Masuk Usia 40an, Ini Yang Perlu Dibuat Untuk Kekal Sihat. Doktor Kongsi Rahsia Awet Muda! Apabila usia sudah memasuki 40an, kita perlu menitik beratkan penjagaan kesihatan. Jangka waktu inilah, penyakit mudah mendekati seperti darah tinggi, kencing manis, buah pinggang ataupun jantung.
Sebenarnya lagi elok jika kita dapat menjaga pemakanan dan mengamalkan gaya hidup sihat ketika awal usia 30an lagi.
Jika dua perkara ini tidak diambil kira, jangan menyesal satu hari nanti jika penyakit tiga serangkai datang mendekati.
Masuk Usia 40an, Ini Perlu Dibuat Untuk Kekal Sihat
Seperti perkongsian doktor ini yang memberi ingatan perkara perlu dititikberatkan ketika berusia awal 40an.
Dr Zubaidi Hj Ahmad, berkongsi pemakanan sihat yang diamalkan olehnya setelah memasuki umur 40an yang boleh dijadikan panduan untuk kita semua.
Ads
1. Sarapan Minyak Zaitun & Air Kopi Stevia
Pagi tadi saya bersarapan. Mulanya mmg malas sebab perut pun tak lapar.
Selalunya saya terus melakukan kerja-kerja saya tanpa makan (bersarapan) berat. Kecuali saya akan ambil selepas bangun pagi satu sudu minyak zaitun OLIVIE, suku sudu cuka Teen dan sedikit madu.
Itu pun sudah berikan antara 150-200kcal cukup untuk kerja-kerja membaca dan menghafal yg saya lakukan di awal pagi. Kemudian air kosong atau kopi plus stevia sepanjang pagi.
2. Puasa 15 Jam
Oleh kerana hari ini hari cuti, saya kena layan anak-anak di rumah. Mereka mahu bersarapan. Bila ada anak yg makan tak habis, jadi sayalah yang terpaksa menghabiskannya. Jadi terpaksa bersarapan.
Nasib baik masa terakhir makan semalam pukul 7pm. Maksudnya kalau saya makan pukul 10am, saya sudah ‘berpuasa’ selama 15 jam.
Memang saya sudah kurang makan sejak bbp tahun dulu. Kadang kala sudah ada rasa takut. Dulu pantang jumpa makanan, semua saya nak rasa. Sekarang masuk umur 40an, jadi takut terutama dengar macam2 cerita kawan-kawan.
Bukan lagi pelik kalau orang muda meninggal dunia ketika bersukan. Apatah lagi kawan-kawan saya yang berusia akhir 40an. Luaran nampak sihat. Tiba-tiba ada berita diserang stroke, sakit jantung dan ada yang meninggal dunia semasa tidur.
Tubuh sudah bersarang dgn pelbagai penyakit. Seperti rumah yg sergam kuat tapi bersarang anai-anai. Tiba-tiba runtuh tersembam ke bumi.
Ads
Doktor Kongsi Rahsia Awet Muda
4. Sangat Berhati-Hati Pilih Makanan
Maka saya memang berhati-hati dengan makanan yang ada terutama karbohidrat ringkas. Bila kita kurang makan, kita jadi lapar pula. Jadi nak kurangkan rasa lapar, saya cadangkan agar banyakkan makan sayur, minum air kosong dan ambil lemak sihat 20-30 peratus keperluan tenaga.
Ketiga-tiga makronutrien ini iaitu air, karbohidrat kompleks (sayur-ssyuran) dan minyak sihat inilah yang membuatkan kita rasa puas (satiety) bila makan dan lambat lapar semula.
Kalau tidak, kita akan berasa cepat lapar, dan makan lagi dan lagi walaupun kita tak lapar, kerana kita tak ada rasa puas.
Ada perbezaan antara puas dan lapar.
Sebab itu saya ambil minyak zaitun OLIVIE dari Olive House sbg minyak sihat saya untuk bertenaga dan mengurangkan rasa cepat lapar. Saya cadangkan satu sudu OLIVIE waktu pagi dan satu sudu waktu malam.
Kalau anda mahu kecilkan liang pori guna kiub timun, ini salah satu cara paling jimat dan berkesan. Langsung tidak mengeringkan kulit, malah kiub ini bagus untuk anjalkan kulit dengan rasa fresh!
Menurut Puan Rosnani Ikan, memang ramai yang dah amalkan petua ni. Caranya mudah je, okay jom buat.
Kecilkan Liang Pori Guna Kiub Timun, Satu Bahan Pun Kulit Dah Cantik
Bahan utama :
Timun
Ini cara-caranya :
1. Kisar timun hingga hancur.
2. Masukkan terus hasil kisar/sagat timun tu dalam bekas ais cube.
3. Pastikan muka dah dibersihkan dahulu dari sebarang krim atau makeup.
3. Gosok timun yang dah beku tu diseluruh muka, fokus pada kawasan pori dan jerawat.
4. Biarkan selama 15 minit atau sehingga kering.
5. Bilas dengan air bersih.
Kelebihan kiub ais timun yang anda perlu tahu dan mesti kena cuba:
Menghilangkan lingkaran hitam bawah mata.
Mencerahkan kulit.
Mengatasi masalah kulit berminyak.
Mengecilkan liang liang pori.
Merawat masalah kulit sensitif.
Merawat masalah kulit kering.
Mencegah penuaan kulit.
Getah timun membantu membersihkan kulit, memudarkan parut dan mengecutkan jerawat. Kandungan air yg tinggi dalam timun dapat bantu untuk kulit kekal lembap dan tegang. Kulit terbaik adalah kulit yg lembap, bukan terlalu berminyak mahupun terlalu kering.
Jadi lepas ini sila amalkan pakai kiub timun ini sahaja, sekurang-kuranya kulit tetap terjaga tanpa cela.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Menurut Pakar Kecantikan & Spa Tradisional Safah Herbs, Puan Foziah Mohd Foad atau lebih dikenali dengan panggilan Kak Gee berkongsi teknik urutan sengkak wajah yang dikatakan mampu menjadikan wajah berbentuk tirus dan runcing, menaikkan pipi sekaligus tampil awet muda.
“Sebenarnya ramai yang bertanya boleh ke muka kita ini disengkak atau ada ke rawatan untuk itu. Sebenarnya muka kita ini sama juga seperti anggota badan.
“Yang mana kita akan rasa penat, lesu, letih. jadi facial sengkak adalah satu satu teknik rawatan paling bagus untuk kembalikan seri wajah untuk kekal awet muda,” katanya yang turut menunjukan teknik rawatan ini yang mengambil masa hampir sejam bermula dengan pembersihan dan penyentalan wajah.
Ini adalah untuk membuang kotoran, sisa mekap serta mendapat minyak pori, bahan yang digunakan adalah cleansing milk serta scrub kacang bijan.
Proses seterusnya dilakukan adalah pengewapan untuk melembutkan urat saraf limfatik dan melembutkan kulit wajah.
Kemudian dilakukan pula proses laser frequency yang bertujuan untuk matikan kuman dan bakteria pada muka.
Puan Foziah juga turut menunjukkan proses berikutnya iaitu proses pembuangan bintik hitam/putih bagi memastikan wajah licin dan memastikan pori tidak tersumbat.
Dan langkah berikutnya adalah jurus sengkak wajah yang bertujuan untuk mengaktifkan saraf di titik limpatik pada wajah agar berseri dan segar.
Turut dilakukan proses jurus pipi membutlat bagi melancarkan aliran darah sekitar wajah terutama pipi. kemudian dilakukan pula jurus pipi bersilang untuk membentuk dan menaikkan tulang pipi.
Selain itu turut dilakukan jurus rahang bersilang bagi memastikan dapat membentuk muka tirus dan runcing.
Manakala jurus pipi berkait pula adalah untuk membentuk tulang pipi yang tinggi dan montok. Sementara jurus sinaran mata pula dilakukan bertujuan untuk mengurangkan lingkaran gelap, bengkak dan sembap mata.
Akhir sekali dilakukan jurus sengkak bertaut untuk mengaktifkan saraf limpatik, sel kulit dan kolagen pada wajah.
Dan proses ini ditutup dengan proses berpupur wajah bagi membantu mengembalikan vitamin kulit, menganjal dan mencerahkan kulit wajah. Tidak dilupakan jurus tepuk getar untuk membangkitkan saraf, menyegar dan menegang otot wajah.
Pasti ramai percaya bahawa jika mengambil pemakanan di waktu malam tubuh akan gemuk. Ini kerana menjelang malam, kita akan banyak berehat dan kemudian masuk tidur sekaligus menjadi punca bertambahnya berat badan.
Namun benarkah fakta ini bahawa makan malam punca berat badan naik?
Sebenarnya salah satu faktor yang menyumbang kepada berlebihan berat badan adalah pengambilan makanan yang melebihi keperluan. Pengambilan makanan harian boleh dibahagikan kepada beberapa hidangan dalam sehari termasuk makan malam.
Oleh itu, makan malam yang sihat dan tidak melebihi keperluan kalori harian tidak akan mengakibatkan berlebihan berat badan.
Apa yang penting adalah jumlah kalori yang diambil dalam sehari, tidak kira sama ada semasa sarapan, makan tengah hari ataupun makan malam.
Namun begitu, makan malam sering kali dikaitkan dengan masalah kegemukan disebabkan oleh beberapa faktor :
Makan malam biasanya masa untuk berkumpul bersama ahli keluarga. Kajian mendapati makan dalam kumpulan yang ramai mempengaruhi saiz hidangan. Kita akan makan lebih banyak semasa makan bersama orang lain daripada makan bersendirian.
Sesetengah orang, terutama wanita, suka melangkau(skipping) waktu makan semasa di siang hari. Melangkau sesuatu waktu makan boleh menyebabkan kelaparan yang tidak terkawal dan membuat seseorang itu makan berlebihan terutama semasa makan malam.
Makan malam juga mungkin dijadikan sebagai salah satu cara untuk melepaskan tekanan selepas seharian berhadapan dengan pelbagai masalah. Bagi sesetengah orang, makanan dijadikan sebagai bahantara untuk melepaskan tekanan dan melupakan segala masalah yang dihadapi. Ini akan mengakibatkan pengambilan makanan secara berlebihan.
Waktu malam adalah waktu yang digunakan untuk berehat dan bersantai untuk melepaskan kepenatan setelah seharian bekerja. Masa rehat ini mungkin digunakan untuk menonton televisyen. Beberapa kajian yang dijalankan menunjukkan perkaitan antara menonton televisyen dengan masalah kegemukan. Ini kerana semasa menonton, kita akan cenderung mengambil makanan yang tinggi lemak dan kalori seperti ais krim, coklat, kerepek, keropok dan sebagainya.
Panduan makan malam yang sihat
Utamakan makanan yang seimbang pada setiap waktu makan malam. Pastikan hidangan anda mengandungi bijirin seperti nasi atau roti, ikan, ayam atau kekacang serta sayur-sayuran mengikut saranan Piramid Makanan Malaysia.
Hadkan pengambilan makanan yang bergoreng, berlemak dan berminyak.
Ketahuilah saiz hidangan makanan anda. Makan malam sepatutnya membekalkan anda 400-500 kalori.
Waktu makan malam yang sesuai adalah di antara 6.30 petang hingga 8.30 malam. Sekiranya anda tidur lewatdan berasa lapar, anda boleh mengambil snek yang ringan sebelum tidur seperti buah-buahan, roti, biskut atau segelas susu suam.
Tidak digalakkan mengambil makanan pada lewat malam. Ini adalah kerana pengambilan makanan hampir dengan waktu tidur akan menyebabkan ketidakselesaan dan akan mengganggu tidur anda.
Elak makan malam sambil menonton televisyen. Ini adalah kerana anda tidak sedar berapa banyak anda makan sambil menonton rancangan kegemaran anda tersebut.
Elak mengambil teh atau kopi selepas makan malam. Pengambilan teh atau kopi boleh mengakibatkan gangguan tidur.
Sekiranya anda perlu menghadiri jamuan makan malam, anda tidak perlu makan semua jenis makanan yang dihidangkan. Makan secara sederhana dengan mengambil saiz hidangan yang kecil. Pilih makanan yang lebih sihat. Utamakan buah-buahan serta air kosong.
Sumber :myhealth.gov.my
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!