Seperti kita tahu ramai dalam kalangan selebriti yang turut disahkan positif virus Covid-19.
Ada yang hanya menjalani kuarantin di rumah dan ada juga yang terpaksa dimasukkan ke hospital atas beberapa faktor.
Salah seorang adalah pelakon dan pengacara Uyaina Arshad. Dia yang muat naik status terbaru di laman Instagram memberitahu dirinya dan suami disahkan positif.
Namun suaminya, Raja Shahiran hanya menjalani kuarantin di rumah, tetapi Uyaina terpaksa dimasukkan ke hospital kerana tekanan darah rendah dan badan lemah.
Menurut Uyaina lagi lain orang lain simptom dialami, tetapi bagi dirinya dia merasakan badan terasa sakit sangat untuk dua tiga hari pertama disahkan positif. Malah menurutnya nak berjalan pergi ke toilet juga terpaksa merangkak.
Bukan itu saja dia turut memberitahu kedaan badannya seperti kena pukul dan lenyek. Uyaina juga turut mengalami masalah susah bernafas serta demam menggigil. Tambahnya lagi paling bahaya varian ini juga turut kacau internal organ.
Justeru, Uyaina turut mengharapkan orang ramai mendoakan kesembuhan dirinya dan suami.
Dia yang baru mendirikan rumah tangga hujung tahun lalu turut berpesan agar orang ramai sentiasa kekal jaga kesihatan kerana itu adalah nikmat paling besar yang Allah berikan.
@rajasyahiranmy & Uyaina kami both tested positive for covid since a few days ago
Syahiran boleh quarantine di rumah tapi Uyaina kena tahan di ward sebab low blood pressure dan badan lemah First time being away from my husband
Lain orang mungkin rasa berbeza2 bila kena covid ni. Ada orang maybe mild symptoms.
Tapi, my body feels sakit sangat2 esp during the first 2-3 days. Nak jalan pergi toilet pun merangkak. Badan rasa macam kena pukul. Tekak rasa macam kena lenyek. Susah nak nafas. Demam menggigil. Dan paling bahaya sebab dia kacau our internal organs
Tu pun kita dah cucuk vaksin. Bayangkan orang yang tak ambik vaksin langsung? Yang anti-vax? Taktahu macam mana haywire lah badan dorang
I post this picture to remind myself what being healthy feels like. Dan untuk mengingatkan kami yang nikmat paling besar Allah bagi adalah nikmat kesihatan. Kita kena jaga baik2.
Ads
Stay safe everyone. Yana doakan korang tak kena covid ni esp orang2 tua & budak2 sebab taktau cemana badan dorang nak terima
Jangan lupa doakan kesembuhan buat kami dan semua yang sedang berlawan dengan covid
Posting pasangan yang sama cantik sama padan ini juga turut mendapat respon daripada warga maya. Rata-rata mendoaka kesembuhan dan kesejahteraan buat mereka berdua.
Selain pelitup muka, penggunaan hand sanitizer penting bagi memastikan kita dapat mengelak penyebaran virus Covid-19.
Dan biasanya kita akan membeli dalam bekas besar sebagai stok simpanan di rumah.
Namun tahukah kita hand sanitizer ini juga ada tarikh lúput yang kita perlu tahu. Penggunaannya tidak lagi berkesan untuk membunuh kuman.
Malah jika terlihat seperti ada tompokan (kulat dan bakteria) boleH terus buang saja hand sanitizer berkenaan.
Perkongsian Public Health Malaysia memberitahu mengenai perkara ini dengan mengingatkan kita semua agar sentiasa memeriksa tarikh luput sesuatu produk berkenaan.
Perhatian kepada mereka yang masih menggunakan hand sanitizer yang dibeli semasa awal pandemik.
Min nak kongsikan sesuatu yang penting. Pastinya ada yang beli dan tidak habis-habis lagi sejak tahun lepas. Hand sanitizer ada tarikh luput. Boleh semak tarikh luput.
Ia mungkin kurang atau tidak lagi berkesan jika sudah sampai tarikh luput. Kandungan alkohol mungkin sudah tidak lagi mencukupi kerana ia telah meruap.
Jika ia berkulat atau bertompok, ia mungkin sudah tidak lagi berkesan untuk membunuh kuman. Semoga membantu.
Tanggal 30 Mac lalu rupanya adalah sambutan Hari Bipolar Sedunia. Ramai yang tak ambil kisah kerana tidak tahu betapa bahayanya masalah ini jika tidak ditangani segera.
Lihat saja kes Janna Nick baru-baru ini yang mengadu seperti mahu berhenti kerja disebabkan gangguan masalah ini.
Perkongsian Puan Areefah Ahmad sebagai pesakit bipolar disorder bagi meningkatkan kefahaman serta kesedaran orang awam tentang kesihatan mental.
Pengalaman Sebagai Pengidap Bipolar Disorder
Bersempena Hari Bipolar Sedunia 30 Mac 2020, aku nak kongsikan pengalaman aku sebagai pesakit yang mengidap bipolar disorder. Versi 2020.
Lebih kurang 5 tahun lepas aku telah disahkan mengidap penyakit mental.
Bipolar disorder atau kecelaruan dwikutub ni ada 2 polar, which are (1) depression dan (2) manic. Kedua mood extreme ini akan berlangsung bersilih ganti.
Secara ringkasnya depression ni berada dalam mood yang sangat rendah, namun bukan sekadar sedih sahaja. Tetapi terhidang dengan beberapa gejala lain.
Manic pulak, bila pesakit ada dalam peringkat dimana kami terlampau eksaited, terlalu gembira dan sangat bersemangat.
Ini simtpom yang dialami. Mula-mula disahkan hidap Major Depressive Disorder (MDD). Tak bercakap, tiada selera makan dan malam tak boleh tidur.
Aku akan kongsikan simptom-simptom yang aku alami.
Pada awalnya, aku disahkan mengidap Major Depressive Disorder (MDD).
Gejalanya sama macam dalam poster bawah.
Selama beberapa bulan aku tak bercakap, tak ada selera makan, malam tak boleh tidur walaupun sangat penat. Aku umpamakan penat tu macam pergi mukhayyam (kem), sedangkan duduk tak buat apa pun. Malam tak boleh tidur, tapi siang melekat kat katil.
Aku sentiasa gelisah, tak tenang, rasa sayu dan tak keruan. Rasa bersalah yang teramat. Rasa tak guna. Setiap masa ada suara dalam kepala bisikkan supaya bunuh diri. Susah nak buang suara tu. Macam real. Aku bagai ditindih dengan makhluk hitam yang kelam. Memang serba gelap hidup aku masa tu. Tak nampak cahaya langsung.
Aku makin sangsi dengan diri aku bila baca Quran, solat taubat, istikharah, hajat, witr semua tak boleh buatkan aku tenang. Aku makin hukum diri aku yang Allah tak terima ibadah aku sebab banyak dosa.
Tapi aku tetap tak putus asa. Sebelum ni kalau aku nak kuat, aku paksa diri aku untuk tahajjud. Tu kunci kekuatan sebab aku banyak terinspirasi dengan tempat aku internship yang mana mereka mengamalkan tahajjud hari-hari. Tapi masa tu setiap malam buat tahajjud, tetap tak boleh tenang dan sentiasa gusar. Hidup serba tak kena. Aku makin down.
Juga sering bercakap seorang diri. Sentiasa berfikiran negatif, sentiasa rasa looser dan lebih baik mati. Juga alami simptom delusi di mana rasa smua orang tak suka
Aku juga sering cakap dalam diri, kalau nak dijauhkan dari perkara-perkara negatif, tak boleh tinggal bacaan mathurat. Memang aku tak pernah baca mathurat qubra secara nafsi nafsi (bersendirian), tak hafal pun,tapi time tu aku baca versi qubra untuk buangkan fikiran negatif.
Siap baca makna. Tapi aku tetap tak boleh stop fikiran negatif. Perasaan untuk tamatkan hidup tu sangaat kuat. Aku tak tahu arah tujuan, kecuali dengan berdoa pada Allah. Masa tu tak ada apa yang boleh buatkan aku kuat.
Sebagai orang noob dan taktau yang aku sedang sakit, aku makin kuat kecam dan salahkan diri sendiri. Aku rasa loser, tak guna dan lebih baik mati. Ada simptom delusi dimana aku rasa semua orang bencikan aku, aku menyusahkan orang, orang tengah berpakat nak kenakan aku. Serius sangat tak tenteram.
Simptom pada fizikal pulak aku akan kerap penat, sakit kepala, tegang urat, menggigil, sesak nafas, sakit dada dan lain-lain.
Dalam 6 bulan selepas itu, aku disahkan mengidap bipolar II disorder.
Pada mulanya aku ingatkan aku dah sembuh daripada depression. Sebab aku dah okay, takde rasa nak bunuh diri, takde rasa sedih, takde rasa penat, tak boleh tidur tapi tak mengantuk, rasa nak buat macam-macam.
Yang paling obvious bila aku spending spree kot. Aku ni sebelum ni sangat la berkira kalau nak beli barang. Tapi masa tu aku belanja macam orang kaya, sedangkan tengah tak ada duit.
Depression hingga rasa paranoid dan sangat takut untuk berjumpa orang lain sebab takit sesak nafas. Turut deactivate semua akaun media sosial
Masa depression tu, aku sangat paranoid. Aku rasa semua orang tengah berkata tak elok pasal aku. Aku sangat takut nak berjumpa manusia sebab nanti sesak nafas dan menggigil. Aku memang tak boleh mengadap orang walaupun dalam alam maya. Jadi aku deactivate semua akaun media sosial aku.
Tapi masa manic tu aku terus rasa nak on phone, bukak balik semua sosial media aku. Aku banyak ‘membebel’ dalam whatsapp group. Banyak cakap la. Rasa diri special.
Pada mulanya aku anggap semua gejala manic tu adalah nafsu semata-mata. So sebab tu aku tak rasa ada keperluan untuk bagitau doktor simptom-simptom tu.
Tapi ada satu hari tu, ada sorang pesakit post dalam support group kata doktor baru diagnose dia mengidap bipolar disorder. Aku tanya kenapa doktor diagnose bipolar. So dia cerita symptom yang dia alami. Aku terkejut sebab sebijik macam apa aku rasa.
Dari situ aku rasa aku perlu maklumkan pada doktor psikiatri dan dia diagnose aku as bipolar II disorder. Doktor memulakan ubat pertama aripiprazole. Dan lepas tu sebab aku tak tidur, doktor suruh tidur dan bagi aku diazepam untuk tidur.
Gejala (hypo)manic ni berlangsung selama 2 minggu berterusan. Lepas 2 minggu tu, aku terus depress balik. Aku mula menjauhkan diri dan mendiamkan diri seperti sebelum ni. Dunia kembali gelap.
Beberapa bulan selepas tu, aku di diagnose dengan bipolar I disorder.
Begitu la nasib sang pengidap bipolar. Ada masa extreme low, ada masa extreme high. Tapi aku most of the time low la. Alhamdulillah sekarang tak low, tak high. Normal untuk 4 bulan selepas keluar wad and buat ECT. Ini sangat amaizing. Tak penah lagi macam ni. Subhanallah.
Berkongsi masalah bukan untuk menagih simpati tetapi mahu berkongsi masalah dengan orang lain yang ada masalah sama
Aku suka berkongsi simptom yang aku alami bukan untuk menagih simpati. Tapi since aku dapat petunjuk (hidayah) daripada perkongsian orang lain, aku rasa terpanggil untuk menceritakan kisah aku supaya pesakit MDD terutamanya memaklumkan pada doktor psikiatri jika mengalami gejala manic.
Kalau sorang baca dan sorang tu jumpa doktor, aku sangat syukur. Sebab apa? Sebab manic ni bahaya kalau dibiarkan begitu sahaja. Boleh melarat dan kesannya teruk contohnya tak tidur berhari-hari boleh halusinasi. Ni yang doktor bagitau dan nasihat aku untuk makan ubat tidur kalau tak boleh tidur.
Sekarang takde ubat tidur. Just lamotrigine, olanzapine, lithium and sertraline. Tapi tidur tak hengat dunia.
Yang aku share ni hanya sikit info pasal manic sebab aku tak alami banyak sangat gejala. Tapi penting untuk kita maklum, kalau diri sendiri atau orang terdekat ada ciri-ciri manic, cepatlah berjumpa psikiatri.
Antara salahfaham pasal bipolar ni orang selalu kaitkan dengan ‘gila isim’. Tiba-tiba dia nak belajar ilmu makrifat, cakap perkara yang aneh pasal syurga neraka, rajin ke masjid atau majlis ilmu dan banyak cakap pasal ilmu agama. Perwatakan pun berubah jadi semakin islamik.
Sini antara point kenapa orang rasa pesakit bipolar ni ada gangguan makhluk halus. Sebab kata disampuk ‘jin Islam’ la. Sebab tu jugak pesakit biasanya dibawa ke bomoh dulu sebelum dibawa ke hospital untuk bertemu pakar.
Antara lain, dia rasa dia berkuasa dan mampu mengubah dunia. Dia rasa diri dia special, sebagai contoh nama Ahmad tapi tiba-tiba mengaku nama Tengku Ahmad. Kononnya keturunan raja.
Pesakit juga mungkin akan drive kereta laju-laju. Selain tu, dia akan rasa ada semangat yang luar biasa contohnya berhenti keje as penjawat awam dan bukak business sendiri.
Harap kawan lain boleh share pengalaman diri juga. Supaya masyarakat lebih faham penyakit kita dan tak salah anggap macam-macam.
Penyanyi dan pelakon, Alyssa Dezek bersyukur apabila usaha kerasnya belajar untuk ujian diagnostik subjek perakaunan membuahkan keputusan yang sangat cemerlang.
Alyssa Dezek Dapat Markah Penuh
Alyssa, 16, tidak menyangka dia memperoleh markah penuh untuk ujian sebelum memasuki tingkatan empat. Ditanya mengenai tips, Alyssa berkata dia belajar di rumah selain menyertai tuisyen tambahan di PTTI.
“Memang benar, saya mendapat markah 100 untuk ujian diagnostik sebelum pemilihan ke aliran perakaunan memandangkan saya baru masuk ke tingkatan empat.
“Sebelum ujian itu memang saya pulun, saya tak nak ambil aliran sains sebab agak sukar, maka pilihan saya adalah perakaunan.
“Saya belajar di rumah dan sertai tuisyen PTTI. Syukur dapat 100 (markah) dan saya memang tak jangka. Kawan-kawan pun cakap macam mana boleh dapat markah penuh sedangkan saya selalu tak datang sekolah,” kongsinya.
Cari Masa Ulang Kaji
Tambah pemilik nama Aryanna Alyssa Dezek, jadual kerja yang padat tidak akan menjadi penghalang dalam pelajaran.
Katanya, dia tetap akan ‘mencari masa’ untuk mengulang kaji dengan menonton semula rakaman tuisyen daripada PTTI.
“Kadang-kadang saya lost sebab banyak hari tak datang sekolah kerana sibuk dengan penggambaran. Tetapi kalau di rumah jika ada masa lapang, saya akan belajar semula dan dalam masa saya menyertai tuisyen PTTI.
Kalau tak sempat sertai sesi live tuisyen, saya akan tengok balik sesi rakaman,” ceritanya.
Alyssa berkata demikian ketika ditemui di Majlis Anugerah Inspirasi PTTI 2024 yang diadakan di Hotel Le Meridien Putrajaya.
Berkongsi tentang kecantikan pula, gadis ini suka menggunakan Mugwort Clay Skin untuk hilangkan masalah jerawat halus dan kecilkan liang pori.
Pakai dalam10-15 minit sahaja dalam 2 hingga 3 kali seminggu. Senang nak pakai pun, sapu sahaja. Sesuai untuk anda yang ada masalah kulit jerawat, blackhead dan whitehead.
Hasilnya memang kulit akan jadi lebih cerah dan cantik. Hah, apa lagi? Jom lah cuba petua cantik ini pula!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!