Bila Yuna disoal pasal anak, dia lebih bersikap terbuka dan menganggap itu soalan biasa untuk seseorang artis yang dikenali.
Bukan menolak untuk hamil tetapi Yunalis Zarai dan suaminya, Adam Sinclair masih berusaha untuk menimang cahaya mata sejak mendirikan rumah tangga lima tahun lalu.
Yuna Disoal Pasal Anak, Tak Terasa Pun Anggap Saja Sebagai Doa
Tidak tertekan atau tersinggung dengan asakan pertanyaan, Yuna memaklumkan, dia dan suami masih berusaha dan menyerahkan perkara itu kepada Yang Maha Esa.
Kata Yuna, dia mengharapkan semua untuk sama-sama berdoa agar dia dikurniakan zuriat.
“Kami tidak pernah merancang, cuma masih belum ada rezeki. Saya juga teringin nak jadi ibu.
“Dua wanita yang memberi inspirasi saya untuk menjadi ibu terbaik adalah ibu saya dan kakak ipar, Aishah Sinclair.
“Saya seronok melihat caraAishah mendidik anak-anaknya yang bijak dan comel. Disebabkan itu, saya mahu menjadi ibu sepertinya,” ujar Yuna.
Ads
“Peminat juga saya lihat ramai yang turut mendoakan kami dan saya berterima kasih serta teruslah berdoa untuk kami.
“Apa-apa pun kami (dia dan suami) mahu bergembira dahulu sebelum membawa seseorang ke dunia ini.
Apabila ditanya adakah dia pernah terasa setiap kali soalan mengenai anak diajukan kepadanya, Yuna memberitahu dia hanya menganggap ia sebagai doa yang baik buatnya.
“Saya tak terlalu berfikir sangat dan kalau orang tanya pun tak tersinggung kerana sebagai artis saya dah biasa ditanya soal peribadi.
“Bila orang tanya, saya selalu jawab kalau ada, ada la dan minta doakan. Tak terasa apa pun bila orang bertanya kerana saya ambil itu sebagai doa,” ujarnya.
Dah Bekeluarga Nanti Baru Pulang Malaysia
Yuna yang menetap selama 12 tahun di Amerika Syarikat itu kini berada di Malaysia sempena sambutan Syawal yang lalu sekali gus mempromosikan single terbaharu berbahasa Melayu berjudul Menanti.
Ads
Penyanyi yang mula popular dengan lagu Dan Sebenarnya itu memberitahu, dia belum ada perancangan untuk kembali ke Malaysia selagi belum berkeluarga.
“Setakat ini belum lagi, saya masih mengusahakan banyak perkara di sana (Amerika Syarikat). Memang terfikir bila dah settle down nanti nak pulang ke Malaysia, tapi belum ada perancangan.
“Mungkin jika saya dah berkeluarga (mempunyai anak) nanti saya akan berfikir lebih untuk pulang ke Malaysia,” kongsinya.
Bagus Yuna menyambut soalan ‘cepu emas’ orang ramai, sebagai artis dia sangat bersikap terbuka dan memberikan jawapan yang cukup positif dan kita juga mungkin boleh bertindak begitu. Tidak ambil hati dan menganggap pertanyaan soal anak atau jodoh sebagai satu doa.
Sisi bahagia Suhaila Sulaiman di sisi Faizal Hussein, pasti ramai yang nak tahu perkembangan terkini pelakon wanita ini apabila melihat anak-anaknya semakin membesar.
Jika sebelum ini anda dapat ketahui perkembangan pelakon Gila-gila Remaja ini di media sosial, kali ini kita selongkar kisah hidup suri hati Faizal Hussein yang dahulunya turut pernah mewarnai dunia seni.
Bahagia Suhaila Sulaiman Di sisi Faizal Hussein
Fokus Keluarga Selepas Jadi Ibu
Suhaila Sulaiman yang juga seorang pelakon, lebih selesa memberi sepenuh tumpuan terhadap keluarga terutamanya selepas bergelar ibu.
Hasil perkongsian hidup, pasangan romantis ini dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Fazryn dan Fazrick yang kini dilihat semakin meningkat dewasa dan berjaya dalam bidang akademiknya.
Saling Melengkapi Dan Menghargai Pasangan
Disifatkan antara pasangan selebriti yang merendah diri dan saling melengkapi di antara satu sama lain, kemesraan Faizal Hussein dan isteri tersayang sentiasa dicemburui peminat. Walau sudah berbelas tahun menjadi suami isteri namun kedua-duanya seperti pasangan baru berkahwin.
Menyentuh soal perkahwinan, Faizal Hussein pernah berkongsi tip untuk kekal mewangi dalam hubungan suami isteri.
Kongsinya, “Jangan malu untuk tunjuk kasih sayang pada isteri dekat depan public atau di mana-mana.
“Banyak orang lelaki biasanya kontrol, nak nampak macam macho dan tak hairan pada isterinya.
“Tapi pada saya, kalau saya rasa nak cium isteri depan orang, saya buat je. Tak kisah pun.
“Kemudian hormat menghormati satu sama lain, maam saya tak akan meninggi suara dekat pasangan depan orang. Memang tak akan tinggi suara.”
Melihat raut wajah lembut dan peribadi menyenangkan Suhaila, pastinya kehidupan Faizal Hussein bertambah bahagia. Kagum dengan cara wanita ini menjaga keharmonian keluarga dan sentiasa menjadi tulang belakang suami tercinta.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tak mudah nak kempiskan perut yang dah ke depan, nak-nak wanita selepas bersalin. Ini satu masalah besar bila nak sarung baju, nampak perut dulu.
Mula lah gelisah rasa tak nak makan manis-manis, tetapi ada orang buat senaman bagai pun tetap tak berkesan. Mungkin anda kena cuba petua yang dikongsikan kali ini, cara mudah buang angin.
Inshaa Allah, tak sampai seminggu boleh kempiskan perut dengan petua ni. Perut ini salah satu bahagian tubuh paling penting bagi wanita yang lepas bersalin akan ambil berat.
Baru lah kita jaga bahagian lain. Yang best, lelaki perempuan, kahwin atau belum boleh cuba.
Ini petua nak kempiskan perut dengan cara buat sendiri. Bahan-bahan depan mata saja. Tak susah pun nak buat. Yang penting jimat dan berkesan.
Bahan-bahan:
3 sudu halba yang direndam selama 2 minit.
3 cm halia. Kalau ada halia muda lagi elok.
4 ulas bawang putih
15 biji lada hitam
Cara-caranya:
Toskan halba yang direndam tadi. Masukkan kesemua bahan dalam lesung dan tumbuk sehingga lumat. Nak kisar pun boleh, ikut pada kerajinan anda.
Kemudian gentel bulat bulat kecil macam maajun. Simpan dalam peti dalam satu bekas.
Cara makan:
2 biji pagi dan 2 biji malam selepas makan.
Khasiat:
Makan secara konsisten, perut akan kempis dan angin akan keluar.
Pantang larang:
Ibu mengandung tidak sesuai.
Ibu menyusu sesuai amal bila anak hilang kuning (jaundis) dulu.
Pesanan:
Kena rajin buat sit up juga untuk kesan yang lebih cepat.
Selamat mencuba!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setiap wanita pasti mahu kekal cantik terutamanya memiliki tubuh badan yang kurus dan langsing.
Badan mungkin cantik atau dikategorikan kurus, tetapi kebanyakannya hampir pasti memiliki masalah sama iaitu lebihan lemak di perut, paha dan lengan.
Apabila sebut tentang senaman, ramai yang akan memberi alasan tidak ada masa atau terlalu sibuk dengan kerja di pejabat dan melayan keluarga di rumah sedangkan jika benar-benar kuat semangat, mereka boleh mencuri masa 10 hingga 15 minit untuk melakukan sedikit senaman terutama untuk mengurangkan lebihan lemak di pinggang dan belakang yang menonjol.
Lemak yang ‘terkeluar’ daripada pinggang seluar saat anda menyarung seluar jean, boleh mencacatkan penampilan dan keyakinan diri.
Akan timbul juga ketidakselesaan jika perut dijerut ketat terutama ketika duduk. Terdapat pelbagai cara praktikal yang berkesan untuk membakar lemak di bahagian pinggang dan belakang tubuh namun di samping senaman, dua perkara ini harus dilakukan bagi mendapatkan tubuh idaman setiap wanita.
Uruskan Tekanan
Jika anda sering berasa tertekan, ada kemungkinan tekanan menyumbang kepada dorongan untuk makan lebih dan menambah simpanan lemak di perut. Ini kerana apabila tahap kortisol yang tinggi terdapat di dalam badan anda, ia boleh meningkatkan jumlah lemak viseral contohnya di perut.
Kita tidak boleh menghilangkan tekanan secara keseluruhan, tetapi cari cara atau aktiviti yang membuatkan anda relaks dan tenang.
Makan Secara Sihat
Makan secara sihat. Diet sama penting dengan regim senaman yang anda lakukan apabila anda mahu menyingkirkan lemak di perut, pinggang, paha dan lengan. Dan ini caranya untuk memastikan diet yang sihat.
Hidangan Bersaiz Kecil
Ambil makanan dalam saiz hidangan sewajarnya. Jika ada banyak pilihan makanan yang ingin dinikmati, kurangkan saiz hidangan.
Kurangkan juga kuih dan kek yang kaya dengan lemak. Jika berkeras mahu makan, cukup sekadar makan satu atau dua gigit untuk memuaskan rasa teringin.
Lengkap Dan Seimbang
Amalkan menu pemakanan yang lengkap dan seimbang. Pastikan keperluan badan seperti karbohidrat, lemak, protein, vitamin dan mineral dipenuhi. Banyakkan menggigit buah dan nikmati sayur agar tubuh memperoleh cukup serat.
Berhenti Makan Sebelum Kenyang
Jangan makan hingga perut benar-benar penuh sehingga menyebabkan anda malas bergerak. Sebelum makan, minum banyak air putih agar perut sedikit terisi supaya makan sekadar perlu.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!