Belum bertemu jodoh, pelakon dan penyanyi Daiyan Trisha pernah berniat mahu berkahwin dalam usia muda tetapi menginjak ke angka 31 tahun pun dia masih single.
Daiyan Trisha Tak Nak Tangkap Muat
Menurut perkongsiannya dalam satu portal hiburan, dia tak mahu tangkap muat soal jodoh,. Bukan cerewet namun calon suaminya nanti perlu mempunyai latar agama yang kukuh.
“Sebenarnya dahulu saya harap dapat mendirikan rumah tangga pada usia 25 tahun tapi nampaknya sudah terlajak ke umur 30 tahun.
“Tidak mengapa, tidak perlu terburu-buru dalam soal jodoh, saya pun okey sahaja kahwin pada umur mana-mana. Kalau bukan 25 tahun kita anjak kepada 33 tahun. Kalau tak tercapai, anjak lagi ke 36.
“Tiada kriteria tertentu pun, cuma kalau boleh saya nak lelaki yang kuat menjaga hubungannya dengan Allah,” katanya lagi.
Ads
Ditanya soal kekasih, pemilik nama sebenar Daiyan Trisha Mohd. Nasaruddin mengakui sudah lebih setahun hatinya kosong selepas beberapa hubungan sebelum ini tidak ‘menjadi’.
Begitupun, Daiyan yang tidak serik bercinta inginkan lelaki yang serius dalam hubungan selain komited untuk membawa hubungan ke fasa berumah tangga.
Nak Hubungan Serius
Ads
Jelas Daiyan, pada tahap ini dia sudah tiada masa untuk bermain-main dalam percintaan apatah lagi menjalinkan hubungan tanpa sebarang arah tujuan.
“Saya tiada had umur untuk kahwin, tapi mungkin ada had umur untuk memiliki anak sebab itu melibatkan biologi dan kesihatan tapi buat masa ini saya tak terfikir lagi fasal zuriat.
“Kalau saya jumpa dengan seorang yang serius, saya terbuka dan sedia untuk berkahwin. Saya dah malas nak melalui fasa bercinta yang terlalu lama.
“Kalau orang itu serius, jom kahwin! Saya sampai tahap begitu sekarang ini tambahan pula perkahwinan memang digalakkan dalam Islam,” ujarnya selepas pelancaran album Lovelorn di TRX.
Ads
Kulit Cantik, Rajin Bersenam
Awet muda dan berkulit cantik orangnya. Tak pelik pun kerana dilihati menerusi sosial media miliknya, Daiyan juga cukup rajin bersenam.
Jadi buat anda yang bakal melangkah ke alam 30an, jangan lupa jaga makan dan aktif bersenam untuk dapatkan kulit yang sihat tanpa mekap macam Daiyan!
Nama Datuk Hajah Sarimah Ahmad tetap menjadi pujaan dan lagenda, walau sudah lama meninggalkan dunia glamour namun kehidupannya tetap menjadi tumpuan peminat.
Bakal menginjak ke umur 81 tahun bulan April nanti, dia kelihatan masih cantik dan sihat macam dulu.
Malah jika dilihat wajah dan fizikal pelakon wanita Malaysia yang terkenal dalam filem hitam putih Melayu era 1960-an dan 1970-an ini, langsung tak nampak usianya sudah mencecah 80-an, seolah-olah macam 50-an.
Agaknya apa rahsia awet muda beliau? Jom kita selongkar beberapa amalannya.
Petua Awet Muda Sarimah Ahmad
Ini antara tips dan rahsia awet muda yang beliau kongsikan ialah :
1. Bangun Tidur Dan Mandi Sebelum Subuh
Seawal usia 4 tahun lagi beliau telah dididik oleh ibu bapa untuk mandi pada pukul 5 pagi dengan air perigi yang sangat sejuk. Air yang sejuk sangat baik untuk kesihatan, ditambah lagi dengan mandi sebelum Subuh.
Kini seawal jam 3.30 pagi atau selewat-lewatnya 5.00 pagi beliau akan bangun dan terus mandi. Kemudian beliau melakukan solat Tahajjud, solat Taubat dan membaca Al-Quran sebelum solat Subuh.
2. Melakukan Senaman
Beliau sangat berdisiplin dalam melakukan senaman. Setelah bangun dari tidur beliau melakukan senaman regangan selama 30 minit. Dan melakukan kerja-kerja rumah untuk mengeluarkan peluh.
3. Amalkan Makanan Sunnah
Walaupun telah mempunyai 32 orang cucu dan 5 orang cicit beliau masih kelihatan anggun. Sebelum solat Subuh, beliau minum air zamzam, mengambil satu camca extra vir gin olive oil yang dicampur dengan habbatus sauda, satu camca madu lebah asli (King of Madu) dan minum air suam.
4. Makan Masakan Tanpa Minyak
Beliau lebih gemarkan makanan yang dimasak tanpa minyak seperti ikan bakar yang dimakan dengan sayur masak air sahaja.
5. Makan Buah-buahan dan Ulam-ulaman
Beliau mengambil buah-buahan seperti betik, nanas dan pisang kerana mengandungi banyak serat dan juga jimat dari segi kos. Amalan makan ulam-ulaman juga telah menjadi kebiasaan hasil ajaran ibu beliau.
6. Elak Tidur dalam Bilik Berhawa Dingin
Amalan beliau sejak dari dulu ialah tidak tidur dalam bilik berhawa dingin kerana ia tidak baik untuk kesihatan.
7. Setiap Perbuatan Mesti Ikhlas
Akhir sekali, tips yang beliau berikan ialah setiap pekerjaan mesti dilakukan dengan ikhlas dan semata-mata kerana Allah.
Khabarnya, Datuk Sarimah sekarang lebih selesa hidup sederhana. Pernah dia berkongsi, penglibatannya dalam dunia lakonan bukan untuk populariti, glamour dan juga duit.
Itulah Sarimah, seniwati yang popular sejak di zaman Studio Jalan Ampas sehinggalah hari ini, meskipun beliau telah lama meletakkan noktah dalam dunia seninya.
Kalau dilihat, tips yang beliau amalkan tidaklah sukar. Malah, cukup bagus untuk kita cedok masuk dalam kehidupan kita. Jom sama-sama amalkan untuk sentiasa awet muda walau berapa pun usia kita sekarang.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tak mudah sebenarnya untuk seseorang itu mengubah bentuk fizikal dari sebelumnya kepada saiz yang lebih ideal.
Tanpa usaha dan semangat yang kuat, pasti angañan mendapat tubuh badan ideal hanya sia-sia.
Semalam tular kisah di mana salah seorang menteri yang mana penampilan jadi lebih baik dari sebelumnya. Ramai tertanya-tanya bagaimana beliau boleh mengubah penampilan menjadi sangat cantik dan bertubuh langsing.
Tertarik mengupas isu ini, Dzuriasikim Dzulkifli yang juga pengasas produk K’ Hermosa Skincare & Puteri Saadong ini turut berkongsi pengalamannya pernah mengalami situasi berkenaan.
Menerusi akaun Facebook, wanita yang berusia 51 tahun ini juga akui setiap perempuan sememangnya menyimpan hasrat untuk memilik tubuh yang kurus dan menawan.
Menurutnya jika kita mahukan sesuatu, kita boleh lakukannya dengan syarat ada kesunguhan, disiplin, komitmen dan doa.
Bukan mudah terpaksa korbankan diri sendiri sepert dirinya yang keluar pagi untuk bersenam, perlu tahan nafsu makan serta elak emosi tidak menentu agar tidak terus makan dan makan setiap kali ada masalah.
Dia juga mengingatkan apa yang buat bukan untuk mendapat pujian, sebaliknya perlu ikhlas dan hasilnya jadi akan membanggakan diri kita sendiri.
Ikuti perkongsian ibu kepada 5 orang anak ini yang sangat berinspirasi dan boleh kita jadikan panduan.
“Bariatric surgery…RM30K…ada duit semua boleh jadi…”.“Owh hidung pun dah mancung.Made in China tu…”.
“Begitu komen netizen….
“Sebenarnya, bila kita makin kurus…Sudah tentulah bentuk wajah berubah dan hidung jadi lebih mancung.
“Penampilan terkini Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun menjadi topik hangat hari ini.
“Banyak juga kata-kata tidak baik dan cemuhan dari netizen yang dilemparkan dengan pelbagai tuduhan.
“Bagi saya, memang teruja habis! Saya adalah manusia yang suka memandang sudut positif untuk setiap perkara. Menjadi langsing dan sihat adalah salah satu impian yang tak pernah padam untuk semua wanita!
“Jika kita benar-benar mahu, kita pasti boleh. Tetapi semua perkara perlu dilakukan dengan kesungguhan, keikhlasan, disiplin, dedikasi, komitmen, doa dan apa sahaja. Tidak mudah tetapi boleh.
“Hendak keluar bersenam awal pagi pun bukan mudah. Melainkan jika benar-benar mahu. Orang lain sedang enak tidur, kita terus turun dari rumah selepas Subuh.
“Jika kita seorang ibu pula, perlu masak makanan yang sedap-sedap untuk keluarga dan kita sendiri hanya makan pada kadar yang perlu sahaja.
“Tidak boleh makan lewat malam. Tidak boleh ambil gula berlebihan. Tidak boleh makan makanan berminyak. Harus rajin bersenam. Tidak minum air manis. Banyak perkara. Tidak ada shortcut jika hendak berjaya baik dari segi menjaga kulit wajah, kesihatan badan dan berat badan. Kita adalah apa yang kita makan dan amalkan.
“Jika kita lihat kejayaan orang seperti penampilan menteri wanita itu, kemudian kita ketawakan dengan tulisan yang tidak baik. Dapat pula sokongan orang yang sependapat dengan kita (dengan cemuhan yang tidak baik juga)… Itu menjadikan kita secara tidak sengaja membentuk “tribes” yang mempunyai minda negatif. Saling menyokong, tetapi merugikan.
“Saya selalu mengajak wanita untuk sayangi diri. Sayangi diri itu adalah dengan menghargai diri dengan menjaga apa sahaja anugerah Tuhan kepada kita dengan sebaik mungkin.
“Jangan kerana kecewa atau frust kita duduk di hadapan TV dan makan sebanyak mungkin. Jangan kerana putus cinta atau kegagalan dalam rumahtangga kita menangis berbulan hingga tak buat kerja. Nangis sekejap sahaja… Itu biasa. Jangan kerana rasa tidak dihargai kita hendak merosakkan diri supaya orang jadi simpati.
“Kutip balik hati yang berkecai tu…”. Be the best that you can be… The best version of you. Jika dulu berisi, jaga pemakanan dan turunkan berat badan. Bukan untuk cantik, tapi untuk kesihatan. Jika dulu tidak sempat melanjutkan pelajaran, sekarang sambung study. Jika dulu tidak reti menjaga diri, sekarang jadi seorang yang lebih menghargai diri. Kita kena hargai diri kita dahulu, barulah nanti orang akan menghargai kita.
“Lagi satu, buat semuanya untuk diri… Buat bukan kerana kita mahukan pujian dari orang atau kerana hendak bersaing dengan orang. Atau kerana mahu membalas dendam kepada orang yang kecewakan kita. Buat apapun biarlah ikhlas. Barulah kita tidak lelah.
“Nah, saya guna gambar saya sendiri. Ketika berisi dulu. Ketika saya terlupa dengan istilah sayangi diri dan lebih menyayangi orang lain. Apa-apa, saya utamakan orang lain, jaga hati orang sehingga tidak jaga hati sendiri. Meninggalkan kerjaya demi untuk membahagiakan orang lain…
“Gambar baru adalah gambar saya terkini. Saya berasa lebih ceria dan sihat juga lebih berkeyakinan. Kita usaha berserta doa. InsyaAllah dengan izin Tuhan. Sayangi diri.
Sejak kecil lagi dia sudah pun memiliki badan berisi atau gemuk. Malah sudah biasa di perli atau diejek disebabkan keadaan fizikal yang besar.
namun itu semua tiudak mematahkan semangat untuk kembali mendapat berat ideal apabila sudah berkahwin dan mempunyai anak.
Oleh kerana tidak mahu kelihatan tua dari usia sebenar memandangkan dirinya juga masih muda, menjadikan Syida Baha tekad untuk menurunkan berat badan.
Setelah berusaha, dia dengan ketinggian 159 cm berjaya melenyapkan 16 kg hingga kini beratnya sekitar 68.5 kg dan target capai 60 kg. Ayuh ikuti perkongsiannya.
Tinggi = 159cm Berat sebelum = 84.5kg Berat latest = 68.4kg Target Goal = 60kg
Gemuk itu senang, kurus pun senang sebenarnya cuma kena ada motif yang betul-betul untuk korang kuyus ni ..kalau rasa ternak lemakss dah bertahun, takkan lah nak kuyus cuma sebulan je
Syida masa kecik dulu tak gemok pun..rasa nya start masa umo 7 tahun ke atas kot..so senang cakap kira gemok dari kecik lah kan..and semakin berkembang sehingga khawen..
Senang cakap setakat kena perli tu biasa lah..dah biasa dah orang dok ejek, kutok disebabkan physical appearance kita..pernah je tengah borak2 dengan kawan-kawan dekat dalam class, tiba-tiba cikgu tanya..syida awak malam last makan pukul bape ya ?? aku blur kejap..
Time itu aku jawab 9 lebih kot..lepastu dia cakap awak kena makan awal ya..last pukul 7 malam..macam-macam lah dia bebel..padahal ada je yang lagi besar dari aku time tu..so satu class lah tengok aku..agak malu di situ
And then time kem pengawas kena walk climbing.. i try to hide myself from others but unfortunely they still can see..and then x boleh panjat..bahagian bawah je pun tak lepas ..lepas dari tu ramai juga lah yg ejek..especially boys
Tapi syida time sekolah masuk sukan juga..hoki..tapi sekolah rendah..menengah dah pencen sebab malu dengan fizikal sendiri so korang bayangkan berapa tahun syida ternak lemakss tu semua and hidup dengan berat badan yang macam tu..
Reason why i want to lost weight because i married and mom for 2 kids and i’m still young daaaa, tak nak lah nampak macam muka tak menggambarkan usia..ada dua maksud tau..sama ada muka nampak tua padahal muda..atau pun muka & badan nampak mcm anak dara padahal dah anak 2..mana satu korang prefer
Panjang sikit perkongsian kali ni syida start from june untuk journey diet syida..and until now still continue..target 60kg – 55kg..tengok lah mana yg sesuai..sbb kering sangat pon tak elok tengok..dah macam cicak..so korang yang nak diet start from now ya..jangan esok-esok..gud luck