Sikap tidak berputus asa dan mencuba sehabis baik menjadikan impiannya untuk mendapat berat badan ideal tercapai.
Biarpun pada mulanya seakan mustahil, tetapi kesungguhan dengan mengamalkan diet disarankan akhirnya berjaya menjadikan gadis ini Ku Nur Zawani mencapai berat idaman.
Melakukan Diet Suku-Suku Separuh (DSSS) perjalanan dietnya bermula sepanjang awal tahun 2019 hingga berjaya menghilangkan lebih separuh dari berat badan asal.
Jika sebelum ini beratnya 124 kg dengan ketinggian 165 cm dan Februari tahun lalu beratnya sekitar 78 kg.
Menurut gadis berusia awal 20 an ini perjalanan masih jauh dan mahu berusaha untuk menghilangkan 20 kg lagi bagi mendapat berat 62 kg.
Buat masa ini berat terkini dirinya yang masih menuntut di tahun akhir Universiti islam Antarabangsa (UIAM) adalah sekitar 68 kg -71 kg. Malah Nur Zawani juga gembira kerana kini dia boleh memakai baju saiz L/XL berbanding 5 XL dulu.
Walau apa pun, ayuh kita lihat perjalanan dietnya yang dikongsi setahun lalu untuk dijadikan inspirasi buat wanita di luar sana.
Hilang 46 KG Dalam Masa Setahun Guna DSSS
Assalamualaikum, first time post pasal diri di facebook. Minta maaf kalau tak memenuhi syarat yang diletakkan admin, tapi saya berkongsi agar dapat jadikan pembakar semangat buat sahabat yang lain dan juga buat diri untuk teruskan perjuangan.
Dan mungkin ada terjumpa di posting saya di tempat sebelah. Tapi perjalanan saya mengamalkan dssp cuma carbohidrat saya tukar kepada roti wholemeal (purple/hijau) atau saya ambik ubi keledek/sweet potato macam dalam running man tu
Doakan saya supaya berjaya capai bmi yang normal yaa demi capai cita-cita impian saya
Hasil dari saya diet calori, eat clean dan suku-suku separuh.
Berat asal : 124kg
Berat 2019(tiada gambar) :88kg
Berat sebelum pkp(feb 2020) : 88kg (naik turun sebab leka serta sibuk study dan main-main tak jaga pemakanan sgt)
Ads
Berat sekarang :78kg
Berat target : 62kg
Tinggi saya :165cm
Lebih kurang 20kg lagi. Jauh perjalanan semoga saya istiqamah, terima kasih
Minta maaf tak dapat reply semua. Terima kasih atas kata-kata semangat dan doa. Minta maaf juga baru perasan admin approve. Buat yang tanya saya kongsi cara saya. Lain badan lain penerimaan dan kadar metabolisme yang berbeza. Jenis badan saya inverted triangle shape (segi tiga terbalik)
Contoh cara pemakanan saya.
*kalau dirumah*
Pagi :air kosong + buah (slalunya apple hijau)
Tengahari : roti wholemeal 1@2 keping, apa jenis masakan sayur, protein (ayam/ikan rebus) / goreng ( goreng bagi saya lagi bagus dari sambal atau rendang sb minyak boleh lap pakai tisu, tapi skrg boleh guna airfryer)
Ads
Jagung sebagai carbo saya.
Petang merangkap malam: bergantung jugak sama ada saya makan sup sayur tadi atau buah + yogurt
** Air saya ambil 4.6liter (1liter untuk 25kg brt bdn) ini paling penting sb mmg kenyang
** wajib ada buah untuk emergency time (saya tak ambik sgt kekacang, elakkan jerawat)
Kalau di hostel:
Pagi : minum teh hijau + air kosong + jacob yg ada grain/ roti wholemeal/ instant oat
Tengah hari : buah/roti (sb xsempat kejar nk masuk kelas)
Kacang kuda (ada buah sebenanarnya tapi tak ada gmbar).
-Saya betul-betul lebihkan buah dan sayur. Protein pun dalam kadar yg diperlukan badan. Air kunci utama. Carbo jujur saya elakkan nasi. Tapi saya tak tinggal roti wholemeal. Kalau jemu saya ambik ubi keledek atau rolled oat. Mmg konsep suku² separuh
-Kadang-kadang saya suka rebus air halia dan serai.
-Sebelum exercise kalau rajin saya sapu losyen mustajab. Sebab saya rasa lemak saya kategori lemak paling degil didunia. Lambat sangat2 nak kecut
Air susu omega blend dengan apple hijau.
– Ya saya ada exercise. Awal-awal dulu saya suka zumba. Lepastu stop, saya berjinak dgn joging sikit-sikit ja. Pkp ni baru nak kenal workout. Selebihnya saya banyak aktiviti fizikal macam bergerak ke kelas.
** Semangat saya ada naik turun. Hampir give up, tapi saya cuba letak target dan azam nak capai ssuatu. InshaaAllah nak tak nak kena cuba juga usaha. Cuma perjalanan saya lambat sikit berbanding yang lain.
Terima kasih admin. Terima kasih semua ahli. Doakan saya ya
Penyakit kanser adalah merupakan salah satu daripada penyebab utama kematian di malaysia.
Malah menurut laporan sebanyak 12 peratus di Malaysia setiap tahun meninggal dunia disebabkan penyakit ini.
Dan salah satu penyebab adalah berpunca daripada makanan yang kita ambil. Jadi anda diingatkan untuk elakkan terus enam makanan ini untuk mencegah penyakit ini daripada berada dalam badan kita.
1. Popcorn Ketuhar Gelombang Mikro
Bahan kimia boleh menyebabkan kanser paru-paru, sekali gus bermakna makanan yang dihasilkan daripada ketuhar gelombang mikro tidak baik untuk kesihatan.
Kajian juga telah mengaitkan ketuhar gelombang mikro dengan masalah kesuburan, kanser hati, kanser testis dan kanser pankreas.
2. Daging Yang Diproses
Daging yang diproses seperti bacon dan sosej mengandungi bahan pengawet. Makanan ini sentiasa kelihatan lazat dan mudah dibeli.
Malahan daging yang diproses mengandungi natrium nitrat dan natrium nitrit, di mana kedua-duanya boleh menyebabkan kanser, kerosakan usus dan banyak lagi kanser lain.
3. Diet Coke
Ramai yang tahu minuman bergas tidak bagus untuk kesihatan, namun masih ramai menggemari minuman cola ini.
Kajian terbaru Agensi Keselamatan Makanan Eropah (EFSA) juga membuktikan pemanis tiruan dalam air tin mengandungi karsinogen aspartam dan trichloride sukrosa dan sakarin merupakan kandungan bahaya untuk kesihatan.
4. Tepung Putih Halus
Kajian yang diterbitkan dalam Journal of Cancer Epidemiology, Mile Marker and Prevention membuktikan bahawa tepung mungkin menjadi punca kanser payudara.
Semua ini berkaitan dengan karbohidrat yang terdapat dalam tepung putih ini. Makanan yang diperbuat daripada tepung juga boleh meningkatkan kandungan gula dalam badan.
5. Gula Halus
Semakin tinggi insulin, semakin cepat sel kanser akan berkembang. Pemanis yang kaya dengan fruktosa, seperti sirap jagung, mengandungi banyak gula. Contoh lain ialah biskut, kek, pai, jus dan sirap. Kedua-duanya mengandungi serat HFCS dan gula halus.
6. Buah-buahan Di Kedai
Buah dibeli di kedai telah tercemar kerana terdedah dengan ruang terbuka serta penggunaan racun serangga dalam kuantiti banyak. Penggunaan racun serangga adalah tinggi kerana mahu buah-buahan itu dijual dalam jangka masa yang lama dan sentiasa kelihatan segar.
Racun serangga adalah punca kanser dalam jangka masa panjang oleh itu, beli buah-buahan daripada penanam buah atau kedai organik yang disahkan demikian menurut The Asian Parent.
Siapa yang tidak meminati drama bersiri Friends yang cukup popular sekitar tahun 90-an.
Salah seorang pelakonnya, Jennifer Aniston diminati ramai kerana gaya rambutnya yang cantik beralun.
Setelah hampir berpuluh tahun meninggalkan drama ini, dapat dilihat penampilan Jennifer tetap maintain seperti dulu walau usianya sudan mencecah 52 tahun.
Menyelongkar kisah bagaimana dia menjaga kecantikan dan kesihatan di usia begitu, Jennifer memberitahu, sejak kecil beliau sudah diasuh oleh ibunya, Nancy Dow agar tidak terlalu mengambil hidangan manis atau makanan segera.
Katanya lagi, Dow yang juga seorang selebriti popular di Amerika Syarikat menjadi antara individu yang bertanggungjawab dalam menjaga diet pemakanannya.
“Sejak kecil ibu sudah mengajar saya untuk mengambil pemakanan sihat seperti bijirin oat, buah-buahan dan minuman jus.
“Ibu juga mengajarkan saya untuk melakukan yoga pada setiap pagi agar lebih tenang dan menyihatkan tubuh badan,” katanya yang dipetik dari media antarabangsa, E!News.
Tambah pelakon filem Murder Mystery itu lagi, beliau mengamalkan air minuman dan makanan tambahan yang turut mengggandungi kolegen.
Ambil Makanan/Minum Berkolagen
“Selepas bersenam saya akan mengambil minuman yang mengandungi kolegen agar dapat mengekalkan kesegaran tubuh dan memberikan tenaga.
“Makanan tambahan juga penting untuk saya terutama yang mengandungi kolegen,” terangnya.
Selain itu, Aniston juga mengatakan dirinya akan berjalan kaki bersama tiga ekor anjingnya, Clyde, Sophie dan Lord Chesterfield bersiar-siar pada waktu pagi.
Bagi memberikan ketenangan dan bebas tekanan, Aniston akan melakukan yoga, meditasi dan tidak menggunakan media sosial untuk beberapa hari.
Aniston memberitahu, pengaruh media sosial secara tidak langsung dapat menjejaskan emosi dan membuatkan jiwa terganggu.
“Pelbagai perkara ada di media sosial. Jadi anda perlu bijak menggunakannya agar tidak berasa tertekan mahupun mengalami depresi gara-gara obsesi dengan media sosial.
“Cuba kalian berikan masa untuk diri sendiri dan tidak terlalu mencari kesempurnaan di media sosial. Percayalah, anda akan berasa lebih baik daripada sebelumnya,” ujar Aniston.
Walaupun kes jangkitan virus Covid-19 mengalami sedikit penurunan berbanding sebelumnya, tetapi kita masih perlu sentiasa berjaga-jaga dalam menjaga kesihatan diri.
Virus ini masih ada disekitar dan boleh menjangkit sesiapa sahaja.
Terbaru penyanyi Wanie Kayrie turut diaporkan positif Covid-19 selepas alami demam panas, sakit kepala, batuk selesema dan sakit tekak.
Walau bagaimanapun menurutnya deria bau dan rasanya masih ada. Perkara ini dimaklumlah oleh dirinya di laman Instagram Ahad lalu.
Setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmah kan? Sad to inform that I have tested positive for Covid-19.
Mohon doa semua ya Setakat ini, Wani perlu kuarantin diri di rumah selama 10 hari atas nasihat doctor. Antara simptom2 adalah demam panas, sakit kepala, batuk2, selsema & sakit tekak. Alhamdulillah deria bau & rasa Wani masih ada. Tapi, sakit dia teramat sakit. Tak tipu.
Jagalah diri sebaik mungkin ya. Kita cuma boleh ikhtiar apa yang mampu. Take care everyone
Justeru Wanie hanya menjalani kuarantin diri selama 10 hari di rumah saja atas nasihat doktor.
Wanie juga sempat update perkembangan dirinya memberitahu keadaan dia masih lemah kerana demam masih panas dan mengalami sakit kepala yang amat sangat dan jalan terhuyung hayang macam nak pitam.
Selain Wanie, pelakon Daiyan Trisha juga turut positif Covid-19 juga.
Menurutnya dia disahkan positif selepas menjadi kontak rapat kepada individu di lokasi penggambaran dan kini menjalani kurantin selama 10 hari.
Dia disahkan positif setelah melakukan ujian calitan sebanyak dua kali. Namun Daiyan Trisha memberitahu dirinya tidak mengalami simptom Covid-19 yang teruk.
Peyanyi ini turut bersyukur dengan ujian ini dan yakin semua berlaku ada hikmah. Daiyan juga turut mengingatkan semua untuk sentiasa menjaga diri dan kekal selamat.
Dia juga turut mohon maaf kepada yang menjadi kontak rapat dan meminta untuk membuat swab test segera.
hi salam everyone. it is with a heavy heart to inform you all that i have tested positive for covid-19. i was in a close contact with someone on my production set who tested positive as well. pada hari khamis, when i found out – i still tested negative.
Tapi daiyan rasa tak sedap badan and i had a few events to go to yesterday so i went to get tested again pagi semalam before the events, and the result came out positive. i’ve been quarantining at home since then. set daiyan pun dah berhenti shoot and we’re all gonna go on 10-days quarantine.
Rest assured that my symptoms are mild – migraine, sore throat and a heavy head, but it’s not severe or anything yet and i’m still doing fine alhamdulillah. i would like to extend my apology to anyone who has been on a close contact with me – please get tested immediately,
I’m very sorry for causing any inconveniences doakan daiyan cepat pulih and dapat bekerja balik ya, cos i love working maybe ini je cara to finally get me to rest. daiyan bersyukur atas ujian ini dan daiyan yakin semua yang berlaku ada hikmahnya. take care and stay safe everyone ♥️ love you guys x D