Kaum wanita pastinya tidak dapat lari daripada masalah perut buncit. Meskipun pelbagai cara telah dilakukan, namun hasilnya amat mendukacitakan.
Sebenarnya masalah ini boleh diatasi tanpa menggunakan produk mahal, sebaliknya hanya mendapatkan tiga bahan dapur yang mudah didapati.
Perkonsian dari Suhaniza Isenen memberitahu cara mengempiskan perut dengan tiga gabungan bahan yang sangat berkesan membuang lemak terkumpul di badan terutamanya bahagian perut.
Bukan itu sahaja, ia juga dapat membuang angin dan mampu mengurangkan nafsu makan. Jadi apa kata menjelang Syawal kita lakukan dengan mengamalkannya selepas berbuka puasa.
PETUA RAHSIA KEMPISKAN PERUT BUNCIT DENGAN BAHAN MUDAH DAPUR
Bahan-bahan: Teh hijau 1/2 inci halia 2 batang serai 1 sudu halba Air panas
Ads
Cara-caranya 1. Rendam teh hijau, halba, halia dan serai dengan air panas. Biarkan dalam 10 minit. Kalau tiada teh hijau kat dapur, teh biasa pun boleh. Cumanya, teh hijau lebih berkesan daripada teh biasa.
Ads
2. Seeloknye minum tiap kali sebelum makan. Dan nak lagi sedap boleh tambahkan sesudu madu.
Dalam keadaan cuaca panas, ini akan menyebabkan kulit menjadi kering jika tidak dijaga dengan sempurna.
Tidak mahu kulit kering hingga mengganggu keserian wajah anda Syawal, apa kata semburkan face mist untuk pastikan wajah sentiasa jadi lembap.
Penggunaan face mist menggunakan bahan semula jadi seperti buah-buahan dan sayur-sayuran, sangatlah penting bagi korang yang selalu terdedah dengan panas matahari.
Menerusi Facebook Tengku Wdec, wanita ini berkongsi cara menghasilkan face mist menggunakan timun dalam merawat wajah anda yang terkena sunburn dan jerawat.
Bahan diperlukan:
– Botol spray
– Timun
– Lemon
– Air
Cara penyediaan:
1. Potong sebatang timun. Kemudian rebuskan dengan sedikit air. Jangan lama sangat kerana timun kategori sayur. Bimbang hilang khasiat jika direbus lama. Bila agak lembut sikit, boleh terus angkat. Sejukkan sekejap.
2. Kisar timun yang direbus tadi dengan sedikit air rebusan. Tak perlu banyak airnya. Kemudian tapis, ambil airnya saja.
3. Siapa yang ada jerawat atau sunburn boleh perah lemon sikit. Lemon bagus untuk cerahkan kulit dan matikan jerawat.
4. Masukkan dalam botol spray, boleh beli di kedai. Bila dah siap, simpan dalam peti. Boleh tahan dalam 2 minggu sebab kita dah masak bahannya.
5. Bila nak pakai, keluarkan dan sembur saja dekat muka. Tak perlu bilas. Biar ia kering sendiri di wajah.
Selain membantu mengekalkan kelembapan dan menyegarkan kulit, face mist digunakan sebelum dan sesudah makeup bagi menghindari rasa kering pada wajah dan membantu solekan tahan lama. Jika wajah mempunyai jerawat kemerahan atau sensitif, ianya dapat meneutralkan kembali kulit wajah dari dalam.
Baru-baru ini seorang penyanyi lelaki telah diserang kudis herpes di kawasan bibir hingga menyebabkan dia sukat untuk menynyi, makan dan bercakap.
Rupanya sudan lama dia menghidap masalah ini dan turut menerima penyakit sama juga adalah kakaknya.
Penyakit ini bagaimanapun tidak kerap menyerangnya jika dia makan ubat antibiotik sehingga habis dan mengelakkan tekanan.
Dalam satu artikel di Harian Metro Pengamal Perubatan Seksual dan Reproduktif U.n.i Klinik TTDI Dr Ahmad Ramdan Zainordin memberitahu lebih lanjut mengenai penyakit ini yang disangka hanya menyerang alat kelamin.
Dr Ahmad Ramdan berkata, kudis herpes ialah jangkitan kulit disebabkan jangkitan virus Herpes atau Herpes Simplex Virus (HSV).
Menurut Dr Ahmad Ramdan, ada dua jenis virus herpes yang menyebabkan kudis herpes iaitu Herpes Simplex Virus jenis 1 (HSV-1) dan Herpes Simplex Virus jenis 2 (HSV-2).
“HSV-1 lebih kerap membabitkan jangkitan pada mulut dan bibir, tetapi ia juga boleh menjangkiti alat kelamin sebagai penyakit kelamin.
“Manakala HSV-2 lebih khusus membabitkan jangkitan pada alat kelamin.
“Kebanyakan pesakit yang dijangkiti herpes tidak bergejala, malah mereka tidak pernah mengetahui dijangkiti,” katanya.
Dr Ahmad Ramdan berkata, gejala herpes yang jelas adalah seperti ruam, lepuhan, gelembung air yang pedih dan ulser.
Kata Dr Ahmad Ramdan, gejala ini boleh berlaku dalam mulut, bibir atau alat kelamin. Individu yang dijangkiti turut mengalami demam, badan lesu dan bengkak kelenjar limfa.
“Jangkitan herpes berlaku melalui sentuhan secara langsung dan kontak kelamin melalui aktiviti seksual. Contoh sentuhan secara langsung ialah ciuman, aktiviti kelamin seperti seks oral, vagina dan dubur.
“Malah, geselan antara alat kelamin juga berisiko dijangkiti herpes, meskipun tanpa penetrasi. Herpes tidak berjangkit melalui peralatan seperti sudu, cawan, tuala dan lain-lain,” katanya.
Ditanya mengenai individu berisiko dijangkiti virus herpes, Dr Ahmad Ramdan berkata, sesiapa sahaja berisiko menghidap penyakit berkenaan.
“Malah, bayi juga boleh dijangkiti herpes jika bayi itu lahir daripada ibu yang dijangkiti herpes pada alat kelamin.
“Oleh kerana kebanyakan individu yang dijangkiti herpes tidak bergejala, ini tidak bermakna mereka tidak boleh menjangkiti orang lain.
“Herpes masih boleh menjangkiti orang lain kerana virus ini terus membiak (viral shedding) meskipun tidak bergejala,” katanya.
Dr Ahmad Ramdan berkata, penyakit herpes boleh dirawat, tetapi tidak boleh disembuhkan.
Ini kerana, virus itu akan kekal dalam badan seseorang yang dijangkiti seumur hidup.
Katanya lagi, tidak semua yang dijangkiti herpes mengalami gejala kudis herpes.
“Jika mereka bergejala, ubat antiviral akan diberi untuk mengurangkan rasa sakit dan memendekkan tempoh gejala.
“Kebanyakan pesakit hilang gejala dengan cepat jika rawatan diberi awal sebaik sahaja gejala bermula.
“Tetapi, jika gejala kembali muncul dengan kerap, rawatan antiviral akan diberi untuk masa yang lebih lama,” katanya.
Dr Ahmad Ramdan berkata, oleh kerana penyakit ini sepanjang hayat, tidak mustahil ada pesakit bimbang mengenai bahaya jangkitan itu.
“Jangkitan herpes tidak membawa maut atau menyebabkan masalah kesihatan lain yang serius.
“Namun, gejala jangkitan ini boleh mengganggu kehidupan seharian kerana kudis mencetuskan kesakitan dan rasa pedih,” katanya lagi memberitahu kudis herpes ini boleh dirawat dengan pemberian ubat antiviral, bukan antibiotik.
Setiap pasangan yang berkahwin pasti inginkan kehadiran anak bagi menceriakan lagi kehidupan berumahtangga.
Namun ada dalam kalangan wanita yang mengalami masalah sukar untuk hamil disebabkan beberapa perkara.
Walaupun begitu, janganlah putus asa. Sebelum bersedia untuk hamil setiap wanita itu perlu tahu mengira waktu kesuburan supaya peluang mengandung lebih cerah.
Untuk makluman anda, waktu subur wanita untuk kehamilan adalah pada 2 minggu selepas tarikh kedatangan haid yang lepas (hari ke-14) atau dalam linkungan 2-4 hari pada pertengahan kitaran haid.
Sekiranya tarikh terakhir kedatangan haid anda pada 11/8, bermaksud waktu subur anda adalah pada 24/9 hingga ke 28/9. Namun, kehamilan boleh terjadi pada bila-bila masa selepas 2 minggu dalam kitaran haid.
Dalam satu perkongsian video daripada Pakar Pemakanan Wanita, Syaza Nutritionist memberitahu tiga cara untuk mengesan hari kesuburan dengan menggunakan:
1. Ovulation predicted kit (opk)
2. Ovulation thermometer
3. Mengesan cecair faraj
Jadi kepada pasangan yang masih belum ada anak, boleh cuba cara ini dan selebihnya kita serah pada Allah SWT.