Setiap kali melihat orang lain berpenampilan langsing, hati terdetik kenapa diri tidak boleh jadi seperti itu.
Dek kerana mahu berubah dan menjalani hidup lebih sihat memberikan azam kepada wanita ini untuk tampil dengan berat badan ideal.
Sememangnya niat Nadia Ismail, 32 tahun untuk kurus adalah kerana mahu menjalani gaya hidup lebih sihat. Maklumlah ada sedikit rasa cemburu tatkala melihat penampilan rakan-rakan lain yang kurus dan langsing.
Tidak menunggu lama untuk berubah, bermula 1 Januari 2021 lalu bermulalah perjalanan diet bagi dirinya.
Setahun Hilang 26 KG
Justeru dia terus mengubah minda terlebih dahulu jika mahu kurus kena bermula dengan menjaga yang diambil.
Ads
“Saya start diet bermula 1/1/2021 dengan berat ketika itu 85 kilo. Dan sekarang berat saya sekitar 59 kg. Untuk tempoh setahun berdiet ini saya telah berjaya melenyapkan hampir 26 kg.
“Sebaik memulakan diet, saya memang terus menjaga pemakanan. Saya amalkan diet suku-suku separuh, cut terus air manis dan segala macam kuih-kuih dan juga kek.
“Bukan itu saja, saya tinggalka terus fast food, tidak ambil roti canai dalam tempoh 6-7 bulan itu.
“Kalau teringin sangat nak makan, saya ambil sikit saja sebagai kata orang rasa-rasa,” katanya yang sekarang bila berat sudah turun, barulah berani ambil sekali sekala makanan berkenaan.
Menurutnya, kuih-muih dan air minuman manis inilah penyumbang utama badan seseorang itu menjadi gemuk.
Ads
Kurus Sebab Nak Cantik Untuk Suami
“Permulaan diet itu memang saya buat dengan cara kira kalori makanan diambil. Selain itu, saya juga buat senaman workout seperti skipping, tabata, walking, hiking dan sekarang lebih gemar aktiviti berbasikal.
“Aktiviti berbasikal pula kini sudah jadi hobi yang menyeronokkan. Setelah hampir setahun amalkan gaya hidup sihat, alhamdulillah saya berjaya dapat berat ideal. Kalau boleh mahu kurang lagi,” tambahnya yang berkata minum air kosong juga menjadi amalannya sehinga kini.
Jelas Nadia, dia mahu kurus bukan untuk sihat semata-mata, tetapi mahu kelihatan cantik untuk suami.
Pesannya lagi untuk menjalani proses diet ini minda dan jiwa kena kuat. Selain itu seseorang juga perlu sentiasa berdisiplin terutama dalam menjaga pemakanan. Ini kerana jika tidak segara usaha dilakukan hanyalah sia-sia.
Otai dalam lakonan, Amyza Aznan antara artis yang banyak berlakon dan diminati ramai dek kerana setiap watak yang dibawa cukup meninggalkan kesan.
Dia yang masih aktif dan bekerja sebagai anak seni, cukup gigih dalam mencari rezeki untuk keluarga tercinta selepas kesihatan suaminya, Khairil Idzhar Md. Nazir terganggu.
Amyza Aznan Dipuji Awet Muda
Namun ada satu sisi yang membuatkan ramai tertarik dengan dirinya, wajahnya awet muda seolah-olah tidak dimamah usia walau umurnya sudah 47 tahun dan hampir masuk 50an. Malah ada yang memuji dirinya mirip penyanyi wanita, Fauziah Latiff.
Tubuh badannya yang ramping dan kecil molek menaikkan lagi sisi cantiknya sebagai seorang wanita yang pandai pasang badan.
Suka Menari Dan Menyanyi, Cukup Pakej
Dilihat menerusi perkongsian video di laman Instagram miliknya, pelakon cantik yang mula menceburkan diri dalam seni lakonan sejak 1995 ini juga suka menari. Mungkin ada yang masih ingat, Amyza dan suaminya pernah menang naib juara pertandingan realiti amal tarian Sehati Berdansa pada tahun 2009. Memang darah anak seni dan berbakat!
Dengan karakter yang melawak, sesekali dia mencuitkan hati peminat dengan beberapa aksinya yang lucu.
Lakonannya Mantap Dan Menjiwai Watak
30 tahun pembabitan dalam lakonan, ternyata Amyza antara artis yang berbakat yang patut dipuji. Antara drama terawal lakonannya yang begitu popular ialah siri komedi Mat Despatch.
Namun drama yang ketara wataknya melekat di hati penonton adalah Rindu Kasih, sebagai seorang banduan. Ramai yang meluahkan rasa kagum serta memuji lakonannya yang sangat berkualiti dalam drama ini.
Sekadar rekod, Amyza berkahwin dengan pegawai Petronas Khairil Idzhar Md Nazir dan kekal bahagia dan dikurniakan tiga cahaya mata Andre Mikhail, Andrian Adam, dan Ayden Andika.
Sungguh terpesona melihat muka Kavita Sidhu tak makan dek usia pun walau dah masuk 50-an, itu satu anugerah dengan badannya pun tinggi lampai. Masih cantik!
Kavita Sidhu, satu nama yang tidak asing dalam dunia peragaan. Apatah lagi selebriti jelita ini membuka mata dunia menerusi kecantikan semula jadi yang dimiliki apabila dinobatkan sebagai Miss Charm International pada tahun 1990.
Muka Kavita Sidhu Tak Makan Dek Usia, Dah 51 Tahun Pun Masih Cantik!
Menjengah ke akaun TikTok Kavita, selebriti ini memuatnaik video bersama kapsyen pendek. Rakaman yang dikongsikan tersebut memaparkan Kavita menggayakan busana baju kurung dan gaun yang sopan.
Meski video peragaan yang dikongsikan cukup ringkas, namun penampilannya sederhana itu berjaya memukau warganet yang mengenali selebriti ini.
Melihat video yang dimuatnaik model dan selebriti jelita ini membuatkan warganet terpegun seketika, mana tidaknya Kavita bukan saja cantik malah penampilan sopan yang digayakan menyerlahkan lagi keperibadian yang sederhana dan juga keanggunan diri.
Meninjau diruangan komen dan rata-rata ramai warganet terpukau melihat kejelitaan dan kesopanan yang dipamerkan Kavita, dan dalam masa yang sama masih mampu buatkan sesiapa yang memandangnya terpegun tanpa perlu menggayakan fesyen yang terdedah.
“Sentiasa cantik dan sederhana orangnya.”
“Sungguh sopan penampilan akak.”
“Sopan-sopan baju, Kavita pun dah terserlah cantik tak perlu dedah sana sini.” komen mereka.
“Masih cantik dari dulu sampai sekarang, suka sangat.”
“Cantik. Dia nampak sangat lawa pakai pakaian tradisional. Hebat!”
“Sangat anggun dengan kesopanan” komen mereka lagi.
Kejelitaan Tak Makan Dek Usia
Dalam pada itu, ada juga yang warganet yang memberi komen tentang kecantikan Kavita yang tak makan dek usia walaupun kini selebriti serba boleh ini sudah berusia 51 tahun.
“Dulu masa sekolah suka tengok dia. Sekarang umur aku dah 43. Kenapa dia tak tua-tua.”
“Cantiknya dia, dari aku sekolah menengah sampai sekarang dia sama je tak berubah-ubah mukanya.”
“Dari dulu memang cun.” komen mereka.
Umur dah masuk 50 seperti ini pun, masih nampak macam zaman ratu cantik era 90an. Memang tak makan dek usia Kavita ni!
Sekadar info, Kavita bukan saja dikenali sebagai peragawati terkenal malah selebriti ini turut menerokai dunia lakonan, penerbitan filem, pereka fesyen dan juga menjadi usahawan.
Siti Nordiana binti Alias atau juga dikenali sebagai Nana dia mempunyai rutin penjagaan kesihatan sama ada dari segi luaran dan dalaman. Tidak hairanlah Nana antara selebriti yang sentiasa tampil cantik dan anggun setiap kali membuat persembahan.
Dua Makanan Ini Pilihan Nana Agar Kekal ‘Awet Muda’
Tidak keterlaluan, Nana senang dengan kaedah alami dan memilih makanan sunnah sebagai makanan tambahan. Tambahan, kerjayanya sebagai seorang penyanyi menuntut dirinya untuk kelihatan cantik sepanjang masa.
Populariti Nana kembali berada di puncak sebaik memenangi tempat pertama program Gegar Vaganza pada musim kedua. Buat masa ini selain menyanyi Nana juga kini sibuk berlakon dan mengacara.
Nana antara artis yang sudah lama berada dalam industri ini. Apakah rahsia kecantikan Nana sehingga hari ini?
“Saya mengamalkan pemakanan yang sihat dan mengambil makanan sunnah seperti madu dan juga habbatus sauda untuk mengekalkan tahap kesihatan yang konsisten.
“Begitu juga dengan kecantikan, saya percaya kecantikan bermula dari dalam dan disebabkan itu saya menjadikan ulam-ulaman sebagai menu harian dan wajib minum dua liter air suam setiap hari. Selain mampu menambah stamina, ia juga mampu membersihkan organ dalaman dan menguruskan badan secara semula jadi.”
Adakah Nana mempunyai masalah jerawat?
“Alhamdulilah, saya tidak mempunyai sebarang masalah pada wajah namun sesekali ada juga jerawat yang tumbuh pada bahagian dahi. Bukan jenis jerawat besar tetapi yang kecil. Jadi untuk mencegahnya, menjadi rutin kepada saya untuk mencuci wajah setiap hari dan akan menggunakan krim siang juga pelembap. Dan jika pulang daripada bekerja, saya akan mencuci solekan dan tidak akan sesekali tidur dengan solekan pada wajah.”
Bagaimana Nana menjaga pemakanan dan adakah mengamalkan sebarang diet?
“Saya pernah melalui satu fasa di mana saya memiliki berat badan melebihi dari apa yang sepatutnya. Jadi mulai saat itu, saya mula mengamalkan diet yang betul agar berat badan saya kembali ideal.
“Saya menetapkan yang saya tidak akan makan selepas jam lapan malam. Kuantiti nasi juga dikurangkan dan menggantinya dengan makanan yang lebih berkhasiat.”
Hah, inilah rutin harian dan gaya pemakanan Siti Nordiana. Kalau anda rasa nak awet muda dan sihat, boleh lah amalkan apa yang Nana kongsikan. Moga bermanfaat buat pembaca Rapi.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!