Jika sebelum ini Kementerian Kesihatan mengumumkan tiada lagi suntikan dos pertama percuma untuk kanak-kanak berusia lima hingga bawah 12 tahun bermula 16 Mei nanti.

Dan terbaru, kerajaan membuat keputusan untuk menyediakan dos penggalak kedua kepada individu berusia 60 tahun dan ke atas dengan komorbiditi berisiko tinggi.

Malah, dos penggalak turut disediakan untuk individu yang berusia 12 tahun dan ke atas yang mempunyai masalah sistem imun.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, keputusan itu dibuat berdasarkan kajian-kajian saintifik serta kajian kohort Malaysia yang diteliti oleh Panel Kumpulan Kerja Teknikal (TWG).

Tak Wajib, Tapi Golongan Berusia 60 Tahun Ke Atas & Komorbiditi Boleh Ambik Dos Penggalak Kedua

Artikel Lain: KJ Pesan Ambik Tahu 5 Perkara Ini Kalau Beli Juadah Di Bazar Ramadan. Elak Masalah Keracuan Makanan!

IKLAN

Berikut adalah lima fakta terkini tentang pemberian dos penggalak dan dos penggalak kedua;

1. Individu berumur 60 tahun ke atas dengan komorbiditi berisiko tinggi boleh diberikan dos penggalak kedua dengan selang masa sekurang-kurangnya empat hingga enam bulan selepas tarikh dos penggalak pertama.

2. Pengambilan dos penggalak kedua itu tidak wajib dan diberikan pilihan kepada individu terbabit.

3. Individu yang mempunyai masalah dengan sistem imun (moderate atau severe immunocompromised) berumur 12 tahun ke atas boleh diberikan dos penggalak dengan selang masa sekurang-kurangnya 28 hari selepas tarikh dos kedua.

IKLAN

4. Bagi individu 60 tahun ke atas yang sihat dan tidak mempunyai komorbiditi berisiko tinggi boleh mendapatkan dos penggalak kedua, namun perlu berbincang dengan pengamal perubatan terlebih dahulu.

Artikel Lain: “Perlu Ke Buat Ujian Kendiri Hari-Hari Bila Positif Covid-19? Ini Penjelasan Dr Izzar!

5. Sehingga ini vaksin Comirnaty Pfizer-BioNtech adalah vaksin yang disyorkan sebagai dos penggalak kedua berdasarkan data saintifik yang sedia ada dan akan diberikan untuk dos berkenaan.

Selain itu:  Rupa Paras Dikritik Netizen, Liza Hanim Tak Goyang Dengan Cacian Orang

Tak Wajib, Tapi Golongan Berusia 60 Tahun Ke Atas & Komorbiditi Boleh Ambik Dos Penggalak Kedua

IKLAN

Dalam pada itu, Khairy mengumumkan Kementerian Kesihatan bersetuju menerima permohonan bagi individu yang ingin ke luar negara untuk mendapatkan dos penggalak kedua bagi memenuhi keperluan ke luar negara.

“Sebagai contoh, terdapat sesetengah negara di benua Eropah yang tidak mengiktiraf vaksin Sinovac dan Sinopharm sebagai dos primer dan dos penggalak.

“Justeru, individu yang ingin ke luar negara boleh diberikan dos penggalak kedua selepas selang masa sekurang-kurangnya satu bulan daripada dos penggalak pertama bagi memenuhi keperluan ke luar negara,” katanya.

Sumber: Awani & Sinar Plus

Artikel Lain: Bermula 16 Mei Ini, Tiada Lagi Dos Pertama PICKids Untuk Kanak-Kanak. Ibu Bapa Take Note!

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI