Langsung tak ambil gula, makan nasi separuh. Rahsia Zaidi Omar kekal sihat di usia 64 tahun. Jika orang lain dilewat usia 60 tahun ke atas pasti akan berdepan dengan pelbagai penyakit seperti darah tinggi, kencing manis atau masalah urat saraf.

Tetapi bagi pelakon berpengalaman, Zaidi Omar diihat masih kekal fit dan bertenaga walau usia lewat 64 tahun.

Tidak lokek berkongsi rahsianya, menurut Zaidi dia memberitahu tidak langsung mengambil gula dan hanya minum air kosong.

Langsung Tak Ambil Gula, Makan Nasi Separuh. Rahsia Zaidi Omar Kekal Sihat Di Usia 64 Tahun!

Langsung Tak Ambil Gula, Makan Nasi Separuh

Artikel Lain: Solat Dah Tak Perlu Guna Kerusi. Wanita Usia 57 Tahun Ini Buktikan Hanya Amal Diet Sihat Boleh Hilang Berat Badan!

IKLAN

Inilah amalan dilakukan selama ini untuk membantu dirinya sentiasa sihat dan bertenaga dalam usia begitu.

Kata Zaidi, dia amat menjaga pemakanan dan tidak menyentuh minuman manis sejak dahulu lagi. Malah katanya di rumah memang tidak ada stok gula. Selain mengamalkan diet pemakanan suku-suku separuh.

Artikel Lain: 100 Peratus Diet Lakukan Exercise & Jaga Makan. Rahsia Wanita Lenyap 30KG Tak Sampai Setahun!

IKLAN

Langsung Tak Ambil Gula, Makan Nasi Separuh. Rahsia Zaidi Omar Kekal Sihat Di Usia 64 Tahun!

Rahsia Zaidi Omar Kekal Sihat Di Usia 64 Tahun

“Di rumah saya tidak ada gula. Kalau pergi ke mana-mana majlis, saya tidak akan mengambil minuman manis, sebaliknya hanya minum air kosong.

IKLAN

“Saya juga jaga pemakanan. Tidak pernah tambah nasi dan hanya mengamalkan pengambilan separuh. Itupun, kadang-kadang tidak habis.

“Kalau tidak ada penggambaran drama, saya akan tidur awal. Pukul 10 malam sudah atas katil. Saya jarang keluar jumpa kawan jika sudah lewat malam,” katanya yang juga mengamalkan senaman di gimnasium setiap hari.

Sumber: Utusan

Artikel Lain: Makan 3 Kali Sehari, Tapi Amal Diet Suku-Suku Separuh. Rahsia Lepas 9 Bulan Dapat Berat Ideal!