Ramai juga dalam kalangan public figure atau golongan selebriti yang telah mendapat suntikan dose pertama vaksin jenis AstraZeneca.
Salah seorang adalah si cantik manis, Mira Filzah yang turut menjadi penerima suntikan berkenaan pada hari Sabtu minggu lalu.
Seperti orang lain Mira juga turut mengalami kesan sampingan seperti demam. Dalam perkongsian di laman Instagramnya, Mira memberitahu lambat untuk memberitahu pengalaman disuntik kerana dirinya baru baik dari demam.
Dia turut berkongsi pengalaman sepanjang proses suntikan dari awal hingga akhir yang menurutnya sangat efficient, sebelum mengabadikan gambar sebagai kenang-kenangan.
Turut memberi pesan agar orang ramai membawa pen sendiri ketika proses pendaftaran itu nanti.
Alhamdulillah, hari Sabtu lepas Mira selesai ambil dos pertama Vaksin AstraZeneca. Baru hari ni rajin nak post sebab baru baik demam!
Proses keseluruhan sangat efficient, Mira sampai around 1135 A.M++ macam tu, habis nak dekat jam 1 P.M juga tapi tak terasa lama sebab kita sentiasa bergerak dari satu kaunter ke kaunter lain.
1. Pendaftaran. Kena isi borang kebenaran/persetujuan (2 borang), please bawa pen sendiri, dan scan QR code di MySejahtera
2. Consultation 1 – 1 dengan Pegawai Perubatan. Dorang akan tanya ada alahan ke tak, dsb.
3. Cucuk time! 💉 Tak perasan ada berapa stesen, ada stesen A sampai H kot*. Correct me if I’m wrong sebab Mira dapat stesen B. So tak pandang kiri kanan dah. (Oh Pegawai Perubatan akan remind untuk scan bar code dalam stesen selepas suntik.)
Siapa yang tidak kenal penyanyi dan juga aktivis, Heliza Helmi, 36 tahun, yang sering terbabit dalam aktiviti kemanusiaan.
Sebelum ini sering melihat penampilannya yang polos tanpa mekap dengan seluar atau baju labuh, tetapi lain sekali gayanya ketika di majlis pernikahan dan respepsi sempena hari bahagianya.
Heliza kelihatan sangat cantik mengenakan kurung moden putih ditaburi manik sedondon dengan pasangannya. Begitu juga pelitup muka juga turut bertatahkan taburan manik.
Untuk pengetahuan, Heliza telah selamat diijabkabulkan dengan suami di awal tahun baru di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya di mana Heliza menerima mas kahwin berupa sebentuk cincin dan senaskhah al-Quran.
Dalam satu posting di laman Instagram suami Heliza memberitahu daripada 7.8 billion manusia, hanya dia saja yang bertakhta di hati di jannah.
Setiap dari kita diuji dengan pelbagai dugaan. Ada yang diuji dengan penyakit kronik seperti kanser, jantung ataupun penyakit lain.
Namun tetap bersemangat untuk melawan penyakit yang ada demi untuk mahu menjalani gaya hidup lebih sihat.
Seperti perkongsian seorang wanita dari Sarawak, Chin dari Grup Facebook Malaysia Runner yang diuji dengan penyakit diabetes hingga kehilangan dua jari kaki di sebelah kiri.
Walau bagaimanapun tetapi berjuang melawan penyakit dideritai dengan mengamalkan gaya hidup sihat melalui aktiviti senaman seperti berları dan menjaga pemakanan.
Hasilnya berjaya menurunkan berat badan daripada 126 kg ke 68 kg. Ternyata kejayaan ini bagi dirinya amat membanggakan.
Ini kerana berjaya menggubah tanggapan orang ramai bahawa penghidap diabètes adalah insan lemah yang perlu bergantung pada ubat seumur hidup.
Ikuti perkongsiannya.
Pesakit Diabes Berjaya Kurus Lepas Amal Gaya Hidup Sihat
Hi semua. Saya Plain Didek atau Chin. Asal dari Sarawak, sekarang berkerja di Johor.
Saya bukan pelari yang hebat. Saya cuma mampu berlari, berjalan atau hiking sejauh 8-9km dalam masa 1 jam 30 minit. Atau jika kudrat dan tenaga masih ada, saya akan completekan sehingga 10km.
Dan saya berlari bukan untuk menjadi kurus. Tetapi saya berlari untuk melawan diabetes saya. Saya pesakit diabetes yang teruk dulu, 8-9 tahun tak terjaga. Makan minum sesuka hati tak terkawal walaupun hakikatnya saya merupakan pesakit kencing manis.
Sehingga akhirnya pada Februari 2019 saya diduga hebat. Jari kedua kaki retak akibat terlanggar sesuatu, dan ada melecet di bawah tapak kaki. Disebabkan diabetes tak terkawal, akhirnya kaki saya mengalami ray amputation pada jari kedua dan ke tiga. Sedih? Saya menangis dalam hati..
Saya mengubah gaya hidup selepas itu. Mula menjaga makan, Low Carb No Sugar. Dalam dua tahun saya mengalami perubahan berat badan yang ketara dari 124kg dan sekarang fluctuated di antara 68-70kg.
Dan setelah genap dua tahun berjuang, akhirnya ubat diabetes (Metformin) dihentikan oleh doktor. Saya kini hanya menjaga diabetes dengan penjagaan pemakanan yang berkesan dan jua senaman yang konsisten.
Walaupun ubat saya diberhentikan oleh doktor, tetapi saya tetap seorang pesakit diabetes. Makanya, untuk berlari, saya memerlukan tapak kasut atau insole kasut yang sesuai, yang dibuat khas oleh syarikat yang menguruskan kasut khas untuk orang seperti saya dengan pantauan ketat dari Jabatan Rehabilitasi Hospital Sultan Ismail.
Kesesuaian tapak kasut ini sangat penting bagi pesakit diabetes seperti saya untuk mengelakkan kaki melecet. Tambahan pula, kaki saya dah tak sempurna macam dulu. Saya tak mampu beli kasut mahal, sebab sepasang insole atau tapak kasut ini sahaja sudah berharga RM650.. Jadinya sekarang saya hanya menggunakan Kasut Kronos dengan insole yang ditempah khas ini.
Saya bukan berlari untuk kurus. Saya bukan berlari untuk mendapatkan bentuk badan yang cantik. Tetapi saya berlari untuk melawan diabetes saya. Senaman dan penjagaan pemakanan yang berdisiplin sangat membantu dalam mengawal diabetes. Dan dalam proses menjaga makan dan juga bersenam, saya kehilangan banyak berat badan.
Saya takda ilmu pasal larian.. Pasal pecut-pecut. Pasal teknik bernafas. Langsung takda. Tapi jika korang nak tanya pasal diabetes, saya sedia membantu. Jangan tanya pasal SUPPLEMENT DIABETES, sebab saya tak percaya akan semua benda² supplement ni.
Terima kasih kerana membaca. Semoga semua kita sihat sentiasa.
Turut berkongsi bagaimana pesakit diabetes sepertinya melakukan aktiviti larian. Baginya tidak mudah kerana perlu ada persiapan seperti ada kaki yang sihat dan kasut bersesuaian.
Menjadi pelari bila disahkan sebagai pesakit diabetes juga tidak mudah. Dalam ni saya sangat mengagumi pelari-pelari yang hebat-hebat belaka, boleh berlari sejauh yang mereka mahu bahkan boleh menggunakan pelbagai jenis kasut atau jika sudah menamatkan larian, boleh meneguk minuman isotonik seperti 100 plus tanpa rasa bimbang bacaan gula akan mencanak naik
Keadaan ini berbeza bagi kami pesakit diabetes, atau ada di antara pelari-pelari di dalam ni yang mengalami diabetes tapi mungkin segan untuk meluahkan mengenai keadaan diri mereka, maka biar saya ceritakan serba sedikit bagaimana kaki pesakit diabetes ini melakukan persediaan sebelum berlari.
Bila kita sebut pasal larian, perkara pertama yang terbayang ialah kaki yang sihat dan kasut yang sesuai. Keadaan ni sangat penting bagi pesakit diabetes, kami perlu memilih kasut yang sesuai atau insole (tapak) kasut khas bagi mengurangkan lecetan atau blister pada kaki.
Pesakit diabetes ni sinonim dengan potong kaki, maka kami sangat berhati-hati bab kaki. Jika ada luka, ditambah bacaan gula tak cantik, ini sangat merisikokan kami kehilangan kaki.. Apatah lagi saya yang pernah mengalami kehilangan dua jari kaki akibat diabetes ni, struktur kaki dan berubah bentuk dan sudah pasti insole khas diperlukan untuk mengurangkan risiko kecederaan pada kaki..
Saya ingin bagi tips untuk pesakit diabetes dalam group ni (jika ada), agar menggunakan Vaseline untuk melicinkan celah-celah jari kaki atau tapak kaki bagi mengurangkan risiko melecet atau blister. Guna stokin yang sesuai juga. Pesakit diabetes, kebanyakkan saraf kaki dah rosak, jadi kami kehilangan deria rasa pada bahagian kaki.
Oleh atas sebab itu, saya nasihatkan pelari yang ada diabetes ni supaya memeriksa setiap celah jari kaki atau tapak kaki untuk mengesan jika ada terdapat sebarang luka lecetan atau blister. Sentiasa alert dengan keadaan kaki, jika ternampak sebarang luka atau perubahan pada kaki, sila bawa ke klinik dengan segera. Rawatan awal sangat penting untuk mengelakkan berdepan risiko kehilangan kaki.
Saya bukan pelari hebat. Bahkan 8km hari ni saya habiskan dalam masa 1jam 38minit. Seperti yang saya katakan, saya bukan berlari untuk menjadi kurus, atau mendapatkan bentuk badan yang cantik dan langsing. Saya berlari kerana saya sudah mengisytiharkan perang terhadap diabetes dan larian ini adalah salah satu cara saya menguatkan saf pertahanan saya agar lebih kuat melawan diabetes.
Saya degil, jika ada yang nak tahu..Sekarang saya masih seorang pesakit diabetes. Cuma diabetes sangat terkawal. Saya jaga diabetes dengan pemakanan dan senaman atau larian yang konsisten ja.
Apa yang orang cakap tak boleh, saya akan buat dan buktikan saya boleh. Saya ingin menukar persepsi dan perspektif orang di luar sana yang berpandangan pesakit diabetes biasanya berkeadaan lemah, selalu sakit dan kena makan ubat seumur hidup. Silap. Buktinya saya sentiasa cergas, mampu memberhentikan pengambilan ubat dan 100% menjaga diabetes dengan pemakanan dan senaman larian sahaja.
Ayuh kawan-kawan. Kuatkan semangat kita. Saya juga memohon tunjuk ajar dari sifu² otai dalam ni untuk memberikan bimbingan dan semangat agar saya dapat memperbaiki mutu larian saya agar lebih baik dan sentiasa stabil.
Plain Didek @ Chin.
-I Run To Fight My Diabetes-
** Gambar saat terlantar sebaik sahaja selesai ray amputation dua jari kaki. Saya down dua hari ja. Kemudian bangkit menyusun strategi melawan diabetes. Dan hari ni, saya mampu running, hiking dan walking sejauh 10-12 km.
Pernah berdepan dengan masalah breakout hingga menyebabkan rasa segan untuk mengambil gambar.
Biarpun dirinya lelaki, tetapi hati tak tenang melihat masalah kulit wajah berjerawat hingga mengakibatkan breakout.
Tidak mahu jadi lebih teruk, perkongsian lelaki ini menggunakan akaun @ademfirdaus yang pernah alami masalah breakout dua tahun lalu disebabkan salah guna produk yang akhirnya pulih seperti sebelumnya.
Ayuh lihat perkongsiannya di laman twitter hingga mendapat retweet tanda suka 5 ribu kali.
Masih perlukan improvement
Jadi breakout sebab salah guna produk
Buat research sebelum lakukan penyembuhan wajah
Mula-mula cuba rawatan jerawat
Kemudian slow-slow beli produk penjagaan wajah lain
Wajah lepas sebulan guna
Turut guna sunscreen
Antara produk lain digunakan, ada perubahan. Terus rasa konfiden untuk selfie
Antara produk digunakan
Aturan cara penggunaan
Bukan beli sekaligus & kalau ada perubahan teruk boleh terus jumpa dermatologist
Ini rutin yang dilakukan dari pagi hingga malam
Pemakan juga dijaga sebaiknya, tak minum air manis & banyakkan minum air masak
Tidak flawless tapi parut dah tiada. Dah tak segan nak ambik gambar