Kalau dulu berat badannya mencecah 89kg dan kini sudah turun kepada 75 kg di mana berjaya melenyapkan 14 kg dalam masa setahun. Tambahnya lagi diawal-awal dulu berat cecah 69kg sahaja.
Walaupun bulan puasa, tetapi tidak menjadi masalah buat penyanyi berusia 21 tahun ini untuk kekal berdisiplin menjaga diet pemakanannya.
Ads
“Sebenarnya saya amalkan pemakanan dengan mengurangkan gula dan jaga waktu pemakanan. Biasanya malam memang saya tidak makan.
“Tetapi apabila bulan Ramadan, sebenarnya lagi membantu diet saya sebab waktu makan cuma sekali sahaja.
“Biasanya kalau saya nak makan dalam pukul 10 malam ke atas pun saya hanya ambil makanan seperti bubur sahaja,” kata anak kepada Raja Pop Datuk Jamal Abdillah.
Biasanya kulit berpeluh lepas pakai pelembap dan sunscreen sebab ada proses membebaskan haba. Malah situasi ini normal dan tidak terlalu janggal bagi anda yang sudah biasa memakai set pejagaan kulit.
Kulit Berpeluh Lepas Pakai Pelembap Dan Sunscreen, Atasi Dengan Cara Ini
Bila pakai moisturizer atau sunscreen, kandungannya yang bersifat occlusive (memerangkap) akan membentuk lapisan perlindungan bagi menghalang kulit kehilangan lembapan.
Ini menyebabkan peluh terbebas lebih perlahan dan titisan yang keluar adalah lebih besar dan ketara.
Simptom ini juga turut terjadi apabila pakai losyen badan atau makeup.
Cara untuk mengatasinya adalah:
1. Kurangkan saiz moisturizer yang dipakai.
Kadang kulit hanya berpeluh sewaktu mula-mula pakai pelembap, jadi biarkan dan kalau nak selesa, pakai dalam aircond. Cepat lah pelembap tu kering dan meresap ke dalam kulit. Lama-kelamaan makin serasi dengan kulit dan tidak berpeluh lagi. Sekiranya kulit tetap jadi berpeluh, cuba kurangkan sedikit jumlah moisturizer yang dipakai pada muka.
Haaa.. tapi jumlah sunscreen tak boleh kurangkan ya, mesti pakai dengan dos yang betul iaitu 2 jari untuk seluruh muka.
2. Kurangkan lapisan produk penjagaan kulit.
Melapis produk penjagaan kulit dengan banyak boleh buatkan kulit jadi berpeluh kerana sesetengah toner, essence, dan serum yang dipakai sebelum moisturizer turut mempunyai bahan yang occlusive (memerangkap) biasanya jenis silicone.
Cuba pecahkan kepada beberapa rutin yang berlainan sebagai contoh toner untuk rutin pagi, essence pada rutin pertengahan hari, dan serum untuk rutin malam.
3. Tukar kepada moisturizer dan sunscreen yang lebih ringan.
Pilih moisturizer yang mempunyai tekstur gel atau gel-cream kerana komposisi occlusive nya adalah lebih sedikit. Selain itu, pilih jenis yang cepat menyerap dan mempunyai kemasan (finishing) yang sesuai dengan jenis kulit.
Sunscreen jenis gel atau watery essence adalah lebih ringan berbanding jenis cream. Jika boleh, pilih suncsreen yang tinggi kandungan pelembap dan manfaat lain supaya tidak perlu pakai moisturizer lagi sebelumnya. Hanya pakai sunscreen sahaja sudah memadai untuk rutin siang.
Berdasarkan pengalaman saya sendiri, produk dengan label ‘oil-free’ atau ‘non-comedogenic’ bukan jaminan, ini tidak membuatkan kulit jadi berpeluh.
Ada beberapa pelembap dan sunscreen yang dilabel begitu tetapi bila saya pakai tetap tak selesa, berpeluh, dan rasa melekit.
Cara paling tepat untuk tahu sesuatu produk itu sesuai atau tidak dengan kulit kita, tak lain tak bukan adalah: kena pakai sendiri.
Itu sahaja ‘undang-undang’ melawa kali ini. Harap anda boleh praktik dalam penjagaan wajah ya.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selain senaman kardio seperti berlari, berbasikal atau hiking, senaman burpees juga dikatakan lebih cepat untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan.
Senaman yang menggunakan hampir seluruh otot mempunyai banyak manfaat dan sangat berkesan untuk membakar lemak degil terutama di bahagian perut dan paha.
Nampak mudah tetapi senaman ini sebenarnya amat memenatkan jika dilakukan tanpa henti.
Ayuh kita lihat kebaikan senaman burpess yang sangat berbaloi melakukannya di rumah saja.
5 Kebaikan Senaman Burpees
Antara kebaikan senaman burpees adalah :
1. Dapat Melatih Banyak Otot Dalam Satu Senaman
Memang berbaloi dengan kepenatan yang anda hadapi bila anda lakukan burpees. Ini kerana ia adalah antara senaman yang terbaik untuk seluruh tubuh (total body workout).
Antara kawasan otot yang dapat dilatih dalam senaman burpees adalah bahu, lengan, abdomen, hamstring, gluteus dan quadriceps.
2. Dapat Membakar Kalori dan Lemak Secara Berkesan
Antara kelebihan senaman burpees ialah ia merupakan latihan kardio dan kekuatan dalam satu rutin.
Ini menjadikan senaman ini sesuai bagi membakar kalori dan lemak. Dalam satu minit, senaman burpess berupaya untuk membakar lemak kira-kira 15 kalori!
3. Baik Untuk Melatih Kekuatan Abdomen
Ramai yang inginkan bahagian perut yang lebih kempis dan abdomen yang lebih berotot. Ia bukan sahaja membantu meningkatkan rupa fizikal yang menarik semata-mata, malah kekuatan abdomen sebenarnya sangat penting bagi meningkatkan kestabilan badan dan mengurangkan risiko kecederaan.
Jika anda mencari senaman yang dapat fokus pada abdomen, anda bolehlah mencuba burpees!
4. Dapat Membaiki Postur dan Fleksibiliti Badan
Burpees bukan sahaja dapat melatih otot abdomen bagi meningkatkan kestabilan badan, malah ia juga baik bagi membaiki postur badan.
Pergerakannya yang menggunakan banyak otot pada satu masa juga dapat melatih badan untuk lebih fleksibel.
Bila anda lakukan burpees secara konsisten, anda pasti akan rasa badan lebih kuat dan fleksibel serta kesihatan anda lebih meningkat.
5. Baik Untuk Kesihatan Jantung
Senaman burpees merupakan antara senaman intensiti tinggi yang paling baik bagi meningkatkan kesihatan jantung.
Senaman ini memerlukan kadar oksigen yang tinggi berbanding senaman lain.
Ketika anda melakukan burpees, jantung anda akan berfungsi dengan lebih kuat bagi membekalkan tenaga pada pelbagai otot.
Para saintis juga sering menggunakan burpees bagi mengukur tahap kesihatan kardiovaskular seseorang.
CARA MELAKUKAN SENAMAN BURPEES
1. Berdiri dengan keadaan tangan di sisi.
2. Lakukan squat sehingga tangan mencecah lantai.
3. Gunakan tangan bagi menyokong badan. Lompatkan kedua-dua kaki ke belakang. Pastikan kaki anda landing dengan keadaan badan dalam posisi plank.
4. Lakukan 1 push up kemudian kembali pada posisi plank.
5. Lompatkan kaki semula ke hadapan menghampiri tangan. Posisi anda perlulah kembali pada keadaan squat.
6. Bangkit daripada lantai dan lompat ke udara. Posisi terakhir anda mestilah dalam keadaan berdiri tegak.
7. Ulangi pergerakan mengikut kemampuan fizikal masing-masing.
TIPS PENTING UNTUK BEGINNER
Seperti senaman lain, keberkesanan senaman burpees akan anda dapati jika anda lakukan dengan betul. Ini juga penting bagi mengelakkan kecederaan.
Antara tips penting bagi yang ingin mulakan senaman burpees ialah :
1. Jangan paksa diri. Mulakan dengan perlahan dan ulangan yang sedikit dahulu. Bila badan sudah biasa, barulah tambah lagi ulangan.
2. Untuk beginner, anda bolehlah mulakan dengan 8 ke 10 kali ulangan dalam 1 set. Berhenti sebentar untuk berehat jika mahu ulangi set.
3. Jangan lakukan pergerakan terlalu cepat. Disebabkan senaman ini memerlukan badan anda untuk turun lakukan push up, burpees dapat mengakibatkan tekanan pada pergelangan tangan dan bahu. Hati-hati dengan kelajuan senaman supaya otot tak cedera.
Raya yang akan menjelma tidak lama lagi pastinya memberi makna tersendiri. Kemeriahan menjadi berganda disebabkan sudah dua tahun tidak berpeluang balik kampung beraya bersama keluarga.
Justeru kita pastinya mahu terampil cantik dengan wajah yang flawless tanpa kehadiran jerawat.
Agak sukar untuk atasi masalah ini lebih-lebih lagi jika nafsu makan tidak dapat dikawal terutama apabila menghadapi jemputan rumah terbuka nanti.
Jadi kenal pasti beberapa makanan yang perlu dielak untuk kurangkan masalah nombor satu kaum wanita ini.
Perkongsian Pakar Kulit Dr Syazween memberitahu makanan yang perlu dielak daripada timbulnya cela jerawat.
Dua makanan yang terbukti boleh menerukkan jerawat adalah :
1)High Glycaemic Load (GL) Diet
GL bermaksud kandungan karbohidrat dalam makanan/minuman. GL ada kiraan dia = ∑ (GI for food item x its carbohydrate content in g/100). Ia terbahagi kepada low, moderate dan high.
Senang cerita, lagi tinggi GI, lagi tinggi kandungan gula dlm badan lepas makan (post-prandial blood glucose response).
Secara amnya, refined & processed carbs yang tiada serat selalunya tinggi GI. So macamana nak tahu which food/drink yang high GI? Takpe, tak perlu buang tabiat buka kalkulator dan kira GI lontong/kuah kacang/sambal ikan bilis raya nanti, tengok saja table ni.
2) Susu dan seangkatan
Kajian ada menunjukkan susu whole milk, low fat & skimmed milk boleh menerukkan jerawat. Ya ada, tapi perkaitan dengan jerawat itu tidaklah sekuat high GL with acne. Ada kajian mengatakan cheese and yogurt ok lagi. So, ketupat cheese, anyone? Lol.
Saya letakkan ini bukan sebab nak suruh avoid pula semua makanan minuman ni. Satgi hari raya yang patutnya happy, tak pasai-pasai monyok je sorang-sorang. My usual advice to my patients, makan boleh, minum boleh, tapi biarlah sederhana k?
Alang-alang tu, nak cakap merokok pun boleh terukkan jerawat tau x?
Ref :
1)2012 CPG Management of Acne
2)Diet and acne: A systematic review. JAAD. (2022)