Pakar Pemakanan Wanita, Puan Syaza Nutritionist menulis panjang tentang berat badan berlebihan akan menyukarkan golongan wanita untuk hamil.
“Eh tapi kawan saya badan besar berderet je anak dia?” Ini antara yang kerap ditanya oleh client saya.
Hanya wanita yang pernah TTC (trying to conceive) sahaja akan faham perasaan ni terutamanya bila disuruh oleh Dr atau kami, nutritionist dan dietitian untuk turunkan berat badan supaya mudah hamil.
Berat Badan Berlebihan
Bagi yang mempunyai berat badan berlebihan dan obesiti, sel lemak yang berlebihan boleh tukarkan hormon androstenedione kepada hormon estrone dan menjadi terlalu banyak.
Bila terlalu banyak, akan jejaskan fungsi ovari kita seterusnya ganggu proses ovulasi (penghasilan telur).
Senang cakap, nak jumpa hari subur sangatlah susah atau memang tiada langsung.
Dah la fungsi ovari terganggu, lepas itu bagi kesan buruk pada dinding rahim (endometrial lining), macam manalah nak lekat kan?
Ads
Period pun mungkin jadi tak teratur dan senggugut teruk. Kualiti telur pun akan jadi sangat terjejas, tu sebab dah buat IVF pun tak berjaya.
Belum lagi masuk bab penyakit-penyakit lain bila berat badan berlebihan ni.
“HABIS TU, ORANG LAIN YANG BADAN BESAR TU PUAN SYAZA? RAMAI JE ANAK”
Itu rezeki dia, mungkin tak jejaskan kesuburan dia, tapi beri kesan pada masalah kesihatan yg lain.
Ads
Alahhh… Dia sama macam orang cakap “Atuk saya hisap rokok elok je sampai sekarang hidup lagi.” Itu rezeki atuk dia panjang umur.
Tapi banyak fakta dan kajian menunjukkan merokok membahayakan kesihatan dan meningkatkan risiko pelbagai kanser. Begitulah.
“HABIS TU SAYA YANG BADAN KURUS NI MACAM MANA PULAK? MASIH SUKAR HAMIL DAN HORMON TAK STABIL??”
Kurus sangat atau terlampau underweight pun bagi kesan tau.
Ubah Cara Pemakanan Dan Gaya Hidup
Ads
Jadi, kena ubah cara pemakanan dan gaya hidup untuk bantu kita tingkatkan kesuburan dan hamil dengan sihat.
Bukan saya pandai-pandai cakap. Memang terbukti berdasarkan banyak kajian-kajian klinikal, dan diterbitkan dalam banyak journal kesihatan. Malah client saya sendiri pun terlalu ramai yang rasa perubahan dan berjaya.
Kuncinya ialah mula dan konsisten!
Jangan duduk saja tak buat apa dan mengharapkan supplement itu ini (yang sangat mahal harganya) sedangkan pemakanan harian kita tu yang bagi impak maksima.
Supplement tu cuma membantu tambah apa yg kurang sahaja. Makin lama anda tunggu, umur semakin meningkat. Tahap kesuburan juga mula berkurang mengikut pertambahan umur. Jadi mulakan sekarang!
Bagi yang dah mula, teruskan konsisten dan trust the process.
Kalau ada teringat dekat kawan-kawan atau sesiapa yang anda kenal, boleh share je posting ni. Semoga dapat menguraikan kekusutan yang melanda dan semoga nampak jalannya dan dipermudahkan urusannya.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Nak hilangkan jerawat pasir ini memang tak mudah, nak-nak pula kulit anda rosak sebab salah pakai produk. Dan kalau silap sapu lagi, boleh makin sakit wajah nanti.
Malah jerawat pasir, walau keci-kecil tetapi bila dah penuh satu muka pun pening juga. Pakai apa pun tak jadi. Tangan tu pula tak berenti nak sentuh, itu yang tak molek.
Pengumpulan lemak yang bercampur dengan kotoran di kulit muka, jangkitan bakteria membuatkan pori muka tersumbat dan jadi punca jerawat pasir naik makin banyak.
Jadi, macam mana nak buang minyak yang menyumbat pori kat muka tu? Nah, boleh cuba tips yang dikongsi oleh Puan Rosnani Ikan ini.
Hilangkan Jerawat Pasir, Amalkan Skrub Lemon Dan Kopi Je
Jom cuba master kopi lemon ni. Kandungan antioksidan dalam serbuk kopi ini bantu untuk memperbaharui sel kulit baru supaya lagi tegang dan sangat glowing.
Bahan:
Serbuk kopi
Jus lemon.
Cara Buat:
Campurkan kedua-dua bahan sehingga menjadi seperti skrub.
Lumurkan secara nipis ke seluruh muka untuk mengangkat sel-sel kulit mati.
Guna jari, buat urutan membulat keseluruh muka selama 1-2 minit. Gosok secara lembut, jangan terlalu kasar sebab boleh merosakkan liang pori wajah.
Biarkan selama 15 minit dan cuci guna air bersih.
Lakukan 1-2 kali seminggu.
Apply toner selepas lakukan skrub ni supaya dapat neutralize PH kulit kita semula.
Haaa.. selepas ini cantiklah wajah anda yang ada masalah jerawat halus itu ya. Selamat mencuba!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sebelum workout, perhatikan dulu jenis makanan apa yang anda makan kerana jika tersilap boleh menyebabkan badan tidak menjadi seperti yang anda inginkan.
Mengambil makanan yang salah bukan sahaja boleh memberi kesan yang buruk kepada tubuh badan, sebaliknya boleh menghalang anda untuk mendapat hasil yang maksimum.
Oleh itu, sebelum workout pastikan anda tidak mengambil makanan-makanan ini jika tidak mahu usaha anda untuk membina otot menjadi sia-sia.
Siapa kata kaum wanita tidak boleh membina otot, cuba dulu baru tahu hasilnya.
1. GULA & MINYAK
Memang nampak menyelerakan, namun pastikan anda elak mengambil makanan yang mempunyai kandungan gula dan minyak yang tinggi seperti donut atau kuih-muih tradisional sebelum bersenam. Walaupun ia mampu memberi tenaga ketika peringkat awal anda bersenam, namun badan anda akan mula rasa lemah semasa pertengahan aktiviti senaman, sekali gus boleh menyebabkan pening kepala.
2. MAKANAN SEGERA
‘Makanan segera’ bukan sahaja mengundang penyakit, malah ia juga sukar untuk dihadam. Ini kerana darah lebih tertumpu untuk mengalir ke organ perut untuk membantu proses pencernaan. Seterusnya, ia akan menyebabkan darah kurang mengalir ke otot-otot utama yang diperlukan semasa anda melakukan aktiviti bersenam.
3. MAKANAN TINGGI SERAT
Secara umum, makanan yang kaya dengan serat seperti pasta, roti gandum dan oat dapat membuatkan perut anda kenyang lebih lama. Namun sebelum bersenam, makanan tinggi serat ini perlulah dielakkan kerana ia memerlukan masa yang lama untuk dicernakan di dalam badan sehingga boleh mengganggu pencernaan. Ketidakselesaan ini boleh mengakibatkan timbulnya kembung, mual dan kekejangan perut yang boleh menghalang aktiviti senaman anda.
4. MINUMAN BERKARBONAT
Minum jenis ini sememangnya tidak berkhasiat dan sudah pasti ia tidak sesuai untuk diambil sebelum pra-latihan. Kandungan gula yang tinggi boleh membuatkan perut kembung, kejang perut atau mual semasa bersenam.
5. MINUMAN TENAGA
Minuman tenaga sebenarnya mengandungi kandungan gula dan kafein yang tinggi. Pengambilan minuman tenaga yang berlebihan boleh membuatkan pola tidur anda menjadi tidak sekata. Ini boleh mengganggu rutin senaman dan pemakanan sehingga merosakkan impian anda untuk memiliki bentuk badan yang anda idamkan.
6. MAKANAN PEDAS
Makanan pedas perlu anda hindari sebelum bersenam kerana ia boleh menyebabkan terjadinya gangguan pada pencernaan ataupun pedih ulu hati. Bukan itu sahaja, makanan pedas juga boleh meningkatkan kekejangan sekali gus memaksa anda untuk menghentikan latihan atau mempengaruhi usaha anda ketika bersenam.
Selalunya kaum wanita yang sangat mengambil berat soal penjagaan badan. Maklumlah siapa saja yang tidak mahu tampil cantik di mata suami.
Tetapi bagi wanita ini Darina Sekeri, dia bukan saja mengambil berat penampilan dirinya, tetapi juga suami tercinta.
Perkongsian yang mana dia telah menyediakan pelbagai menu sihat sebagai bekal untuk suami turunkan berat badan sejak tahun 2019 hinggalah 2020.
Lebih menggembirakan dia berkata dengan menu yang disediakan, suaminya kini berjaya turunkan berat sebanyak 20 kgdan kini boleh memakai baju dari saiz baju XL ke S.
Bantu Suami Dari Saiz Xl ke S
Setelah berjaya membantu suami saya lost 20 kg, dari size XL ke size S, dari seluar size 36 ke size 28, dari 85 kg ke 65kg dan maintain dari tahun 2019-2020.
Ini antara menu bekal suami isteri, saya suka bekal ulam sebab lebih senang nak prepare
Ayam/ikan goreng guna airfryer (tanpa minyak)
Nasi itu nnampak putih saja, saya ada simpan budu sebotol kat ofis. Nak mkn letak budu. Letak sikitt tak ada masalah. Asalkan ada rasa
Ini selera org kampung. Kang kata eat clean orang kata salah pulak sebab makan budu
Air dan minuman manis kena stop. Sekali sekala makan karipap itu ok, sekali sekala minum starbucks pun boleh.
Tapi tiap hari kena minum air kosong, kopi o kosong, limau kosong (semua tanpa gula)
Kena juga bersenam untuk badan fit baru la badan tak menggelebeh bila dah kurus.
Ini Menu Sihat Yang Disediakan
1. Nasi putih + ayam goreng + ulam pegaga
2. Nasi putih + ulam pucuk paku dicelur + ikan goreng
3. Nasi putih + ulam pegaga + ayam goreng
4. Nasi putih + ulam kacang botol + ayam goreng
5. Nasi putih + telur rebus + ayam goreng + kacang botol
6. Nasi putih + ikan goreng + pucuk ubi dicelur
7. Nasi putih + ayam penyet + kerabu daun pudina
8. Nasi putih + ikan rebus air asam + ulam raja
9. Nasi putih cili + daun pegaga + ayam goreng
10. Nasi putih cili + ikan goreng + pucuk ubi dicelur
11. Nasi putih + kerabu daun pudina + ikan rebus
12. Nasi putih + ulam + telur rebus
13. Nasi putih + sambal cili tumbuk + ulam pegaga+ ikan rebus
14. Nasi putih + ayam goreng + cili tumbuk + bayam dicelur