Bagi mereka yang disahkan positif Covid-19 dan perlu menjalani kurantin kendiri memang sangat digalakkkan untuk sentiasa memeriksa kesihatan diri terutama level oksigen menggunakan oximeter.
Jika paras di bawah 90, anda perlu segera pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Namun menjadi masalah jika mahu membawa ahli keluarga yang positif kerana bimbang turut dijangkiti.
Perkongsian Dr Hana Hadzrami memberi tip untuk membawa pesakit Covid-19 ke hospital dengan lebih selamat menggunakan kenderaan sendiri.
Menurutnya, anda perlu memakai pakaian perlindungan diri (PPE) yang asas.
Ads
“Pertamanya pemandu perlu memakai pakaian perlindungan diri (PPE) yang asas. Perlu memakai pelitup muka jenis N95 dan juga face shield (pelindung muka) dan juga menggunakan sarung tangan. Jika ada apron plastik ebih baik untuk anda memakainya.
“Manakala untuk pesakit Covid-19 pula tidak perlu memakai pakaian PPE sebaliknya hanya perlu memakai pelitup muka 3-ply surgical mask.
“Kedua amalkan penjarakan fizikal dalam kereta. Contohnya jika anda berada di seat pemandu,pesakit perlu berada di belakang berlawanan dengan kedudukan anda. Pastikan juga jarak anda sejauh mungkin dengan pesakit
“Ketiga, anda perlu pastikan pengaliran udara yang cukup dalam kereta. Elakkan guna penghawa dingin dan bukalah tingkap,” ujarnya dalam satu perkongsian video Tik Tok.
Ads
Tambahnya lagi, dengan membuka tingkap ketika kereta sedang bergerak, boleh mengurangkantransmisi virus lebih daripada 50 peratus.
“Jika anda memandu dengan kelajuan perlahán, anda boleh buka semua tingkap. Namun jika anda memandu laju atau tidak dapat membuat tingkap kerana hujan, anda boleh buka tingkap separuh iaitu tingkap berlawanan dengan tempat duduk penumpang.
“Pastikan tingkap dibuka secara diagonal berlawanan dengan anda dan juga pesakit. Anda juga perlu membuka tingkap setiap 10 minit dan separuh pun sudah cukup.
Ads
“Kemudian setelah balik ke rumah, mandi dan bersihkan diri serta jangan lupa untuk lap dan nyahkuman (bersihkan) kereta anda selepas itu,” katanya lagi.
Jadi bagi anda yang mahu membawa sendiri ahli keluarga yang positif, boleh ikut panduan diberikan Dr Hana Hadzrami memandangkan kos untuk perkhidmatan ambulance juga agak mahal terutama untuk pesakit Covid-19.
Ramai yang nak kulit cantik cara cepat dan jimat tetapi kurang ada ilmu bab pilih produk terbaik untuk masalah wajah sendiri.
Jadi kali ini anda boleh dapatkan produk terbaik yang ada di farmasi, jom baca perkongsian daripada Puan Sara Damia yang berjaya memiliki kulit flawless dengan hanya menggunakan produk dari farmasi yang selalu kita kunjungi seperti Guardian dan Watson.
Ini semua apa yang dia guna, jadi kalau anda nak skincare lain pun boleh. Janji selepas ini semua orang dapat kulit yang sihat dan cantik.
Okay, ini kulit sihat selepas menggunakan beberapa produk terbaik.
Bagi anda yang tengah struggle dengan masalah kulit, boleh cuba tip berikut:
Pencuci muka pilih Cetaphil, mahal sedikit tetapi puas hati. Alhamdulillah, sangat sesuai sebab memang berkesan dan kulit tak rasa kering. Banyak fungsinya tau, nak guna jadi makeup remover boleh, moisturizer pun boleh.
TIP :
Cuci muka 2 kali sehari, waktu pagi lepas bangun tidur dan malam sebelum masuk tidur. Untuk kulit normal boleh guna air suam, lebih cepat serap ke dalam kulit muka. Untuk kulit berminyak pula kena cuci guna air suhu bilik, tak boleh guna air suam nanti kulit akan jadi lebih cepat berminyak.
Sambil cuci, anda boleh urut muka, usap menghala ke atas, itu tip awet muda. Haa… jangan sesekali lurut muka ke bawah kalau tak nak kulit berkedut.
Lepas dah siap cuci tu, jangan lap muka guna tuala atau apa-apa sekalipun, biarkan muka kering sendiri, duduklah depan kipas ke aircond ke kalau nak cepat kering.
Cuci muka penting untuk refresh muka dan hilangkan kotoran yang lekat pada wajah, barulah kulit boleh bernafas. Kalau bersih, liang roma akan tersumbat dan halang pertumbuhan sel-sel kulit baru seterusnya mengundang kepada pembentukan pigmentasi.
Ini paling best segarkan wajah, soothing facial toner for sensitive skin. Toner ini memang sesuai untuk semua jenis kulit. Best tau, wangi pun wangi, lepas pakai muka rasa fresh.
TIP :
Lepas dah cuci muka tadi,ambil kapas, tuang toner kat kapas, usap pada muka pastu jangan biar saja, picit muka guna jari supaya toner tu absorb betul-betul dalam kulit. Tunggu lebih kurang 2-3 minit kalau nak apply apa-apa di muka lepas pakai toner.
Toner wajib ada untuk balance balik pH level kulit kita. Toner lah yang menutup semula liang roma terbuka waktu kita cuci muka tadi.
Tak kesah lah serum apa pun yang anda guna, tapi serum ini paling magic yang sis pernah try, highly recomended. Dia ada dua, lagi satu tu anti kedut, tapi sis pilih yang ini Bio essence rose gold for glowing skin. Hari-hari guna sampai tak perasan dah nak habis.
TIP :
Pilih serum yang sesuai dengan masalah kulit kita. Pakai serum lepas pakai toner tadi, kalau siang sis cuci muka+toner+serum dan then baru makeup, malam repeat step yang sama cleanser+toner+serum pastu tidur. Kena konsisten buat hari-hari baru dapat result yang positif.
Cara apply letak sikit kat tapak tangan, sapu dan ratakan ke seluruh wajah, buat urutan muka perlahan-lahan sampai serum meresap ke dalam kulit.
Serum penting untuk merawat kulit kita yang semakin kurang kolagen seiring dgn peningkatan usia. Serum menjadikan kulit muka lebih halus dan lembut. Biasanya mua akan apply serum sebelum makeup orang untuk dapat effect makeup lebih flawless, tahan lama anda boleh try sapu ais di muka sebelum makeup.
Skrub pilih Fresh Skin St Ives. Sebenarnya dia ada tiga, pilih ikut masalah kulit masing-masing, yang green tea untuk anda yang nak clear blackhead & whitehead, tetapi Apricot Blemish control tu utk kulit berjerawat. Jadi kulit yang ada masalah selain daripada tu boleh guna yang Apricot Fresh Skin.
TIP :
Skrub muka seminggu sekali, buat selang seli. Minggu ini skrub minggu depan masker. Kalau rajin dan ada masa buat lah 2 kali seminggu, tapi jangan too much, exfoliate skin memang bagus. Tapi kalau over nanti kulit boleh meradang dan semakin nipis.
Scrub muka lepas cuci muka, sebelum pakai toner. Ini untuk menanggalkan sel-sel kulit mati, memudarkan parut dan melicinkan kulit. Orang yang sering makeup sangat memerlukan skrub untuk mencegah pori pori muka daripada tersumbat.
Masker memang guna bahan-bahan semula jadi. Ada banyak tapi ni lah 3 benda yang selalu repeat. Yogurt asli, tomato yang dibekukan dan madu.
TIP :
Masker pakai seminggu sekali dah ok. Kalau rajin buat jadual, contoh ambil hari Isnin & Khamis. Isnin scrub, khamis masker so setiap minggu hari khamis tu tukar lah, minggu ni yogurt, minggu depan madu pula.
Yogurt tu terus apply lepas cuci muka, biarkan 15 minit dan bilas, nak campur sikit yogurt dengan soda bikarbonat pun boleh.
Tomato tonyoh setiap malam di muka sebelum tidur. Kalau hari biasa nak jadikan masker, campur dengan madu, biarkan 15 minit dan cuci. Kalau nak apply just madu sahaja atas kulit pun boleh.
Kandungan dalam yogurt mampu mencerahkan kulit dan memudarkan parut. Madu tu pula ada 1001 khasiat, antaranya termasuklah menghilangkan jerawat dan menghaluskan kulit. Keistimewaan tomato pula dapat mengatasi kulit berminyak, melembut dan glowing kan wajah.
Bedak ini boleh hilangkan jerawat pasir? Alhamdulillah berkesan sampai sekarang tak pernah lagi ada jerawat pasir kat muka.
Jangan risau, kulit tak akan jadi kasar. Sapu pada bahagian kulit yang ada masalah saja ya.
Kejap je berkesan, waktu malam sapu pada bahagian yang tumbuh jerawat batu, insha’Allah esoknya bangun dah okay.
TIP :
Kalau tumbuh jerawat jangan picit kalau tak nak kulit berparut!
Ada dua, 1 lagi warna pink . Tetapi saya pilih blue one untuk oily skin. Guna ini sebelum cuci muka balik kerja sebelum tidur.
Caranyaambil kapas, tuang sikit pastu usap di muka, maka akan keluarlah segala kotoran. Makeup remover kena ada sebab cuci muka sahaja memang tak cukup bersih
Guna ini setiap hari sebagai pelembap bibir dan setiap malam sebelum tidur sapu kat bulu mata atas dan bawah. Hasilnya sekarang bulu mata bawah dah ada dan tumbuh dengan lebatnya.
Vaseline ini serbaguna, termasuklah mencerahkan siku dan melembutkan kulit kasar di tumit.
Sekian untuk perkongsian kali ini, semoga bermanfaat untuk anda semua. Tak perlu habis beribu untuk dapatkan kulit yang bersih. Owh ya, jangan lupa minum air kosong sekurang-kurangnya 1 hari 2 Liter untuk kulit yang sihat dan cantik.
Berpuasa bukanlah alasan bagi seseorang itu untuk tidak mahu melakukan tugas-tugas harian seperti sebelumnya.
Walaupun menjelang petang diakui tubuh menjadi sedikit lemah kerana kekurangan tenaga, tetapi kita perlu meneruskan puasa kerana ia adalah perintah Allah yang diwajibkan.
Terdapat pelbagai cara dilakukan untuk memastikan tubuh badan kekal bertenaga sehingga waktu berbuka sepanjang berpuasa ini dan salah satunya adalah makan ketika waktu sahur.
Antara hidangan boleh diambil bagi memastikan tubuh kekal bertenaga adalah dengan mengambil overnight oat drink.
Hanya menggunakan bahan utamanya rolled oat dengan beberapa bahan sampingan lain sebagai penambah rasa.
Rolleh out ini dikatakan lebih kenyang berbanding nasi dan sangat sesuai untuk dimakan bagi mereka yang tidak berselera makan ketika sahur.
Perkongsian Noraniza Azmei memberitahu cara mudah membuat overnight oat drink ini dan sangat sesuai juga diamalkan oleh ibu hamil supaya tahan lapar dan bertenaga.
3 BAHAN MENU SAHUR SIMPLE DAN MUDAH UNTUK MAK MAK MENGANDUNG TAHAN LAPAR.
OVERNIGHT OAT DRINK
Bahan bahan.
1. Rolled Oat (ikut suka nak berapa banyak)
2. Susu Full Cream Dutch Lady Dua Kotak Kecik. (Boleh jer nak guna susu apa pun)
3. 7 biji kurma (Buang Biji)
Cara cara.
1. Rendam rolled oat bersama sekotak susu. (Biarkan semalaman dalam peti ais)
2. Rendam Kurma bersama setengah cawan air. (Biarkan semalaman dalam peti ais)
3. Esok pagi blend kan Rolled Oat, Kurma yang direndam dengan sekotak susu.
Boleh juga nak guna buah instead of kurma. Contoh macam pisang dan lain lain buah. Sejuk sejuk memang syedapp
Insyallah tahan lapar lama sikit. hehe. Sesuai juga untuk orang yang tak makan nasi masa sahur.
Hidangan paling popuar jika makan di kedai adalah kailan ikan masin. Sayuran kailan yang rasanya tidak begitu pahit sangat sedap jika dimakan bersama hidangan lain.
Kailan (Brassica oleracea var alboglabra) merupakan sejenis sayuran berdaun yang sangat popular dari keluarga Cruciferae.
Kailan tergolong dalam beberapa banyak keluarga sawi seperti Sawi Bunga, Sawi Putih, Sawi Hijau dan Sawi Jepun. Sayur ini dipercayai berasal dari kawasan Mediterranean dan amat sesuai pada iklim tropika
Sayuran ini sangat tinggi dalam vitamin K, vitamin A, vitamin C, folat, mangan, dan kalsium. Ia juga merupakan sumber sayur-sayuran serat dan protein yang baik.
Nutrien utama lain dalam sayur ini termasuk vitamin B1, vitamin B2, vitamin B3, vitamin B5, vitamin B6, vitamin E, kolin, betaine, besi, magnesium, fosforus, kalium, zink, tembaga, dan selenium.
Ini antara khasiat sayuran hijau yang memang banyak kandungan vitaminnya ini.
Menurut saintis, kailan adalah sumber fitonutrien yang sangat penting bagi tubuh. Sulfur dan vitamin K yang terdapat padanya boleh memberikan kesan positif untuk mengurangkan risiko kanser seperti kanser payudara. Sistemnya mengawal estrogen di dalam tubuh.
Ini dibuktikan oleh saintis bahawa antioksidan dan antiradang pada sayuran ini boleh membantu menyerang kanser dengan enzim pencetus di dalam tubuh. Oleh itu, banyak saintis yang mengesyorkannya sebagai salah satu sayur antikanser.
Faedah kesihatan sayuran ini bukan sahaja untuk antikanser, tetapi masih terdapat banyak manfaat kesihatannya seperti yang dapat membantu mengurangkan kadar kolesterol dan mengelakkan penyakit jantung. Ini kerana ia mempunyai serat yang cukup tinggi. Serat ini akan membantu membersihkan usus besar dan mengurangkan kolesterol.
Terdapat banyak nutrien semula jadi pada sayuran ini seperti kalsium dan zink. Sayuran ini sangat baik untuk diambil oleh wanita hamil dan menyusu. Ini kerana ia dapat membantu pertumbuhan janin dalam rahim wanita dan meningkatkan penghasilan susu ibu. Asid folik di dalamnya juga sangat baik untuk pertumbuhan sistem saraf.
Kailan mempunyai kandungan vitamin A yang tinggi. Vitamin A diperlukan untuk pengeluaran sebum, dan ini mengekalkan rambut lembap. Vitamin A adalah penting untuk pertumbuhan semua tisu badan, termasuk kulit dan rambut. Ia juga menyokong sistem imun dan mata dan membantu menjaga organ tubuh yang sihat.
Nutrien lain mengenai sayuran ini adalah kalsium, yang mana lebih tinggi daripada kalsium dalam susu. Sudah tentu, ia sangat baik untuk tulang, gigi dan ia boleh mengelakkan osteoporosis. Berdasarkan itu, saintis menyarankan seseorang yang mempunyai alergi terhadap susu untuk mengambil kailan.
Kandungan serat yang terdapat pada kailan menjadikannya pilihan untuk sokongan sistem pencernaan. Penyelidikan telah menentukan bahawa sulforaphane yang dibuat dari glucosinolate dalam sayur-sayuran ini membantu mempertahankan kesihatan lapisan perut dengan hanya menghentikan pertumbuhan bakteria dan bakterium ke dinding perut.
Kailan mengandungi zink yang mana ia lebih tinggi daripada daging. Seperti yang diketahui, zink merupakan gabungan penting dalam kesihatan. Sebagai contoh, ia membantu penghasilan hemoglobin dan enzim yang dapat mengurangkan risiko anemia, menghantar oksigen kepada semua bahagian tubuh, dapat menghasilkan semula sel-sel, membantu fungsi jantung, dan banyak lagi fungsi lain.
Terdapat vitamin A, luthein dan zeaxhantin yang boleh membantu menjaga kesihatan mata.
Walau bagaimanapun, kandungan serat tingginya boleh menyebabkan kembung, terutamanya jika anda mempunyai perut sensitif. Rujuk doktor anda sebelum membuat perubahan ketara pada diet anda.
Nampak remeh tapi kesannya besar! Melangkau sesi memanaskan badan boleh mengundang risiko kecederaan serius seperti otot terkoyak, sakit sendi, hingga tekanan jantung. Ketahui kenapa warm up adalah langkah paling penting sebelum anda mula bersukan.