Roti menjadi antara hidangan simple untuk sarapan pagi. Namun biasanya jika membeli roti pasti akan diletakkan tanda tarikh luput pada bahagian pengikat.
Roti ini biasanya tahan seminggu dan jika ada lagi baki, jangan sayang untuk membuangnya terus kerana boleh membahayakan kesihatan jika dimakan lagi.
“Sampai masuk hospital anak saya, doktor! 3 hari lembik, macam tuala buruk!”
OK, walaupun dah banyak kali pesan, kita pesan lagi. Kalau nampak roti yang belum luput tarikh, tapi dah ada tanda-tanda nak berkulat, maka jangan makan. Buang terus!
Ada orang, dia rasa sayang nak buang sebab kulatnya tompok kecil sahaja. Jadi dia cuil bahagian yang berkulat tu dan buang. Bahagian yang nampak elok tu dia makan.
Jangan buat macam tu.
Ads
Tompok kecil yang kita nampak atas permukaan roti tu adalah putik spora kulat. Nampak kecil di luar, tapi mungkin jaringan akar kulat dah jauh menjalar ke dalam ruang roti.
Jadi, kita tak boleh nak anggarkan di mana sebenarnya sempadan roti yang telah berkulat dan yang elok. Kalau kita termakan spora atau hyphae, sama sahaja bahayanya.
Ada juga orang, dia bersihkan bahagian berkulat dan kemudian masak atau panaskan roti dengan niat untuk membunuh kulat ni. Kemudian dia makan roti tu.
Nampak berkulat, boleh buang terus.
Jangan buat macam tu.
Benar, kebanyakan kulat akan mati jika dimasak dengan suhu yang tinggi, tetapi roti yang telah berkulat tetap tak selamat untuk dimakan. Tak kiralah digoreng, stim atau bakar.
Ads
Kulat menghasilkan sejenis toksin dinamakan mikotoksin(mycotoxin). Ia boleh menyebabkan gejala keracunan makanan. Ia tidak mudah dimusnahkan walaupun dimasak.
Keracunan makanan akibat kulat dan toksinnya boleh menyebabkan gejala muntah-muntah dan cirit-birit yang teruk, terutamanya untuk kanak-kanak dan warga emas.
Oleh itu, nampak ada perubahan warna pada roti, walaupun tompok kecil, walaupun belum tarikh luput, terus buang. Jangan ambil risiko bahayakan kesihatan.
Ads
Makanan sihat, adalah makanan yang selamat.
Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan Kesihatan dan Perubatan
Sepatutnya semalam penyanyi Siti Sarah Raisudin memotong gelang pink setelah hampir seminggu menjalani kuarantin kendiri di rumah akibat Covid-19.
Namun dia yang sedang sarat tujuh bulan dikejarkan Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM (HCTM) berikutan tahap oksigen menurun semalam.
Perkara ini dikongsi oleh suaminya Shuib menerusi laman Instagram (IG), semalam.
Dalam perkongsian video 14 saat itu, Siti Sarah kelihatan duduk atas kerusi roda sambil memakai oksigen dan dipeluk oleh tiga cahaya mata sebelum dibawa menaiki ambulans.
“Assalamualaikum, saya memohon doakan isteri, Siti Sarah Raisuddin. Doakan semoga Sarah dan anak dalam kandungan diberi kesihatan kembali serta dipermudahkan segala urusan,” tulis Shuib.
Sementara itu, syarikat pengurusan, Indigital Music dalam kenyataan memaklumkan Siti Sarah sepatutnya memotong gelang semalam, tetapi mengalami batuk dan mengadu tidak selesa, sejak kelmarin.
“Siti Sarah dibawa dengan ambulans kira-kira jam 6.30 petang semalam untuk mendapatkan rawatan. Sepatutnya sudah memotong gelang kuarantin, tetapi keadaan kesihatannya kurang memuaskan.
“Tahap oksigen semakin menurun menyebabkannya terpaksa dikejarkan ke HCTM,” kata pengurusnya, Nana Mohd Rom.
Perkongsian ini mendapat perhatian rakan selebriti dan warganet. Masing-masing mendoakan kesejahteraa Siti Sarah dan bayi dalam kandungan.
yanasamsudin Allahuakbar… semoga segalanya lancar dan diberi kesihatan amin amin …
anuarzain70 Semoga Adik @sitisarahraissuddin dikurniakan kesembuhan & kesihatan yang baik oleh ALLAH SWT… begitu juga buat seluruh ahli keluarga… Aamiin Yaa Rabb
aznilnawawihm Ya Allah Kau beri lah kesembuhan buat Sarah dan bayi dalam kandungannya. Bebas kan lah Ya Allah Keluarga ini dari wabak ini. Amin
shahidadherbs semoga sembuh dah kembali seperti sediakala sarah..
zarulumbrella Semoga Sarah kuat dan redho serta tabah dengan ujian ni, Allah bg sakit utk hapus dosa2 kita, Abg doakan Sarah diberi kesembuhan dan dijauhkan segala kesulitan dan ringankan kesakitan Amin YRA
Nak kurus jangan sampai tak makan. Push up 300 kali sehari, confirm berat turun mendadak. Pelbagai cara dilakukan seseorang untuk menurunkan berat badan.
Bagi mencapai misi ini, perlukan kesabaran serta disiplin yang tinggi bagi memastikan penurunan kilogram lebih pantas.
Turut menasihati agar kurangkan pengambilan air manis. Dan apabila perkara yang asas ini sudah konsisten barulah mulakan proses diet suku-suku separuh.
Untuk pengambilan suku-suku separuhn pula, Aminuddin menasihatkan supaya banyakkan pengambilan protein dan sayuran.
Namun begitu, paling penting kena seimbangkan penurunan berat badan kerana kita mahukan lemak yang berkurangan bukannya otot.