Doktor-doktor pakar penyakit berjangkit di Universiti John Hopkins telah menyeru untuk orang ramai mengelakkan memicit jerawat atau menarik bulu hidung terutamanya di kawasan segi tiga “kematian” di muka.
Ya. Segi tiga kematian. Lebih kurang macam segi tiga bermuda. “Para konspirasi segi tiga bergembira dengan penemuan ini.
Ads
Kawasan segi tiga ini adalah berkait dengan infeksi bakteria yang dikatakan boleh menyebabkan jangkitan di sekitar otak dan juga boleh menyebabkan strok.
Walau bagaimanapun, ianya sangat jarang berlaku disebabkan antibiotik dan sukar untuk bakteria merebak secara melawan arus di dalam salur darah.
Namun, ianya boleh berlaku jika kuman tersebut sudah menjadi kuat dan antibiotik tidak lagi boleh melawan kuman tersebut atau jangkitan kulit yang sangat teruk.
Jadi, adalah penting untuk kita mengelakkan perkara yang boleh menyebabkan kulit kita terdedah dengan kuman akibat daripada aktiviti-aktiviti yang disebutkan di atas. Lebih-lebih lagi, bakteria yang semakin bijak dalam rintangan antibiotik.
Ads
Ingat, kita sudah lama tidak menjumpai antibiotik kelas baharu. Kali terakhir kelas antibiotik yang dijumpai adalah pada tahun 1987 iaitu lipopeptides.
Sehingga kini, kita hanya membangunkan antibiotik sedia ada untuk menjadi lebih baik. Semakin lama semakin sukar untuk merawat kuman bakteria.
PHM sentiasa menekankan konsep Pencegahan lebih baik daripada berubat. Jadi amalkan sanitasi yang baik, elakkan memicit jerawat atau mencabut bulu hidung.
Ads
Dan jika ingin melakukan prosedur, pastikan ianya adalah teknik steril. Semoga artikel ini bermanfaat dan memberikan ilmu baru untuk anda.
‘Begitu syulit’ jadi gangguan Earworms. Kunyah gula-gula getah cara paling berkesan lupakannya! Pernah atau tidak ketika mendengar hebahan iklan di mana-mana saluran media massa, bait-bait kata-kata berkenaan akan sentiasa terngiang-ngiang di telinga.
Malah jika iklan berkenaan dalam bentuk lagu, bait-bait liriknya akan sentiasa menghantui kepala hingga kita juga terikut-ikut untuk turut menyanyikan lagu berkenaan.
Seperti yang viral baru-baru ini di mana bait-bait lirik lagu Syulit Rehan yang kerap kali muncul di kepala hingga membuatkan ia menganggu ketenteraman.
Dalam satu perkongsia di Public Health Malaysia, memberitahu gejala ini dipanggil earworms di mana lagu yang tidak kita ingini berulang di kepala kita.
Turut memberitahu cara terbaik untuk punca dan mengentikan earwoms ini.
“Begitu syulit.. lupakan Rehan..…Apalagi rehan baik…” adakah lirik tersebut masih berputar di minda tanpa henti?
Ia adalah situasi yang dinamakan Earworms
“Earworms” ialah lagu yang tidak diingini yang berulang di kepala anda sehingga mengganggu ketenteraman.
Ciri² Lagu Earworm
Ahli psikologi muzik mendapati lagu-lagu ini lebih pantas dan mempunyai ciri melodi yang ringkas dan panjangnya hanya 15 hingga 30 saat . Muzik bagi ear worm juga mempunyai beberapa selang unik antara nota yang menjadikan lagu itu menonjol.
Tips Untuk Menghentikan Ear Worms
1. Dengarkan keseluruhan lagu.
Menikmati keseluruhan lagu dapat menghilangkan sesetengah rangkap lagu “terperangkap pada gelung” di kepala anda.
2. Tambah variasi lagu dalam fikiran
Fikirkan atau dengar lagu lain yanb lebih anda sukai, atau fikirkan lagu kebangsaan. Berzikir juga mampu membantu
3. Abaikan.
Cuba untuk tidak memikirkannya dan biarkan ia lengap secara semula jadi dengan sendirinya.
4. Gula Gula Getah.
Apabila mengunyah gula-gula getah sejurus selepas mendengar lagu yang sangat menarik, mereka kurang berkemungkinan diganggu oleh Ear Worm
5. Sibukkan Diri
Adakah ia bahaya?
Kadangkala ia berlaku dengan gangguan obsesif-kompulsif, sindrom psikotik, sakit kepala migrain, sawan atau keadaan yang dikenali sebagai palinacousis — apabila anda terus mendengar bunyi lama selepas ia hilang.
Dalam kebanyakan kes, cacing telinga adalah NEUTRAL, tidak serius, malah mungkin sebahagian daripada proses kreatif otak anda.
Cacing telinga yang berterusan (bertahan lebih daripada 24 jam) mungkin disebabkan oleh pelbagai penyakit yang lebih serius.
Tidak dinafikan bawang putih sememangnya mengandungi khasiat tersendiri untuk membantu dalam menjaga kesihatan tubuh badan.
Selalunya dicampur sebagai perisa bahan makanan atau dihiris halus dan digoreng untuk dimakan begitu saja.
Namun sebenarnya bawang putih yang diletakkan dalam nasi juga turut mempunyai khasiat yang tinggi untuk kesihatan.
Perkongsian Ahli Kimia Dr Fatimah Salim memberitahu kebaikan makan bawang putih yang ditanak bersama nasi dan juga yang masih mentah.
Saya memang suka tanak labu bawang putih yang sudah dibersihkan dalam nasi yang hampir-hampir selesai proses memasaknya. Saya suka rasa lemak berubi bawang putih yang sudah empuk. Apa lagi jika dinikmati bersama nasi berperisa seperti nasi ayam, nasi beriani, nasi daging, dan sebagainya.
Tahukah anda, bawang putih yang diambil mentah dan dimasak mempunyai khasiat yang berlainan? YA. Kepada yang terlepas perkongsian saya sebelum ini, jom baca
Bawang putih (garlic) mempunyai nama saintifik Allium Sativum yang berasal dari tumbuhan famili Amaryllidaceae. Bawang putih mampu memberikan manfaat kesihatan jika diambil bertujuan jelas dan dengah cara yang betul. Di sini pentingnya pemahaman sifat kimia bahan aktif dalam bawang putih supaya bukan hanya kesan placebo yang diperolehi.
Bahan kimia aktif utama dalam bawang putih ialah allicin. Ianya sejenis bahan kimia organik bersulfur (organosulfur) yang mempunyai bau tengit dan berasa pedas menyengat. Bahan kimia aktif ini terbentuk hasil tindakbalas bahan kimia pencetus alliin dan enzim alliinase.
Seperti di dalam tumbuhan bebawang lain, kedua bahan kimia pencetus (alliin dan enzim alliinase) terpisah di ruang masing-masing dalam sel. Semasa proses mencincang/melenyek bawang putih, sel-sel akan terpecah menyebabkan dua bahan kimia ini terbebas dari ruang masing-masing dan bertindakbalas membentuk bahan kimia aktif allicin.
Disebabkan ketidakstabilan, allicin kemudiannya akan melalui beberapa fasa perubahan struktur molekul membentuk pelbagai bahan kimia organosulfur berkaitan yang mana memberikan kepelbagaian kepada bau dan rasa bawang putih ini.
Bolehkah bahan kimia aktif allicin terhasil tanpa memusnahkan sel bawang putih?
Tidak. Proses biosynthesis penghasilan allicin hanya akan berlaku apabila sel pada bawang putih dimusnahkan dengan aktiviti memotong, melenyek, mencincang atau menumbuk.
Semakin banyak sel yang dimusnahkan (semakin lumat), semakin tinggi potensi untuk bahan kimia pencetus alliin dan enzim alliinase bertemu. Maka, semakin banyak allicin akan terhasil.
Jelas di sini cara pengendalian bawang putih sangat penting untuk penghasilan bahan aktif yang optimum. Tambahan pula, cara mengunakan bawang putih juga penting.
Apakah akan berlaku apabila bawang putih diMASAK (rebus, panggang, goreng)?
Tanpa daya memusnahkan sel bawang:
Apabila sel bawang putih tidak dimusnahkan, bahan kimia pencetus alliin tidak akan bertemu dengan enzim alliinase, dan bahan kimia aktif allicin TIDAK akan terbentuk.
Apabila diikuti dengan aktiviti memasak, enzim alliinase akan termusnah (denatured). Enzim ini akan ternyahaktif pada suhu 40 degree Celsius, iaitu sedikit tinggi daripada suhu badan normal manusia.
Haba berterusan pula akan memusnahkan sel-sel bawang putih dan bahan kimia pencetus alliin juga ternyahasli.
Dengan daya memusnahkan sel bawang:
Semestinya bahan kimia aktif akan terbentuk. Namun, haba yang berterusan akan menyebabkan bahan kimia aktif allicin meruap.
Jadi, adakah bawang putih yang sudah masak ini tidak elok?
Tidak juga. Selain dari bahan kimia aktif allicin, bawang putih juga mengandungi nutrisi stabil lain seperti karbohidrat, protein, mineral, vitamin dan pelbagai fitokimia yang memberikan keunikan bau dan rasa kepada bawang putih. Dan ini juga boleh dimanfaatkan oleh badan kita.
Bagaimana pula jika bawang putih dinikmati bersama bahan berasid (aka masam)?
Aktiviti enzim alliinase berlansung pada keadaan neutral (pH 6.5-7). Dengan menambahkan bahan berasid seperti cuka, limau, lemon, asam keping dan yang seangkatan dengan mereka, akan menyebabkan enzim ini kurang aktif. Maka peratusan pembentukan bahan kimia aktif allicin dari alliin juga akan menjadi kurang.
Bagaimana pula dengan membakar seketika?
Membakar seketika bawang putih dengan api perlahan, dan diikuti dengan memusnahkan sel bawang akan mengaktifkan lagi aktiviti enzim alliinase dan seterusnya menghasilkan lagi banyak bahan kimia aktif allicin.
Senarai gambar di bawah ini ialah kepelbagaian cara penyediaan bawang putih yang saya lakukan sendiri untuk menguji jumlah kehadiran bahan kimia aktif allicin secara perbandingan.
Rasa pedas menyengat terbanyak adalah dalam bawang putih yang dibakar seketika (berkulit menambah sedikit keunikan dalam rasa), diikuti dengan mentah. Goreng dan rebus tidak mempunyai rasa ini. Memasukkan bawang putih cincang dalam air dan madu juga memberikan rasa yang berlainan.
Adakah pengambilan bawang putih mentah memberikan kesan sampingan?
YA. Disebabkan Kehadiran bahan kimia semulajadi bersulfur, bawang putih mempunyai bau masam menyengat yang kuat yang mana boleh menyebabkan nafas berbau.
Bahan kimia aktif allicin bersifat asid yang mampu merengsakan kulit. Maka, cairkan dengan air, minyak atau madu.
Bawang putih mempunyai sifat pencairan darah. Maka, elakkan mengambilnya secara berlebihan apabila terluka kerana proses pembekuan darah pada kawasan luka akan menjadi lambat. Ini akan menyebabkan pendarahan berterusan.
Terdapat kajian yang menunjukkan bawang putih mampu berinteraksi dengan aktiviti ubat rawatan. Maka, mereka yang ‘on medication’, berbincanglah dengan doktor perubatan anda sebelum mengambil bawang putih mentah bersama dengan ubat.
KESIMPULANnya, sama ada ingin menikmati bawang putih secara mentah atau masak adalah bergantung kepada TUJUAN. Sekiranya ingin dijadikan ubat, maka ambillah mentah. Cuma ingat ‘jumlah’ yang diambil akan menentukan kesan teraputik. Dan ingat, apa-apa yang berlebihan berpotensi membawa mudarat. Ambil tahu tahap kesihatan diri dan jaga badan yang Allah amanahkan kepada kita sebaiknya.
Pernah atau tidak sebagai wanita anda membayangkan tiba-tiba satu hari akan kehilangan rahim disebabkan beberapa masalah kesihatan.
Nampak menakutkan tetapi sebenarnya jika anda menghidap penyakit antaranya seperti kanser, pembuangan rahim memang digalakkan bagi membantu menjalani kehidupan lebih sihat.
Perkongsian Dr Chu Peng Teng, Pakar Obstetrik & Ginekologi dari Mahkota Medical Centre menerangkan lebih lanjut tentang proses pembuangan rahim dan kesannya lepas pembedahan.
Menurutnya prosedur ini akan dijalankan jika seseorang wanita itu mengalami masalah seperti ada fibroid, endometriosis ataupun sebab adanya kanser.
“Histerektomi merupakan procedure pembedahan di mana organ atau rahim wanita dikeluarkan dari badan.
“Antara sebab-sebab yang mewajibkan kepada prosedur ini adalah sebab kanser atau masalah bukan kanser.
“Antara masalah kanser berkenaan seperti servis, kanser ovari, kanser rahim, dan antara sebab bukan kanser seperti masalah disebabkan haid berlebihan, endometriosis ataupun mempunyai ketumbuhan besar sebabkan sakit dan ketidak selesaan seperti fibroid,” katanya katanya yang memberitahu ada kebaikan dan keburukan selepas menjalani prosedur Histerektomi.
“Ada kebaikan prosedur ini seperti membuang penyakit secara menyeluruh, di mana contoh pendarahan haid tidak boleh dikawal, atau penyakit kanser ketumbuhan boleh dikeluarkan secara menyeluruh.
“Dan selepas itu sekiranya penyakit adalah dari peringkat awal, tidak perlukan rawatan susulan.
“Keburukannya tiada kaitan dengan prosedur boleh menyebabkan hubungan kelamin merosot. Tetapi lepas pembedahan ada juga banyak pasangan alami perubahan baik dalam hubungan kelamin.
“Ini kerana penyakityang menganggu wanita itu tiada dalam badan dan memberi hubungan kelamin lebih baik.
“Biasanya dalam jangka masa satu atau dua tahun selepas pembedahan buang rahim dijalankan,” jelasnya yang turut berkata ada tempoh tertentu untuk pulih selepas itu.
“Tempoh pulih ini berbeza. Jika dilakukan kaedah minima pesakit akan cepat turun dari katil dalam jangka masa satu atau dua hari.
“Tetapi lain halnya jika prosedur dilakukan secara terbuka, tempoh sembuh selalunya dalam tujuh hari.
“Dan selepas pembedahan secara minima juga wanita itu akan rasa kurang sakit dan kurang makan ubat tahan sakit. yakin menjaga diri dan luka tersebut,” tambah Dr Chua yang berkata luka juga bergantung pada tahap serius mana pembedahan berkenaan.
“Jika pemebedahan minima, selalunya luka sepanjang 1-2 cm sahaja, tetapi jika secara open pesakit perlu buka jahitan selepas pembedahan.
“Malah pesakit itu juga perlu rehat sehingga 6 minggu untuk luka dalam perut itu betul-betul kembali pulih sepenuhnya.
“Manakala penjagaan makanan pula kenalah seimbang. Pengambilan protein, fiber, masakan kukus juga perlu untuk memastikan tahap kesihatan kembali pulih seperti sediaka kala,” terangnya lagi sebelum mengakhiri perbualan.
Nampak remeh tapi kesannya besar! Melangkau sesi memanaskan badan boleh mengundang risiko kecederaan serius seperti otot terkoyak, sakit sendi, hingga tekanan jantung. Ketahui kenapa warm up adalah langkah paling penting sebelum anda mula bersukan.