Baru-baru ini ramai yang terkejut apabila penyanyi Elyana mendedahkan dirinya kini hanya mempunyai berat sekitar 35 kg.

Ini adalah disebabkan penyakit kanser limphoma yang dideritai sejak 11 tahun lalu menyebabkan berat badannya juga menurun.

Malah dia juga telah menjalani rawatan radioterapi di sebuah pusat perubatan Subang Jaya.

Kesan rawatan itu dia mula mengalami pecah lidah dan ulser dalam mulut selepas menjalani sesi keenam rawatan radioterapi berkenaan.

Menurut Elyana atau nama penuhnya Erneelya Elyana Emrizal berkata, kesan rawatan itu lambat bertindak balas seperti pengalaman sebelum ini.

“Sekarang ini saya masih di hospital dan buat rawatan radioterapi. Semalam sudah sesi keenam jadi ada empat lagi. Di sini bukan setakat buat radioterapi, tapi juga tambah darah, masukkan susu dan benda lain.

“Sekarang baru terasa kesan radioterapi selepas kali keenam. Kebiasaannya kesan rawatan ini memang lambat sikit. Kesannya sudah mula pecah lidah dan bahagian dalam ada ulser sebab panas. Maksudnya kesan rawatan ini sudah mula bertindak balas.

“Sekarang ini saya kena bersabar sikit dengan kesan radioterapi ini. Untuk pernafasan, alhamdulillah lebih baik dari sebelum ini. Batuk pun makin kurang,” katanya kepada Harian Metro.

IKLAN

Elyana yang sudah 10 tahun menghidap kanser limfoma tahap empat berkata, rawatan radioterapi kali ini lebih tenang berbanding beberapa siri rawatan yang pernah dibuat sebelum ini.

“Mungkin sebab sudah ada pengalaman yang lepas, jadi sudah tahu macam mana nak kawal. Alhamdulillah kali ini lebih tenang.

“Selepas itu banyak sangat kata-kata semangat, doa orang ramai yang saya tak kenal, yang bersedekah dan mendoakan. Memang saya tak sangka. Mungkin dari situ saya dapat kekuatan dengan kata-kata positif semua orang,” katanya.

IKLAN

Terdahulu, Elyana juga penyanyi lagu Kalis Rindu terpaksa menggunakan bantuan oksigen untuk bernafas ketika mula menjalani rawatan radioterapi sejak pertengahan bulan ini.

Selain itu:  Sebab 'Ulat' Terasa Macam Nak Cabut Hidung. Doktor Ini Beri Nasihat Rawat Masalah Resdung

Dalam masa sama, Elyana turut mengalami pengurangan berat badan sehingga terpaksa dibekalkan satu pek susu untuk dimasuk ke dalam badan selama 16 jam.

Tambah Elyana dia perlu melakukan rawatan radioterapi berkenaan sebanyak 10 sesi dan harus menghadapinya dengan cekal hati berikutan berat badan yang semakin merosot.

Namun dalam satu perkongsian di lama Instagramnya Elyana memberitahu beratnya kini sudah naik 7kg menjadikan berat 42 kg. Dia juga turut berterima kasih kepada yang memberi sedekah makanan padanya.

Sebelum itu Elyana juga mendapat hadiah kiriman tudung daripada Neelofa dan Prof Dr Muhaya.

IKLAN

Alhamdulillah!

Berat saya dari 35kg ,hari ni timbang 42kg… Terima kasih yang mendoakan dan yang tak jemu2 sedekah makanan pada saya..i love u!

Kredit Foto: Elyana

Artikel Berkaitan:

Elyana Masih Sihat Tapi Hilang Selera Makan. Rupanya Sel Kanser Merebak Ke Rahim, Hati & Pangkal Paha!

11 Tahun Hidap Kanser Limfoma, Berat Tinggal 35KG. Elyana Kini Jalani 10 Hari Rawatan Radioterapi!

Masuk Hospital Gara-Gara Tercekik Tulang Ikan, Pensyarah Wanita Pesan Jangan Makan ‘Nasi Gumpal’

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI