Sebelum anda tukar syampu terbaik, ambil peduli dulu macam mana cara jaga rambut dengan betul untuk elakkan gugur dan ada masalah kelemumur.
Ya, sekali pun pakai tudung anda kena pastikan cara anda betul. Jika jarang dicuci, kerak kepala seperti kelemumur dan peluh mula berdaki di kulit kepala membuatkan berbau dan kesihatan rambut juga terjejas.
Jadi ini cara yang sempurna bagi seorang wanita berhijab menjaga mahkotanya.
Cara Jaga Rambut Elak Gugur dan Kelemumur
1. Cuci rambut selang sehari atau basuh sahaja ketika kulit kepala sudah terasa berminyak. Jangan cuci setiap hari kerana rambut basah akan menjadikan risiko keguguran lebih tinggi. Pastikan anda menyampu kulit kepala, mengurut serta menggaru lembut kulit kepala buat beberapa ketika.
2. Sebelum mencuci rambut, pastikan anda menyikat rambut terlebih dahulu agar rambut mudah dicuci dan tidak kusut. Rambut kusut akan menyukarkan proses syampu seterusnya dikhuatiri akan membuatkan rambut gugur apabila ditarik-tarik dalam keadaan basah.
Ads
3. Guna syampu yang sesuai. Sila dapatkan nasihat pakar jika perlu kerana kulit kepala sangat sensitif. Sebaiknya, manfaatkanlah syampu yang khas dirumus untuk wanita bertudung, pilih mengikut kesesuaian tahap kerosakan rambut.
4. Elak cuci rambut dengan air panas kerana ia hanya akan menjadikan tekstur rambut kasar, kering serta mengerbang. Mandi sahaja dengan air sejuk.
5. Jangan sanggul rambut dalam keadaan basah. Pastikan rambut sudah benar-benar kering sebelum memakai tudung. Rambut yang tertutup dalam keadaan basah akan membiak kelemumur, menjadi kusut dan buat hujung rambut berbuah serta bercabang. Kulit kepala juga akan berminyak!
Kalau Bertudung, Betulkan Bab Ini
Ads
6. Sila pakai anak tudung yang berasaskan material kapas serap peluh, jika tidak kepala anda akan berkuap seterusnya menyebabkan rambut berbau kurang enak.
7. Pakai material tudung yang nipis dan ringan. Praktikan ikatan atau lilitan tudung yang tidak terlalu ketat melekap di kepala. Ini bagi memberi pengaliran udara yang sempurna buat rambut dan kulit kepala.
8. Gunakan getah yang diperbuat daripada fabrik baldu mahupun satin. Jangan sesekali mengikat rambut ketat menggunakan getah sayur mahupun getah yang keras kerana akan menarik kuat rambut dari permukaan kulit kepala seterusnya melemahkan akar umbi sehingga menjadi punca masalah keguguran.
9. Jaga pemakanan kerana khasiat makanan sedikit sebanyak mendorong kesihatan dan kecantikan rambut. Ambillah makanan tambahan seperti vitamin yang mengandungi biotin, silika, Vitamin B, C dan E serta zat besi dan omega 3.
Ads
10. Memakai tudung berwarna lembut mampu membebaskan wap yang terpenrangkap di kawasan kepala sepanjang hari. Ini akan buat kulit kepala selesa berbanding pemakaian tudung berona hitam dan warna gelap lain.
11. Tiga hingga enam bulan sekali, kunjungilah salon berdekatan untuk memotong sedikit hujung rambut. Cara ini akan membuatkan rambut kekal sihat tanpa sebarang kerosakan hujung rambut.
12. Waktu malam, belai rambut dengan minyak perapi mahupun serum. Sebaiknya setiap kali selepas mandi. Ini akan bantu rambut dan kulit kepala menyerap nutrien agar kesihatannya terjamin untuk jangka masa berterusan.
13. Untuk mengelak rambut kusut selepas bangun tidur, dandan dan tocangkan rambut secara longgar (tocang lipan) supaya ianya rapi dan kesannya, rambut gugur yang disebabkan geselan kepala pada bantal juga bakal berkurangan.
Selamat beramal!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tiada yang mustahil bagi seseorang itu untuk mengamalkan diet dalam proses menurunkan berat badan walaupun ketika di bulan puasa.
Paling penting ada keinginan dan kesungguh agar misi mendapatkan berat ideal menjeLang Syawal tercapai.
Perkongsian wanita ini yang berjaya menurunkan berat 10 kg Ramadan lalu dengan mengamalkan cara ini.
Dalam sebuah posting di laman Facebook, Wani Mustafa telah berkongsikan menu makanan yang diamalkannya sepanjang bulan Ramadan bermula dari menu sahur, menu berbuka, termasuklah sekali dengan menu moreh di samping tips-tips lain yang membantunya mengurangkan berat badan.
Usaha yang dilakukan Wani itu sebenarnya bertujuan supaya membolehkan dia memakai pakaian yang diinginkannya menjelang hari lebaran.
Tips Diet di Bulan Ramadhan:
Wani berjaya turunkan berat 10KG tahun lepas dan tahun ni wani nak turunkan lagi 4KG. raya nanti boleh la pakai kebaya merah size xs.
So Wani nak share tips dan cara Wani diet sepanjang bulan puasa ni:
Sahur (untuk sahur kena ambil carbo utk bekalkan tenaga seharian).
1. Boleh makan roti wholemeal, untuk roti wholemeal ini boleh makan dengan telur hancur ke ikut kreativiti masing-masing. 2. Ambil segenggam nasi biasa atau paling bagus untuk diet BROWN RICE. 3. Kurma rendam dalam air sebelum tidur dan makan masa sahur. 4. Biasanya Wani ambil 3 roti wholemeal cicah dengan Mila Coklat Slym, itu je
Kenyang sampai berbuka. Sebab dalam Mila Coklat Slym ada rolled oat, badam, kurma so dah cukup bagi rasa kenyang dan bekalkan tenaga seharian Wani. Kalori dalam Mila Coklat 110 kalori sahaja tapi kenyang macam makan nasi 200 kalori. Tapi kalau jenis kena makan nasi boleh ambil nasi takda masalah.
Waktu Berbuka Puasa
1. Minum segelas air masak dan makan kurma (sunnah guys kena ikut pahala lebih). 2. Wani akan minum secawan Mila Coklat supaya Wani rasa kenyang jadi nafsu nak makan itu ini dah berkurang. 3. Makan nasi segenggam, lebihkan sayur (ini memang letak banyak) ikan atau ayam. Better masak sendiri lauk-lauk ini dari beli dekat bazaar sebab bila masak sendiri lebih healthy dan rendah kalori. 4. TAK MINUM AIR MANIS LANGSUNG. Sebab ini la punca berat badan susah turun. 5. TAK AMBIL AIS LANGSUNG. Kalau nak minum sejuk-sejuk letak la dalam peti ais. 6. TAK MAKAN KUIH MUIH yang manis itu. Benda-benda manis semua Wani elakkan kecuali kurma je Wani ambil.
Moreh (biasanya lepas teraweh akan rasa lapar jadi perlu ada moreh kan?)
1. Boleh makan roti wholemeal letak peanut butter 2. Makan buah-buahan. Buah favourite Wani adalah tembikai dan limau 3. Minum teh detox (takda gula guys, apa-apa jenama pun takpe) 4. Atau boleh ratah lauk-lauk berbuka tadi tapi ratah lauk means ikan ayam je bukan ratah sekali kuah-kuahnya okey.
Biasanya Wani memang tak makan dah lepas berbuka sebab memang kenyang. Tapi Wani nak bagi tips juga untuk rujukan lain kot lepas terawih lapar kan?
Kalau larat korang exercise 20/30 minit setiap hari. Atau boleh gantikan exercise dengan kemas rumah asalkan berpeluh ye.
Okey itu je. Kalau ada apa2 soalan boleh tanya nanti wani jawab ye.
Viral semalam apabila pelakon Rita Rudaini menyelar tindakan seorang pengacara yang menganggap dirinya anti vaksin dan menganggap Covid-19 adalah iluminati.
Ini disebabkan gara-gara melihat perkongsian dia yang merebus herba seperti bunga lawang dan serai di laman Instagramnya.
Namun ibu kepada dua anak lelaki ini menafikan dia anti vaksin sebaliknya mengamalkan alternatif lain untuk menjaga kecergasan diri dan menguatkan imunisasi badan.
Dalam pekongsian lain, Rita juga turut memberitahu khasiat herba yang direbus berkenaan menurut pandangan Pakar Mata dan Motivasi, Datuk Prof Dr Muhaya Mohamad.
Khasiat Air Rebusan Herba
Kehadapan individu yang kata dia jiran saya. Terima kasih kerana ambil berat dengan kehidupan seharian saya termasuk apa saja dikongsikan di Instagram. Nampak gayanya, dia tahu segala sudut dan inci mengenai saya.
Apa ingin saya cakap adalah, apa bukti dia mengatakan saya anti vaksin? Besar dan berat sangat tuduhan tu. Boleh jadi fitnah.
Saya nak tanya kepada semua rakyat Malaysia orang Melayu terutamanya, adakah dengan membuat rebusan herba dan meminum airnya salah? Adakah ia haram? Adakah ia boleh memudaratkan kesihatan?
Sedangkan Rasulullah SAW juga mengamalkan pengambilan herba seperti Habbatussauda, Zaitun, Henna, Siwak untuk tujuan perubatan. Malah dalam al-Quran juga menjelaskan perkara ini.
Adakah menjadi kesalahan untuk seseorang yang mengamalkan pengambilan herba sebagai satu alternatif untuk menjaga kesihatan diri? Adakah itu boleh dilabel anti vaksin?
Malah, Pakar mata dan motivasi, Datuk Prof Dr Muhaya Mohamad ada memberikan tips berkenaan amalan air rebusan rempah ratus tertentu dipercayai baik untuk kesihatan tubuh bagi kecergassn diri dan menguatman imunisasi badan.
Antara rempah ratus itu adalah bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga, kunyit hidup, halia, serai dan kayu manis.
Jadi, saya nak bertanya sekali lagi kepada jiran yang ambil berat itu, adakah perbuatan salah?
Tidak dinafikan usaha bagi seseorang itu mahu menurunkan berat badan memerlukan pengorbanan yang cukup tinggi.
Tanpa itu semua, pasti impian untuk memiliki saiz badan idaman tidak tercapai.
Apatah lagi jika mahu bergelar sebagai selebriti, pastinya sangat perlu untuk menjaga penampilan diri agar sentiasa tampil cantik di khalayak.
Bagi anak kepada aktor Said Ali Khan, Sara Ali Khan yang juga anak tiri kepada Kareena Kapoor turut berkongsi kesusahannya yang pernah menghidap PCOS (Polycystic Ovary Syndrome) yang menyebabkan kenaikan berat badan berlebihan.
Justeru dia berusaha untuk menurunkan beratnya sebelum berani tampil di layar perak.
Bagi memastikan impiannya untuk muncul di layar perak, Sara berlatih bebeapa senaman seperti kathak, yoga, pilates, boxing dan juga senaman dengan penuh bersungguh-sungguh untuk mendapat badan yang fit.
Hasilnya Sara berjaya mendapat berat badan ideal dan fit. Ternyata kesungguhan Sara dengan berdisiplin bersenam dan menjaga pemakana untuk hasil yang mengkagumkan.
Jadi kepada yang masih cuba untuk menurunkan berat badan idaman boleh cuba cara Sara ini yang lebih menitik beratkan senaman workout untuk mengeluarkan peluh.