Dipuji Comel & Cantik Di Hari Bahagia. Najwa Latif Pilih Putih Untuk Majlis Nikah! Dalam diam rupanya penyanyi Cinta Muka Buku, Najwa Latiff kini telah selamat bergelar seorang isteri kepada pasangannya, Akwa Ariffin yang juga seorang penyanyi.

Majlis ringkas dan tertutup itu yang hanya dihadiri sanak saudara dan kenalan terdekat berlangsung di batu Pahat Johor kira-kira jam 8.30 pagi tadi.

Pada majlis itu, Akwa menyerahkan mas kahwin 2.5 gram emas kepada Najwa atau nama sebenarnya Imratul Najwa Abdul Latiff.

Dipuji Comel & Cantik Di Hari Bahagia

Artikel Lain: Tampil Cantik & Lebih Kurus. Ini Rahsia Datuk Seri Vida Nampak Slim & Makin Lawa

Berita mengenai perkembangan dirinya itu dimaklumkan menerusi sebuah hantaran di Instagram miliknya pada pagi ini meraih pelbagai reaksi pengikutnya.

IKLAN

Menerusi hantaran tersebut, pasangan ini turut mengenakan persalinan sedondon berwarna putih. Keduanya juga turut memilih tarikh istimewa 11/11/2022 untuk diingati sebagai hari bahagia buat mereka.

Rata-rata warganet turut mengucapkan tahniah atas perkahwinan penyanyi Cinta Muka Buku ini dan masing-masing memuji Wawa cukup cantik dengan persalinan serba putih.

Dipuji Comel & Cantik Di Hari Bahagia. Najwa Latif Pilih Putih Untuk Majlis Nikah!

Artikel Lain: Tolak Pembedahan Plastik, Minum 2 Gelas Air Lepas Bangun Tidur. Rutin Cantik Syafinaz Di Usia 49 Tahun!

IKLAN

blqszaki_ aaaaaaa shomelnyaaa

nisa.shuk Comelnyaaa! Aaa dah tawen
syuhaidahramlan Wehhh comelnyeee alhamdulillah tahniahhh!
hafizah.ufairah Hahahahaha comel gilaaaaaa! Congrats wawaakwa! Moga bahagia ke syurga

adawiyah_azhan Comelnyaaaa.. congratssss

“Majlis nikah berjalan dengan lancar, permintaan daripada kedua pengantin juga untuk buat secara kecil-kecilan bimbang kes Covid-19 tengah naik,” kata kakaknya, Syafika Latif.

Dipuji Comel & Cantik Di Hari Bahagia. Najwa Latif Pilih Putih Untuk Majlis Nikah!

Najwa dan Akwa sebelum ini pernah tampil bekerjasama menerusi dua single duet berjudul Dua dan Tak Kisah Pun.

IKLAN
Selain itu:  Elak Yang Proses. Pilih Daging Merah Asli, Untuk Sumber Makanan Lebih Sihat & Berkhasiat!

Najwa Latif Pilih Putih Untuk Majlis Nikah

Najwa juga kini sedang menyambung pengajian di peringkat doktor falsafah (PhD) dalam jurusan Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Dia juga kini turut menjawat jawatan sebagai pensyarah, sebelum ini merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Pengajian Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) dari Universiti Antarabangsa Unitar (UNITAR) pada 2017.

Najwa Latif kemudian meneruskan pendidikan tinggi dalam jurusan sama di Universiti Malaya (UM) di peringkat Sarjana.

Artikel Lain: Tak Mekap & Pakai Bawal Je Pun Cantik. Ini Rupanya Rahsia Fit & Awet Muda Nurul Izzah Di Usia 40an!

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI