Setiap pasangan yang berkahwin pasti inginkan kehadiran anak bagi menceriakan lagi kehidupan berumahtangga.
Namun ada dalam kalangan wanita yang mengalami masalah sukar untuk hamil disebabkan beberapa perkara.
Walaupun begitu, janganlah putus asa. Sebelum bersedia untuk hamil setiap wanita itu perlu tahu mengira waktu kesuburan supaya peluang mengandung lebih cerah.
Untuk makluman anda, waktu subur wanita untuk kehamilan adalah pada 2 minggu selepas tarikh kedatangan haid yang lepas (hari ke-14) atau dalam linkungan 2-4 hari pada pertengahan kitaran haid.
Sekiranya tarikh terakhir kedatangan haid anda pada 11/8, bermaksud waktu subur anda adalah pada 24/9 hingga ke 28/9. Namun, kehamilan boleh terjadi pada bila-bila masa selepas 2 minggu dalam kitaran haid.
Ads
Dalam satu perkongsian video daripada Pakar Pemakanan Wanita, Syaza Nutritionist memberitahu tiga cara untuk mengesan hari kesuburan dengan menggunakan:
1. Ovulation predicted kit (opk)
Ads
2. Ovulation thermometer
3. Mengesan cecair faraj
Jadi kepada pasangan yang masih belum ada anak, boleh cuba cara ini dan selebihnya kita serah pada Allah SWT.
Baru-baru ini kita dikejutkan dengan kes pertama virus Covid-19 Omicron yang dikesan oleh seorang pelajar di sebuah universiti di Ipoh, Perak yang tiba dari Afrika Selatan melalui Singapura.
Dan terbaru satu lagi kes yang dikesan seorang rakyat Malaysia pertama membabitkan seorang kanak-kanak berusia 8 tahun, dikenal pasti telah dijangkiti varian tersebut.
Perkara ini diberitahu oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin (KJ) melalui sidang akhbar di Parlimen .
Ini antara info lengkap mengenai kes pertama membabitkan rakyat Malaysia.
1. Kes yang baharu dikesan itu merupakan seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun yang menetap bersama keluarga di Lagos, Nigeria.
2. Keputusan ujian RT-PCR COVID-19 ke atas kes, ibu dan adik perempuannya sebelum berlepas ke Malaysia adalah negatif Covid-19.
3. Kanak-kanak tersebut tiba di Malaysia bersama ibu dan adik perempuannya pada 5 Disember 2021 dari Lagos, Nigeria dengan penerbangan transit di Doha, Qatar.
4. Kes dan ahli keluarganya telah menjalani ujian RT-PCR Covid-19 semasa ketibaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang. Mereka dikuarantin.
5. Ujian saringan kedua RT-PCR mendapati mereka positif Covid-19.
6. Selepas seminggu, kes itu disahkan sebagai Omicron pada 14 Disember.
7. Kanak-kanak itu yang tidak mempunyai sebarang simpton menjalani perintah kuarantin di rumah selama 14 hari bermula 7 Disember.
8. 18 orang lagi mungkin dijangkiti Omicron tetapi ia belum dapat disahkan sementara menunggu ujian penjujukan genom. Keputusan itu dijangka diumumkan esok.
Justeru orang ramai diingatkan untuk terus menjaga SOP kendiri bagi mengelak jangkitan virus Covid-19 yang lebih serius.
Bagi mereka yang sedang berdiet, selain mengamalkan kaedah Intermittent fasting, ramai juga yang menggunakan cara diet suku-suku separuh dalam pengambilan makanan seharian.
Selain merupakan saranan Kementerian Kesihatan Malaysia, konsep diet ini juga dipercayai sangat bagus untuk diamalkan oleh semua orang dan ia tidak tertakluk kepada mereka yang ingin menguruskan badan sahaja.
Seperti perkongsian gadis ini Syabella Huda yang memberitahu dia berjaya menurunkan berat sehingga 21 kg hanya dengan mengamalkan kaedah diet suku-suku separuh.
Menerusi laman Facebook Diet Suku Suku Separuh, Syabella Huda telah berkongsikan menu makanan yang diamalkannya sehingga berjaya mengurangkan berat badan daripada 90kg sehingga 69kg dalam masa 3 bulan sahaja.
Saya start dari 90kg, masa tu saranan doktor sebab saya sakit. Jadi, saya buat selama 3 bulan 69kg dan sekarang saya tengah usaha untuk dapat berat ideal 65/63kg macam tu.
Senaman saya hanya exercise ikut rentak lagu dalam bilik untuk tak nak saya stress fikir nak ‘gym’ bagai. ‘Gym’ saya pergi 3 bulan 2 kali je sebab student. Takde masa. Diet saya macam 95% pada food. Exercise hanya sampingan, now berat latest 69.
Skipping boleh buat jugak. 100 pagi, nak senja sebelum Maghrib 100.
Senarai menu dari saya selama saya makan. Meal ini kebanyakkan saya tak makan nasi. Boleh jadi sebagai idea korang yang nak cepat kenyang.
Ramai yang nak tahu tip awet muda tetapi tak ramai yang rajin praktik dalam rutin harian. Bukan sebab tak mampu beli tetapi malas nak belek wajah. Sudahnya, tanpa sedar, cepat kedut singgah sekitar bahagian mata.
Sebenarnya ada beberapa cara yang boleh diamalkan secara konsisten, yang mana anda boleh cuba sejak dari usia muda supaya boleh nampak kesan yang maksima.
Ramai yang tahu bahawa lidah buaya atau aloevera merupakan salah satu bahan kecantikan yang sangat bagus untuk kulit. Jadi, boleh juga tanam pokok lidah buaya ini di rumah supaya mudah digunakan.
Caranya: Kerat sebatang daun lidah buaya, asingkan isi yang jernih dan kemudian disapukan ke bahagian muka sehingga menyeluruh. Biarkan ianya kering dalam 20 minit dan bilas muka dengan air suam. Lakukan sebanyak 3 kali seminggu dan kesannya pasti tidak mengecewakan dan lakukan secara konsisten selama sebulan.
Tidak seperti telur ayam biasa, telur ayam kampung mempunyai nutrisi Vitamin E yang tinggi. Bukan sahaja murah, ia juga sangat bagus untuk kecantikan kulit.
Caranya: Asingkan putih telur dari kuning telur dan kemudian sapukan putih telur pda muka secara menyeluruh. Biarkan selama 15 hingga 20 minit dan pastikan ianya betul-betul kering. Bilas muka dengan air suam sehingga bersih. Sebaiknya gunakan masker putih telur ini selama sebulan dan rasainya kelainan pada kulit muka kita.
Beras merupakan antara bahan yang digunakan dalam petua kecantikan orang lama dan orang Thai. Banyak petua menggunakan beras sering dikongsikan ramai.
Caranya: Ambil segengam beras, di basuh 1 kali dan kemudian di rendam buat semalaman supaya menjadi lebih lembut dan kembang. Kemudian toskan beras tersebut dengan penapis hingga kering dan kemudian di tumbuk sehingga benar-benar halus seakan tepung.
Ambil sedikit dan campurkan susu segar, digaul hingga sebati dan sapukan ke seluruh muka seakan memakai masker selama 15 hingga 20 minit. Bilas muka dengan air suam dan dapat kita rasa kelembutan pada kulit wajah. Disarankan menggunakan mastker beras ini 3 kali seminggu untuk melihat kesan yang menakjubkan.
Penggunaan krim pelembap atau moisturizer yang mempunyai minimum SPF-30 dan ke atas bagi mengatasi masalah kulit kering adalah sangat penting kerana selain kekerapan kita berada di persekitaran berhawa dingin mahupun di bawah sinaran matahari akan membuatkan kulit kita mudah kekeringan.
Jadi krim pelembap dengan vitamin C membantu melindungi serta mengekalkan kelembapan kulit wajah.
Atau nak lagi berkesan, masa pakai pelembap anda urut wajah ikut cara yang betul.
Apa apa pun, diingatkan bahawa proses penjagaan kulit ini perlu dimulakan sejak awal iaitu dari muda untuk kesan yang maksima. Jangan bila dah umur 40 tahun baru mula nak menjaga kulit ya!
Nampak remeh tapi kesannya besar! Melangkau sesi memanaskan badan boleh mengundang risiko kecederaan serius seperti otot terkoyak, sakit sendi, hingga tekanan jantung. Ketahui kenapa warm up adalah langkah paling penting sebelum anda mula bersukan.