Hebat, pelakon drma Kampung People, Hun Haqeem, dapat turunkan sepuluh kilo dalam masa 3 bulan sahaja dengan cara yang sihat.
3 Bulan Dapat Turunkan Sepuluh Kilo, Ini Cara Hun Haqeem!
Hun berkongsi berat badannya pernah mencecah sehingga 120 kilogram kerana tidak menjaga makan serta tidak bersenam. Ketika itu juga Hun sering diejek kawan-kawan, namun itu tidak memutuskan semangatnya untuk bangkit dalam menurunkan berat badan.
Daripada 120 kilogram, Hun berjaya turun sehingga 80 kilogram dan itu adalah kejayaan yang terbesar dalam hidup mengenai berat badannya.
Ads
Punca Nekad Kurus
Sebenarnya Hun memegang peranan utama dalam drama adaptasi Korea iaitu W: Two Worlds. Namun, watak yang dia perolehi itu menyebabkan dia disuruh oleh pihak produksi untuk menurunkan lagi berat badannya yang ketika itu 80 kilogram.
Ads
Hun akur dengan permintaan dari Datuk Yusry Abdul Halim yang memintanya untuk menurunkan berat badan agar lebih sesuai dengan watak yang akan disandang olehnya nanti. Hun mengambil masa 3 bulan untuk menurunkan 10 kilogram dan kini beratnya menjadi 70 kilogram.
Katanya lagi, dia berjaya mendisiplinkan diri demi untuk menjayakan drama adaptasi tersebut kerana peluang seperti itu tidak datang selalu.
Hun kata penurunan berat badannya adalah disebabkan dia menjaga pemakanan serta jika mempunyai masa terluang dia akan segera ke gimnasium untuk bersenam.
Tambahnya lagi, jika tidak mempunyai masa oleh kerana jadual yang agak padat, Hun akan pastikan dirinya kekal aktif iaitu dengan parkir kereta di tempat yang jauh agar dia dapat berjalan untuk membakar kalori.
Hah, bagi sesiapa yang ingin menurunkan berat badan, bolehlah untuk mencuba cara seperti Hun ini.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bagi wanita yang baru melahirkan anak, amat digalakkan untuk memberi susu badan kepada bayi yang baru lahir.
Ini kerana khasiat tersendiri susu ibu yang baik untuk kesihatan bagi menghindari pelbagai penyakit.
Namun bagi mereka yang pertama kali bergelar ibu pasti tidak terlepas dari masalah kekurangan susu ibu.
Jangan risau kerana melalui pemakanan kita boleh menambah atau merangsang penghasilan susu ibu.
Kongsi seorang pakar pemakanan, Syaza Lyana Idris, terdapat pelbagai kaedah yang boleh dilakukan untuk meningkatkan penghasilan susu.
“Ibu-ibu di luar sana perlu tahu bahawa menyusukan bayi secara kerap adalah cara terbaik untuk meningkatkan bekalan susu.
“Namun, pemilihan makanan yang sihat juga mendorong badan menghasilkan susu ibu,” tulisnya di Facebook.
Berikut beberapa pemakanan yang perlu diberi perhatian buat ibu yang ingin merangsang penghasilan susu ibu:
i) Lobak Merah, Keladi & Ubi Merah
Beta caratene yang terdapat dalam makanan yang berwarna merah dan oren sangat membantu dalam penghasilan susu ibu.
ii) Sayur-Sayuran Hijau
Sayur-sayuran hijau mengandungi pelbagai sumber penting seperti enzim, vitamin dan mineral.
Warna hijau itu juga mempunyai kompoun phytoestrogen yang membantu menyokong penyusuan.
Bijirin penuh memberikan keselesaan kepada kepada seseorang dan ia akan menggalakkan rembesan oxytocin iaitu hormon yang membantu penghasilan hormon.
iv) Kekacang, Kacang Buncis & Lentil
Kekacang juga terkenal sebagai ‘milk-booster’.
v) Betik Muda
Ia sangat tinggi dengan kandungan vitamin A dan C.
Vitamin C yang tinggi untuk ibu yang menyusu amat digalakkan iaitu antara 115 hingga 120 miligram setiap hari.
vi) Jintan
Jintan putih dan hitam sangat banyak digunakan dalam memberikan rasa kepada masakan dan sangat bagus membantu meningkatkan penghasilan susu.
vii) Herba & Rempah
Banyak jenis herba dan rempah yang boleh membantu menggalakkan penghasilan susu ibu.
Namun, perlu diingatkan tidak semua orang sesuai dengan penggunaan herba dan rempah. Jadi, pastikan pengambilan herba dan rempah di ambil secara berhati-hati.
Ujar Syaza Lyana lagi, kebanyakan makanan yang disenaraikan itu berkhasiat dan selamat untuk ditambah dalam diet seharian.
“Namun, kepelbagaian, sederhana dan seimbang adalah penting untuk memastikan penghasilan susu ibu menjadi lebih terbaik,” pesannya.
Siapa tidak mengenali pelakon Kilafairy yang kelihatan semakin cantik selepas mengenakan hijab.
Dianugerahkan kulit yang halus dan cantik, namun anak kepada penyanyi Rohana Jalil ini juga pernah mengalami masalah kulit wajah.
Menurut Kilafairy dia pernah ada masalah jerawat ketika bersekolah menengah tetapi tidak begitu serius. Bagi mengelak jadi lebih peruk, dia turut pergi ke klinik untuk mengambil ubat.
Jaga Rutin Kecantikan Macam Biasa
Apabila sudah terdedah kepada dunia seni, Kilafairy tetap menjaga rutin kecantikan wajah seperti orang lain.
“Seperti orang lain saya juga melakukan rutin penjagaan wajah dengan kerap mencuci muka, kemudian pakai toner, essence, serum sebelum mengenakan pelembap dan sunblock.
“Bagi saya pemakaian sunblock itu sangat penting walaupun kita hanya duduk di rumah saja,” katanya yang mengakui tidak ada kesulitan menjaga wajah walaupun sudah berhijab.
“Rutin diamalkan tetap sama, malah saya rasa lebih senang kerana tidak payah pikir nak buat rambut macam mana.
“Apa yang penning kena rajin mencuci wajah terutama mengenakan solekan untuk shooting atau menghadiri sebarang majlis,” tambahnya yang juga turut mengakui pernah mengalami kenaikan berat badan mendadak.
“Tidak ada rahsia tertentu cuma saya memang cut sugar je. Kalau bab yang satu ini kita amalkan, masalah berat badan akan setel.
“Banyakkan minum air kosong kerana itu yang terbaik untuk menjaga kesihatan dan kekal fit sentiasa,” jelas Kila yang hanya mengamalkan workout dilakukan di rumah saja. Dia lebih senang memilih senaman dengan treadmill saja untuk menjaga kesihatan diri.
Masih Kekal Istiqamah
Dia yang sudah hampir dua tahun berhijrah bersyukur kerana kekal istiqamah dengan penampilannya kini.
Kilafairy atau nama sebenarnya, Syakila Nisha Jangir Khan percaya proses lumrah itu menjadi pengukur kematangan dan pendinding diri.
Baru-baru ini dirinya turut beroleh tuah dan rezeki dilamar menjadi wajah wakilan jenama tudung bawal MINAZ Hijab Blossom 3.0 kempen Next Chapter.
“Daripada kerendahan hati, saya bangga kerana terpilih menjadi wajah wakilan koleksi tudung bawal ini. Berurusan dan bekerjasama dengan pasukan kerjanya juga menyenangkan.
“Mereka juga memastikan saya selesa dan berpuas hati dengan tudung yang dipakai serta digayakan. Begitu juga dengan hasil gambar kempen fotografi yang dijayakan.
“Pendek kata tudung yang digayakan bukan sekadar selesa dalam konteks percakapan dan penulisan. Tapi saat dipakai pun dapat rasa keselesaan yang digambarkan itu. Saya sangat besyukur dengan rezeki yang Allah limpahkan selain dikelilingidengan orang yang baik waktu bekerja,” katanya.
Koleksi tudung yang dilancarkan secara rasmi pada malam ini (2 Februari 2020), menampilkan Kilafairy sebagai ‘muse’itu sudah menerima 250,000 pra tempahan.
MINAZ Hijab yang dilancarkan pada Ogos 2021 dengan taruhan signature printed Blossom Series teruspantas menjadi kegilaan wanita Malaysia.
Kejayaan koleksi terdahulu contohnya sebanyak 300,000 helai telah terjual selepas lima bulan dilancarkan turut berpanjangan kali ini saat menggunakan khidmat dan pesona Kilafairy.
Wajah Kempen
Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif jenamatudung itu, Hafiza Datuk Abd Hamidatau lebih dikenali dengan nama Pija MINAZ memanjat kesyukuran kerana kejayaan awal itu.
“Saya anggap tuah dan rezeki ini datang daripada pelbagai sudut. Tentunya kejayaan ini takkan diperoleh tanpa kerja keras team MINAZ, stokis dan agent seluruh Malaysia seterusnya sokongan Kilafairy sebagai wajah wakilan kempen.
“Kami mensasarkan lima orang bakal Jutawan Hijab hujung tahun ini. Marilah sama sama kita jadi Kaya, Berjaya & Bergaya bersama MINAZ.
“Perniagaan tudung bawal material kapas berkualiti tinggi ini dijual dengan harga mampu milik RM29 sehelai. Pembungkusannya setanding jenama mewah. Bagi mendapatkan tudung bawal itu boleh layari www.minaz.com.my,” katanya yang turut memberitahu MINAZ akan membawakan ikon berhijab dengan cerita tersendiri.
Pija MINAZ
Kisah penghijrahan Kilafairy dua tahun lalu memberikan mereka inspirasi dalam merangka kempen Next Chapter.
Sebelum ini selebriti Nabila Razali pernah dikecam netizen gara-gara disebabkan mengalami masalah terkucil suara ketika sedang membuat persembahan nyanyian secara live.
Dek kejadian itu, penyanyi dan pelakon ini terpaksa menahan nafsu dan selera daripada menikmati hidangan pedas bagi menjaga kotak suaranya.
Dalam Utusan Online, Nabila juga dia mengakui dia perlu mengikut nasihat doktor untuk tidak aktif menyanyi untuk pulih sepenuhnya dan sihat seperti sediakala.
Jika sebelum ini dia memang menyukai sambal dan boleh makan 80 biji cili sekaligus, tetapi disebabkan mahu menjaga peti suara Nabila terpaksa berpantang.
“Saya belum sepenuhnya pulih. Tetapi, bagi mereka yang kenal, tentu tahu saya ini bukan jenis yang boleh duduk diam. Sesekali, saya akan ambil beberapa tawaran persembahan untuk berlatih menyanyi.
“Namun, tidaklah sehingga aktif menyanyi dari satu ke satu acara seperti sebelum ini. Berpantang makanan pun masih saya buat. Saya ini suka makan pedas.
“Tetapi, apabila sudah jadi begini, kenalah pantang sikit. Dulu, sambal saya ‘belasah’ makan banyak, 80 biji cili pun boleh lagi. Sekarang memang kena kurangkan. Semuanya demi nak sihat cepat,” katanya yang masih teruskan aktiviti seni seperti biasa.