Keguguran rambut memang menjadi masalah kepada setiap wanita. Malah jika waktu mandi pasti akan dilihat segumpal rambut berguguran di lantai bilik air.
Bukan saja wanita tidak berhijab, yang memakai tudung juga tidak berkecuali mengalami masalah ini.
Banyak faktor berlaku keguguran rambut dan salah satunya penggunaan bahan kimia yang banyak. Jangan risau kerana ada cara paling mudah untuk menyelesaikan masalah ini.
Perkongsian Najwa Abdulrahman di Facebook yang berkata petua ini diberi oleh orang Arab untuk mengatasi masalah ini dan kesannya memang sangat mujarab.
Petua ini hanya memerlukan satu bahan sahaja dan ia selamat untuk digunakan.
IKLAN
Guna Satu Bahan Je Elakkan Rambut Gugur
Hanya ambik bunga cengkih berapa biji masukkan dalam shampoo .. dan selamat guna..
Najwa dah kali kedua guna petua ni.. mmg puas hati alhamdulilahhh
Bunga cengkih banyak kegunaan dia lain di guna untuk masak.. salah satu najwa guna dia untuk hilang masalah najwa alami lama dah..
– Kelumumur – Rambut berminyak – Rambut gugur
IKLAN
Mana-mana shampoo pun boleh.. tapi Najwa beli untuk baby sebab anak-anak boleh guna sama, bagi rambut lebat sikit..
Sebenarnya petua ini untuk lebat kan rambut tapi kesan dia banyak lagi..
IKLAN
Najwa takdak gatal-gatal lagi-lagi time pakai tudung panas-panas macam sekarang ini..
Rambut kering takdak berminyak rasa kembang fresh gitu, alhamdulilah rambut tak gugur berkilo..
*Najwa ambik petua ini dari orang arab* bagi tahu siap-siap satgi ada orang bising pulak
Seperti kita tahu ramai dalam kalangan selebriti yang turut disahkan positif virus Covid-19.
Ada yang hanya menjalani kuarantin di rumah dan ada juga yang terpaksa dimasukkan ke hospital atas beberapa faktor.
Salah seorang adalah pelakon dan pengacara Uyaina Arshad. Dia yang muat naik status terbaru di laman Instagram memberitahu dirinya dan suami disahkan positif.
Namun suaminya, Raja Shahiran hanya menjalani kuarantin di rumah, tetapi Uyaina terpaksa dimasukkan ke hospital kerana tekanan darah rendah dan badan lemah.
Menurut Uyaina lagi lain orang lain simptom dialami, tetapi bagi dirinya dia merasakan badan terasa sakit sangat untuk dua tiga hari pertama disahkan positif. Malah menurutnya nak berjalan pergi ke toilet juga terpaksa merangkak.
Bukan itu saja dia turut memberitahu kedaan badannya seperti kena pukul dan lenyek. Uyaina juga turut mengalami masalah susah bernafas serta demam menggigil. Tambahnya lagi paling bahaya varian ini juga turut kacau internal organ.
Justeru, Uyaina turut mengharapkan orang ramai mendoakan kesembuhan dirinya dan suami.
Dia yang baru mendirikan rumah tangga hujung tahun lalu turut berpesan agar orang ramai sentiasa kekal jaga kesihatan kerana itu adalah nikmat paling besar yang Allah berikan.
@rajasyahiranmy & Uyaina kami both tested positive for covid since a few days ago
Syahiran boleh quarantine di rumah tapi Uyaina kena tahan di ward sebab low blood pressure dan badan lemah First time being away from my husband
Lain orang mungkin rasa berbeza2 bila kena covid ni. Ada orang maybe mild symptoms.
Tapi, my body feels sakit sangat2 esp during the first 2-3 days. Nak jalan pergi toilet pun merangkak. Badan rasa macam kena pukul. Tekak rasa macam kena lenyek. Susah nak nafas. Demam menggigil. Dan paling bahaya sebab dia kacau our internal organs
Tu pun kita dah cucuk vaksin. Bayangkan orang yang tak ambik vaksin langsung? Yang anti-vax? Taktahu macam mana haywire lah badan dorang
I post this picture to remind myself what being healthy feels like. Dan untuk mengingatkan kami yang nikmat paling besar Allah bagi adalah nikmat kesihatan. Kita kena jaga baik2.
Stay safe everyone. Yana doakan korang tak kena covid ni esp orang2 tua & budak2 sebab taktau cemana badan dorang nak terima
Jangan lupa doakan kesembuhan buat kami dan semua yang sedang berlawan dengan covid
Posting pasangan yang sama cantik sama padan ini juga turut mendapat respon daripada warga maya. Rata-rata mendoaka kesembuhan dan kesejahteraan buat mereka berdua.
Zaman sekarang ramai nak kulit putih dan sanggup makan supplement macam-macam habis beratus ribu. Malah ada yang gigih berjumpa doktor pakar kulit untuk mengambil suntikan demi berkulit cerah.
Padahal memiliki kulit hitam manis dan sawo matang juga tetap nampak jelita dan menarik!
Ramai Nak Kulit Putih
Sepatutnya anda kena berfikir, tak kisah warna kulit apa sekalipun asalkan bersih berseri bebas cela, itulah yang cantik yang sedap mata memandang.
Selain faktor genetik, warna kulit ini juga mungkin dipengaruhi oleh aspek tempat tinggal di mana individu itu mendiami sekitar kawasan yang lebih panas.
Kelebihan Berkulit Hitam Manis Atau Sawo Matang
Kalau nak tahu, individu yang memiliki kulit ini tinggi melanin dalam tubuh badan dan melanin ini akan memberikan kebaikan kesihatan seperti berikut;
Melawan radikal bebas
Baiklah, individu dengan warna kulit ini tinggi kemampuan untuk melawan radikal bebas yang akan merosakkan sel kulit dan tubuh badan lantas meningkatkan risiko kanser kulit. Ini kerana melanin yang tinggi mampu menghalang sinar UV daripada mask ke dalam kulit.
Menolak masalah kulit
Satu lagi warna kulit ini agak jarang mengalami masalah kulit seperti jerawat, cela, parut, selar matahari dan lain-lain. Ini kerana melanin yang tinggi mampu menjaga kulit daripada anasir buruk termasuk alahan atau jangkitan.
Awet muda
Individu berkulit sawo matang akan tampak lebih galah bagi lelaki dan manis untuk wanita berkat daripada kandungan melanin tinggi. Ia juga mungkin hasil kesan antipenuaan yang dibawa oleh melanin sekaligus buat kamu lebih awet muda.
Tulang yang susah rapuh
Melanin turut membantu kulit serta tubuh badan menyerap vitamin penting seperti vitamin D daripada cahaya matahari yang bagus untuk membentu kalsium. Hasilnya, kalsium yang tinggi dalam tubuh badan mampu membuat tulang lebih kuat. Kesan jangka masa panjang, ia mampu mencegah masalah osteoporosis daripada berlaku.
Haaa… nampak tak, banyak kelebihan kulit hitam manis dan sawo matang. Lebih baik anda bersyukur dengan warna kulit yang Tuhan kurniakan dan tak perlu mengubahnya. Lagi pula, cantik itu subjektif! Pandai jaga penampilan, terserlah lah kecantikan anda.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Secara logiknya, bila bosan makan nasi mesti kita akan pilih roti untuk dijadikan sebagai pelapik perut, bukan?
Tetapi jika anda diet, pasti mahu elakkan makan roti putih. Hah, jangan risau untuk anda yang menjaga makan dan mahu maintain berat, jom ketahui jenis roti yang ada.
Pilih Roti Yang Tepat
1. Roti Putih
Roti paling common sekali dalam setiap household dan sejujurnya ini adalah roti kita akan fikir nak beli. Namun roti putih ini high in glycemic index dan boleh spike our blood sugar level meaning kandungan gula dalam roti ini tinggi.
Kalau selalu makan dengan jem, lagi tinggi gulanya. Roti putih juga adalah processed carbs jadi anda tak akan rasa kenyang pun lepas makan dan kandungan nutrisinya rendah.
2. Roti Whole Wheat
Ini kita panggil roti sihat. Tetapi tak ramai yang suka beli roti ini sebab rasa di tekak kurang ‘ngam’. Nak-nak budak yang makan, mesti tak mahu teruskan.
Tetapi roti whole wheat memang bagus untuk kesihatan. Jadi cuba anda bayangkan faedah kesihatan yang anda boleh dapat.
Roti ini berserat tinggi yang membantu penghadaman, menjaga perut kenyang lebih lama, dan membantu kawal berat badan dengan mengurangkan pengambilan kalori secara keseluruhan.
3. Roti Bijirin/ Whole Grain
Biasanya roti jenis ini mesti mahal sedikit harganya. Kalau kedai runcit biasa jarang ada ya, kena cari di pasar raya terpilih seperti Jaya Grocer/Village Grocer baru ada. Selalu ada banyak jenis – sourdough, rye, oat, flaxseed dan sebagainya. Haaa… Gardenia pun ada buat roti ini.
Roti bijirin adalah pilihan terbaik sebab ada banyak nutrients, fibres and healthy plant compound dalam roti. Dan jika anda kurang gemar Roti Whole Wheat – cuba rasa cara ini, bakar kejap dekat toaster atau atas pan, sudah cukup sedap!
Sekarang ini memang macam-macam jenis perisa ada, coklat, vanila, pandan, butterscotch, gula melaka, strawberi, jagung dan banyak lagi. Ini kurang sesuai kalau anda nak diet sebab kandungan gulanya tinggi.
Terpulang pada aktiviti harian anda, jadi sesekali boleh ambil. Anak-anak mesti suka dan biasanya sesuai dijadikan bekal harian. Kadang kena kreatif jadikan lebih menarik dan sedap! Macam ini contoh sapu yogurt dan letak strawberi. Nampak sedap, bukan?
Roti Bantu Turunkan Berat Badan
Namun bila sebut tentang roti, sudah tentulah jenama kegemaran rakyat Malaysia, Gardeniayang menjadi pilihan. Bukan hanya enak di makan begitu sahaja, malah begitu sesuai dijadikan snek diet bagi yang nak turunkan berat badan.
Tidak hanya memberi kelazatan dalam hidangan seharian, Gardeniajuga telah menghulurkan sumbangan dengan menyantuni golongan ibu tunggal melalui Majlis Berbuka Puasa di Bawah Program Cahaya Ramadan Bersama Gardenia.
Kira-kira 100 ibu yang memerlukan daripada Persatuan Wanita & Ibu Tunggal Nur Iman hadir memenuhi jemputan. Program ini mendapat usahasama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Masyarakat.
Selain menerima bantuan wang tunai, ibu-ibu ini juga menerima bantuan pek barangan runcit hasil kerjasama dengan penaja-penaja program seperti Beras Jasmine, Gula Better Brown CSR, Susu UHT F&N Magnolia, Krimer Manis & Sejat F&N Teapot, Ketupat & Cucur Adabi, serta biskut granola tajaan Taylor’s College.
Lebih meriah dengan kehadiran Alif Satar mendendangkan tiga buah lagu ketika acara penutup menjadikan suasana majlis lebih seronok. Begitulah cara meraikan golongan ibu tunggal dengan sedikit buah tangan daripada pihak Gardenia.
Apa pun, anda yang masih keliru untuk membeli roti mana satu, boleh pilih mengikut jenis keperluan tubuh badan. Tidak mengurangkan dan tidak juga melebihi kalori sepatutnya, yang penting masa makan roti anda rasa enjoy!