Baru-baru ini kita dikejutkan dengan kes pertama virus Covid-19 Omicron yang dikesan oleh seorang pelajar di sebuah universiti di Ipoh, Perak yang tiba dari Afrika Selatan melalui Singapura.
Dan terbaru satu lagi kes yang dikesan seorang rakyat Malaysia pertama membabitkan seorang kanak-kanak berusia 8 tahun, dikenal pasti telah dijangkiti varian tersebut.
Perkara ini diberitahu oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin (KJ) melalui sidang akhbar di Parlimen .
Ini antara info lengkap mengenai kes pertama membabitkan rakyat Malaysia.
1. Kes yang baharu dikesan itu merupakan seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun yang menetap bersama keluarga di Lagos, Nigeria.
Ads
2. Keputusan ujian RT-PCR COVID-19 ke atas kes, ibu dan adik perempuannya sebelum berlepas ke Malaysia adalah negatif Covid-19.
3. Kanak-kanak tersebut tiba di Malaysia bersama ibu dan adik perempuannya pada 5 Disember 2021 dari Lagos, Nigeria dengan penerbangan transit di Doha, Qatar.
4. Kes dan ahli keluarganya telah menjalani ujian RT-PCR Covid-19 semasa ketibaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang. Mereka dikuarantin.
5. Ujian saringan kedua RT-PCR mendapati mereka positif Covid-19.
Ads
6. Selepas seminggu, kes itu disahkan sebagai Omicron pada 14 Disember.
7. Kanak-kanak itu yang tidak mempunyai sebarang simpton menjalani perintah kuarantin di rumah selama 14 hari bermula 7 Disember.
8. 18 orang lagi mungkin dijangkiti Omicron tetapi ia belum dapat disahkan sementara menunggu ujian penjujukan genom. Keputusan itu dijangka diumumkan esok.
Ads
Justeru orang ramai diingatkan untuk terus menjaga SOP kendiri bagi mengelak jangkitan virus Covid-19 yang lebih serius.
Kebiasannya jika kita pergi ke pasar malam dan membeli nasi kerabu, pasti akan menambah lauk daging bakar bersama dan dengan bawang putih jeruk.
Namun ada kalanya bawang putih jeruk ini ada yang bertukar warna menjadi kebiruan. Persoalannya apakah bawang bertukar warna ini selamat dimakan atau sebaliknya.
Merujuk kepada pertanyaan ahli MaMa tentang perubahan warna jeruk bawang putih yang menjadi biru.
Seperti penulisan saya sebelum ini, bawang merah atau bawang putih mengandungi bahan kimia semulajadi bersulfur.
Apabila ianya dikisar bahan kimia bersulfur ini boleh bertindakbalas dengan mengoksida bahan kimia logam seperti kuprum, zink, zat besi (aka ferum) atau manganese, lalu menghasilkan bahan kimia logam bersulfur aka bahan kimia kompleks.
Pembentukan bahan kimia kompleks ini adalah penyebab warna bawang berubah. Maksudnya di sini perubahan warna tidak semestinya biru sahaja, boleh jadi kelabu, kebiruan, kehijauan atau sedikit kemerahan bergantung kepada jenis logam berat yang wujud dan tahap pengoksidaan yang berlaku.
Untuk warna biru kehijauan ini adalah disebabkan oleh tindakbalas bahan kimia bersulfur dalam bawang dengan logam kuprum.
Dari mana datangnya logam-logam ini? Mereka boleh jadi terdapat dalam bawang itu sendiri atau luntur (leak) dari bekas penyimpanan, peralatan pengisar atau air paip. Dalam kes bawang jeruk, tentunya dalam bawang itu sendiri.
Adakah bawang yang telah bertukar warna ini selamat dimakan?
YA, ianya selamat untuk dimakan. Ini kerana logam berat tersebut tersangatlah sedikit dan jika berjaya diserap, kuprum boleh digunapakai oleh badan untuk membantu zat besi membentuk sel darah merah.
Kebiasannya bahan kimia sulfur pula akan dibebaskan sebagai kentut. Bagi mereka yang mempunyai masalah penghadaman pula, bahan kimia bersulfur ini boleh mengakibatkan kembung aka ‘angin’.
Nota kaki: Sebenarnya jenis tindakbalas sama juga berlaku apabila kita merebus telur dengan lama. Ya, pengoksidaan zat besi aka ferum menjadi ferum(II) sulfat adalah punca adanya lingkaran hijau pada telur kuning itu. Selamat saja makan kan?
Wanita ini pernah bergelar Ratu Cantik Dunia atau Miss World sebelum terjun ke dunia lakonan, Priyanka Chopra terkilan apabila ukuran kecantikan di Bollywood masih berpaksikan warna kulit.
Sejak dua dekad dalam industri, sehingga kini Priyanka masih berdepan pandangan stereotaip yang disifatkan satu kemunduran fikiran tersebut.
Menyingkap kisah lalu, aktres yang melebarkan langkah di Amerika Syarikat itu pernah dicop bukan kategori gadis cantik kerana mempunyai tona kulit agak gelap.
Kesan daripada pandangan tersebut, isteri kepada Nick Jonas itu pernah berasa rendah diri tetapi lama-kelamaan menangkis pandangan skeptikal tersebut dengan kehebatan bakat yang dimilikinya.
Bukan hanya isu kulit, Priyanka, 40, mendedahkan pernah diminta menurunkan berat badan supaya lebih kurus untuk muncul dalam iklan dan projek komersial lain.
Kini kata ibu kepada seorang anak itu, pandangan sekeliling bukan lagi faktor yang boleh menggoyahkan keyakinan dirinya. Kehidupan di luar negara juga menguatkan jiwa menjadi lebih kental.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Betul atau tidak bila kita diet kena pilih makanan yang sihat dan berkhasiat. Malah ada antaranya yang mengamalkan diet eat clean yan boleh mempercepatkan proses penurunan berat badan.
Namun sebenarnya walau sedang berdiet, kita masih lagi boleh menikmati pelbagai hidangan yang sedap lagi berkhasiat.
Melalui perkongsian dari Fitness Coach Azzatie Intan Suraya yang menyenaraikan produk boleh kita pilih sebagai healthy food.
Menurutnya kebanyakan makanan ini dibeli di pasar raya. Dan segala barangan ini boleh dijadikan sajian untuk sarapan pagi, tengah hari dan juga malam.
Tambahnya lagi sayuran serta buahan segar jadi keutamaan dalam melakukan misi diet.
Kalau nak cari keju, boleh pilih jenis slim cheese sebab 1 keping cuma 43kcal berbanding 99kcal bagi keju cheddar biasa.
Bagi yang suka yogurt, carilah natural yogurt atau Greek yogurt untuk breakfast parfait atau sebagai snek.
Yang penting, elakkan yogurt berperisa yang manis. Susu pun sama, pilihlah susu segar kalau nak buat overnight oat atau sekadar untuk snacking.
Saya suka pilih sos hoisin, plum sauce dan Kicap Enaq sebab ianya non-GMO sebagai bahan perapan.
Kemudian, boleh beli parsley, rosemary, oregano flakes, cajun, paprika, mustard dan chilli powder untuk menambahkan lagi perisa.
Kalau nak pilih sos cili, boleh pilih Lingham. Sos cili Lingham ada 3 jenis iaitu Sweet & Spicy, Thai dan Sriracha. Yang Sriracha tu rasanya cuma 19kcal per tablespoon. Tapi jenis ni agak susah nak jumpa.
Salad dressing ni memang boleh buat sendiri guna lemon, minyak zaitun, lada sulah, mixed herb dan lain-lain.
Tapi ini saya bagi cadangan untuk memudahkan sesiapa yang selalu kesuntukan masa. Setakat ini yang saya jumpa, salad dressing jenis ini paling kurang kalori. Kalau 1 tablespoon (tbs) cuma 20kcal.
Mayonis pula jenis Kewpie Half. 1 tbs cuma 54kcal. Berbanding mayonis biasa 1 tbs 90kcal.
Sebagai pengganti gula, boleh cari molasses atau raw sugar cane. Kalau sebelum ini biasa guna garam halus, boleh gantikan dengan Himalayan rock salt.
Boleh gunakan madu juga sebagai pemanis semulajadi. Pilih jenis raw honey.
Untuk pilihan roti, selalunya saya beli Roti Gardenia jenis Canadian Wheat. GI Value (Glysemic Index) pun paling rendah. Kalau tak ada, wholemeal bread pun dah cukup baik.
Kalau tak ada Canadian Wheat, biasanya saya akan ambil jenis Sommerset macam dalam gambar di bawah ini.
Bagi penggemar wraps, always go for 6 Grains Wrap. 1 keping cuma 143kcal.
Contoh jem yang baik lebih banyak perasa buah. Contohnya jem St Dalfour, ada banyak perisa. Kalau tengok di labelnya ada tertulis yang ia sesuai untuk pesakit diabetes.
Saya guna jenis ini. 100% strawberi dan sugar free.
Banyak juga pilihan untuk natural peanut butter. Kena rajin periksa label untuk semak kandungan minyak, garam, gula, dan kalorinya.
Untuk sumber protein segera, boleh makan Tuna Chunks In Water. Kurang lemak dan kurang garam berbanding jenis yang lain. Buat sandwich tuna tetap sedap.
Antara contoh baked beans yang tidak mengandungi gula tambahan.
Ada banyak contoh biskut untuk snacking. Contohnya Multigrain Crackers jenama Tesco ini kalau 6 keping baru 143kcal. Saiz besar dan sangat mengenyangkan.
Ramai fitness coaches suka makan Weet-Bix ni sebagai snek. Kenyang dan sedap.
Tesco Wheat Crackers ni 6 keping baru 139 kcal.
Jenis ini pun OK.
Organic rolled oat jenama kegemaran saya Love Earth, 4tbs 90kcal. Rendam dalam susu atau yogurt untuk buat overnight oat.
Boleh juga masak untuk buat bubur atau pancake.
Kopi jenis ini antara yang paling rendah kalori. 1 sachet cuma 7kcal.
Minyak jenis macam ni saya guna untuk stir fry. Kalau ada yang tanya, saya tak makan deep fry.
Saya cuma makan air fry, jadi tak pakai banyak minyak. Rasanya tetap sedap.
Beras parboiled maksudnya partially boiled. Berbanding beras putih biasa, beras parboiled mengandungi dua kali ganda lebih banyak fiber banding beras biasa. Kadar GI pun sangat rendah berbanding beras putih biasa.
Kadang-kadang tak ada masa, mesti nak simpan juga sikit stok frozen food kan. Nak cepat pun, boleh pilih yang sihat.
Contohnya wholemeal pau ini sebiji cuma 150kcal.
Yang macam ini pun best untuk buat sandwich. Tanpa lemak.
Sesekali nak makan roti canai atau paratha. Boleh ambil dengan 2 tbs homecooked kari. Pilih yang jenis whole meal.
Ini pula favourite saya, Edamame. Pengganti telur sabab saya tak suka telur. Kacang edamame ni mengandungi sumber protein, kalsium dan zat besi yang baik. 1 paket begini boleh bahagikan untuk 5 kali makan.
Boleh cari dekat area sweet corn, sweet peas. Nanti adalah terselit Edamame ni.
Macam biasalah, antara pilihan fitbar, muesli, granola untuk fast breakfast.
Sesekali sweet cravings tak salah pun nak makan coklat. Pilihlah dark chocolate macam ni. Tak ada gula tambahan.
Sememangnya makanan homemade dan segar adalah pilihan yang terbaik. Tapi tak semua orang ada masa untuk sediakannya setiap hari.
Jadi dengan contoh dan tips ini, diharapkan dapat membantu mereka yang nak makan sihat tapi selalu kesuntukan masa untuk menyediakan homemade food. Jadi, tak ada alasan lagi untuk teruskan diet atau makan secara sihat.
Yang penting, kena rajinkan diri untuk periksa label supaya dapat buat pilihan yang baik. Macam-macam boleh makan sebenarnya, cuma kenalah bersederhana dalam menjaga kuantitinya.