Ketika usia remaja kita sangat digalakkan untuk menjaga kecantikan wajah. Ini kerana pada usia beginilah kulit cepat jadi sensitif.
Malah jika tersalah pakai produk yang tidak bersesuaian boleh mengakibatkan masalah cela seperti jerawat dan kulit jadi kusam.
Usah risau, anda masih boleh kekal awet muda ketika usia memasuki 20an tanpa perlu penjagaan wajah dengan bermacam-macam produk.
Ikut saja 4 langkah ini dan hasilnya kulit kekal cantik dan flawless tanpa sebarang masalah.
1. Lindungi Kulit Dari Sinar Matahari
Matahari mempunyai dua jenis sinar, iaitu UVA dan UVB. Sinar UVB menyebabkan kulit terbakar, dan sinar UVA adalah punca penuaan kulit wajah seseorang.
Atas sebab itu, salah satu cara untuk mencegah perkara ini berlaku adalah dengan menggunakan pelindung matahari dengan kerap ketika berada diluar rumah.
Ads
Malah, semasa usia remajalah anda perlu menggunakan sunscreen ketika banyak terdedah dengan aktiviti sukan lasak di sekolah. Jika tidak, kulit akan mudah berbekas, berbelang-belang, cepat kering dan kusam yang mengambil masa lama untuk cerah semula.
2. Elak Kerut Dahi Terlalu Lama
Sama ada seseorang remaja itu berkulit cerah atau gelap, memiliki rupa menawan atau biasa-biasa, apabila sering mengerutkan dahi terlalu lama, ia akan menimbulkan garis halus pada kulit.
Tidak hanya kerutan dahi, ekspresi muka berulang dalam jangka panjang dibahagian lain juga boleh menimbulkan garisan halus. Ia menyebabkan otot-otot di wajah akan berkontraksi, dan jika ini terjadi berulang kali, ia akan menjadi kekal.
Namun, jangan bimbang, ada kajian mengatakan menggunakan cermin mata hitam boleh membantu mengurangkan garis halus yang disebabkan kerutan dahi yang dilakukan dan dikeringkan oleh udara sehingga membentuk garisan kekal.
Ads
3. Bersihkan Wajah
Umum diketahui, remaja kadangkala ada yang suka cepat untuk bersiap ke sekolah sehingga lupa akan kepentingan bersikap lembut dengan kulit.
Pun begitu, apabila kulit wajah digosok terlalu kuat, ia menyebabkan iritasi pada kulit dan mempercepat penuaan. Malah, kulit menjadi kusam dan kering serta mudah berminyak.
Oleh kerana itu, latih diri seawal usia remaja lagi untuk mencuci wajah dengan gerakan perlahan menggunakan produk pembersih wajah bertekstur lembut di kulit yang dapat membantu menghilangkan polusi tanpa membuat kulit iritasi.
4. Pakai Pelembap Wajah
Remaja juga perlu mengambil perhatian dari segi pemakaian produk pelembab, apapun jenis kulit yang anda miliki atau yang berminyak sekalipun, amalkan penggunaan pelembab wajah setiap hari supaya penuaan dapat diperlambatkan ketika usia tua nanti.
Ads
Secara teorinya, pelembap muka dapat membantu menjaga kandungan udara dalam kulit sehingga menjadikan kulit tampak kelihatan segar dan sihat.
Walau bagaimanapun, pemakaian pelbagai produk pelembab perlulah selari dengan rutin aktiviti yang lain, seperti kerap bersenam untuk kesihatan luar dan dalaman, amalkan makanan seimbang dan banyakkan minum air.
Nak pilih kopi yang bagus, bergantung kepada ramuan yang tertulis pada label. Kalau ikutkan sedap, memang nak yang manis-manis pahit, tapi jaga-jaga. Musnah diet nanti!
Pilihan kopi yang terbaik adalah kopi asli tanpa gula. Kadang nampak macam tiada gula. Tapi lebih baik check semula. Lihat label nutrisi dan ramuan. Jika ada tulis karbohidrat atau ramuan gula perhatikan nilainya berapa.
1 sudu teh gula putih bersamaan 5g ya.
Jadi check semula ada berapa sudu gula dalam 1 sachet kopi anda. Sekurang-kurangnya kita tahu berapa sudu gula ambil hari ini.
Kenapa Kena Pilih Kopi Bagus?
Kopi mengandungi gula bukan tak boleh langsung tapi tak boleh sampai hari hari.
Boleh jadi penyebab gula naik tinggi dan berat susah turun selama ini.
Saranan gula sehari yang terbaik bagi pesakit kencing manis dan lose weight dalam 5% dari kalori sehari. Bersamaan dalam 3 sudu teh sahaja (contoh bagi 1500kcal).
Bagi sesiapa yang sedang berdiet dan untuk kawalan gula yang cantik bagi pesakit kencing manis, anda boleh ambil kopi asli dan susu rendah lemak atau minum bersama pemanis tiruan.
Menurut Puan Maria Ulfah, nak tentukan kopi ni bagus atau tidak mudah sahaja. Teliti label nutrisi dan baca. Jom praktis.
Lihat per serving
1 sachet = 1.2g karbo
Lulus untuk diet dan kencing manis
Lihat per serving
1 sachet = 17.3 g karbo
Ramuan pun ada tulis sirap glukosa. Tinggi tu. Dalam 3 sudu teh.
Lihat per serving
1 sachet = 2.2 g karbo
Kopi asli, lulus utk diet & kencing manis
Lihat per serving
1 sachet = 11.2 g karbo
Ramuan pun ada tulis gula.
1 sachet dalam 2 sudu teh gula ya
Lihat per serving
1 sachet = 12 g karbo
Ramuan pun ada tulis gula.
1 sachet dalam 2 sudu teh gula ya
Ramai antara kita yang menggemari jus buah-buahan. Lebih-lebih lagi jika dicampurkan dengan pelbagai jenis buah-buahan.
Malah dikatakan segelas jus menggunakan buahan segar dapat memberikan rasa enak dan kesegaran pada diri.
Walaupun begitu menurut pakar pemakanan, bukan semua jus baik untuk kesihatan. Ini kerana dikatakan terdapat jus yang hanya lebih baiksedikit berbanding air gula.
Dan ini antara pilihan jus yang baik untuk kesihatan
Jus Sayuran
Menghasilkan jus daripada sayuran adalah mudah dan baik untuk anda. Lycopene dalam jus tomato boleh membantu mengurangkan risiko kanser prostat. Jus bit (beet) pula dapat mengawal tekanan darah.
Walaupun tidak sebanyak mengambil sayuran secara mentah, namun masih terdapat serat dalam sari (pulp) jus sayuran dan ia berfungsi menyingkirkan rasa lapar. Malahan kandungan gula dan kalori juga adalah lebih rendah berbanding jus buah biasa. Jangan lupa untuk menyemak kandungan sodium (garam) atau anda boleh memilih jus sayuran versi kurang sodium.
Jus Delima
Jika anda ingin mengamalkan pengambilan satu gelas jus setiap hari, pastinya anda mahukan pilihan yang terbaik. Adakah anda tahu jus apa yang menawarkan kandungan nutrisi paling hebat dan berbaloi untuk diminum?
Jawapannya adalah jus delima. Jenis jus ini adalah tinggi kandungan gula dan kalori tetapi memberikan banyak nutrien baik untuk anda yang dipanggil antioksidan. Kandungan antioksidan di dalam jus delima adalah lebih besar berbanding teh hijau.
Jus Kranberi
Jus daripada buah ini mempunyai kandungan vitamin C yang diperlukan oleh sistem imun badan anda. Mengambil minuman jus kranberi tanpa gula boleh membantu mencegah pembentukan bakteria yang menyebabkan jangkitan saluran kencing.
Jus Acai Beri
Acai beri merupakan buah yang terdapat di Amerika Selatan. Sari buah acai ini mempunyai kepekatan antioksidan yang lebih tinggi berbanding kranberi, beri hitam, strawberi mahupun beri biru. Rasanya masam-masam manis sudah tentu mampu menambat citarasa anda.
Jus Anggur Merah
Mungkin anda pernah mendengar pengambilan wain merah dalam jumlah yang terkawal dan sederhana adalah baik untuk hati. Begitu jugalah kesannya jika anda minum jus anggur merah. Ia kaya dengan flavonoid dan resveratrol.
Jus Prun
Kebanyakan individu yang minum jenis jus ini adalah untuk melegakan sembelit. Ia amat berkesan membantu sistem pencernaan anda kerana prun merupakan sumber serat yang baik dan mengandungi julap (laxative) semula jadi yang dipanggil sorbitol. Jus ini juga mempunyai kandungan antioksidan, zat besi dan kalium.
Selepas skincare dalam peti sejuk, teknik face icing pula yang menjadi trend di media sosial. Kalau anda nak tahu, face icing adalah kulit yang dibekukan dengan sapuan ketulan ais di seluruh wajah.
Teknik Face Icing, Sapu Kejap Pun Wajah Jadi Glowing
Teknik yang diinspirasikan oleh cyrotheraphy ini memberi manfaat pada mereka yang tak mahu keluarkan bajet yang banyak untuk kelihatan glowing.
Sekitar tahun 2017, Karlie Kloss telah mencelupkan wajahnya ke dalam semangkuk ais batu sebelum pertunjukan fesyen Victoria Secret untuk tingkatkan struktur wajah dan buatkannya menjadi lebih glowing. Malah Bella Hadid pun menggunakan teknik yang sama.
Sekiranya kamu mahu mencuba teknik face icing ini tapi tak mahu rendamkan wajah dalam semangkuk ais, kamu boleh tiru teknik berikut;
Ambil seketul ais dan lapik dalam sehelai kain kapas. Atau pun kamu boleh bekukan ais dalam bekas ais khas seperti ice roller. Kemudian sapu di wajah, pastikan terkena di seluruh permukaan.
Anda boleh lakukan teknik ini sebelum guna produk skincare kerana ini akan bantu produk tersebut diserap dengan lebih baik, jauh ke dalam kulit.
Dan antara kebaikan lain teknik face icing adalah;
1. Menyegarkan wajah, menjadikan kulit serta foundation lebih glowing, licin dan flawless.
2. Keradangan kulit seperti jerawat dan rosacea boleh dikurangkan.
3. Tidak menyumbatkan dan dapat mengecilkan liang pori yang terbuka.
4. Menanggalkan lapisan luar sel kulit mati dan merangsang pertumbuhan sel kulit yang baru dengan lebih cepat.
5. Boleh kurangkan bengkak, kemerahan jerawat dan tenangkan kulit yang merengsa.
Untuk kekerapan teknik ini, anda boleh lakukan sebanyak sehari sekali. Terutamanya mereka yang berkulit sensitif, 2-3 hari sekali kerana ia boleh menyebabkan keradangan.
Kalau kulit menjadi sakit atau merah selepas menggunakan teknik ini, berhenti dengan segera ya.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!