Lain orang lain bentuk fizikal seseorang. Ada yang bertubuh kecil dan mempunyai saiz badan yang berisi hingga menyebabkan obesiti.

Keadaan ini dikaitkan dengan faktor pemakanan dan mereka ini lebih terdedah kepada pelbagai risiko penyakit.

Malah dalam laporan Kosmo dikatakan juga lebih 50 pe­ratus atau kira-kira 11.5 juta individu dewasa negara ini mempunyai masalah berat badan berlebihan ketika ini, sekali gus berisiko menghidap penyakit jantung, kencing manis dan darah tinggi.

Lebih mengejutkan, daripada jumlah itu, kira-kira 60 peratus atau 6.9 juta individu dewasa itu melibatkan golongan wanita yang mengalami masalah obesiti terutama mereka berusia dalam lingkungan umur 30-an hingga 40-an.

Ramai Wanita Alami Obesiti. KKM Jelaskan Makan Lewat Malam Punca Berat Badan Berlebihan!

Perkara itu didedahkan oleh pakar perundingan, pembedahan dan bariatrik, Dr. Mustafa Mohammad Taher.

IKLAN

Masih belum terlewat untuk kita mengatasi masalah ini, salah satunya adalah dengan menjaga pemakanan.

Dalam satu perkongsian twitter Kementerian Kesihatan Malaysia memberitahu punca suka makan lewat malam antara punca anda tidak mampu mengawal berat badan.

Ramai Wanita Alami Obesiti. KKM Jelaskan Makan Lewat Malam Punca Berat Badan Berlebihan!

Malah jika perbuatan ini dijadikan satu amalan mengakibatkan anda berdepan masalah berat badan berlebihan dan obesiti.

IKLAN

Justeru dikongsi beberapa petua untuk elak daripada kita makan lewat malam.

1. Antaranya Adalah Rancang Waktu Makan Malam

– Jangan langkau waktu makan untuk elakkan rasa lapar melampau pada waktu makan seterusnya.
– Amalkan pengambilan #suku-sukuseparuh bagi setiap waktu makan.
– Ambil snek sihat seperti buah/susu sebelum tidur jika perlu.

2. Elakkan Tidur Lewat

-Berjaga lewat malam boleh mencetuskan rasa lapar yang keterlaluan.
-Kurang tidur menyebabkan individu sering berasa lapar sepanjang hari
-Elakkan aktiviti yang menyebabkan anda tidur lewat.

3. Jika Masih Lapar

– Elakkan ambil makanan/mnuman yang tinggi kalori, gula dan lemak seperti coklat, burger, air berkarbonat atau kerepek.
– Segera masuk tidur.

IKLAN

Ramai Wanita Alami Obesiti. KKM Jelaskan Makan Lewat Malam Punca Berat Badan Berlebihan!

Artikel Berkaitan:

Selain itu:  Wanita Hamil Demam Tinggi Boleh Sebabkan Keguguran. Doktor Jelaskan Mudharat Lain Pada Bayi!

Tolak Terus ‘Fast Food’ Jadi Punca Berat Badan Naik. Gadis Berjaya Lenyapkan 21 KG Dalam Masa 8 Bulan!

Hilang 25 KG Dalam Masa 10 Bulan Tanpa Berlapar! Wanita Kongsi 30+ Menu Sihat & Sedap Waktu Diet!

Diserang Kejang Otot Betis Bukan Sebab Tak Cukup Vitamin. Doktor Jelaskan Punca Sebenar!

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI