Dek kerana Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP) untuk tempóh dua minggu, membeli belah secara online menjadi pilihan terbaik.

Ini kerana kita tidak perlu rumah yang mana boleh mengurangi risiko jangkitan virus covid-19 ini.

Namun begitu, jika mahu membeli secara online terutama ubat perlu melihat dua faktor utama untuk elak jadi manga penipuan.

Perkara ini diterangkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia yang memberi panduan kepada pengguna yang mahu beli ubat secara online ini.

Ubat Tak Berdaftar Boleh Jejas Kesihatan, Pastikan 2 Perkara Ini Sebelum Beli Secara Online
Gambar sekadar hiasan.

NAK BELI UBAT ONLINE?

Berhati-hati dengan ubat yang dijual melalui internet@media sosial. Ubat tidak berdaftar berisiko dan boleh menjejaskan kesihatan anda dan keluarga.

Tidak semua promosi dan tuntutan iklan ubat adalah benar dan boleh dipercayai. Jangan jadi mangsa penipuan oleh penjual-penjual yang tidak bertanggungjawab.

Pastikan 2 perkara sebelum membelikan ubat :

1. Pastikan ubat yang dijual adalah BERDAFTAR dengan KKM (mempunyai no. MAL dan pelekat keselamatan hologram).

2. Iklan ubat mendapat kelulusan daripada Lembaga Iklan Ubat (mempunyai no. KKLIU)

IKLAN

JADILAH PENGUNA YANG BIJAK!

Ubat Tak Berdaftar Boleh Jejas Kesihatan, Pastikan 2 Perkara Ini Sebelum Beli Secara Online

Berikut adalah tip pembelian ubat dalam talian yang KKM ingin kongsikan dengan anda:

1. Dapatkan nasihat daripada ahli farmasi anda sebelum membeli sebarang produk kesihatan dan jika mempunyai penyakit kronik sila dapatkan rawatan dengan pengamal perubatan berdaftar

2. Hanya boleh membeli ubat berdaftar dengan KKM (No. MAL diakhiri dengan X, T atau N sahaja) dan mempunyai pelekat keselamatan hologram. Semak pendaftaran ubat di https://www.npra.gov.my/index.php/en/consumers/information/products-search.html atau menggunakan aplikasi “NPRA Product Status” yang boleh didapati dari Google Play, Apple AppStore dan Huawei AppGallery.

3. Jangan beli ubat yang memerlukan preskripsi dan ubat terkawal secara online (No. MAL diakhiri dengan huruf A).

IKLAN

4. Elakkan membeli ubat daripada laman sosial dan penjual daripada luar negara

5. Pastikan iklan ubat mempunyai nombor kelulusan (Contoh: KKLIU 1234/2020)

6. Jangan terpedaya dengan iklan yang mengandungi janji-janji manis terutamanya melibatkan penyakit-penyakit kronik dan peningkatan seksual serta mengandungi kenyataan superlatif seperti ‘TERBAIK’, ‘BERKESAN’, ‘DIJAMIN SELAMAT’, ‘MUJARAB’ dan lain-lain.

7. Semak iklan yang telah diluluskan di https://www.pharmacy.gov.my/v2/ms/apps/iklan

8. Kenalpasti premis fizikal penjual yang membuat penjualan dalam talian dan PASTIKAN ia berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

IKLAN

Ubat Tak Berdaftar Boleh Jejas Kesihatan, Pastikan 2 Perkara Ini Sebelum Beli Secara Online

#biarbetuliklanni!

#jualubatberdaftar

#KKLIUadabaruOK

Maklumat lanjut layari https://www.pharmacy.gov.my

Artikel Berkaitan:

Selain itu:  Wanita Kongsi Pengalaman Hampir Hilang Suami, Lepas 41 Hari Terlantar Di ICU Positif Covid-19 Stage 5

Selain Mudah Tidur Malam, Badan Jadi Ringan & Cergas. Wanita Kongsi Kebaikan Bertungku!

Sebulan Berjaya Turun 10 KG, Wanita Kongsi Tip Diet Tampil Langsing Di Majlis Kahwin

5 Tahun Alami Bipolar Disorder, Wanita Ini Kongsi Simptom Cakap Seorang Diri, Menggigil & Kerap Penat

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI