Memiliki tubuh badan yang gempal sebenarnya tidak bagus untuk kesihatan kita. Golongan inilah dikatakan lebih terdedah kepada masalah atau mudah menghidap penyakit seperti darah tinggi, kencing manis atau masalah lain.
Namun tiada masalah seseorang itu berusaha untuk kembali menjalani gaya hidup sihat dan mendapat berat normal.
Seperti perkongsian lelaki ini berjaya menurunkan berat badan sebanyak 100 kg dengan menggunakan caranya sendiri tanpa mengambil sebarang produk.
Berkongsi di laman sosial Facebook Malaysia Runner, Fuad Darjat menceritakan pengalamannya menurunkan berat badan daripada 190 kg kepada 90 kg.
Lelaki ini berkata dia mula melakukan pelbagai cara termasuklah mengamalkan diet yang seimbang, bersenam di gym dan banyak lagi.
Saja nak share pengalaman saya dalam ni. Saya nak bukan la runner sejati tapi perjalanan lost weight saya bermula dengan “berlari”.
Saya ni dulu memang badan gemuk dan semakin hari semakin gemuk. Makan punya makan dan 1 hari pada penghujung 2015 saya timbang berat saya dah cecah 190kg! Ya 190kg tuan puan. Out meter bagi penimbang analog tu. Termenung saya sekejap.
Selepas tu saya fikir dan fikir bagaimana nak kurus, sebab sebelum ni mindset saya dah fikir macam mustahil nak kurus sebab dah terlalu gemuk. Yela dengan berat 190kg, baju 6XL, seluar size 56, kasut size 11 serta tinggi waktu tu 178.
Datang 1 seketika saya terpasang niat dengan nekad, sampai datang satu seru “Aku sanggup mati tak makan sebab tak sanggup mati tengah makan banyak” (sampai macam tu sekali dia punya semangat datang). Don’t take seriously.
Ads
Mulakan prediet pada 2016 dengan pengambilan nasi bergilir. Kemudian buat diet low carbs dan hasilnya berat cecah 160 kg.
Dah pada Januari 2016 saya mulakan dengan prediet. Contohnya macam hari 1st saya amik nasi pagi dan tengah hari, esoknya amik nasi tengah hari dan malam dan lusanya cuma amik pagi dan ulang sampai saya dapat tinggalkan nasi terus dalam seminggu terus. (Saya tak cakap nasi bersalah tapi tula cara saya sebab saya kalau makan nasi bertambah 2 pinggan).
Dan pada 04/02/2016 saya mulakan perjalanan nekad saya. Saya mulakan dengan buat diet low carbs (as we know). Slow-slow saya belajar dan bertanya dengan ramai orang untuk memperbaiki ilmu diet.
Hasilnya pada 01/04/2016 berat saya dah cecah 160. Laju kan? Memang la sebab permulaan ini orang cakap berat air. Siapa yang tak seronok dah hilang 30kg dlm masa 2 bulan. Selepas itu berat saya statik selama sebulan. Allah saja yang tahu waktu itu, dan sy bertanya dan belajar serta mulakan bersenam. Sebelum ni saya tak bersenam apa pun.
Mula-mula malu untuk bersenam di luar dengan berat 150 kg. Cuma buat berlari-lari anak dalam rumah saja. Kemudia baru beranikan diri jogging di mini stadium Sepang.
Sebut pasal bersenam mesti la malu dengan badan gemuk 150kg nak bersenam luar? Saya pun cuma berlari-lari anak dalam rumah pusing meja makan je. Pusing mula-mula dalam 10 minit. Pastu up 15 minit dan pastu pusing dalam kawasan ruang tamu rumah plak. Dan berat semakin turun lagi. Selepas Raya 2016 baru la beranikan diri jogging di Mini Stadium Sepang.
Waktu memang rasa sangat malu nak jogging situ. Pergi jogging pun gelap-gelap pukul 6:30 pagi dah terpacak sebab waktu masih gelap dan takde orang. Jogging punya jogging sampai hujung 2016 berat dah cecah 130kg kalau tak silap. Dari 157 ke 130 makan masa lama hampir 3 bulan lebih juga sebab banyak on off. Masa tu ada kawan kata tak teringin masuk gym ke. Saya cakap tak nak la malu la gym sume sado badan, saya badan sendu je.
Bermula gaya hidup di gym start Feb 2017. Saya selang-selikan juga dengan jogging di stadium. Sebab masa tu tak boleh joging di jalan tar sakit lutut, maybe sebab badan masih berat dan salah teknik. Dalam tak sedar akhirnya pada raya 2017 saya dah cecah 110kg. Alhamdulillah dah dapat beli baju raya di mall saja. Sebelum ni baju Melayu kena tempah dan guna kain 6 meter!
Ads
Selepas itu saya teruskan untuk try toning badan dan buang body fat. Macam biasa diselang-selikan gym dan running. Tapi yela manusia biasa tak lari kesilapan bila dapat kejayaan sikit akan ada lupa diri. Maka diet pun ada on off.
Tahun 2018 berjaya capai berat 95 kg. Hampir 100 kg lenyap. Totally hidup berubah jadi aktif, kalau tak buat rasa hidup tak lengkap
Dan pada April 2018 berat saya dah cecah 95kg. Hampir 100kg dah terbuang. Alhamdulillah sampai sekarang saya masih mengawal mungkin dan kekal aktif. Sekarang dah ada sukan baru saya join iaitu hiking pulak. Alhamdulillah sekarang hidup saya totally berubah kepada aktif, kalau takde aktiviti sukan tu rasa tak keruan rasa seperti tak lengkap.
Tapi apa yang saya boleh banggakan berjaya melakukan walaupun nampk mustahil pada mulanya. Insha-Allah saya kekalkan untuk turunkan lagi dan akan pastikan sebaik mungkin saya tak regain obesity lagi sehinggala sekarang. Semakin hari sehingga kini saya sekarang belajar tentang food nutrisi dan asas-asas sport sains serta bidang kejurulatihan.
Apa cuma saya kongsikan di sini ialah “Di mana ada kemahuan di situ ada jalan”. dan jangan sesekali cuma berangan saja. Bangun dari lena dan teruskan bergerak. Kepada sesiapa yang masih macam saya seperti dulu jangan la cepat mengalah. Salah 1 punca saya nak kurus dulu sebab saya sedih waktu gemuk tak dapat main lari-lari dengan anak kat mall.
Ads
Kalau bila pegi shopping sekejap je dah penat dan asyik nak cari kerusi je. Kalau tak dapat kerusi untuk duduk saya mengamuk penat kat wife haha serta asyik nk cepat balik je sebab penat berdiri.
Saya doakan semua yang ingin berjaya dalam diet akan terus dibekalkan kekuatan dan ketabahan dalam hati untuk terus istiqomah. Ingat tuan puan, nak kurus senang, nak kekalkan yang susah tapi tiada yang mustahil jika kita cuba lakukan. Dan saya sekarang menjalani hidup seperti biasa.
Benda yang paling penting untuk berjaya adalah bermula dari minda, sebab kita dikuasai segalanya dari minda. Tiada siapa dapat mengubah diri kita kecuali diri kita sendiri dan tak perlukan ubat-ubat kurus, lebih baik duit beli ubat kurus digunakan beli kasut, baju sukan. Sekian dari sy. Thank you kerana sudi membaca
21km. Next target 42km serta yang lebih mencabar lagi untuk sy cuba.
Fuad Darjat -190kg-90kg. -Bekas perokok tegar sehari 20 batang -Anda akan dapat buat jika anda fikir anda boleh lakukan
Istimewanya rupanya mereka yang dikategorikan golongan berdarah Rh-null atau ‘The Golden Blood’.
Ini kerana mereka adalah satu kumpulan darah yang sangat unik dan paling sukar ditemui di dunia.
Boleh dikatakan, hanya 1 daripada 6 juta orang sahaja yang memiliki kumpulan darah ‘The Golden Blood’ ini.
Dalam satu perkongsian di Facebook Derma Darah Terengganu memberitahu seorang wanita di sana merupakan satu-satunya rakyat Malaysia daripada 43 individu di seluruh muka bumi ini yang memiliki darah unik jenis Rhnull atau lebih dikenali sebagai The Golden Blood.
Untuk pengetahuan semua, kumpulan darah ini hanya dimiliki oleh kurang daripada 50 orang dalam 50 tahun terakhir. Hanya sembilan orang penderma aktif darah yang direkodkan.
Meskipun individu yang memiliki darah Rh-null ini boleh menjadi penderma, namun kesukaran untuk menemui seseorang dengan kumpulan darah ini menjadikan jenis darah ini paling berharga di dunia sekaligus dinamakan sebagai ‘darah emas’.
The Golden Blood. The rarest blood type in the world.
Kumpulan darah penderma ini ialah Rhnull, iaitu kumpulan darah paling sukar ditemui di dunia. Setakat ini hanya ada 43 orang sahaja di seluruh muka bumi mempunyai kumpulan darah tersebut. Di Malaysia? Hanya beliau seorang setakat ini.
Darah yang didermakan akan dihantar ke Pusat Darah Negara, Kuala Lumpur untuk disejuk bekukan dan seterusnya akan disimpan dalam peti nitrogen -80 darjah celsius selama 10 tahun. Jika ada pesakit yang memerlukan darah jenis ini, maka darah ini akan dicairkan untuk digunakan.
You are the special one, sis! Tidak kira apa jua kumpulan darah anda, you are always somebody type. Darah anda boleh membantu selamatkan nyawa insan lain. Jom derma darah.
P/s: Siapa yang pernah tengok cerita Grey’s Anatomy, Season 15 mesti tahu kumpulan darah Rhnull #rhnull #thespecialone
Wanita ini sapu 3 bahan je, kulitnya glowing macam orang yang buat rawatan di Spa. Betul, tak semestinya guna barang yang mahal untuk wajah cantik, tetapi anda wajib rajin!
Antara perkara penting yang perlu diberi perhatian ialah disiplin diri dalam perawatan kulit wajah, sama ada memilih cara moden atau petua orang lama.
Namun asa yang patut anda tahu, pemakaian masker amat penting bagi memastikan kulit wajah kekal lembap, lembut dan berseri.
Jika anda memilih untuk melakukan perawatan wajah menggunakan bahan semula jadi, bolehlah cuba cara ini.
Wanita Ini Sapu 3 Bahan Je, Hasilnya Kulit Glowing Sungguh!
Mudah sahaja hendak buat masker ini. Bahan-bahan pun guna bahan di dapur sahaja. Masker ini bagus untuk untuk awet muda, kempiskan jerawat dan tegangkan kulit. Jika diamalkan selalu memang akan nampak kesannya.
CARA-CARA:
1. Campurkan semua bahan hingga jadi likat. Kalau cair, boleh campur lagi tepung. Ia bagi memudahkan sapuan pada kulit wajah.
2. Sapu rata pada seluruh kulit wajah. Tunggu hingga kering atau 15 minit. Bilas.
FUNGSI TIGA BAHAN INI IALAH UNTUK:
*Putih telur untuk menegang dan buat kulit jadi awet muda.
*Tepung beras pulak adalah agen untuk putihkan dan atasi kulit berminyak.
*Serbuk kunyit merupakan agen antiseptik semula jadi untuk kempiskan jerawat dan memudarkan parut pada kulit wajah.
DIKONGSIKAN JUGA LIMA PILIHAN MASKER BUAT ANDA YANG LEBIH SUKAKAN CARA PERAWATAN YANG MUDAH
Anda boleh mendapatkan masker yang kuat ini di pelbagai rak drugstore. Formula berkrim tidak kering seperti masker tanah liat tradisional tetapi menjadikan kulit anda berasa bersih dan terhidrat.
Masker ini mempunyai kepingan kecil dari gunung berapi dari Kepulauan Jeju, yang bersatu dengan tanah liat kaolin untuk menyedut minyak dan kotoran yang berlebihan dari liang-liang anda. Ia juga mengelupas dengan lembut, sehingga kulit menjadi lebih cerah serta merta.
Cukup lembut untuk kulit sensitif, namun menjadikan wajah anda terasa lebih lembut dan lebih halus pada ketika mencucinya. Sesuai untuk merawat jerawat pada kulit wajah.
Masker berfungsi untuk membersihkan kulit, mengurangkan saiz pori, dan menyerap minyak kulit yang membuat anda kelihatan berkilau.
Jadi kalau anda nak kulit bersih daripada masalah jerawat dan jeragat, nanti cubalah tip yang dikongsikan ini. Boleh pilih dua cara, nak guna petua jimat poket atau yang lebih mudah benda tinggal nak pakai sahaja.
Tular kisah seorang suami tembak isteri yang tengah hamil dalam 5 bulan lebih lima das tembakan dengan menggunakan pistol Walter P99 dari jarak dekat dan mengenai bahagian muka di mata kirinya.
Mangsa, Safsufarnisya Salleh, 26 tahun dijumpai terbaring dalam bilik dan suaminya turut ada di situ.
Suami Tembak Isteri Hamil Dari Jarak Dekat, Risau Berkait Dengan Masalah Mental
Menerusi laporan daripada laman Harian Metro, polis sedang menyiasat daripada pelbagai aspek sama ada suspek terbabit dengan penyalahgunaan dadah, faktor kemurungan atau permasalahan membabitkan mental.
Tiada berlaku pergaduhan atau pertikaian di antara pasangan berkenaan yang sudah dua tahun mendirikan rumah tangga.
Jadi siasatan juga akan menjurus sama ada suspek mempunyai masalah mental atau sebagainya.
Menurut ibu mangsa, Che Mas Taha, 63, memberitahu bahawa menantunya itu dipercayai mempunyai masalah kemurungan beberapa tahun sebelum ini.
Ini disebabkan menantunya ada menunjukkan perilaku yang tidak menentu sebelum ini.
“Pada Aidiladha lalu, menantu saya ini pernah memandu tanpa hala tuju di lebuh raya seorang diri sehingga petrol keretanya habis.
“Apabila petrol sudah habis, dia kemudian bersolat di tepi lebuh raya itu dan kemudian menangis terisak-isak di tepi lebuh raya.
“Allahyarham terpaksa menghubungi tempat suaminya bertugas itu untuk mengesan dan membawanya pulang, jadi saya tidak menjangkakan ia berlarutan sehingga terjadinya kejadian semalam,” katanya.
Tiada Anak Dan Hamil Anak Pertama
Pasangan berkenaan tidak mempunyai anak dan suspek sudah empat tahun bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perlis.
Cerita Che Mas Taha, anak bongsu daripada empat beradik itu, hamil anak pertama selepas berkahwin dengan suspek selama dua tahun.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan suspek kini sedang ditahan di lokap Balai Polis Kangar.
Bapa Safsufarnisya Maafkan Menantu
Ujian buat keluarga ini dan walau sukar untuk terima kenyataan dengan apa yang berlaku, namun bapa mangsa tetap memaafkan menantunya.
“Saya maafkan apa yang dia (menantu) lakukan dan terima ujian ini seadanya kerana saya sudah menganggapnya macam anak saya sendiri.”
Luahan ikhlas Salleh Eizan, 63, itu buat menantunya, seorang lans koperal polis yang menembak anaknya dalam kejadian di rumah mereka di Kampung Bendang Baru, Simpang Empat semalam.
Mangsa Sudah Membuat Persiapan Sambut Bayi Pertama
Sementara itu, apabila keluarga mangsa memasuki bilik diduduki arwah, mereka terkejut menemui beberapa pakaian bayi tersimpan kemas dalam plastik di dalam almari.
“Adik (Safsufarnisya) dengan suaminya, rupa-rupanya sudah menyediakan kelengkapan menyambut kelahiran bayi sulung mereka tanpa pengetahuan kami.
“Memang kami tahu Adik sedang hamil tetapi kami tidak pula tahu bila mereka beli baju dan seluar bayi ini.
“Apabila melihat baju dan seluar bayi, kami lebih sedih dan sayu teringatkan Adik,” katanya.
Kakak Safsufarnisya, Safsuzafira, 37, pula berkata, adik bongsunya itu menulis dengan gincu ‘Welcome Junior Ijat’ pada cermin meja solek di bilik tidurnya, sebagai meraikan kehamilan sulung.
Jenazah Safsufarnisya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Putra, Simpang Empat, Kangar.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!