Ada bermacam-macam cara untuk tampil cantik, salah satunya adalah dengan melakukan pembedahan plastik.
Namun setiap dilakukan pasti ada risiko yang tidak kita ketahui akibatnya.
Seperti yang berlaku pada naib jura Ratu Cantik Rusia yang akhirnya terpaksa menanggung derita pabila dia tidak dapat lagi menutup mata dan senyum selepas pembedahan plastik yang dilakukannya tidak berjalan dengan lancar.
Menurut Yulia Tarasevich berusia 43 tahun, pada awalnya dia pergi ke sebuah klinik di Selatan Rusia adalah untuk melakukan pembedahan facelift blephariolasty (pembetulan kelopak mata) dan liposuction (sedut lemak) yang bernilai hampir RM12,000.
Namun selepas menjalani pembedahan tersebut, wajahnya tiba-tiba menjadi bengkak yang teruk dan meradang.
“Saya datang kepada mereka dengan wajah yang sihat dan cantik. Saya datang hanya ingin membetulkan beberapa nuansa yang disebabkan penuaan. Tapi malangnya, saya telah kehilangan kesihatan”.
Berikutan daripada insiden tersebut, Yulia sanggup menghabiskan RM80,000 untuk melakukan pembedahan bagi membetulkan kecederaan yang dialaminya.
Tetapi sayangnya, pembedahan tersebut tidak berjaya memulihkan kecederaan tersebut dan mata Yulia masih tidak boleh ditutup dan bibirnya juga tidak boleh mengukir senyuman.
Tambah naib juara Ratu Cantik Rusia ini lagi, dia sudah menghabiskan wang hampir RM113,000 untuk memulihkan ‘kerosakan’ pada wajahnya namun dia akui tidak lagi dapat kembali kelihatan cantik seperti asal.
“Saya mempunyai parut yang terbentuk di pipi apabila mereka (doktor bedah) mengoyakkan semua tisu kulit saya.
“Mata saya tak boleh tutup dan saya tak boleh senyum. Saya tak boleh angkat bibir atas dan satu bahagian muka saya tak berfungsi sama sekali”.
Dikatakan juga, Yulia telah membawa perkara ini ke muka pengadilan namun dua doktor yang terlibat mendakwa kecederaan yang dialami Yulia bukanlah kesalahan dari pihak mereka sebaliknya itu disebabkan komplikasi genetik.
Menurut sumber, siasatan lanjut berhubung isu ini masih dijalankan dan dua doktor yang terlibat juga sedang disiasat.
Sebelum ini hanya membaca kisah mereka yang positif dijangkiti virus Covid-19 di paparan media sosial.
Sesekali terfikir kesakitan yang dialami sementelah seseorang itu mengalami tanda seperti demam berpanjangan, selesema serta batuk berkahak.
Walaupun mengamalkan SOP dan sangat berhati-hati, namun siapa sangka akhirnya diri sendiri menjadi mangsa jangkitan virus yang sangat merbahaya ini.
Bagi Elly Jalil, dia mula mengalami demam secara on off dan keadaan ketika itu memang badan rasa sejuk menggigil.
Bukan itu saja, dia juga turut mengalami rasa sesak nafas yang menyebabkan dirinya terbayang mati disebabkan virus ini.
“Rasanya ini disebabkan masalah batuk dan kahak yang banyak dalam tekak. Saya juga turut merasakan susah untuk tidur malam. Sebelum ini bila saya tengok orang lain yang disahkan positif seperti demam dan batuk nampak macam biasa saja.
“Tetapi rupanya bila dah mengalami sendiri, masya-Allah betapa deritanya saat itu. Bagi saya, saya masih lagi sanggup sakit beranak daripada menjadi mangsa virus Covid-19 ini,” ujar Elly, salah seorang team Web Digital di Ideaktiv.
Menurut Elly lagi rasa sesak nafas seperti merasakan nafas kita pendek, mengah dan penatnya seperti baru berlari. Padahal baru saja jalan beberapa langkah.
Tambahnya, seperti orang lain dia juga sangat menjaga SOP dan hanya duduk rumah bagi mengelak jangkitan.
“Kalau ikutkan kami suami isteri memang tak ada pergi kemana-mana. Lagi-lagi dengan perlaksanaan PKP dan hanya ‘work form home’ dan duduk rumah saja. Cuma kami ada keluar beli barang keperluan harian.
“Tetapi sudah ditakdirkan saya dan suami turut dijangkiti virus ini. Mula-mula suami yang alami muntah dan cirit serta hilang selera makan. Jadi pada 16/6 dia buat swab test dan keputusan positif. Selepas suami dah buat swab test memang saya dan anak asingkan diri terus.
“Suami duduk bilik dekat atas. Masa ini memang saya dah start pakai mask 24 jam dalam rumah, sarung tangan, kerap sanitize rumah dan tak peluk atau cium anak.
“Waktu ini saya hanya mengalami simptom yang ringan seperti batuk dan selsema je. Masih larat nak jaga anak kami,” ceritanya yang turut mendapat panggilan untuk melakukan swab test pada 18/6 bersama dengan anak yang berusia 1 tahun 10 bulan di Klinik Kesihatan Batu 14 Hulu Langat.
“Pada 20/6, saya juga telah disahkan result positif. Alhamdulillah anak kami negatif. Bila dapat tahu saya positif 20/6, masa inilah simptom saya pula mula teruk. Batuk sesak nafas demam semua. Jadi saya dan suami membuat keputusan untuk duduk sekali jaga anak.
“Oleh sebab masing-masing tak larat jadi kena gilir-gilir jaga anak. Memang penat dan sakit tapi nasib baik anak macam memahami. Main sendiri, tidur sendiri dan dia juga dah tak menyusu badan,” kata Elly yang sepatutnya menerima suntikan sehari selepas suami disahkan positif.
Setelah hampir 10 hari kuarantin di rumah, dia dan suami akhirnya bersyukur bebas dari virus Covid-19. Namun saat berdepan situasi dijangkiti virus ini memberi pengalaman sangat berharga buat dirinya sekeluarga.
“Memang kena kuat fizikal and mental untuk hadapi sakit akibat virus Covid 19 ni. Macam saya alhamdulillah ada suami yang boleh bantu sama-sama jaga anak. Ada keluarga dan jiran-jiran yang baik hantarkan makanan dan bekalan ubat.
“Waktu ini memang kami sangat mementingkan keselamatan anak. Walaupun positif, tetapi saya sentiasa memakai mask di rumah, mandi dan cuci tangan sekerap mungkin bagi mengelak anak dijangkiti. Alhamdulillah anak tidak dijangkiti virus yang saya kira sangat-sangat merbahaya dan boleh bawa maut.
“Oleh itu saya nak pesan jika tiada urusan duduk saja di rumah. Kalau boleh beli barang secara online. Ini bag mengelak diri dijangkiti virus yang boleh ada di mana-mana.
“Apatah lagi bagi yang belum menerima apa-apa suntikan vaksin sebagai perlindungan, jadi sentiasalah jaga SOP kendiri,” tambah Elly sebelum mengakhiri perbualan
Apabila usia sudah masuk angka 30, wanita sangat digalakkan untuk menitik beratkan penjagaan diri terutama perlu melakukan ujian pap smear setiap 3 tahun sekali.
Ini kerana berdasarkan Persatuan kanser Kebangsaan (NCSM) lebih 1000 wanita disahkan menghidap kanser serviks atau pangkal rahim setiap tahun yang kebanyakan menyerang wanita muda seawal usia 30-an.
Tidak dinafikan kanser serviks juga kanser serviks merupakan antara yang tertinggi di kalangan wanita di Malaysia.
Jadi dinasihatkan untuk setiap wanita untuk menjalani pengesanan peringkat awal sebe;um kanser berlaku. Ini kerana pengesanan dan rawatan awal dapat menyembuhkan penyakit ini sepenuhnya.
Ujian ini boleh dilakukan pada bila-bila masa kecuali pada masa haid dan nifas. Pastikan juga sehari sebelum melakukan ujian ini anda tidak melakukan hubungan intim dengan pasangan atau menggunakan sebarang ubat dalam faraj.
Keputusan yang mungkin dimaklummkan adalah normal atau tidak, jika tidak normal anda akan terus dirujuk untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut.
Perkongsian dari MyHealth memberitahu bahawa wanita perlu menjalani ujian Pap Smear ini 3 tahun sekali.
– Pap Smear adalah ujian saringan bagi mengesan kanser serviks. Jika tidak dirawat, ia boleh membawa kepada kanser serviks.
– Kanser serviks merupakan kanser di antara yang tertinggi di kalangan wanita di Malaysia. Kanser serviks adalah keadaan apabila sel di serviks bertindak secara tidak normal dan berkembang menjadi kanser.
– Pap Smear dapat mengesan peringkat awal sebelum kanser itu terjadi. Pengesanan dan rawatan awal dapat menyembuhkan penyakit ini sepenuhnya.
– Semua wanita yang pernah melakukan hubungan seks dan berumur antara 20 – 65 tahun perlu menjalani ujian Pap Smear.
– Ujian ini boleh dilakukan pada bila-bila masa, kecuali pada masa haid dan nifas. Sehari sebelum melakukan ujian Pap Smear, pastikan anda tidak melakukan hubungan seks dan menggunakan sebarang ubat di dalam faraj.
– Ujian Pap Smear dilakukan dengan menggunakan spekulum atau berus serviks yang akan dimasukkan ke dalam faraj. Sel permukaan serviks akan diambil menggunakan spatula atau berus serviks dan kemudian dihantar ke makmal untuk diperiksa.
– Keputusan akan diperolehi selepas beberapa minggu melakukan ujian kerana pihak makmal harus memeriksa dengan teliti. Keputusan akan dimaklumkan secepat mungkin.
– Keputusan yang mungkin dimaklumkan adalah normal atau tidak normal. Jika tidak normal, anda akan dirujuk untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut.
– Anda perlu menjalani ujian Pap Smear 3 tahun sekali.
Ingat! Sayangilah diri dan keluarga anda. Lakukan ujian Pap Smear
Nak peha lebih kemas dan punggung yang mantap? Ketahui kenapa senaman squats adalah rutin wajib untuk setiap wanita yang mahukan bentuk badan impian secara semula jadi dan efektif.