Tidak dinafikan, ramai yang gemarkan aktiviti berbasikal. Sama ada berbasikal secara individu atau berkumpulan, aktiviti ini makin popular hari ini.
Banyak manfaat diperoleh bagi yang mahu mencuba aktiviti lasak ini. Namun bagi yang baru mula-mula menceburinya perlu persediaan awal agar tidak mendatangkan masalah kelak.
Ini antara kenaikan aktiviti berbasikal yang perlu anda tahu.
1. Mengurangkan risiko sakit kronik
Berbasikal amat baik untuk kesihatan jantung. Ketika berbasikal pengaliran darah ke jantung akan meningkat. Peningkatan aliran darah membuatkan jantung memiliki oksigen yang mencukupi dan membantunya untuk berdegup dengan lebih baik. Keadaan ini secara tidak langsung akan mengurangkan risiko serangan jantung sehingga 50%. Tidak ketinggalan penyakit tekanan darah tinggi dan diabetes.
Kajian oleh British Medical Association mendapati berbasikal amat sesuai untuk diamalkan oleh penghidap bronchitis dan asma kerana keupayaannya dalam meningkatkan dan memperbaiki fungsi paru-paru.
Berbasikal di persekitaran terbuka membuatkan individu terdedah kepada cahaya matahari. Sinaran matahari kaya dengan vitamin D yang bagus untuk kesihatan hingga mampu mencegah penyakit osteoporosis, kanser payudara dan kanser prostat.
Selain itu, senaman ini turut meningkatkan pengeluaran sel penyerang bakteria di samping menguatkan sistem imun tubuh. Malah masalah insomnia juga dapat diatasi menerusi senaman berbasikal kerana ia mampu meningkatkan kualiti tidur individu.
Ads
2. Merawat artritis
Berbanding senaman lain, berbasikal tidak memberikan tekanan kepada sendi atau tulang rawan. Sebaliknya ia membantu menyihatkan otot dan sendi pada kaki dengan gerakannya yang berupaya untuk menguatkan tulang rawan.
Keupayaan ini secara tidak langsung dapat membantu merawat dan mengurangkan risiko serangan arthritis dan pembengkakan sendi.
3. Memperbaiki mood
Seperti senaman lain, berbasikal akan mengeluarkan hormon endorphin sekali gus mengusir keluar segala perasaan negatif terutama stres yang ada dalam diri. Perembesan keluar endorphin bukan hanya memperbaiki mood dan mengawal keseimbangan hormone individu bahkan menjadikan mereka lebih positif dalam menjalani kehidupan.
4. Menurunkan kadar kolestrol
Melibatkan pergerakan otot-otot paha, lengan dan pinggul membuatkan aktiviti berbasikal efektif dalam menurunkan kadar kolesterol yang terdapat dalam tubuh. Hanya dengan melakukan senaman berbasikal sebanyak 3 kali seminggu dan satu jam bagi setiap sesi, paras kolesterol yang tinggi akan berada di tahap sepatutnya.
5. Menguatkan tulang
Berbasikal secara rutin membantu menguatkan tulang di bahagian atas anggota badan dan tulang belakang. Justeru, risiko untuk mengalami patah atau kecederaan tulang yang lain akan berkurangan. Malah kajian juga menunjukkan bahawa individu yang aktif berbasikal jarang mengalami patah tulang pinggul apabila tua.
Ads
Selain itu berbasikal juga berupaya menguatkan tulang kaki dan merupakan mobility terbaik untuk pinggul dan sendi lutut. Kanak-kanak yang sedang mengalami proses tumbesaran amat digalakkan untuk melakukan senaman yang melibatkan kaki kerana ia bukan hanya mampu menguatkan kaki malah turut juga berupaya menjadikan mereka lebih tinggi.
6. Merehatkan minda
Aktiviti ini juga berkesan dalam merehatkan minda terutama jika kita berbasikal pada awal pagi atau lewat malam. Hembusan udara yang segar pada kedua-dua waktu ini mampu menenangkan fikiran sekaligus mengusir stres yang sedang dialami. Dalam masa yang sama ia turut meningkatkan kepekaan dan daya konsentrasi individu.
Panduan Ketika Latihan
1. Kayuhan pada kelajuan tinggi dan menggunakan gear yang rendah adalah untuk tenaga maksima dan mengurangkan kelesuan.
2. Pilihan gear yang sesuai adalah untuk membolehkan anda mengekalkan kayuhan dan mengekalkan kadar denyutan jantung pada sasaran yang ditetapkan.
Ads
3. Penukaran gear yang betul boleh mengekalkan rentak kayuhan di pelbagai jenis laluan.
4. Selalu tukar kedudukan tangan jika jarak kayuhan jauh untuk mengelakkan sakit leher , bahagian bawah belakang badan dan pergelangan tangan.
5. Pada beberapa minggu permulaan dari program berbasikal anda, berbasikal di laluan yang mempunyai laluan yang mudah antara 20 hingga 30 minit , tiga kali seminggu. Kekalkan kadar kayuhan sehingga 55 hingga 60 kayuhan seminit yang membolehkan anda berkayuh dalam pelbagai gear tanpa meletihkan.
1. Basuh beras dulu lepas tu toskan air dan goreng tanpa minyak sampai beras kering. 2. Sudah kering masuk dalam blend kering. 3. Blend beras bersama garam sampai halus. 4. Garam untuk matikan kuman.
Step B: 1. Blend barli sampai halus macam beras.
Step C: 1. Lepas sudah blend beras, garam, barli dan campurnkan semuanya sekali sampai sekata. 2. Sudah siap boleh pakai dekat kulit muka dan badan. Skrub perlahan-lahan dan jangan terlalu kasar 3. Untuk org yg ada jerawat teruk jangan skrub kawasan jerawat. Nanti lagi teruk jerawat. Just tempek je skrub ini di kawasan jerawat. 4. Untuk kulit yang tak ada jerawat boleh gosok perlahan-lahan. 5. Jika mahu biarkan lama mana pon boleh, nak pakai sampai pagi esok pun tak ada masalah. 6. Lepas sudah cuci rasailah kulit rasa bersih dan licin sangat! Kemudian kelihatan cerah dan berseri-seri.
Sebenarnya barli itu sendiri mempunyai banyak khasiat. Malah penggunaannya bagus untuk kulit jadi lebihbcerah, anjal dan awet muda. Antara kelebihan lain barli adalah:
– Kulit jadi lembut sangat – Blackhead dan whitehead hilangg dari radar – Kulit licin nak mekap pon rasa smooth saja – Cerahkan kulit – Buang sel-sel kulit mati, berseri-seri muka lepas skrub – Elak jerawat
Rupanya gua sha boleh buat wajah runcing dan awet muda tanpa sebarang cucuk atau pembedahan plastik. Jadi jom ketahui manfaat teknik cantik ini yang mula terkenal era abad ke-21.
Rutin Gua Sha terbukti dapat membentuk kulit wajah yang mulus dan terdapat banyak manfaat kesihatan dan kecantikan yang anda akan ketahui.
Baru-baru ini, Gua sha tular populariti di dunia Barat mahupun di Malaysia, terutamanya di kalangan pengaruh kecantikan. Ini sebenarnya merupakan amalan kuno dalam perubatan tradisional Cina.
Nak Tahu Apa Gua Sha?
Salah satu teknik amalan yang digunakan dalam perubatan tradisional Cina. Teknik ini melibatkan ukiran bunjur dan runcing pada alat bertekstur plastik licin.
Dari segi sejarah, alat pertama kasar Gua Sha adalah menggunakan teknik sudu, tanduk lembu jantan atau batu permata. Matlamatnya adalah untuk meningkatkan peredaran darah dan meningkatkan kesihatan serta “mengikis penyakit.”
Secara tradisinya, pengamal gua sha mengikis atau merapi kulit berulang kali ke satu arah untuk mewujudkan ketegangan kulit dan mengurangkan petechiae – bintik merah pada kulit yang disebabkan oleh pendarahan tidak sekata. Pengikisan wajah ini direka untuk membantu melegakan kesakitan, membuang toksin dan menyembuhkan penyakit.
1. Tingkatkan peredaran.
Gua sha boleh meningkatkan aliran darah yang tersekat, meningkatkan peredaran dalam saluran darah kecil atau tersimpan di dalam wajah anda. Mengikut kajian China Health News, amalan Gua Sha baik untuk wanita berusia kerana kulit wanita bertindak lebih baik daripada lelaki kerana hormon.
2. Tingkatkan otot muka.
Amalan Gua Sha dalam kecantikan harian adalah rutin peredaran yang baik, menjadikan kulit kelihatan lebih tegang dan garis-garis halus kelihatan kurang. Tetapi belum ada kajian yang menunjukkan bahawa urutan muka gua sha membantu menghilangkan garis bibir dan mata sembam anda. Namun, jika anda menghabiskan masa urutan Gua Sha pada muka selama 25minit, anda akan nampak hasil tegang yang naik berbanding sebelum.
3. Galakkan saliran limfa.
Menurut perubatan tradisional Cina, gua sha membantu menggerakkan cecair limfa dalam badan kita. Sistem limfa memainkan peranan penting dalam fungsi imun dan cecair limfa membantu menapis toksin dari badan. Apabila sistem limfa tidak berfungsi dengan baik, ia boleh menyebabkan pengumpulan cecair.
Terapi urutan gua sha boleh mengurangkan pembengkakan, pengumpulan cecair dan amat direkomendasi bagi orang yang mengalami gangguan muskuloskeletal, kanser payudara dan keadaan lain.
4. Kurangkan gejala sakit kepala dan migrain.
Jika anda menghadapi masalah migrain atau sakit kepala, gua sha mungkin membantu melegakan kesakitan dan ketegangan pada leher anda. Kajian pada tahun 2007 oleh perubatan Cina terhadap seorang wanita berusia 72 tahun melaporkan bahawa gua sha membantu melegakan gejala migrain dalam tempoh 14 hari.
5. Baiki postur leher
Jika anda merasa sakit akibat postur kerja yang tidak selesa atau urat terasa tegang, urutan badan gua sha mungkin membantu. Kajian pada tahun 2014, melibatkan 60 pengguna komputer mengalami sakit leher dan bahu, penyelidik mendapati bahawa gua sha membantu mengurangkan kesakitan dan ia meningkatkan julat pergerakan yang lebih baik.
Jadi bagi anda yang nak wajah runcing dan awet muda, boleh lah cuba teknik gua sha ya. Perlahan-lahan belajar urut di muka dengan cara yang betul.
Selamat mencuba!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!