Mempunyai anak ramai bukanlah alasan untuk pelakon dan juga usahawan, Ayu Raudhah ini tidak menjaga penampilan diri.
Malah sebagai seorang selebriti, perlu baginya memastikan penampilan sentiasa kelihatan cantik dan anggun setiap masa.
Ayu Raudhah Jaga Penampilan Walau Anak Ramai
Bagi Ayu Raudhah, walau sibuk menguruskan lima orang anak-anak yang masih kecil, dia tetap cuba meluangkan masa melakukan rutin penjagaan wajah.
“Ayu memang sangat mementingkan penampilan diri. Bagi ayu perlu cukup minum air, tidur yang cukup juga penting untuk mmengembalikan tenaga yang telah digunakan sepanjang hari.
“Bagi Ayu enam jam saja dah cukup tetapi kena awal jangan lewat sebab akan membuatkan diri kita nampak lebih tua nanti,” ujar Ayu yang lebih senang melakukan rutin harian penjagaan wajah yang memudahkan dirinya.
“Rutin Ayu, setiap malam wajib kena cuci muka disebabkan bermekap sebelah siangnya. Kemudian kita apply toner dan juga pelembap dan inilah step paling simple kita selalu buat,” katanya yang memang sentiasa teruja mahu kelihatan cantik setiap masa.
Tambah Ayu lagi, dia juga turut menggunakan petua tradisional ketika dalam berpantang.
“Kalau ikutkan dalam tempoh pantang 44 hari itu kita amalkan pantang tradisional dan amalkan makan ulam sebagai makanan harian. Ini paling favourite Ayu setiap kali makan.
“Ayu juga sebenarnya pernah alami masalah cela pada kulit wajah lebih-lebih lagi bila malas untuk melakukan perawatan wajah yang biasa kita lakukan. Ini seperti pemakaian toner dan sunblock UV yang boleh sebabkan timbulnya bintik-bintik jeragat pada muka.
“Masalah bersalin kerap juga menjadi salah satu menyebabkan timbulnya celah di wajah ini. Tetapi lepas itu memang Ayu akan gagah merawat wajah agar masalah tidak jadi lebih teruk nanti,” katanya lagi.
Ads
Amalan Bulan Puasa
Bagi memastikan dirinya kekal fit dan bertenaga tiap kali berpuasa, dia akan minum air dan makan yang cukup terutama waktu sahur.
“Biasanya waktu berbuka ayu akan ambil makanan sikit saja, takpun sekadar minum air. Tetapi sahur memang kena ambil makanan banyak.
“Oleh kerana masih menyusu badan, Ayu memang akan lebihkan pengambilan sumber protein yang banyak untuk memperbanyakkan air susu,” kongsinya kepada umum.
Ayu atau nama penuhnya Raudhah Che Wan baru berjinak-jinak menceburi dunia perniagaan termasuk mengeluarkan produk kecantikan kulit, pakaian Muslimah dan lelaki serta tudung.
Ayu dan suami, Zaquan Adha juga ada membuka kafe makanan di Seremban. Malah menurut Ayu dia juga disunting sebagai duta pakaian wanita mampu milik, byLR.
“Saya tidak belajar tinggi. Saya tak malu mengakuinya, bahkan bangga dengan semangat diri. Saya hanya lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Malah tak ada latar belakang jurusan perniagaan pun. Namun saya percaya pengalaman menjadi azimat berharga.
“Lalu ketika pihak byLR mempelawa untuk menjadi rakan strategik bagi memasarkan jenama itu, saya cabar diri. Komitmen saya bukan setakat duta, tapi juga ke depan dalam meningkatkan pengaruh serta kesedaran jenama itu.” Cerita Ayu Raudhah tentang bisnesnya.
Jadi kepada wanita yang sudah berumahtangga dan bersalin, jangan abaikan bab penjagaan kulit wajah ya. Memang akan tua dan akhirnya nampak kedut, tetapi sekurang-kurangnya ada cara untuk melambatkan proses itu dan naikkan seri untuk suami tersayang.
Baru-baru ini kita dikejutkan dengan kes pertama virus Covid-19 Omicron yang dikesan oleh seorang pelajar di sebuah universiti di Ipoh, Perak yang tiba dari Afrika Selatan melalui Singapura.
Dan terbaru satu lagi kes yang dikesan seorang rakyat Malaysia pertama membabitkan seorang kanak-kanak berusia 8 tahun, dikenal pasti telah dijangkiti varian tersebut.
Perkara ini diberitahu oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin (KJ) melalui sidang akhbar di Parlimen .
Ini antara info lengkap mengenai kes pertama membabitkan rakyat Malaysia.
1. Kes yang baharu dikesan itu merupakan seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun yang menetap bersama keluarga di Lagos, Nigeria.
2. Keputusan ujian RT-PCR COVID-19 ke atas kes, ibu dan adik perempuannya sebelum berlepas ke Malaysia adalah negatif Covid-19.
3. Kanak-kanak tersebut tiba di Malaysia bersama ibu dan adik perempuannya pada 5 Disember 2021 dari Lagos, Nigeria dengan penerbangan transit di Doha, Qatar.
4. Kes dan ahli keluarganya telah menjalani ujian RT-PCR Covid-19 semasa ketibaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang. Mereka dikuarantin.
5. Ujian saringan kedua RT-PCR mendapati mereka positif Covid-19.
6. Selepas seminggu, kes itu disahkan sebagai Omicron pada 14 Disember.
7. Kanak-kanak itu yang tidak mempunyai sebarang simpton menjalani perintah kuarantin di rumah selama 14 hari bermula 7 Disember.
8. 18 orang lagi mungkin dijangkiti Omicron tetapi ia belum dapat disahkan sementara menunggu ujian penjujukan genom. Keputusan itu dijangka diumumkan esok.
Justeru orang ramai diingatkan untuk terus menjaga SOP kendiri bagi mengelak jangkitan virus Covid-19 yang lebih serius.
Kalau anda nak buat kulit glowing sebelum raya, anda kena disiplin pakai set penjagaan wajah yang tepat ikut masalah kulit.
Pakai set penjagaan wajah ini bukan semata-mata ikut orang ya, tetapi anda kena ada ilmu.
Langkah Buat Kulit Glowing, Hasilnya Glass Skin Macam Orang Korea
Bila betul dah kenal pasti jenis kulit dan tahu apa masalahnya, anda boleh terus cari produk ikut bahan-bahan yang diperlukan kulit.
Barulah hasilnya kulit semakin bersih dan perlahan-lahan masuk fasa glowing. Malah kalau bertuah, dapat glass skin tau!
Nah, ini antara produk yang dikongsikan Nur Sumayyah dalam group penjagaan wajah, sangat membantu dan selamat untuk anda cuba dapatkan kulit glowing tanpa menggunakan bahan kimia terlarang.
Hydrating
Penting sangat, jangan abaikan skin hydrating jika anda nak kulit glowing dan dapat elakkan jerawat kerana kulit yang tidak cukup hydration cenderung dapat jerawat.
Brightening
Ini antara yang membantu untuk jadikan kulit glowing disamping dapat membantu pudarkan parut dan jeragat.
Retinol
Bersifat anti aging dan dapat melambatkan proes penuaan kulit seperti wrinkles, sagging skin dan sebagainya. Lagi best boleh buang sel kulit mati yang membantu untuk cerahkan kulit wajah.
Exfoliate
Bukan ketiak saja anda kena rajin exfoliate, wajah pun sama! Ini pun kalau anda exfoliate kulit 2-3 kali seminggu, boleh hilangkan sel kulit mati dan membantu kulit jadi glowing lebih cepat.
Mask
Ramai skip pakai mask tetapi ini pun sangat penting. Penggunaan mask 4-5 kali seminggu dapat membantu skin hydation dan maintain the glow.
Sunscreen
Wajib pakai setiap hari dan kalau keluar rumah, anda kena rajin reapplysetiap 2 jam ya. Jangan sesekali skip sunscreen kalau nak maintain dan capai tahap kulit glowing.
Nampak tak susunan set penjagaan wajah yang penting patut anda pakai? Bila dah rajin sapu semua ini, barulahnampak hasilnya. Nanti cuba ya, paling penting kena konsisten untuk dapatkan hasil yang memuaskan.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Buat masa ini kerajaan sedang giat menjalankan kempen menggalakkan orang ramai untuk mendapat suntikan dos penggalak.
Jadi bagi memudahkan orang ramai mendapat suntikan Kementerian Kesihatan menawarkan perkhidmatan vaksinasi secara datang terus atau walk-in untuk semua penduduk dewasa berusia 18 tahun ke atas.
Perkhidmatan dos penggalak secara walk in ini akan diberikan di empat PPV Intergrasi sekitar Lembang Klang yang sedang beroperasi ketika ini bermula esok.
Kenyataan media kementerian itu menyatakan, ia bagi mempertingkatkan lagi kadar pengambilan dos penggalak dan memastikan lebih ramai penduduk di Lembah Klang mendapat perlindungan imuniti yang optimum terhadap jangkitan COVID-19 termasuk ancaman varian Omicron.
Kementerian itu berkata, liputan vaksinasi dos penggalak di Lembah Klang juga amat menggalakkan dengan 68.2 peratus penduduk dewasa sudah menerima dos penggalak, selepas Sarawak yang mencatatkan liputan tertinggi iaitu sebanyak 69.5 peratus.
“Sehingga semalam, seramai 11,119,363 atau 47.5 peratus penduduk Malaysia berusia 18 tahun dan ke atas sudah menerima dos penggalak vaksin COVID-19,” katanya.
KKM berkata, Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan – Dos Penggalak (PICK-Booster) yang bermula pada 13 Oktober lalu, adalah antara langkah mengawal pandemik COVID-19.
Ia memaklumkan, sejak 15 Januari lalu, empat PPV Integrasi dibuka untuk mempertingkatkan lagi kapasiti pemberian vaksin di Lembah Klang, iaitu di World Trade Centre (WTC), Kuala Lumpur; Axiata Arena, Bukit Jalil; Ideal Convention Centre (IDCC), Shah Alam; dan Dewan Soka Gakkai, Klang.
Katanya, vaksin yang diberikan di PPV Integrasi di Lembah Klang adalah vaksin AstraZeneca, manakala vaksin Pfizer juga akan dibekalkan bagi individu tertentu seperti ibu hamil yang sudah menerima temujanji atau individu yang mempunyai kontraindikasi terhadap vaksin AstraZeneca.
“Individu yang ingin hadir secara ‘walk-in’ perlu memastikan sijil vaksinasi digital dalam aplikasi MySejahtera adalah lengkap bagi melancarkan proses vaksinasi,” katanya lagi.