“Saya Berbasikal, Selain Amalkan Diet Sihat” – Ini Rupanya Rahsia ‘Kurus’ Rina Harun Hingga Tarik Perhatian

Share

Semalam tular apabila hangat netizen memperkatakan tentang penampilan Menteri Pembangunan, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Rina Mohd Harun yang mana cukup berbeza dengan sebelumnya.

Rupanya penampilan yang berbeza ini ada rahsia tersendiri. Berkongsi dalam satu temubual video yang dikongsi pengguna twitter @JustinTWJ , Rina Harun membertahu bagaimana dirinya tampil langsing.

Beliau memberitahu hanya mengamalkan gaya hidup aktif demi mendapatkan tubuh badan yang sihat. Sebelum itu beliau hanya tertawa apabila soalan tersebut diajukan kepadanya.

 

Menurutnya:

“Saya berbasikal selain mengamalkan diet yang sihat, yang penting, niat Sebenarnya nak sihat”.

Jadi tidak mustahil untuk seseorang yang memiliki berat badan berlebihan berubah dan mahu mendapatkan tubuh badan yang sihat.

Apabila badan sihat, secara tidak langsugn penampilan juga jadi lebih cantik dan menarik. Jadikan tip dikongsi beliau ini sebagai motivasi untuk kita mendapatkan berat badan ideal.

Artikel Berkaitan:

Pernah Alami Masalah Berat Badan, Tya Arifin Tak Lokek Kongsi 4 Tip Kurus Lepas Bersalin

Jalani Lebih 30 Rawatan Radioterapi & Kimoterapi, Kesannya Muntah, Lemah, Loya & Lesu. Perjuangan Wanita Ini Lawan Kanser!

IKLAN