Bukan kaum lelaki saja yang mengimpikan badan tegap dan kaki lebih berotot. Kaum wanita juga tidak terkecuali lebih-lebih di bahagian kaki.
Bahagian inilah paling penting kerana digunakan untuk melakukan pelbagai gerakan dalam membuat kerja dengan lebih cepat dan tangkas.
Jadi senaman di bahagian kaki sangat penting dalam membina otot yang lebih tegap, padu dan pejal.
Ini jenis senaman yang sangat efektif boleh kita praktikkan di rumah.
1. Lunge
Senaman ini boleh dilakukan menggunakan dumbbell, iron plate, barbell atau kettlebell. Cuba tambahkan beban secara berperingkat.
Anda juga boleh lakukan static lunge sekiranya mengalami masalah kekurangan ruang atau lakukan walking lunge sekiranya anda ada ruang yang besar.
Semasa melakukan senaman ini, buka kaki anda selebar bahu, pandang lurus ke hadapan, langkah ke hadapan dan rendahkan badan sehingga paras paha, selari dengan lantai.
Ads
2. Squat
Senaman ini agak popular dan sinonim dengan senaman di bahagian kaki. Senaman ini adalah antara senaman paling berkesan serta melibatkan pelbagai sendi dan otot. Senaman ini juga melibatkan kekuatan di bahagian kaki, abdomen serta tulang belakang anda.
Senaman ini boleh menggunakan pelbagai beban seperti barbell, dumbbell dan sebagainya. Buka kaki anda selebar bahu, berdiri dalam keadaan tegak dan hanya bengkokkan sedikit kaki anda semasa dalam posisi permulaan.
Semasa anda merendahkan badan, pastikan lutut tidak melebihi hujung kaki dan paha perlu selari dengan lantai.
3. Step Up
Senaman yang mudah untuk dilakukan di mana-mana sahaja sama ada di taman rekreasi ataupun di rumah.
Ads
Paras ketinggian bangku atau bench sepatutnya optimum apabila anda memijak dan paras paha juga perlu selari dengan paras lantai.
Jika terlalu rendah, ia kurang berkesan dan jika terlalu tinggi, ia akan terlalu sukar. CUba ketinggian yang pelbagai secara berperingkat mengikut kemampuan anda.
Semasa anda mulakan langkah, pastikan badan tegak, pandang ke hadapan dan hembus nafas. Semasa anda langkah ke belakang, tarik nafas. Jangan lakukan terlalu laju. Pastikan permukaan bangku atau bench stabil. Cuba tambah beban secara progresif.
4. Sumo Dead-lift
Senaman ini pula lebih efektif untuk membina otot kerana posisi kaki yang lebih sukar untuk mengangkat beban. Anda boleh menggunakan pelbagai jenis beban seperti dumbbell ataupun barbell.
Ads
Pastikan posisi kaki menghadap penjuru dan tolak badan anda ke atas dengan menggunakan tumit kaki. Hembus nafas. Pastikan juga kaki dan badan tegak. Jangan melengkung.
Lakukan senaman-senaman ini dengan meningkatkan dulu pengulangan dan kemudian tambah beban secara berperingkat. Cuba sebanyak 3-4 set, 20-30 pengulangan bagi anda yang ingin membakar lebihan lemak.
Biasanya orang guna pensel celak nak lebatkan kening yang tak begitu menyerlah, tetapi kali ini anda boleh cuba sapu minyak pula untuk naikkan seri bahagian mata.
Apa caranya?
Ini Cara Lebatkan Kening
Haa.. bagi yang suka jenis nampak kening lebat, anda tak perlu lukis tebal-tebal ya. Ada cara semula jadi yang boleh membuatkan bulu kening anda jadi lebat dan tebal.
1. Minyak kelapa
Minyak kelapa semakin popular digunakan bagi kecantikan terutamanya melebatkan rambut dan bulu kening.
Minyak ini juga kaya dengan protein serta nutrisi seperti vitamin E dan zat besi yang dapat melebatkan bulu kening selain menjadikan sihat. Jadi anda boleh sapu minyak ini pada kening setiap hari sebelum tidur atau waktu pagi sedang keluar ke mana-mana.
2. Tea Tree Oil
Sama juga dengan minyak kelapa, tea tree oil dipercayai boleh merangsang pertumbuhan dan ketebalan bulu kening dengan meningkatkan kesihatan sel dan folikel.
Untuk mendapatkan hasil yang ketara, sapukan tea tree oil pada bulu kening sebelum tidur dan biarkan semalam.
3. Minyak lavender
Minyak lavender yang disapu pada bulu kening dapat menguatkan akar bulu daripada gugur. Wangi tau minyak ini, nanti kesannya anda tidur pun lena sebab sifat minyak ini untuk tenangkan diri dan mudahkan lena.
4. Minyak zaitun
Minyak zaitun mengandungi vitamin A dan vitamin E yang dapat membantu pertumbuhan rambut. Vitamin E memberi nutrisi setiap helaian rambut, sementara vitamin A dapat merangsang penghasilan sebum, minyak semula jadi tubuh yang membantu pertumbuhan rambut.
Menyapu minyak zaitun sebagai cara menebalkan alis secara semula jadi boleh dilakukan setidaknya sekali sehari untuk melihat hasil yang maksimum dalam tempoh hanya seminggu.
Tak susah pun nak cantikkan kening tanpa main lukis-lukis, anda sapu sahaja minyak di atas ini ya. Semoga hasilnya dapat memuaskan anda!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Seperti kita tahu pengambilan makanan yang sesuai sebenarnya dapat mempengaruhi peraşaan dan emosi serta dapat membantu memperbaiki kesihatan mental.
Kajian mendapati nutrien tertentu yang terdapat dalam makanan dan minuman dapat meningkatkan mood anda, meredakan tekanan dan kegelisahan, bahkan mampu membantu melawan kemurungan.
Jika anda berasa tertekan atau tidak bersemangat, berikut adalah makanan yang anda boleh ambil untuk membantu meningkatkan mood anda.
6 Makanan Bantu Tingkatkan Mood
1. Coklat Gelap
Dalam kajian yang dilakukan di pusat penyelidikan Nestlé di Switzerland, penyelidik mendapati, pengambilan coklat gelap dalam kadar sederhana setiap hari selama dua minggu mengurangkan kadar kortisol dan hormon stres lain pada individu yang mengalami tekanan.
Ini adalah manfaat daripada antioksidan yang terdapat dalam coklat gelap.
2. Teh Hijau
Teh hijau mempunyai sejumlah nutrien yang dapat membantu untuk meningkatkan mood, termasuk L-theanine, sejenis asid amino yang mampu melawan kegelisahan. Ia juga kaya dengan antioksidan seperti catechin, yang dapat meningkatkan fungsi otak.
3. Makanan Yang Kaya Dengan Omega-3
Omega-3 dapat membantu mengawal penyakit jantung, membantu menurunkan berat badan, dan juga mempunyai sifat antioksidan. Ia juga bagus untuk mengurangkan masalah kemurungan, dan memperbaiki keadaan mental dan tingkah laku lain.
Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa individu yang kekurangan asid lemak omega-3 lebih cenderung mengalami kemurungan, kegelisahan dan mood rendah.
4. Kacang
Kacang adalah antara makanan yang mempunyai banyak sumber vitamin, mineral, magnesium dan juga mempunyai sifat antioksidan yang penting untuk meningkatkan mood dalam diri.
Tahap magnesium yang rendah dalam badan boleh menyebabkan peningkatan risiko kemurungan.
5. Kopi
Kafein yang terdapat dalam kopi dapat membantu meningkatkan mood dengan mencetuskan pembebasan dopamin dalam otak.
Kafein juga dapat menghalang sebatian semula jadi yang disebut adenosin daripada melekat pada reseptor otak yang mendorong rasa letih, oleh itu ia dapat meningkatkan tahap waspada dan perhatian anda.
6. Makanan Yang Diperam
Makanan yang diperam seperti kimchi, yogurt, dan tempe adalah penting untuk menjaga kesihatan usus kerana kaya dengan bakteria probiotik. Selain itu, makanan ini penting untuk menaikkan mood kerana dapat menghasilkan hormon serotonin dalam diri.
Inilah dua buat kulit cantik tanpa mekap,sebotol toner viral di kedai hijau dan facial mask. Eh, sungguh lah, hasilnya kulit wajah berseri tanpa perlu mekap tebal.
Anda boleh jadikan sebagai rutin setiap malam, bagun pagi terus rasa kulit ‘toink-toink’ anjal!
Rutin Malam Kulit Cantik
Biasanya wanita yang tak suka mekap akan suka dengan rutin cantik ini sebab wajah akan nampak berseri dan tak kusam. Begitulah petua yang diamalkan oleh Sharifah Nurul Azir ini, jom buat juga!
Cuma perlukan bahan ini:
Facial mask
Hatomugi toner
Cara Buat:
Tuangkan dalam sedikit bekas dan letak facial mask dan biarkan sampai kembang. Nanti boleh terus letak di muka.
Okay, anda boleh amalkan dalam 2 – 3 kali seminggu buat rutin malam ini dan selain pakai sheet mask, anda boleh guna pakai compress mask yang di jual di eco. Ini jimat!
Sambil tengok TV pun boleh pakai, layan je tenang-tenang manjakan kulit wajah.
Toner ini viral dan sangat bagus untuk kulit jadi lembap dan segar. Kalau anda jenis tak suka pakai mekap tebal, boleh amalkan rutin malam kulit cantik ini, pasti puas hati dengan hasilnya.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!