Suka melihat perkembangan Aznah Hamid, walau sudah meniti usia 60an tetapi wajahnya seolah-olah ada aura tersendiri. Manis dan berkulit putih, ibu kepada pelakon Sheera Iskandar ini masih ‘sedap dipandang’.
Nampak Manis Dan Sihat Dalam Usia 60-an, Aznah Hamid Aktif Berniaga
Mungkin tawaran lakonan yang diterima tidak serancak dulu tapi peminat masih mengingati lakonan pelakon wanita veteran tanah air ini.
Sepanjang beberapa tahun kebelakangan ini, Aznah aktif mengikuti bazar jualan melibatkan rakan-rakan artis. Antara yang dijual termasuklah produk kecantikan, tudung, snek dan minyak wangi.
Ads
Kongsinya di media sosial, “Ada orang kata kita sendu. Usia manja-manja nak sendu tang mana tah. Apa pun meriahnya pengunjung semua sporting-sporting best. Malam ni persembahan menarik menanti. Kami last day di sini Mai Mai Mai.”
Biarpun level artis veteran popular namun Aznah Hamid tidak malu berniaga. Yang penting halal dan menjana pendapatan. Apatah lagi dengan usia yang semakin meningkat, dia enggan lagi kejar populariti dan hanya memilih watak bersesuaian dengan dirinya.
Ads
Bahkan dia sudah lama minat dan berkecimpung dalam perniagaan terutamanya melibatkan karnival jualan yang turut disertai rakan-rakan artis dan teman seperjuangan.
Ads
Aznah Hamid dilaporkan mula karier lakonan seawall usia 12 tahun. Namanya menjadi sebutan ramai kebelakangan ini apabila kejayaan Aznah yang pernah bergandingan dengan hero lagenda Tamil iaitu Rajinikanth menerusi filem Priya pada tahun 1979 bertebaran di media sosial.
Khabarnya filem tersebut turut dibintangi aktres terkenal, Sri Dewi sebagai heroin.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bagaimana jika pasangan anda kenal dan yang mahu dijadikan suami/isteri yang sah memberitahu dirinya mempunyai penyakit thalassemia.
Apakah penyakit ini akan menjadi punca kepada sebuah perhubungan yang mahu dicipta. Sejauh mana bahayanya penyakit ini yang berpunca daripada genetik.
Perkongsian Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan di laman sosial Facebook memberitahu secara detail mengenai penyakit thalassemia ini.
THALASSEMIA: topik hangat minggu ini.
Apabila tular kisah sepasang kekasih yang mengambil keputusan untuk putus hubungan setelah mengetahui kedua-duanya adalah pembawa talassemia, maka penyakit ini menjadi topik bualan netizen.
Antara persoalan yang timbul: Kenapa mereka perlu putuskan hubungan? Kalau kahwin juga, apa bakal terjadi? Macam mana mereka boleh dapat penyakit talasemia?
Saya cuba ringkaskan agar mudah difahami.
1. Thalassemia (talasemia) adalah penyakit genetik(keturunan) yang berbahaya. Ia menjejaskan penghasilan darah, sehingga ia tidak mencukupi untuk kehidupan yang normal.
2. Terdapat beberapa jenis talasemia, antaranya talasemia alfa dan talasemia beta. Setiap satunya ada pecahan masing-masing. Kita akan fokus perbincangan kita kepada talasemia beta.
3. Talasemia beta terbagi kepada 2: ▪️Talasemia major ▪️Talasemia minor * Terdapat juga: talasemia intermedia (pertengahan).
4. Individu yang mempunyai talasemia major dipanggil pesakit talasemia. Pesakit talasemia mempunyai gejala: cepat letih, pucat, sesak nafas, perkembangan fizikal terjejas, dll.
5. Individu yang mempunyai talasemia minor dipanggil pembawa. Pembawa talasemia lazimnya tidak bergejala, dan hanya menunjukkan tanda-tanda dalam keadaan tertentu.
6. Bila 2 pembawa talasemia berkahwin, maka : ▪️25% risiko anak = pesakit (major) ▪️50% risiko anak = pembawa (minor) ▪️25% anak = normal
7. Mengapa kita perlu khuatir dengan risiko anak menjadi pesakit talasemia(major)? Kerana rawatannya panjang, rumit dan memerlukan kos yang tinggi. Ia juga menjejaskan kualiti hidup mereka.
8. Rawatan talasemia major: ▪️Transfusi darah 2-4 minggu sekali ▪️Terapi chelation (buang zat besi terkumpul) ▪️Splenectomy (buang limpa: jika perlu)
9. Rawatan hanya boleh dihentikan sekiranya pesakit menjalani pemindahan sum-sum tulang. Itupun ada tidak semuanya berjaya. Jika gagal, transfusi dan chelation dilakukan sepanjang hayat.
10. Oleh kerana rawatannya rumit, talasemia perlu dicegah. Caranya, adalah dengan menyaring pasangan yang ingin berkahwin, untuk menilai sama ada mereka ada genetik talasemia atau tidak.
11. Saringan talasemia dibuat dengan melakukan ujian darah. Ia disaring pada semua kerana pembawa biasanya tiada gejala. Jadi pengecaman melalui pantauan gejala tidak mencukupi
12. Jika kedua-dua pasangan didapati adalah pembawa talasemia, maka pasangan akan diberi konsultasi tentang penyakit ini, diterangkan risiko berkenaan zuriat, dan sebagainya.
13. Pasangan tidak akan dipaksa putuskan hubungan. Malah pasangan akan membuat keputusan berdasarkan informasi yang telah diberi, dan hasil perbincangan mereka sendiri.
14. Keputusan yang boleh dibuat oleh pasangan. ▪️Tidak berkahwin ▪️Kahwin, rancang tiada anak (biological) ▪️Kahwin, dapatkan anak, dan sedia hadapi risiko.
15. Kempen kesedaran tentang talasemia kini giat dijalankan. Saringannya juga bukan sahaja dibuat kepada pasangan yang hendak berkahwin sahaja, malah telah dibuat di sekolah.
Semoga bermanfaat!
Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan Kesihatan dan Perubatan
Selain wajah, penjagaan bahagian perut juga sangat dititik beratkan. Namun, bahagian ini paling sukar untuk menjadi ‘flat’ disebabkan lemak degil terkumpul di situ.
Tidak perlu menggunakan sebarang produk, anda sebenarnya boleh cuba petua tradisional untuk mengempiskan perut terutama bagi mereka yang baru lepas alami pembedahan bersalin.
PETUA KEMPIS PERUT UNTUK BERSALIN CEASER
Yang bukan lepas bersalin tapi perut buncit pon boleh try tau. 2 minggu dah boleh nampak kesan dah, pecahkan lemak degil sebab ada lada hitam..
Bahan2 : – Halia 3cm (lebih kurang besar ibu jari) – Halba 3 sudu besar – Lada hitam 1 sudu kecik (lebih kurang 15biji) – Bawang putih 3 ulas
Cara buat : 1. Tumbuk halba sampai hancur, masukkan lada hitam pulak. Lepas tu halia, last sekali bawang putih. Tumbuk sampai hancur. 2. Dah lumat, gentel bulat-bulat. Lepas itu keringkan dalam 30 minit. Tak payah jemur tempat panas. SIAP !
** Simpan dalam bekas kedap udara ** 1 adunan ni tahan seminggu
– Tak rasa apa pun bila makan, telan saja. – Selepas itu tunggulah, asyik kentut dan sendawa.
Cara makan : 1. Makan 2 biji – 4 biji setiap hari ikut ketahanan badan. 2. Sesuai sangat untuk bersalin cser sebab angin banyak dalam badan.
Info Tambahan
– Ibu menyusu boleh amalkan kalau anak tahan – Ibu mengandung TAK BOLEH. – Fungsinya untuk kempis perut, buang angin. Pecahkan lemak degil. – Ibu bersalin normal boleh, tapi kebiasaanya yang czer perut buncit lebih sikit kan. – Lelaki dan perempuan yang banyak angin dalam badan.
Jangan lupa SHARE ! Follow IG : pakarhamil_malaysia Nur Afiqah
Jangan main-main, hanya sebab tak cukup tidur kesannya boleh membawa kepada masalah perut buncit. Macam pelik tetapi ini benar.
Ya, da orang memiliki tubuh yang kecil tetapi bahagian perut kelihatan sedikit buncit. Apatah lagi bagi wanita yang sudah melahirkan beberapa orang anak.
Ada juga masalah ini disebabkan faktor pengambilan makanan seperti bergoreng atau makanan segera yang banyak dijual sekarang ini.
Masalah perut buncit ini memang sukar untuk diatasi memandangkan pelbagai cara telah dibuat ia tetap tidak berhasil.
Namun begitu, walau apa juga faktor terjadinya masalah ini jika tidak diatasi akan mencacatkan penampilan seseorang.
Tak Cukup Tidur 5 Jam Punca Perut Buncit, Doktor Kongsi Cara Cepat Kempiskannya!
Perkongsian Dr Rizal Abu Bakar memberitahu penyebab sebenar masalah ini dan turut dikongsi 7 cara boleh dipraktikkan untuk hilangkan buncit tersebut.
7 CARA KEMPISKAN PERUT
Uish bukan senang nak kempiskan perut. Nak naik kejap jer. Bila nak turun bukan main susah.
Susah bukan kerana kompleks sangat. Tapi sebab cara tak kena. Apakata cuba 7 cara di bawah. Untung untung mengempis jadinya.
1. Makan makanan tinggi protein. Protein akan lepaskan hormon PYY. Hormon ini akan hantar isyarat ke otak. Katanya “bro/sis engkau dah kenyang. Udah udahlah tu” Kita pun sebut “ oh ye ke, ok ok saya berhenti sekarang.”
2. Kena bijak urus stres. Stres ni akan keluarkan hormon kortisol. Hormon ini hobi dia ialah kumpulkan lemak. Mau tak membesar perut jadinya. Happy sungguh kortisol buat kerja kerja yang kita tak suka. Macam orang letak simen pada batu bata masa buat rumah. Ditempek tempek.
Dia juga dengan bangganya bantu naikkan selera makan. Tahap melahap dan membantai makanan memuncak. Semua nampak sedap.
3. Katakan tidak pada gula putih. Cik putih ni sangat bahaya. Dia punya moto ialah “hidup aku untuk gemukkan orang.”
Mahu selamat? Berpisahlah dengan cik putih ni. Bila kita ambil, cik putih akan ketawa besar. Ketawa macam orang jahat dalam filem. Seronok dia kumpulkan lmak juga.
4. Senaman – angkat berat, aerobik dapat cepatkan misi kempiskan perut.
5. Tidur – kajian selama 16 tahun dapati wanita yang tidur kurang dari 5 jam akan alami peningkatan lemak bahagian perut berbanding dengan wanita tidur 7 jam. Cuba semak, berapa jam tidur malam tadi. Cukup? Cuba usap perut dan sebut “alahai besar juga engkau ye”
6. Ambil lemak ikan – jadikan omega 3 sebagai rakan karib anda. Ambil 2000mg sehari. Cari yang anti reflux. No mercury.
7. Ambil makanan tinggi serat – serat dari sayur dan buahan akan bentuk gel di saluran pencernaan. Makan lambat nak lepasi saluran ini. Jadi kita rasa kenyang. Kurang rasa nak berjajan. Perut terisi fokus meninggi.
Ada banyak lagi tips. 7 ni pun dah cukup kalau buat dengan konsisten. Soal pada diri, sayang sangat ke dengan “baby bump” tu?
Kalau tak, bila mahu bertindak? Ini adalah pesanan khidmat masyarakat. Tidak ada binatang atau serangga yang mati semasa penulisan ini dilakukan.