Isi Kandungan
ToggleBerat Naik Mendadak Masa PKP, Terus Nekad Diet. Strict Jaga Makan & Rajin Ke Gym, Hasilnya Mantap! Semuanya bermula sewaktu zaman PKP dua tahun lalu. Ketika itu disebabkan aktiviti terhad, jadi berat badan semakin naik sehingga mencecah 100 kilogram.
Waktu itu Hisham Jejai Musa, sudah mula insaf untuk melakukan diet dan akhirnya berjaya turun sebanyak tiga kilogram.
Artikel Lain: ‘Nak Sihat Kenalah Strict Jaga Makan Minum’. Rahsia Penyanyi Azie Kekal Cantik & Awet Muda Diusia 45 Tahun!
Hajat untuk menurunkan lebih lagi kilogram agak terbatas dengan pelbagai alasan. Namun itu semua bukan alasan untuk terus melakukan diet sebenarnya bagi mengurangkan berat badan.
Berat Naik Mendadak Masa PKP, Terus Nekad Diet
Memulakan diet pada 17 Jun lalu dan nekad melakukannya hingga betul-betul jadi. Ini kerana sebelum itu dia kecewa gambar ketika bercuti di Sabah semuanya nampak tidak cantik dan memuaskan hati.
Biarpun dihiasi dengan background dan view sudah cantik tetapi gambar subjek (dirinya) kelihatan tidak cantik. Malah dia tidak sanggup untuknya posting di mana-mana media sosial.
Ketika memulakan diet beratnya sekitar 97 kilogram dan sehingga hari ini dia sudah berjaya mengurangkan sehingga 15 kilogram menjadikan beratnya sekitar 82 kilogram.
Artikel Lain: Genetik Punca Lambat Kurus. Fasha Sandha Nekad Tak Sentuh Nasi 2 Minggu & Workout, Hasilnya Berat Turun!
Strict Jaga Makan & Rajin Ke Gym, Hasilnya Mantap
Namun begitu tidak berpuas hati dengan penurunan itu, dia masih lagi dalam target untuk sampai ke angka 70 kilogram.
Tidak lokek berkongsi tip berjaya turunkan 15 kilogram dalam empat bulan ini dengan kebanyakan ilmu diet yang dipelajari melalui grup diet suku-suku separuh.
Antara tip diperoleh:
1. Sedut ilmu-ilmu dalam grup ini dan hadamkan
2. Korbankan rutin yang biasa kita buat. Contoh: makan bertambah kurangkan, minum manis kurangkan.
3. Selain pemakanan yang betul. Petang-petang abang ke gym.. malam lepas Maghrib.. abang berjalan 5km. Ya abg jalan jaa. Tak larat ceq aii. Lagipun kaki sakitt nak lari..
*ok tu jaa laa.. nanti dah dapat 70kg abg up lagi..la abg cuti diet.. sebab abg ada kat oversea.. balik ni sambung
Artikel Lain: Tolak Air Manis, Minuman Bergas & Rajin Workout. Cara Pantas Yazmin Aziz Hilang 8KG Dalam Sebulan
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Rasa Pengalaman Sebenar Kuarantin Di MAEPS, Lelaki Ini Pesan Jaga SOP Kalau Sayang Nyawa
Isi Kandungan
TogglePenularan virus Covid-19 yang semakin meningkat begitu membimbangkan negara kita.
Varian terbaru yang dikatakan tiada simptom dan boleh menjangkiti sesiapa sahaja menyebabkan kes terbaru dan kematian meningkat setiap hari.
Bagi yang disahkan positif akan dinilai mengikut tahap jangkitan sebelum dibawa ke pusat kuarantin.
Bagi saudara Ainol Amriz Ismail telah menceritakan pengalaman sepanjang bergelar pesakit Covid-19 di sana sebelum dibenarkan pulang.
Catatan berdasarkan pengalaman ini adalah untuk memberi kesedarán kepada semua dan menceritakan sendiri susana sebenarnya di Pusat Kuarantin & Rawatan Covid-19, MAEPS Serdang seperti juga dokumentari khas baru-baru ini oleh Majalah Tiga.
Dia yang dikuarantin sebelum Syawal dan berpeluang menyambut lebaran di pusat kuarantin berkenaan.
SALAM AIDILFITRI DARI MAEPS
Tahun ini – sambutan Hari Raya Aidilfitri 2021 sangat berharga. Berada di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC), MAEPS bermula malam raya sehingga satu tarikh yang belum pasti, memperkenalkan saya dengan semangat insaniah.
Semua kami dikategorikan positif Covid-19 termasuk saya. Kuarantin di rumah sejak 3 Mei dan hari ini dihantar ke Maeps sebab faktor kesihatan memberi ruang untuk saya melihat sendiri suasana pusat kuarantin ini.
Saya melihat bagaimana frontliner bertugas dan terharu pada apron plastik mereka di tulis “Selamat Hari Raya”, “Nasi Impit Hari Raya”, “Kek Hari Raya”, “Raikan Hari Raya”. Ya mereka berkorban untuk rakyat Malaysia. Hari raya mereka di pusat ini.
Wajah petugas frontliner di Maeps ini sangat mesra, senyum dan hari pertama saya di sini, menyenangkan kerana merasa dijaga dan diberi perhatian.
Lebih menarik – ada dalam kalangan pesakit bersama2 memainkan peranan menyambut pesakit baru yang mendaftar masuk. Saya dibantu untuk ke katil, diberikan sarung bantal, selimut dll.
Sebentar tadi selepas solat maghrib dan Isya dialunkan Takbir Hari Raya. Sayu dan ramai yang merakamkan peristiwa ini. Sejarah kata mereka. Penyakit Covid ini mengganas di luar sana tetapi petugas frontliner menguruskannya dengan baik.
Esok, pesakit akan bersama2 mengerjakan solat sunat Aidilfitri. Sejarah lagi kata pesakit di Maeps. Banyak Hall (dewan) di Maeps. Saya yakin semuanya melaksanakan solat sunat Aidilfitri esok.
SUASANA 1 SYAWAL DI MAEPS
“Perkampungan Covid : Ceria dalam kesederhanaan dan kewaspadaan”
Seawal subuh, takbir Hari Raya sudah bergema di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 di Maeps ini. Solat sunat Aidilfitri berlangsung di dewan pada pukul 8 pagi dihadiri semua pesakit Covid-19 beragama Islam, manakala rakan yang lain meraikan bersama selepas selesai solat.
Ruang kaca yang memisahkan pesakit dengan petugas kesihatan (frontliner), nampak tenang.
Yang menariknya hari ini ialah seramai 160 lebih pesakit telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing, selepas selesai menjalani kuarantin dan rawatan di Maeps ini.
Apa lagi yang menarik ?
Begini .. jam 7 pagi, jemaah Covid-19 sudah menyusun sejadah di ruang lapang untuk sama2 bertakbir. Jam 7.30 pagi, jemaah bertakbir dalam saf. Mereka duduk rapat kerana semuanya positif Covid. Ya, positif – kami sama di sini. Solat sunat Aidilfitri bermula jam 8 pagi dan selesai sekitar jam 8.45 pagi.
Kami bersurai ke katil masing-masing. Sebahagian yang dibenarkan pulang, sudah mula mengatur beg di laluan keluar. Yang bersamping, berbaju Melayu, kain berikat kemas, wow Raya sungguh di Maeps ini. Anak kecil pun ada di sini.
“Sejarah betullah beraya di Maeps ni. Makan bersama, sama2 bertanya kesihatan jiran sebelah katil. Siapa sangka dapat solat sunat Aidilfitri dan berjemaah dalam musim Covid,” kata Roslan, jiran sebelah katil berasal dari Jelebu.
Hari ini kan hari raya. Rupanya ada yang istimewa … dapat lontong kuah kacang, nasi impit dan rendang ayam. Perghhh … lagu raya pun dimainkan. Aduhai tak terasa sedih sebab inilah ahli keluarga kami – pelbagai kaum di perkampungan Covid-19.
Makin kuat lagu raya. Akhir lagu nyanyian Allahyarham Sudirman pun berkumandang …. oooo oooo ooo balik kampung. Tersengih 160 lebih pesakit tadi. Untunglahhhh .. heh heh heh
Dalam jam 10 pagi, ucapan Selamat Hari Raya dari frontliner untuk kami. Apa lagi, semua datang di cermin untuk “selfie” dengan petugas kesihatan.
TIPS JIKA ANDA DI ARAH KE PUSAT KUARANTIN MAEPS
“Jangan gelabah atau gabra”
Salam Jumaat, catatan 2 Syawal 1442 Hijrah di Maeps
Ramai orang tanya, takutlah hendak ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 di Maeps. Kata mereka yang “gelabah” atau “gabra”, lokasi di Maeps itu sebagai zon gelap dan menakutkan. Hellooooo…
Di pusat kuarantin Maeps ini terutama dalam Hall C di mana saya ditempatkan adalah sangat memuaskan. Hendak minum air panas, hendak buat mee atau bubur segera, hendak basuh baju, hendak menonton televisyen, hendak main karom, eh semuanya ada dalam Hall C di pusat kuarantin ini. Sikit-sikit kekurangan itu biasalah, al maklumlah, penghuni ramai, tapi semuanya sabar dan senyum tenang. Heh heh heh.
Dalam video ini, saya kongsikan sedikit tips kalau tiba-tiba : “Encik / Puan perlu ke Maeps ya, kuarantin di sana.” Jangan pula, lepas dengar arahan Dr, terus rebah dan pengsan.
Ini adalah pengalaman saya, jadi apa yang saya berikan tips ini hanyalah sebagai panduan dan membantu anda, selebihnya ikut arahan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
Apa yang hendak saya kongsikan di sini ialah, hentikanlah kesombongan kita, kononnya Covid-19 ini tidak bahaya. Saya berada di pusat kuarantin ini, saya lihat ada yang memerlukan oksigen, batuk, selsema, deman dan pelbagai simptom.
Saya nasihatkan anda di luar sana, berhenti dari mengkritik soal SOP, atau langkah kerajaan perkenal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Patuh saja, itu lebih mudah. Cara kerajaan menguruskan hal itu, perkara lain. Isunya, Covid-19 ini bahaya… kalau anda tidak melawannya maka wabak akan terus menular. Kami tidak tahu siapa pembawa, kadangkala tiada simptom, kadangkala sedikit sangat, tetapi bila melakukan swab, kami positif Covid-19.
Tolong, Covid-19 bukan cerita rekaan, data yang diberikan jangan dipersoalkan. Saya melihat yang masuk di dalam Hall C ini sahaja sentiasa ada. Kadangkala sehingga jam 2 pagi. Yang bayi, kanak-kanak, remaja dan wargaemas, semua ada.
CATATAN DARI MAEPS
Aktiviti harian pesakit Covid-19
Hari 4
video ini melebihi 4 minit. Saksikan perkongsian ini
Sebaik selesai solat subuh berjemaah, sekitar 7 pagi, kami sudah mula balik ke katil – ada yang membuat air dan mengambil oat dan biskut sebelum beratur untuk mengambil sarapan pagi yang disediakan.
Hanya jam 8 pagi sarapan diedarkan oleh sukarelawan dalam kalangan pesakit. Bagi saya, tiada yang tidak sedap, semuanya sedap untuk dimakan, kecuali yang hilang selera makan.
Pada waktu yang sama, nama pesakit sudah dipanggil oleh jururawat dan staff kesihatan untuk pemeriksaan kandungan gula dalam badan, tekanan darah dan kandungan oksigen dalam badan. Ada juga diarah bertemu doktor atau sampel darah di ambil untuk proses rawatan seterusnya.
Rutin pagi macam biasa, pesakit yang dibenarkan pulang sudah mengatur beg. Nama dimaklumkan sehari awal untuk tujuan ini.
Sekiranya anda memerlukan ubat tetapi nama tidak dipanggil, pesakit boleh sahaja ke kaunter jururawat dan maklumkan sakit apa, dirujuk pada doktor dan ubat diberikan.
Jika ada pesakit yang tidak mampu bangun, doktor dan jururawat akan membuat pemeriksaan di katil pesakit. Sama sahaja caranya seperti di hospital.
Selepas proses pagi ini selesai, maka bermulalah aktiviti harian pesakit. Ada yang berjogging, melakukan senaman, bermain karom, catur dan menonton telivesyen. Ada ke sudut bacaan dan bersembang, serta membaca al Quran. Makan biskut, kek, roti yang dibawa mereka, dikongsi bersama.
Kanak-kanak pula dibangunkan oleh atuk dan pakcik atau abang yang ada, diajak bersama makan. Urusan lain, mereka melakukan sendiri, buat air, mandi dan lain-lain. Bagi warga emas, mana yang sihat akan membantu mengambilkan makanan, minuman begitu juga jika mereka hendak mandi atau ke tandas. Jiran sebelah katil atau yang berdekatan akan bantu.
Aktiviti petang dan malam masih sama dan panggilan nama untuk pemeriksaan tidak berhenti. Jika ada masalah pernafasan, pesakit akan segera dibantu. Jika keadaan tidak berubah, mereka akan dibawa ke hospital segera dengan ambulan atau di bawa ke Hall lain, dimana segala peralatan kecemasan disediakan. Jika perlukan Xray, pesakit akan dibawa berbuat demikian. Bilik pemeriksaan dan rawatan kesihatan ada sahaja di Hall ini. Pendek kata, rawatan ada dan diberikan sebaiknya oleh staff kesihatan. Doktor pula sentiasa ada.
Waktu malam, seperti biasa riuh sebab pesakit baru akan mendaftar masuk. Masa inilah sukarelawan bersedia membantu staff kesihatan. Ya, kami berterima kasih kepada staff kesihatan, mereka penat tapi melaksanakan tanggungjawab penuh komitmen. Wajah mereka letih tetapi kekal bersemangat.
JANGAN DEGIL BOLEH TAK ?
Hari 5
(Pusat Kuarantin & Rawatan Covid-19, MAEPS)
Kenapa ? Tolonglah percaya. Saya masih di MAEPS. Memang sangat mencabar. Ramai yang masuk menerima rawatan. Pagi, petang, malam, awal pagi. Belum pernah berhenti !!! Semalam bersama rakan yang menjadi sukarelawan membantu menempatkan pesakit yang baru mendaftar masuk Hall C.
Eh, jam pada waktu itu sudah hampir 1 pagi. Wargaemas dan kanak-kanak. Yang kanak-kanak ini (2 orang), ayahnya keluar hari ini, tetapi dua anaknya baru mendaftar masuk awal pagi tadi. Aduiii, tak sanggup tengok pagi tadi anaknya lambai dan cium tangan ayah. Ya, itulah realitinya.
Percayalah !!
Simptom saya – batuk2, selsema, sakit kepala, sakit badan, cirit birit. Yang saya lihat di Hall C – berkaitan pernafasan, kurang selera makan, hilang deria rasa dan bau. Ya walaupun saya berada dalam keadaan stabil dan diperiksa petugas kesihatan, tetapi saya ada diabetes dan tekanan darah tinggi. Ia tetap berisiko.
KISAH “ALBAB” DI MAEPS
Catatan Hari 6
(Pusat Kuarantin & Rawatan Covid-19, MAEPS – 17 Mei 2021)
saya mohon sahabat share sebanyaknya catatan ini supaya khalayak tahu Covid-19 ini adalah realiti. Tolong saya. Jasa anda kami hargai
Pertamanya, saya nak ucapkan Selamat Pagi buat semua Frontliner yang banyak berkorban kepada semua pesakit Covid-19.
Tak banyak yang hendak saya kongsikan hari ini, kecuali kisah “albab” yang satu ni.
Tapi “albab” atau pintu di semua Hall dalam Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid – 19 kini sangat menjadi tumpuan. Itulah pintu untuk masuk dan keluar Hall. Satu2nya pintu yang ceritakan kesedihan dan keceriaan.
Pintu ini hanya boleh dibuka oleh petugas kesihatan mahupun keselamatan. Untuk makluman Hall C ini boleh memuatkan sehingga 1,000 pesakit Covid-19 pada satu masa.
Apa fungsi “albab” @ pintu ini ? Sebelum anda masuk melalui pintu ini, anda akan disemak identiti oleh petugas kesihatan. Ditanya tahap kesihatan, alergi pada makanan dan dipakaikan gelang putih dimana ditulis nama anda, nombor kad pengenalan dan nombor katil.
Kemudian pesakit akan dibenarkan masuk tetapi duduk dahulu di kerusi untuk pendaftaran masuk dan semakan oleh Doktor. Disini anda akan ditanya soalan berkaitan – Bila swab, sejarah kesihatan, simptom terkini, ubatan yang sedia ada (yang pesakit makan harian) dan nama ubat yang dimakan.
Selepas proses ini selesai Doktor akan benarkan untuk penempatan ke katil. Waktu inilah sukarelawan mengambil khidmat membawakan beg, sediakan bantal, selimut, sarung katil dan bantal, serta makan malam (jika belum makan) ke katil mengikut apa yang ditulis oleh staff kesihatan pada gelang putih. Maka berehatlah pesakit untuk proses rawatan pada sebelah pagi, petang dan malam sehinggalah dibenarkan keluar.
Selepas berada dalam tempoh tertentu dan dipastikan sihat, pesakit dibenarkan pulang. Prosesnya mestilah telah melalui pemeriksaan doktor (ambilan sampel darah, tekanan darah tinggi, gula dalam darah, oksigen dalam badan dan lain-lain).
Pemakluman pulang ini dibuat sehari awal melalui senarai nama yang ditampal pada papan kenyataan. Hanya waktu malam surat pelepasan diedarkan kepada pesakit.
Hari pulang ke rumah, pesakit akan beratur dan berjalan ke kawasan menunggu pengangkutan. Sama ada menaiki bas atau kenderaan lain, mereka bebas. Selamat pulang ke pangkuan keluarga. Saya doakan semuanya sihat dan ceria.
In Syaa Allah giliran saya akan sampai juga dengan IzinNya.
Catatan Hari 7
(Pusat Kuarantin & Rawatan Covid-19, MAEPS)
ANDA YANG PILIH MENULIS NEGATIF, SAYA TIDAK !
Salam. Soalan saya, kenapa perlu laporkan hal negatif, sedangkan banyak yang positif tidak dilaporkan dalam pusat Kuarantin. Soalan saya, apakah tidak ada satu kebaikan pun yang terdapat di pusat kuarantin MAEPS ini sehingga anda melihat semua itu bala dan negatif. Kemonnn lahhh. Aaauukkkk betullahh !
“U kalau masuk pusat kurantin, otak u dah set untuk terima negatif, u akan terus mengkritik. Tapi kalau u tau, Covid ini satu penyakit, u akan rasa ada perlunya u masuk dan kuarantin di MAEPS atau u rasa cukup sihat untuk kuarantin di rumah, tidur atas katil empuk, tengok TV, mandi dalam bilik air dalam bilik, u kena tabahlah,” Ainol cakap.
Hallooo, saya pun penulis, tapi saya memilih untuk menulis yang positif supaya tak ada unsur menakutkan khalayak terhadap penempatan pesakit di pusat kuarantin ini. Saya tidak memilih untuk menulis negatif kerana saya melihat tidak ada faedah melainkan menimbulkan kemarahan khalayak terhadap pengurusan pesakit Covid-19.
Sebab itu kalau anda ada rasa kejam dan tidak kasihan dengan segala usaha frontliner, anda akan mengkritik walaupun sampah plastik yang ada di katil anda, dianggap sebagai menjijikkan dan perlu disapu segera oleh frontliner (makcik atau pakcik cleaner). Kotor ? tapi anda tidak pernah memikirkan kenapa aku tidak ambil penyapu dan bantu bersihkan.
Saya ada sahabat namanya Ben, seorang lelaki Cina bersama saya, menjadi sukarelawan dalam Hall C ini. Eh, kami bersatu bersama beberapa yang lain membantu petugas frontliner. Bukan hal perubatan tetapi kebersihan, khidmat menunjuk arah pesakit ke katil, membersihkan katil sebelum menerima kemasukan pesakit baru.
Saya puas, kerana saya melihat suasana sehari sebelum Aidilfitri, hari raya Aidilfitri, solat Jumaat di sini (teringat suasana di Mekah dan Madinah..bilalah dapat ke sana lagi, semoga dipermudahkan). Di pusat kuarantin ini kami melihat suasana cemas dan kepantasan petugas memberikan bantuan kecemasan kepada pesakit.
Saya dan Ben, pernah menolak troli yang menempatkan cadar, selimut dan sarung bantal, pernah rasa dimarah pesakit … ya kerana mereka stress sedangkan saya mahu memberikan makanan sebaik mereka mendaftar masuk jam 12.30 tengah malam. Saya kan pesakit juga … heh heh heh.
Saya dan Ben pernah memegang penyapu dan menyapu sekitar kawasan dalam dewan ini. Ben tetap tersenyum … saya ok. Saya dan Ben tidak mendaftar sebagai sukarelawan rasmi (dapat sijil) kerana bagi kami, berkhidmat itu sesuatu yang perlu dan tidak menunggu mendaftar baru berkhidmat.
Sehari dua lagi, saya dibenarkan balik. Alhamdulillah. Sebelum saya dan Ben, ada beberapa lagi insan yang menghulurkan khidmat. Ada Melayu, Cina, India dan lain-lain bangsa. Jadi, janganlah ada agenda melihat negatif sebagai keutamaan info.
Kalau pembesar suara kuat sekalipun untuk sampaikan informasi ketika anda hendak tidur atau sudah sampai ke pantai Baywatch sekali pun, insaflah ia bukan untuk merimaskan anda. Ada pesakit lain memerlukan info. Saya dan Ben tidur lampu terang benderang, rakan2 ketawa dan berbual. Bendengkur macam biasa aje
Tak apa lah, rambut sama hitam, hati lain-lain. Hari ini rambut lain-lain warna, hati lagilah lain-lain.
Saya dan Ben bersama rakan yang berikan khidmat sudah menyatakan terima kasih cara kami kepada frontliner. Anda ?
Catatan Hari 8 (Akhir)
(Pusat Kuarantin & Rawatan Covid-19, MAEPS)
SAYA “ALUMNI” PESAKIT COVID-19
Assalamualaikum wbt
Hari ini adalah hari akhir saya berada di pusat kuarantin MAEPS.
Terlebih dahulu saya ingin ucapkan terima kasih kepada :
1. Doktor
2. Jururawat
3. Petugas kesihatan
4. Anggota keselamatan
5. Abang dan kakak cleaner
6. Sukarelawan
7. Pemandu bas dan ambulan
8. Semua rakan FB dan sahabat serta pesakit Covid-19 khususnya di Hall C, MAEPS
9. Semua yang terlibat dengan pengurusan Covid-19
10. Yang mendoakan kesejahteraan dan kesihatan pesakit Covid-19
11. Keluarga
Sekarang, kita sendiri yang perlu memainkan peranan masing-masing. Jaga SOP. Saya tidak sanggup melihat derita dan kesedihan pesakit Covid. Sepanjang berada di pusat Kuarantin ini, dua berita kematian melibat orang tersayang pesakit Covid meninggal dunia di hospital. Dia berada di MAEPS tidak dapat melihat wajah akhir insan tersayang sebelum dikebumikan.
Ya, saya dibenarkan balik hari ini. Alhamdulillah dan terima kasih kepada sahabat, rakan dan saudara yang mendoakan kesejahteraan saya. Allah swt membalas kemurnian hati kalian.
Saya doakan semoga yang masih berada di pusat kuarantin dan hospital agar segera sembuh.
Buat frontliner,
Anda telah melakukan tanggungjawab yang sangat dihormati. Jika ada penghargaan pada dewasa ini, andalah selayak penerimanya.
Anda “Patriot Perang Covid” yang saya kagumi. Saya tinggalkan kalian dalam jagaan Allah swt.
Hanya mesej ini diharap memberikan sedikit kesedaran. Saya tidak peduli jika ada yang mengkritik selepas menonton video ini kerana itu hak anda, tetapi apa yang saya minta adalah jangan disakiti dan mengecewakan frontliner ketika anda ketawa menjadi perosak dalam lembah kesakitan.
Ayuh rakyat MALAYSIA. Nyatakan terima kasih kita pada semua frontliner dan PERANGI COVID-19.
Love uu allssss
Salam sayang dari saya
Alumni Pesakit Covid-19 Malaysia
19 Mei 2021
Artikel Berkaitan:
Anak & Mak Dipuji Sama Cantik & Lawa. Ini Rupanya Rahsia Jelita & Kekal Awet Muda Pelakon Noniswara!
Hand Sanitiser Tinggal Dalam Kereta, Masih Boleh Pakai Tapi Kurang Berkesan Penggunaaannya
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Susah Bernafas, Bersin & Badan Naik Bintik-Bintik Sebab Alergi Debu. Ini Pesan Tya Arifin Pada Kaum Ibu!
Bukan sekali dua tetapi rupanya si kecil ini kerap mengalami beberapa gejala seperti susah bernafas, bersin dan badan berbintik-bintik tanpa mengira waktu.
Dek kerana risau keadaan ini berlarutan, sebagai ibu usahawan Tya Arifin segera membawa anaknya, Arif Jiwa mendapatkan rawatan dengan melakukan ujian alergik kulit di sebuah pusat perubatan swasta.
Setelah dibuat beberapa ujian, tahulah dia bahawa anak lelaki kesayangannya itu rupanya alergik pada debu.
Berkongsi di laman Instagram mengenai info ini Tya memberitahu anak lelakinya itu kerap alami masalah susah bernafas, bersin dan badannya pula tumbuh bintik-bintik merah.
Sebelum ini Arif memang suka ada masalah susah nafas, bersin bersin.
Suka datang suka pergi dan datang lagi
Pergi ke klinik, ingatkan batuk or selseme. Minumlah ubat. Pergi ke TNT juga, sekejap hilang dan datang lagi.
Karna tak puas lagi, so datanglah ke dokter allergic untuk test.
Jadi buat test allergic pada susu ke, cheese ke, kacang ke, coklat, sampai haiwan peliharaan pun ditest, itu yang kenapa belakang arif titik titik.
Alhasil,
Arif memang allergic DEBU / Dusk.
Kena selalu liat
1. Kebersihan carpet, bantal, langsir.
2. Kena tukar 5-7 hari sekali
3. Bantal setiap hari dijemur panas atau dicuci.
4. Elakkan tempat berkarpet.
Jadi ibu ibu pastikan kenali punca sebenar, dah kasihan Arif selama ini kena menahan makan coklat cheese etc ternyata debuuu je.
Good news for him. Semoga bermanfaat ibu ibu…
Kredit Foto: Instagram Tya Ariffin
Artikel Berkaitan:
Hidung Berair & Tersumbat, Gejala Radang Sinus. Ini Cara Atasinya Elak Jadi Lebih Mudharat!
Modal Hanya RM5, Gadis Ini Akhirnya Pulih Dari Masalah Breakout
Sebab Alahan Makanan, 2 Hari Ramona Zamzam Alami Derita Wajah Bengkak Teruk
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Payudara Alami Lecur Tahap 3 Lepas Jatuh Dalam Kuali Mendidih. Wanita Akui Alami Traumatik!
Sebelum kejadian menimpa, pandangan jadi kabur dan mula melihat bintik hitam sebelum berlaku peristiwa yang telah mengubah keseluruhan hidupnya.
Siapa sangka sebelum kejadian di mana payudara, Abbie Reynolds, 29 tahun melecur tahap 3 selepas dia pengsan pada kuali ayam yang sedang mendidih, dia sedang berbual dengan seorang rakan serumahnya.
Ketika sedang berbual dengan Margaret William sebelum Abbie menyedari dirinya mengalami masalah untuk mengikuti perbualan berkenaan.
Akibat situasi ini dia cuba untuk baring setelah Margaret memintanya untuk duduk.
“Perkara paling terakhir yang saya ingat adalah berjalan ke aras ruang tamu, tetapi saya berhenti dan berpaling melihat microwave yang berada di atas dapur.
“Kemudian saya pitam dan rebah pada makanan yang sedang dimasak. Ia sangat menyakitkan. Saya fikir akan mati dan tidak berdepan situasi begini menyakitkan.
“Dibandingkan dengan bersalin pun tidak rasa sesakit ini,” akibat kejadian itu, Abbie terus dikejarkan ke Hospital MedStar di Washington DC, Amerika Syarikat (AS) dan menjalani 3 pembedahan.
Bagaimanapun selepas 20 hari jalani rawata di hospital, dia dibenarkan keluar dan perlu belajar menerima kesan lecur serta kesan lain di badannya.
Abie berkata dia tidak akan menjadi orang yang sama secara fizikal atau mental sebelum kemalangan itu. Malah perkara ini sangat sukar untuk diterima.
“Perkara pertama yang saya rasa apabila melihat luka bakar saya adalah terkejut, saya tidak perlu melihat kulit saya kelihatan seperti itu. Ia berwarna kelabu.
“Kemudian saya berada takut, saya benar-benar ketakutan. Bila saya mempunyai masa untuk memikirkakn apa yang berlaku, saya berasa takut,” kata yang mengakui tersedar setiap pembedahan merupakan salah satu bahagian paling sukar dan sangat traumatik.
“Kecederaan akibat kemalagan itu adalah perkara yang sangat sukar untuk diterima. Anda pada dasarnya perlu meramtapi badan dan kehidupan lama anda sambil cuba menerima dan menghargai diri dan kehiduoan baru anda.
“Tapi keadaan itu membuatkan saya menjadi lebih baik kepada diri sendiri dan menghargai tubuh ini terhadap semua perkara indah yang berlaku pada diri saya,” katanya.
Tambahnya lagi, parut besår itu mebuktikan betapa banyak masa dibazirkan mengenai ketidaksempurnaan kecil yang orang lain tidak menyedarinya.
SUMBER: MSTAR
Artikel Berkaitan:
Masalah Kecacatan Pada Jari Kaki Atau Bunion. Guna Kaedah Pembedahan Buang Benjolan Tulang!
Malu Badan Slim Tapi Lengan Besar. Ini 6 Senaman Mudah Untuk Kecilkan Lengan!
Penting Pakai Pelindung Cahaya Matahari Untuk Lindungi Kulit Wajah. Pakar Kimia Jelaskan Sebabnya!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI