Selain untuk sihat, salah satu sebab untuk menurunkan berat badan adalah bagi memudahkan sekali urusan ibadah.

Walaupun agak sukar pada mulanya tetapi keazaman yang tinggi akhirnya gadis Ini berjaya menurunkan 20 kg dalam tempoh 3 bulan.

Ayuh ikuti perkongsian Nur Ain Fatihah yang hanya cheat day sekali sebulan sebelum berjaya turundan panpa pengambilan sebarang ubat kurus.

Artikel Lain: Elak Minum Manis & Makan Enam Suap Saja. Rahsia Adibah Noor Makin Kurus!

Hilang 20KG Dalam Masa 3 Bulan

Bismillah,

Seperti yang dijanjikan.

1 JUN-15 OGOS20KG LOST

Sebelum saya mulakan , saya harap di sini cukup jelas bahawa setiap yang saya lakukan semasa proses penurunan berat badan adalah sangat berkesan dengan diri saya. Saya BELUM CAPAI target berat badan saya, tapi ramai yang PM untuk minta TIPS dan cara pemakanan saya selama 3 bulan.

Saya rasa sangat rendah diri dan daif sebenarnya. Saya belum kurus ya. Saya tidak ambil apa-apa ubat kurus, protein powder, air detox, krim pembakar lemak atau apa-apa pun ubat ubatan.  Jangan risau ini bukan skrip jualan produk 

Apapun jua, jika ada  segala silap melanggar peraturan yang tidak sepatutnya atau tidak sihat, saya mohon sila PM saya. Saya cuba sebaiknya untuk kongsikan beberapa tips dan amalan yang saya buat supaya kita sama- sama SLIMFIT 2020.

Rajin Workout & Cheat Day Sebulan Sekali. Rahsia Gadis Berjaya Dapat Berat Ideal Dalam 3 Bulan!

PALING PENTING ‼️

1.Sentiasa letakkan Allah swt dalam segala urusan. Percaya bahawa setiap apa yang terjadi adalah atas kehendak Allah. Kita dah usaha, hanya tinggal keizinan daripadaNya sahaja. Teruskan usaha. Jika niat anda untuk berhenti dan putus asa, sentiasa ingat keizinan Allah seiring dengan usaha kita. Adakalanya, berat anda statik dan inchiloss tak bergerak. Sentiasa ingat kita dah buat dengan betul, cuma perlu sabar dan hadapi hari-hari menuju kemenangan.

Selain itu:  Hikmah Sakit 2 Tahun Dulu, Bonda Rozita Strict Jaga Makan. Kurus Sampai Boleh Sarung Baju 20 Tahun Lalu!

2.Jaga disiplin. Jika anda rasa jalan ini sangat membebankan, ingat kembali asbab kenapa kita mulakan. Dah mula kan? Jadi habiskan.

3.Nawaitu(Niat). Perbetulkan niat supaya kita sentiasa didorong ke jalan yang betul. Semoga Allah sentiasa memellihara aurat kita terutamanya apabila Dia telah memberikan kenikmatan tubuh badan yang sihat dan cantik.

Rajin Workout & Cheat Day Sebulan Sekali. Rahsia Gadis Berjaya Dapat Berat Ideal Dalam 3 Bulan!

Ini adalah diari Diet SAYA:

BULAN PERTAMA 8KG (TIADA SENAMAN)

Bulan Pertama

1 JUN 2020

IKLAN

-Air Kosong ikut keperluan badan anda. Setiap 25kg = 1 liter.

-Sarapan (7 Pagi-9 Pagi)

-3 biji telur rebus

– (untuk berat badan 100kg ke atas, sila kurangkan 2 biji setelah berat badan anda turun ke 2 digit sahaja)

-*cheat* kalau rasa loya tekak nak telan telur kosong, saya tambah setengah sudu kicap masin. Jangan ‘strict’ dan stres dalam berdiet. Itu yang buat anda ke laut sudahnya.

Rajin Workout & Cheat Day Sebulan Sekali. Rahsia Gadis Berjaya Dapat Berat Ideal Dalam 3 Bulan!

10 pagi

-Pisang 1 biji

Tengahari (12 tengahari-2 petang)

-Eat Clean (DIET SUKU SUKU SEPARUH)

-Tengahari saya tak ambil karbohidrat.

-Protein besar tapak tangan (Prep dengan garam,blackpeper dan daun dill sahaja)

-Sayur Salad

IKLAN

-Jagung Rebus Kosong

3 petang

-Epal Hijau 1 biji

Rajin Workout & Cheat Day Sebulan Sekali. Rahsia Gadis Berjaya Dapat Berat Ideal Dalam 3 Bulan!

Malam

-(Ulang makanan tengahari) + KARBOHIDRAT (nasi 3 sudu/roti wholemeal sekeping)

-(SILA AMBIL KARBOHIDRAT SEKURANG2NYA 35 GRAM SEHARI)

Untuk jaga selera, saya akan ulang makanan yang sama setiap minggu. Contoh minggu pertama saya cuma makan Suuhoon Goreng Sihat, jadi selama seminggu tu saya cuma makan itu sahaja sehingga jemu. Minggu seterusnya saya akan tukar menu lain, contohnya Tacos Plain Chicken.

Saya hanya cheat day sekali sebulan sahaja. Jika graf penurunan berat badan anda turun dengan baik, tolong jangan cheat day. Waktu yang sesuai untuk cheat day adalah sewaktu berat anda tengah statik.

Selain itu:  "Doktor Kata Saya Hampir Hampir Nyawa" - Shima Anuar Kongsi Detik Mengerikan Hamil Luar Rahim!

Bagi yang malas bersenam macam saya, saya tidak lakukan apa-apa senaman  pada mulanya semasa bulan pertama. Akan tetapi, sewaktu bulan pertama itu, saya banyak belajar tentang senaman .

“Sila tambah ilmu anda.”

Rajin Workout & Cheat Day Sebulan Sekali. Rahsia Gadis Berjaya Dapat Berat Ideal Dalam 3 Bulan!

IKLAN

Artikel Lain: Pilih Bersenam & Jaga Makan Sebagai Gaya Hidup, Wanita Berjaya Kurus Tanpa Guna Produk

Bulan Ke-dua 8kg (bersama senaman)

Ulang perkara yang sama dan tukar menu lain.

Video Workout:

Guna dumb bell 1kg untuk permulaan, dan sekarang saya  masih 3kg. Slowly but surely. Kalau tak dapat buat 3 round, buatlah 1 round sahaja. Pastikan setiap hari ada peningkatan dalam senaman.

Skipping (Cardio)

Buat 20 kali dahulu sehingga dapat buat sampai 1000 lompatan sehari.

Torso (guna penyapu)

10 minit.

Rajin Workout & Cheat Day Sebulan Sekali. Rahsia Gadis Berjaya Dapat Berat Ideal Dalam 3 Bulan!

Saya percaya yang turun 20kg ini hanyalah air sahaja. Sekarang saya dah masuk dalam fasa penurunan lemak dan binaan otot yang sebenarnya agak mencabar. Doakan saya sentiasa istiqamah, kerana doa kalian semua dah mendorong saya sehingga sekarang.

Semoga bermanfaat! 

Untuk mengetahui pemakanan saya setiap hari, bolehlah follow instagram story/highlight saya 

Buat sis di luar sana yang mahu berubah juga tapi tiada semangat, jadikanlah kisah Ainun ini sebagai motivasi. InsyaAllah anda juga boleh lakukannya!

Rajin Workout & Cheat Day Sebulan Sekali. Rahsia Gadis Berjaya Dapat Berat Ideal Dalam 3 Bulan!

Artikel Berkaitan:

Nak Diet Kena Ada Ilmu. Gadis Kongsi Lenyapkan 32KG Guna Cara Sihat & Selamat Tanpa Berlapar!

5 Bulan Diet, Wanita Berjaya Transformasi Dari 95KG ke 58KG. Dedah Rahsia Hilangkan Lebih 30 KG!

Amal Diet Suku-Suku Separuh & ‘Workout’ Tanpa Henti, Rahsia Wanita Hilang 18KG Dalam 10 Bulan

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI