Tini Ariffin

Layak dijadikan inspirasi kepada golongan wanita, Tini Ariffin atau Dr Kartini Kamalul Ariffin yang suatu ketika dahulu cukup popular sebagai pengacara rancangan 3R dan penyampai radio Hot.fm dilihat cukup hebat dalam mencapai cita-citanya.

Keluarga Dan Kerjaya Bukan Halangan

Sibuk Dengan Keluarga Dan Kerjaya Tak Halang Tini Ariffin Genggam PhD, Hebat!

Pernah berkongsi gambar di laman instagram miliknya, Dr Kartini berjaya menyiapkan pengajian di peringkat ijazah kedoktoran (PhD) di Infrastructure University Kuala Lumpur yang mengambil masa selama enam tahun.

“Terima kasih Allah kerana membimbing saya melalui usaha ini. Semoga saya terus dibimbing untuk menggunakan ilmu ini untuk visi saya, agama saya, masyarakat saya dan untuk kebaikan yang lebih besar,” ujarnya.

Dengan tajuk tesis, Women Leadership in Creative Industry in Malaysia, pencapaiannya menggenggam ijazah kedoktoran cukup memberi inspirasi, lebih-lebih lagi pada awal tahun ini dia diuji dengan kanser payudara.

Sahabat Dan Keluarga Turut Berikan Sokongan

Sibuk Dengan Keluarga Dan Kerjaya Tak Halang Tini Ariffin Genggam PhD, Hebat!

Dalam gambar yang dikongsikan, dapat dilihat Dr Kartini di kelilingi oleh keluarga tercinta dan sahabat baiknya, Fara Fauzana turut hadir bersama memberi sokongan.

Imbas kembali, sebelum menyambung pengajian ke peringkat ijazah kedoktoran, Dr Kartini sebelum ini terlebih dahulu telah menamatkan pengajian peringkat sarjana dalam bidang Kewartawanan Penyiaran di Goldsmiths, University of London pada tahun 2007.

Sibuk Dengan Keluarga Dan Kerjaya Tak Halang Tini Ariffin Genggam PhD, Hebat!

“Masa my master back in 2007, saya tak hadiri pun majlis konvokesyen. Lama nak tunggu dan masa tu graduation di Goldsmiths, University of London. Jadi nak tinggal di London kena sewa rumah, perbelanjaan pun bertambah.

“Balik KL terus mula berkerja balik dengan Hot.fm, kemudian nak pergi balik untuk majlis graduasi, dah mula sibuk dan tiket kapal terbang pun tak murah. Jasi saya skip convocation utuk MA Broadcast Journalism. Sijil universiti poskan ke Malaysia. Sampai sekarang menyesal,” ujarnya panjang mengimbau kenangan lalu.

Pesanan Tini Ariffn Buat Anda Yang Masih Belajar

Sibuk Dengan Keluarga Dan Kerjaya Tak Halang Tini Ariffin Genggam PhD, Hebat!

Selain itu ibu kepada dua cahaya mata ini turut berpesan agar jangan bertangguh dalam melakukan apa-apa.

Kongsinya, “Untuk ijazah kedoktoran ini memang saya bertungkus lumus buat pembetulan tesis sejak Ogos untuk mengejar majlis graduasi sesi November 2023. Kalau tak kena tunggu tahun 2024. We don’t know what the future holds, jadi jangan bertangguh.”

Jadi anda yang di luar sana, jangan putus asa dalam mengejar cita-cita. Teruskan walau sesekal terduduk, sudah berkahwin dan ada anak bukan alasan untuk genggam PhD macam Tini Ariffin. Yang penting minat dan semangat!

Kredit gambar: Dr Kartini Kamalul Ariffin

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI