Jangan dibiar tumit merekah tanpa sebarang krim atau usaha untuk hilangkan, nanti makin teruk dan boleh buat anda rasa kurang yakin nak buka kasut depan orang ramai.
Ketika memakai kasut, masalah ini mungkin tidak begitu serius tetapi rasa tidak selesa akan timbul apabila kasut atau stoking dibuka.
Hilangkan Tumit Merekah
Rekahan di tumit berpunca daripada kulit kering dan menebal yang dikenali sebagai ‘callouse’.
Sewaktu anda berjalan, lapisan lemak di bawah tumit akan mengembang dan menyebabkan masalah menjadi bertambah serius.
Faktor-faktor lain yang menjadi punca rekahan termasuklah sering berdiri terlalu lama, berjalan tanpa alas atau kasut dan penggunaan sabun yang mengeringkan kulit.
Ads
Buat Losyen Sendiri
Rawatan yang boleh dilakukan bagi mengatasi masalah ini adalah dengan menggunakan losyen badan atau pelembab yang dikhususkan untuk kawasan tumit.
Bagi mereka yang kurang percaya dengan produk dijual di pasaran, anda boleh membuat sendiri ‘losyen’ di rumah.
Ads
Dikongsikan oleh Zuriaty_Musa di TikTok, wanita ini mencampurkan tiga bahan mudah diperolehi iaitu gel aloe vera, vitamin E dan minyak zaitun di dalam bekas.
Bahan tersebut perlu dikacau sebati, sererusnya disapu setiap hari terutama pada waktu malam secara konsisten bagi menghilangkan rekahan pada tumit kaki.
Ads
Bantu Lembapkan Kulit
Menurut Zuriaty, kandungan trigliserida dalam minyak zaitun dapat memberikan kelembapan lebih lama pada kulit.
Selain itu, kandungan vitamin A dan E dalam lidah buaya juga bersifat antioksida dan anti inflamasi boleh membantu merawat masalah ini.
Hah, kalau rajin buat secara konsisten, hilanglah masalah tumit merekah. Jangan lupa cuba, ya!
Apabila kita rasa tidak selesa bergerak dengan saiz badan timbul keinsafan untuk cuba mencari titik penyelesaian.
Salah satunya adalah berusaha menurunkan berat badan cara sihat, bukan bergantung pada sebarang produk.
Biarpun latihan fizikal agak mencabar, namun keazaman untuk menurunkan mendapat berat ideal mengatasi segalanya.
Perkongsian wanita ini Leny Adam yang mengalami kenaikan berat badan mendadak selepas PKP pertama dulu dan terus menjadi-jadi disebabkan tidak menjaga badan.
Tidak mahu berterusan, dia akhirnya memilih untuk menurunkan beratnya dengan mengikuti kelas latihan fizikal bersama jurulatih dipercayai. Selain turut menjaga pemakanan dengan memilih cara Intermittent Fasting (IF).
Akhirnya setelah berbulan-bulan mengikuti kelas latihan fizikal mencabar (sejak bulan Ogos tahun lalu), dia berjaya menghilangkan lebih 16 kg, iaitu dari berat asal 81 kg ke 65 kg.
Ayuh, ikuti perkongsiannya yang boleh dijadikan panduan kepada mereka yang turut mengalami masalah sama.
Fatlossprogram2.0
Ini kenangan 1st day datang training selepas timbang.
Kira hilang akal jugak lah malam tu bila ikut routine workout yang coach @najib113116 bagi..menyesal tak sudah datang. Dah la kenal sorang je dan yang lain tu kira stranger la malam tu..macam training askar pulak aku tengok..aku tahu tak nak datang kalau macam ni.
Tapi sebab timbang pun dah cecah 81kg dan macam macam dah ikhtihar tapi tak berhasil, tapi sebenarnya selera sedap tu yang masalah dia..masalah pantang nampak..mesti nak rasa.dah rasa membawa pulak tambah sikit lagi dan akhirnya habiskan lah..kesian membazir..begitu la hari hari seterusnya..
Yang lagi stress bila nak pergi shopping.selalu rasa badan kecik je..ambik size kecik sebab ukur ukur kat luar mcm muat..macam ye je tapi sebenarnya indah khabar dari rupa..dari size M dulu skrg size XXL atau mungkin XXXL .menakutkan..itu pun kalau ada plus size la..kalau size biasa jangan harap la.tengok je la patung pakai.
Bila dah semua baju nk cuba tak muat, alamat dia memang kena insaf la..
Berbalik pada latihan pertama, banyak kepada curi tulang dan look look see see je. Gila disuruh buat burpees, langers, mobility segala..memang pandang muka coach masa tu mengutuk je dalam hati..dia suruh buat sepuluh, satu je pun terkial kial. Siap cakap dalam hati, next training memang aku tak datang lagi la ni.
Coach ini buat kerja gila ni..tu belum lagi dia bagi tugas lari 3km untuk minggu berikutnya. Seminggu walaupun training dia 2 kali tapi sakit badan lepas training tu biasanya membawa ke seminggu jugak..Jalan macam orang pantang dah. Itu belum lagi naik tangga..macam baru belajar berjalan rasanya..hahaha
Tadi ada cakap menyesal datang kaan? Tapi minggu berikut dia aku ni looking forward pulak..ialah orang kata no pain no gain..tetap serah diri dan tetap la habiskan larian 3km yang coach suruh..bangga sangat rasa..tapi bila datang training ada gang workout lain siap cakap dorang lari 10km.
Ehh dorang ni biar betul..macam mana dorang boleh lari 10km tu..biasa jugak aku masuk run 10km tapi aku bukan lari atau jogging pun..aku lenggang lenggang kangkung je pun..kalau ada kesempatan akau mengelat gak..sakit perut la.haha..kita bayar kot..
Bila dah join group work out coach @najib113116 dan @saifulonefitnessunitedkl, aktiviti harian dan weekend semua dan bertukar 360 darjah. Kalau tak ada training biasa aku akan jogging sendiri dan sekarang dah boleh lepas jogging 10km ke 12.5km ..kalau tak run macam pening pulak sekarang…adehhhh
Sekarang weekend bangun pagi lepas subuh mmg tak sambung tidur dah..terus siap siap tuk pergi work out.coach kadang kadang macam kena sampuk pun ada..jangan kan muntah hijo, terduduk terlentang tu dah biasa..
Ada gak yang datang sekali minggu depan dah tak nampak muka pun ada.itu biasa ..tapi aku yang asyik menyesal datang tetap menyerah diri. Gila tak serah diri..baju baju size M & S dulu tu nk simpan sampai bila
Alang alang dah terjebak..kita buat sampai jadi
Bila PKP 2.0 PKP 3.0 bermula, pening juga memikir macamana nak workout lagi ni..tapi nk tak nk Sekarang kena belajar buat sendiri dah. Kena ingat la apa yg coach dah ajar dan praktik kan beberapa bulan lalu.
Biasa jogging dan briskwalk adalah aktiviti kegemaran selain hiking. Kalau tak dapat jogging kt trek jogging, padang bola pun jadi..nk elak dari tempat yang ramai orang kaan?
Mula mula dulu cuba la 5km, lepas tu 7-8km, sekarang dah boleh pergi 10-14km..selagi tak lenjun peluh kt baju selagi tu tak nak balik. Kaki jogging je paham perasaan tu. kalau tak lari sehari dua dah mula gelisah.. biasa kalau lari padang bola mesti ada yang akan tegur..berapa round dah tu? 15 pakcik?
Geleng kepala pakcik tu..nnt ada lagi tegur berapa dah ? 20 round makcik..gelak dia tengok aku..mesti dia fikir sakit budak ni..hahaha..tapi itu lah kadang kadang sebab dah suka kaan? Buat je la..lagipun nk buat tuk virtual run yg dah register.bukan sikit tapi sampai 500km dengan group 5 orang.kena la paksa diri nk habiskan run tu kaan?
Selain dah pandai makan salad sekarang jumlah portion makan pun dah bertambah kecik jugak,,ialah dah penat2 berjogging mmg tak la makan ikut perasaan dah..makan nasi ke? Ehh makan , at least sekali sehari sebab dah jenis makan nasi kaan? Tak tidur pulak nanti..
Apa pun buat exercise ni bukan lah nk kurus semata, nak sihat dan segar sebenarnya..kalau kurus tu bonus la..tapi biasa mmg akan turun la berat badan. Paling best bila baju lama dah muat balik dan ada jugak yang longgar dan kena beli size lebih kecik
Masih ramai yang tanggal mekap dengan mencuci muka sahaja, padahal cara itu belum cukup membantu untuk membersihkan wajah daripada segala kotoran pada wajah.
Nak-nak pula kalau anda jenis yang suka bermekap! Tahu tak sebenarnya ada air magik yang digunakan untuk menanggalkan mekap menggantikan cleansing oil atau apa sahaja produk cuci mekap. Gunalah Micellar Water!
Menurut penjelasan daripada Okezone, Micellar water mengandungi micelles yang merupakan molekul kecil dengan tekstur seperti air yang dapat mengangkat debu, kotoran dan sisa-sisa mekap walaupun yang kalis air bahkan juga kulit nampak lebih berseri.
Semua jenis kulit boleh mendapat manfaat daripada micellar water tetapi mengesyorkan untuk mereka yang mempunyai kulit kering, sensitif atau berjerawat.
Bagi memudahkan anda untuk membuat pilihan, ini beberapa jenis micellar water yang bagus untuk menanggalkan mekap. Haaa… yang jenis kalis air pun boleh hilang dengan bersih.
Terbaik! Produk Bioderma ini boleh menanggalkan mekap kalis air dengan mudah tanpa dibuat banyak kali. Ini sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit sensitif. Cukup membantu dalam mengekalkan lapisan luar kulit anda dan mengandungi bahan-bahan dermatologi aktif yang hampir dengan komposisi kulit anda.
Simple ialah jenama yang mesa kulit tanpa penggunaan bahan was-was. Simple Micellar Cleansing Water menghidrat kulit sambil membersihkan semua kotoran dan kusam dari wajah anda. Dibuat dengan air yang dibersihkan tiga kali, mengandungi campuran bahan semula jadi yang terbaik untuk kulit.
Pembersih wajah berformula tanpa bilas mampu membersih serta menghilangkan kotoran wajah dalam hanya satu sapuan sahaja. Kalau anda membersih muka dua kali, biarlah produk ini menjadi produk kedua yang anda gunakan. Bertindak sebagai toner dan anda hanya perlu melembapkan muka selepas mencuci. Paling menyeronokkan, waktu tak ada semasa pergi perkemahan, inilah air ‘magik’ yang menyelamatkan wajah anda yang berbalut peluh dan kotoran.
Produk ini direka untuk membuang mekap pada wajah, bibir dan mata dengan teliti yang mengandungi molekul micellar yang unik untuk pembersihan lembut dan menyeluruh. Apa yang best, produk ini meninggalkan kulit anda terhidrasi dan segar. Sesuai untuk orang yang mempunyai jenis kulit sensitif, berminyak dan kombinasi.
Biore Micellar Cleansing Water adalah cara sempurna untuk cepat dan berkesan menghapuskan mekap dengan bersih sekali, boleh diguna pada wajah, bibir dan mata. Dirumus khas untuk kulit kombinasi, produk ini langsung tidak memberikan kesan kerengsaan malah membuatkan kulit terhidrasi dan segar.
Langsung tidak merengsakan kulit. Hanya beberapa sapuan, segala kotoran di wajah boleh hilang. Produk pembersih lembut berasaskan air yang jernih, menanggalkan solekan dan kotoran dengan efektif tanpa bilasan. Lagi best produk ini mengekalkan kelembapan dan menyihatkan kulit secara semula jadi.
Mudah didapati dan berharga mampu miliki, kesemua produk micellar water di atas boleh beli di drugstores.
Jangan lupa untuk rasa kehebatan dan kelainan selepas menggunakan micellar water ya gadis-gadis yang suka melawa menggunakan mekap!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sering sakit pinggang selepas seharian bekerja? Jangan biarkan ia melarat! Ketahui 3 regangan mudah yang boleh dilakukan di mana-mana sahaja untuk melegakan kesakitan dan mengekalkan keselesaan tulang belakang anda.