Selain mencuci muka setiap hari, pengunaan mask juga penting bagi melengkapkan penjagaan kulit wajah.
Kalau umur semakin meningkat, anda pasti mahu tampil cantik, kulit glowing biarpun hanya berada di rumah.
Tidak perlu membeli mask yang banyak di pasaran sebaliknya boleh lakukan sendiri dengan mengunakan bahan dapur sedia ada.
Perkongsian wanta ini Riana Samad yang buat sendiri masker kiub ais menggunakan kunyit, timun dan air asam jawa bagi membantu untuk cantikkan kulit wajah.
Sebelum memakainya perlu cuci wajah dulu dan kemudian pakai untuk selama 20 minit dan tidak perlu tunggu kering. Teruslah basuh seperti biasa dan amalkan 3 kali seminggu.
Kiub Ais pencerah Kulit. Campuran Kunyit, Asam jawa & Timun
Hari itu seorang sobat cerita, ada try campur limau nipis dan soda bikarbonat untuk buang parut. Tapi mendidih rasa kulit katanya.
Guna limau nipis saja pun Kakdell sendiri hampir rasa nak pi sembam muka dalam ais, inikan campur soda bikarbonat.
Tajam tuuu siap boleh putihkan lantai tandas ganti clorox tau dak. MOHON istighfar banyak dekat yang bagi resepi diy macam tu.
Kulit jenis tebal no worries la sangat. Kena yang kulit nipis sensitif tu. Eh senget jugak!
Nak mudah cuba buat masker lembut mesra kulit ni dari jenis berasid cam tadi. Sebab natural limau pun tak semua boleh ngam.
Macam masker pakai 3 bahan ni. Hanya timun, kunyit dan asam jawa inshaallah boleh sangat.
Niat melawa cara alami tu comel dah. Tapi tak usah kelam kabut sangat bereksperimen macam-macam kat kulit. Tau dah nak cantik raya.
Dah alang langsir baru, baju baru tudung baru. Nanti best kulit pun baru. Bersih, cerah, jeragat, parut kokoh nempel tu jadi pudar. Ahh gitew.
Kenapa 3 bahan, macam mana nak buat & berapa kerap pakai, nanti boleh baca kat gambar. Kat situ Kakdell ada ringkaskan serba sikit
Ads
Sempat sangat lagi kalo nak tampil flawless raya. So start lah dari sekarang ya.
Berminat nak cuba tapi tak pasti bila nak buat tu boleh la share dulu tanak bagi hilang ya.
Nak senang buat banyak dan bekukan. Cara nak buat simple sangat.
Bersihkan kunyit hidup, kupas kulit dan parut dengan penyagat bagi halus. Parut timun dan gaulkan sekaligus dengan asam jawa.
Boleh pakai terus. Lebih tu boleh letakkan dalam bekas kiub ais macam ni then bekukan.
Kakdell punya ni dapat 12 ketul kiub so tahan lah untuk sebulan pakai untuk ramadhan ini.…
Timun
Ads
Sebab dia bersifat sooting dan boleh sejukkan kulit so dia boleh hilangkan eye bag yang berkilo bawah mata tu. Boleh kurangkan sunburn dan jeragat jugak. Lagi 1 dia banyak air jadinya sangatlah bagus dalam kerja nak lembabkan kulit sambil elak kemunculan kedut semua tu
Kunyit
Sebab dalamnya ada kurkumin, ada anti-inflamasi & antioksidan yang kuat. Nanti dia kurangkan pengeluaran minyak, melanin berlebihan dari dalam kulit.
Sebab tulah kenapa dia tersangat bagus dalam nak cerahkan kulit. Dah cerah itu nanti sekali pakej pudar parut dan jeragat datangnya.
Seronok tu dia tolong kulit dari hilang keanjalan. Stilll jadi tegang awet muda sokmo gitu
Asam jawa
Ads
Salah 1 sebab Kakdell pilih Asam jawa ialah sebab dalamnya ada alpha hidroksil asam yang fungsi dia untuk mencerah. Antara kerjanya bantu gelupaskan sel-sel kulit mati.
Lembut, mesra selamat dekat kulit nak banding dengan limau nipis yang tajam tu
Masker ni pakai 3 kali seminggu dah ok dah. Tapi Kakdell festime awal pakai tu buat 4 hari berturut. Lepas itu baru minimakan 3x seminggu.
Sebelum pakai muka cuci bersih dulu siap siap bagi tanggal segala minyak, kotor, mekap semua. Kang bazir. Lelah pakai saja tapi zat tak boleh resap masuk kulit sebab awai awai lagi dah kene block kat permukaan.
Pakai tu pulak perapnya 20 minit cukup. Takyah tunggu sampai jadi kering keras rasa macam nak merekah. Dan jangan ngade nak ulang bubuh balik. Kang overdose karang. Tak bagus.
Kadang-kadang kita seperti diserang sakit perut yang berpunca daripada gangguan penceraan atau masalah lain membabitkan organ dalaman badan.
Antaranya seperti pedih ulu hati, kembung perut atau mengalami kekejangan secara tiba-tiba.
Keadaan ini menyebabkan kita terpaksa makan ubat jika sakitnya berterusan tanpa henti.
Tetapi sebenarnya sakit ini juga boleh sembuh dengan sendiri tanpa perlu konsumsi sebarang ubat, ada juga yang memerlukan rawatan atau perubatan susulan.
Merujuk kepada Medical News Today, gejala sakit perut yang biasa perlu dirawat dengan cara mudah seperti;
1. Elakkan Berbaring
Apabila sakit perut menyerang, elakkan berbaring selama beberapa jam sehingga sakitnya berkurangan.
Ubah posisi badan seperti merangkak di atas katil atau sofa selama 10 saat, kemudian hembus nafas dalam keadaan terkawal sambil kepala diturunkan sedikit.
Jika dalam keadaan berbaring, ia akan membuatkan asid perut bergerak ke belakang dan ke atas serta mencetuskan tindak balas pedih ulu hati atau sakit perut.
Walau bagaimanapun, posisi merangkak dikatakan mampu merawat perut kembung sekali gus melancarkan penghadaman.
2. Minum Air Putih
Air merupakan alternatif yang boleh mencerna segala jenis kandungan dalam usus dan menyerap nutrien daripada makanan dan minuman dengan cekap, malah membantu mnghilangkan sakit perut.
Selain itu, keadaan badan yang mengalami dehidrasi memberi kesan kepada penghadaman sehingga tidak optimum.
Apabila proses pencernaan terganggu, impak lain mula timbul sehingga meningkatkan risiko sakit perut yang berlebihan.
Menurut Health and Medicine Division (HMD), keperluan air harian wanita adalah sekitar 2.7 liter manakala lelaki ialah 3.7 liter.
3. Lilit Dengan Beg Pemanas
Sakit perut juga boleh diatasi dengan mandian air suam sambil berendam atau lilit dengan beg pemanas.
Kedua-dua kaedah ini berkesan dalam membantu mengendurkan otot yang tegang dan melegakan simptom sakit perut.
Beg pemanas yang diisi air panas perlu diletakkan pada bahagian perut yang sakit sekurang-kurangnya 20 minit.
Sebagai langkah berjaga-jaga, gosok ia perlahan-lahan sehingga perut yang sakit benar-benar reda atau hilang.
4. Ambil Minuman Halia Dan Pudina
Halia adalah ubat semulajadi yang dapat melegakan sakit perut dan rasa senak, khasiatnya juga sama seperti daun pudina dan mempunyai kesan mentol.
Ia juga mengandungi sebatian kimia iaitu gingerol dan shogaol yang memainkan peranan penting dalam meredakan sakit perut.
Manakala gabungan halia dan daun pudina yang dibancuh seperti teh, dipercayai berkesan untuk mengatasi kekejangan otot di bahagian usus seperti sakit perut.
Kebanyakan penyelidikan mendapati, daun pudina telah lama digunakan dalam perubatan tradisional untuk merawat gangguan pencernaan.
5. Elakkan Mengambil Makanan Tertentu
Makanan ini perlu dielakkan ketika mengalami sakit perut, seperti makanan pedas, berasid, berlemak, tinggi garam, bahan proses atau hidangan makanan yang berlebihan
Pastikan apa sahaja yang dimakan dikunyah sehingga ia benar-benar lembut supaya mudah untuk dihadam.
Makanan atau minuman alternatif yang selamat dikonsumsi ialah teh halia, pisang, betik dan yang mengandungi probiotik.
Namun perlu ambil perhatian, apabila gejala sakit perut melebihi tempoh 24 jam, segeralah berjumpa pakar untuk mengelakkan kesan sampingan.
Sebelum anda memilih sesuatu produk wajah, ambil tahu bahan skincare yang terkandung dulu. Amalkan konsep baca sebelum pakai dan sebatikan di kulit muka.
Jangan pandang remeh soal ini kerana silap gaya boleh buat wajah anda breakout! Haaa… ini antara bahan skincare yang tak boleh dicampur sesuka hati waktu sapu ke wajah ya. Jemput baca perkongsian saudari Ayza Roslan sekejap.
1. Vitamin C & Retinol
Anda tak boleh pakai dua ni serentak dalam satu rutin. But it’s permissible to use vitamin C in the morning and retinol in the evening IN THE SAME DAY. Dua-dua ini adalah bahan active & they are super reactive to our skin & sun. Kalau anda guna both of these in a routine, risiko untuk dapat kulit kering dan irritated atau pun risiko untuk dua produk itu tak berkesan langsung sangatlah tinggi.
2. Vitamin C & AHA/BHA
This is only for beginners. Kalau anda ada sensitive and sensitized skin, tak digalakkan untuk mix dua bahan ini in a single routine sebab tinggi potensi untuk menyebabkan iritasi pada kulit. Orang yang ada damaged skin barrier pun tak digalakkan untuk pakai produk yg ada both of these lagi-lagi yang high in percentage. Tapi kalau basic skincare dah kukuh, boleh je nak mix dua ni. You know your skin better!
3. Retinol & AHA/BHA
Sama macam tadi, korang tak boleh juga nak pakai dua-dua ni dalam satu rutin yang sama sebab tinggi potensi dia untuk irritate our skin. Retinol & aha bha ini benda yang kita guna waktu malam. Jadi macam mana nak guna? Guna lah pada hari yang anda tak buat exfoliation. Watch out how your skin react, kalau ada any irritation signs, boleh stop or reduce the amount of retinol or AHA/BHA that you’re using.
Okay, dapat sesuatu daripada perkongsian ilmu kecantikan wanita ini? Nanti amalkan sikap baca dulu sebelum beli ya!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bagi yang mereka yang diserang penyakit arthritis atau sakit sendi ini akan menyebabkan kesakitkan, bengkak dan kekejangan pada anggota badan.
Terdapat pelbagai punca dan antaranya disebabkan jangkitan kuman, keturnan dan kesakitan sendri serta beberapa sebab lain.
Terdapat empat jenis arthritis yang sering dialami oleh kumpulan dewasa iaitu osteoarthritis, rheumatoid arthritis, jangkitan kuman dan gout.
Kebiasaannya penyakit ini menyerang individu yang telah berusia terutama wanita selain mereka yang kurang mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif.
Oleh itu, pesakit akan mudah terdedah kepada rasa sakit pada bahagian anggota badan seperti tangan, kaki dan belakang badan.
Amalan cara hidup sihat amat digalakkan kepada pesakit arthritis termasuk penjagaan makanan yang sihat.
Terdapat tiga jenis minuman yang perlu dipandang serius bagi membantu mengurangkan rasa sakit seperti kekejangan sendi, sendi bengkak atau kesukaran untuk bergerak.
Di sini dikongsikan tiga minuman yang perlu anda ketahui terutama bagi pesakit arthritis:
1. Kawal Kandungan Kafein
Menurut laman web express.co.uk, amalan minuman yang mengandungi kandungan kafein berlebihan boleh menyebabkan berlakunya masalah arthritis.
Meskipun kandungan polifenol antioksidan dalam minuman kopi dipercayai dapat mengurangkan masalah gout, tetapi anda tetap harus berwaspada.
Disarankan, ambil sekitar satu atau dua cawan sahaja dalam sehari. Sebaiknya jangan mencampurkan dengan gula dan krim susu.
Ini kerana bimbang kandungan kalori yang tinggi akan menyebabkan kenaikan berat badan dan mendorong ke arah obesiti.
Penyakit obesiti atau berat badan berlebihan juga dipercayai antara punca berlakunya arthritis.
2. Jus Buah-buahan
Minuman jus seperti oren, tembikai dan epal sering menjadi pilihan sama ada di restoran mahupun di rumah.
Namun, harus diingat agar tidak mencampurkan jus dengan manisan kerana buah-buahan sendiri sudah memiliki kandungan gula.
Oleh itu, sebaiknya minuman jus dihasilkan daripada sumber semula jadi untuk mendapatkan hasil yang berkualiti.
Dikatakan, jus oren, tomato, nanas dan lobak merah baik buat pesakit arthritis kerana kandungan vitamin C yang tinggi.
3. Minum Air Putih
Sebahagian individu sukar untuk meminum air putih dan menjadikannya amalan seharian.
Tidak bagi pesakit arthritis. Minum air putih dipercayai dapat membantu mengurangkan kesakitan selain dikatakan sebagai ubat mujarab untuk merawat penyakit.
Minum air putih pada jumlah yang ditetapkan boleh membantu mengeluarkan toksin dalam badan dan membantu kepada penurunan berat badan.
Secara kesimpulan, walaupun amalan diet seimbang dapat membantu mengurangkan sakit arthritis, tetapi rawatan perubatan klinikal juga penting.
Pastikan anda melakulan senaman dan penting untuk memastikan berat badan sentiasa berada pada tahap ideal.
Selain pengambilan ubat-ubatan, rawatan fisioterapi turut antara kaedah yang baik untuk dilakukan.