ketulan Ais Timun
Ads
Ini bahan-bahannya, cukup dua bahan sahaja.
Timun
4 Sudu madu
Cara buat:
Ads
Kisarkan timun bersama air supaya mudah untuk dihancurkan. Selepas siap dikisar, masukkan ke dalam mangkuk. Kemudian bagi melembabkan lagi kulit anda, masukkan empat sudu madu lebah dan gaul sehingga sebati. Masukkannya ke dalam ice tray sehingga 24 jam.
Ads
Setelah dibekukan, gunakan satu biji ais tersebut dan gosokkan secara lembut pada wajah. Dilakukan secara selang sehari, kesannya, kulit akan menjadi lembab dan jerawat akan kecut.
Bagi anda yang nak jimat dan mempunyai kulit muka sensitif dengan bahan kimia yang ada dalam produk wajah, molek lah guna petua cantik ini, ya.
Dah sudah tahu rahsia cantik, anda jangan lupa cuba ya!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Menjadi tanggung jawab kita sebagai ibu bapa menyediakan makanan sempurna untuk keluarga terutama untuk anak-anak yang masih kecil.
Ini kerana tanpa penyediaan makanan yang tidak sempurna boleh menyebabkan timbul masalah lain membabitkan kesihatan.
Seperti perkongsian Dr Ahmad Luqman Bukhari yang menceritakan tentang kesan yang terjadi apabila ibu bapa menyediakan makanan kurang sempurna kepada anak mereka.
Sayu suara si ibu menjawab seraya menoleh ke arah anaknya yang sedang terbaring di atas katil.
Remuk hati melihat betapa lemahnya keadaan badan si kecil tu. Langsung tak bermaya. Kedua belah mata pun mencengkung. Dehydrated teruk!
Mana tak nya, sejak pagi tadi dah berbelas kali muntah dan cirit birit. Sampai je kat hospital, jarum branula terpaksa dimasukkan ke saluran darah di kedua-dua belah lengan untuk proses rawatan kecemasan.
“Sebenarnya doktor, malam semalam saya ada suapkan nasi ayam yang saya bawak balik dari tempat kerja.
Silap saya. Mula-mula lagi saya perasan ada kesan darah pada bahagian sendi tulang ayam tu. Daging pun agak kemerahan, macam tak cukup masak.
Tapi dia beria mintak nak rasa, tak sampai hati saya nak tolak. Itu yang berikan jugak sikit.”
Si ayah tiba-tiba bersuara. Jelas ternampak raut kesal di wajahnya.
Selalu sangat kes kanak-kanak keracunan makanan ni berlaku. Sebahagiannya berpunca dari ayam yang tak dimasak sempurna. Memang patut pun sebab darah yang masih ada pada ayam tu jadi medium yang sesuai untuk kuman membiak.
Kalau yang termakan tu kita yang ada imuniti kuat mungkin setakat dapat perut cramp, muntah dan cirit birit. Boleh jadi kesannya tak berapa serius.
Tapi sangat bahaya untuk anak kecil.
Paling kita takut bila kuman tadi masuk ke dalam salur darah anak dan merebak ke seluruh tubuh (bacteremia). Pernah tau berlaku kes keracunan teruk sampai akibatkan kematian!
Sebab tu mak ayah kena tolong periksa betul-betul setiap makanan masa nak beri pada anak.
Jangan bagi kalau ada tanda-tanda ayam tak cukup masak seperti:
– Berbau hanyir – Berlendir – Tekstur daging berbeza dari biasa – Suhu di bahagian daging lebih sejuk – Ada kesan darah terutama dekat tulang ayam – Daging berwarna kemerahan
Bantu saya #sebarkan info ni pada mak ayah yang lain ya. Risau jugak, lagipun tak lama lagi dah nak mula puasa. Takut-takut nanti bila dah tak larat nak masak sendiri, kita terbeli makanan yang buatkan anak kesayangan keracunan dan jatuh sakit.
Kulit yang kusam boleh kelihatan berseri dengan sapuan pemerah pipi! Cantik terletak elok di pipi membuatkan penampilan anda nampak manis dan comel sekali.
Tetapi ada yang langsung tak berani nak pakai sebab risau nampak pelik. Sebenarnya kalau pandai sapu pemerah pipi, tetap nampak natural. Cukup oleskan sedikit pemerah pipi pada kedua belah pipi, terus nampak segar dan berseri.
Nak pilih pemerah pipi pun kena ikut jenis kulit. Mana yang kering, berminyak atau kombinasi, supaya sesuai dan terletak di muka.
Cari pemerah pipi ikut jenis kulit
Pemerah pipi juga dihasilkan mengikut formula yang betul dengan jenis kulit kamu. Mana sesuai dipakai untuk si berminyak, sensitif, kering malah normal.
Kulit normal hingga kering: Cuba cari pemerah pipi dengan formula krim. Lapisan formula krim mampu memberi kelembapan tambahan pada kulit.
Kulit normal ke berminyak: Pilih dari formula serbuk. Jenama pilihan yang disyorkan kebanyakan jurumekap adalah Nars Blush. Ia akan bertahan lebih lama daripada pemerah pipi jenis krim.
Bagi kulit berminyak: Anda cari pemerah pipi dari formula gel (yang sukar dicampur pada kulit kering). Jenis gel yang velvety mampu membuatkan kulit kekal lembap tanpa nampak lagi berminyak.
Cara pakai pemerah pipi
Bagi mengoles pemerah pipi, buat wanita yang bertulang pipi tinggi adalah tepat di atas tulang pipi. Manakala buat tulang pipi yang normal adalah di bawah tulang pipi.
Haaa.. bila sudah tahu caranya, nanti pakai pemerah pipi tidaklah nampak terlampau merah pelik.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebenarnya banyak alasan digunakan seseorang untuk memulakan aktiviti senaman. Antaranya tidak ada masa, letih dan tiada seseorang yang menemani tatkala bersukan.
Namun itu bukan alasan sebagai penghalang untuk memulakan aktiviti senaman yang boleh membantu kesihatan tubuh badan.
Antara pelbagai cara yang boleh anda lakukan untuk memupuk minat dalam bersenam termasuklah;
Mungkin jika anda melakukan senaman berseorangan, anda akan mudah berasa bosan. Oleh itu, cuba mencari teman bersenam sama ada kawan atau ahli keluarga untuk bersama anda.
Jika anda tidak mempunyai seorang pun rakan atau ahli keluarga yang suka bersenam, apa kata anda cari teman di tempat anda pergi seperti taman rekreasi, pusat gim dan sebagainya agar masa akan datang anda boleh lakukan secara bersama-sama.
Ketika anda ingin melakukan senaman tidak kira dimana pun anda berada. Cuba mainkan muzik yang bersesuaian agar anda akan berasa lebih yakin dan semangat untuk melakukannya.
Ada kajian mendapati bahawa pemilihan lagu yang tepat dapat meningkatkan pengaruh positif, menghasilkan mood yang baik dan menguatkan kecekapan pergerakan.
Bila sebut sahaja senaman ramai yang membayangkan anda perlu ke berlari atau memiliki peralatan profesional. Anda perlu tahu bahawa banyak aktiviti yang boleh dilakukan mengikut minat dan kebolehan anda sendiri.
Paling penting adalah anda perlu tahu bagaimana untuk membuatnya menjadi sesuatu yang menarik.
Ternyata, kebanyakkan mereka di luar sana melakukan aktiviti senaman ini adalah kerana mereka ingin mencapai sesuatu yang diingini.
Contohnya seperti meningkatkan kadar pembekalan oksigen ke jantung, menghasilkan emosi stabil, mengharapkan bentuk badan yang diidamkan dan banyak lagi.
Oleh itu, anda disarankan menjadikannya sebagai aktiviti permainan agar seronok melakukannya dengan konsisten.
Dan akhir sekali, setkan minda anda dengan apa-apa ganjaran disukai sekiranya matlamat anda dapat dicapai. Jika tujuan anda bersenam untuk menurunkan berat badan tercapai hadiahkan sesuatu untuk diri anda sebagai tanda penghargaan. Secara tidak langsung ia akan memberikan inspirasi dalam diri anda sendiri.