Masih terasa dengan kehilangan abangnya baru-baru ini selepas disahkan meninggal dunia akibat serangan sakit jantung, pelakon dan pengacara Uyaina Arshad meninggalkan pesan yang sangat mendalam untuk pengikutnya.
Berkongsi di laman Instagramnya Uyaina mengakui dirinya juga turut didiagnos menghidap dua jenis masalah jantung.
Malah dia yang ketika itu jatuh pengsan terpaksa berehat seketika dari aktiviti seni akibat masalah jantung.
“Tahun 2018, Yana sendiri I was diagnosed with two hearts condition. Yang pertama, Supraventricular Tachycardia (SVT) yang mana degup jantung Yana laju.
Yang kedua, Quadricuspid Aortic Valve (QAV) orang normal ada tiga tapi Yana ada empat,” ujar Uyaina dalam live di Instagramnya semalam.
Bertitik tolak daripada itu, biarpun kini tahap kesihatannya di tahap yang baik namun Uyaina tidak lagi dibenarkan melakukan aktiviti lasak yang sememangnya menjadi minat Uyaina sebelum ini.
Seorang Yang Aktif Bersukan
Ads
“Saya seorang yang workaholic and enjoy working. Saya juga sukakan aktiviti berlari. Ketika di bangku sekolah saya memang aktif dalam aktiviti sukan seperti hoki, lompat tinggi, lompat jauh dan bola jaring.
‘Kalau di tempat kerja lama dulu, waktu masuk pejabat pukul 9 pagi. Tapi saya akan sampai awal pukul 7 pagi dan akan pergi berlari dulu di kawasan sekitarnya.
“Selesai berlari saya akan membersihkan diri dan bersiap seperti biasa. Saya masuk ke pejabat dengan badan yang sangat segar dan cergas.
“Pada Mac 2019 saya didiagnos sakit jantung. Menurut doktor yang merawat, ianya berlaku kerana jantung ‘dipaksa’ untuk bekerja secara berlebihan.
“Kebetulan tahun lalu saya terlalu bekerja keras, rehat pun kurang. Namun selepas kesihatan semakin baik saya betul-betul menjaga kesihatan termasuk pemakanan.
“Selain itu, saya turut amalkan gaya hidup sihat, minum air putih dan melakukan senaman ringan,” katanya yang masih bersedih dengan kehilangan mengejut abang sulungnya itu.
Uyaina Pesan Pentingnya
Tambah Uyaina lagi, sesiapa saja atau berapa pun usia kita tetap berisiko diserang penyakit. Oleh sebab itu dia meninggalkan pesanan buat pengikutnya.
“Rajin-rajinlah membuat check-up kerana kita tak tahu apa yang berlaku dalam badan. Kadang-kadang badan dah bagi signal tapi kita tak sedar atau buat-buat tak sedar. Ingat, badan kita bukan mesin.
“Sampai masa ia perlukan rehat secukupnya. Mungkin ada yang beruntung kerana bebas penyakit walaupun dah berusia. Tapi saya pula mengalaminya sekarang, masih muda. Dalam masa yang sama harus bekerja.
Ads
“Maka ekstra usaha diperlukan untuk menjaga kesihatan. Saya tak anggap ia satu halangan walaupun banyak aktiviti lasak yang saya dah tak boleh buat lagi.
Kongsi Uyaina, faktor penyakit jantung ini juga boleh berlaku disebabkan oleh keturunan atau genetik yang tidak boleh diubah seperti yang dialaminya dan arwah abang tercinta.
Justeru kita perlu sentiasa ingat sakit datang tidak mengira usia, siapa, bila dan bagaimana ia terjadi.
Oleh itu, hargai kesihatan kerana ia adalah harta paling berharga selagi kita diberikan nikmat untuk bernafas di muka bumi ini.
Pelakon dan usahawan, Puteri Sarah Liyana meluahkan rasa rindu kepada anaknya, Sumayyah yang dikhabarkan dijangkiti virus Covid-19.
Menerusi perkongsian di laman Instagram (IG), ibu kepada dua cahaya mata ini memaklumkan bahawa dirinya tidak dapat bersama menjaga Sumayyah akibat daripada kesibukan bekerja.
Sumayyah Kena Covid-19, Puteri Sarah Tak Dapat Jaga Anaknya
Namun begitu, Puteri Sarah bersyukur dengan kehadiran ibunya yang membantu dalam menjaga Sumayyah.
“Ni kali kedua Sumayyah kena. Hari ini dah hari ke-6 kuarantin.
“Sedih sangat kalini tak dapat jaga Sumayyah kuarantin sebab Sarah busy shooting. Alhamdulillah mama Sarah tolong jagakan.
“Tapi setiap kali video call mesti adik (Sumayyah) menangis nak mama. Allah je tahu luluh hati ini berjauhan dengan anak.” tulisnya di laman Instagram.
Dalam pada itu, aktres berusia 38 tahun itu memohon doa dari orang ramai agar diberikan kesembuhan segera buat anaknya, Sumayyah.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan kesejahteraan buat Sumayyah agar dapat segera bertemu dengan ibunya. Selain itu, kecantikan Sumayyah juga mencuri tumpuan yang saling tidak tumpah seperti ibu tercinta.
Hari ini juga tular kisah rumahtangganya dengan pengarah, Syamsul Yusof yang berakhir dengan penceraian. Apa pun kita doakan semoga Puteri Sarah kuat dan bahagia dengan caranya sendiri bersama dengan anak-anak tersayang.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Gandingan 3 Saka & 13 ZIN Gegar Pentas Mega Zumba Event Beach Party. Himpun 300 Peserta Anjuran #RapiWerkit & Uni3Fit! Meneruskan kecemerlangan membawakan aktiviti zumba, kali ini #RapiWerkit anjuran Majalah Rapi berjaya menghimpunkan hampir 300 peserta dalam Mega Zumba Event yang berlangsung di Dewan Ababil, TUDM Subang.
Persiapan yang dirancang lebih sebulan akhirnya berjaya dilaksanakan dengan kerjasama rakan partner, Uni3Fit Studio membawakan kolaborasi 3 Saka dengan bertemakan Beach Party menampilkan Zin Aliez Jazam, Set Ramizah dan ZIN Shah Bariah.
Bukan itu sahaja, turut tampil dalam zumba kali ini adalah 13 Zin yang semuanya hadir dengan semangat, energi, fit dan bertenaga membawa lebih 20 lagu tanpa henti selama hampir 2 jam.
Dengan pelbagai genre muzik rancak, peserta yang hadir rata-rata kelihatan enjoy dan gembira mengikut rentak lagi dimainkan sepanjang acara berlangsing.
Posing dulu
Acara yang bermula jam 3 petang di dewan tertutup ini dengan permulaan persembahan gimmik dari Uni3fit, sebelum semua ZIN mengambil tempat masing-masing mengikut giliran persembahan sehingga majlis berakhir sekitar jam 5.30 petang.
Tidak terpancar rasa letih, sebaliknya masing-masing menunjukkan kebolehan berzumba mengikut tarian zumba dibawakan ZIN masing-masing.
Wow, menarik sekali
Pakaian kena dengan tema, Beach Party.
Ikut rentak muzik
Rata-rata peserta sangat berpuas hati dengan perjalanan acara dan berharap akan dapat menyertai lagi majlis sebegini pada masa akan datang.
Sebelum itu, peserta datang lebih awal dan mendaftar untuk mengambil goodies bag yang disumbangkan oleh rakan penaja.
Antara pemenang cabutan bertuah
Hadiah dari penaja, Sofea Rose
Himpun 300 Peserta Anjuran #RapiWerkit & Uni3Fit
Jangan tak tahu ada juga antara peserta yang datang menaiki bas daripada Pahang turut berpeluang dan mereka turut meninjau beberapa booth penaja yang mengambil bahagian seperti, Kitsui, Nestle Omega Plus, Bubble Gum Wax, Eatsymy dan beberapa booth lagi.
Juga tidak ketinggalan peserta turut merakamkan kenangan di photo booth dihiasi belon hasil kreativiti penaja Aura Bunga yang sangat cantik sekali.
Baru-baru ini ramai yang terkejut apabila adik Ainul Mardhiah berada dalam situasi kritikal apabila kanak-kanak ini berusia tiga tahun itu disahkan mengalami jangkitan kuman sehingga dimasukkan Unit Rawatan Rapi (ICU).
Malah sebelum itu pun Ainul turut di ventilate lagi dan ditidurkan bertujuan untuk merehatkan badan dan otaknya dari demam sawan berulang.
Kanak-kanak kecil ini juga kelihatannya nampak penat sangat selepas diserang sawan panas beberapa kali.
Namun perkongsian bapanya Ahmad Saifuddin Ahmad Razak di laman sosial Facebook, memberitahu berita gembira dengan memaklumlah keadaan anak kesayangannya itu yang dijangka akan sihat dua tiga hari lagi.
Dia melihat perubaan positif anaknya itu untuk kembali sihat sepanjang berada di wad dengan keadaan sebelum ini.
“Dalam 18 hari ini, dua kali Ainul kritikal, dua kali dia ‘ventilated’. Kesan ditidurkan dua kali dan sawan yang serang berkali-kali tu mesti perlukan masa untuk ainul pulih semula.
“Tapi Alhamdulillah, hari ini Ainul nampak semakin sihat. Dia dah mula tekan-tekan radio Omar Hana dia tu untuk tukar-tukar lagu,”
Walau bagaimanapun, menurut Safiuddin, Ainul seakan belum berupaya untuk duduk sendiri dan memerlukan sokongan daripada orang sekeliling jika ingin duduk.
“Nampak dia masih belum berupaya untuk duduk sendiri. Kami kena dudukkan dan bantu sokong belakang dia.
“Insya-Allah Ainul pasti boleh. Dia akan kembali sihat seperti sediakala dalam dua hingga tiga hari lagi. Semoga Allah izinkan,” ujarnya.
Sebelum itu dilaporkan keadaan Ainul sudah semakin stabil dan menunjukkan gerak balas positif selepas seminggu dirawat di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU).
Ubat-ubatan yang diberikan sudah banyak dihentikan dan kanak-kanak itu sudah tiada demam, oleh itu, hanya menunggu masa untuk dibenarkan pulang ke rumah.
Ainul menjadi perhatian ramai sejak tahun 2019. Perjuangannya setelah disahkan mengalami ketumbuhan ‘Germ Cell Tumour’ diikuti rakyat Malaysia.