Kebiasaanya ramai dari kita mengambil produk suplemen dengan alasan untuk memberi tenaga berpanjangan pada kesihatan.

Namun sebenarnya produk suplemen ini yang juga kadang-kadang terlalu overclaim kesihatan ini memberi kesan buruk pada tubuh badan.

Jika tidak dilihat dalam jangka masa sekarang, mungkin beri kesan pada jangka masa panjang.

Artikel Lain: Doktor Ini Pesan 3 Bulan Guna Terus Tukar Berus Gigi. Jangan Biar Sampai Kembang!

Seperti perkongsian Dr Arisman yang bercerita bagaimana seorang wanita yang mengambil suplemen ketika masih di tingkatan lima dan kemudian setelah bekerja dia meneruskan pemakanan ubatan dari jenis pil ke minuman.

Untuk dijadikan cerita, dia mengalami sakit perut hingga berguling-giling dan apabila berjumpa doktor diberathu ada dermoid cyst ovari hingga terpaksa menjalani pembedahan buang ketumbuhan berkenaan.

IKLAN

Jalani Pembedahan Buang Ketumbuhan. Doktor Beritahu Bahaya Ambil Produk Overclaim Kesihatan!

Usianya baru masuk 22 tahun tetapi sudah berdepan dengan ujian maha hebat akibat terlalu percara produk overclaim ini.

Justeru Dr Arisman memberi ingatan agar tidak mengambil sebarang produk overclaim kesihatan ini kerana memberi banyak kesan sampingan buruk.

IKLAN

Produk yang overclaim kesihatan atau saya gelar produk Sampah terlalu banyak kesan sampingan buruk.

Dan kebanyakannya jika terus menerus mengambilnya akan berakhir dengan surgeri (seperti dalam kes di bawah, memicu penghasilan cyst, tumor,) dan dialisis (kegagalan buah pinggang).

Artikel Lain: Doktor Ajar 5 Teknik Mudah Latihan Kuatkan Paru-Paru, Selepas Kena Jangkitan Covid-19

IKLAN

Banyak pil kurus mengandungi bahan terlarang iaitu SIBUTRAMINE. Ubat ni memang anti-obesity kerana ada appetite-suppresing effect. Ubat ini boleh memicu serangan jantung, hipertensi, strok dan aritmia.

Ada juga ubat lain yang diambil tanpa prescription drpd doktor dan ramai yang beli OTC (over the counter) ataupun penjual ubat kesuburan, iaitu ubat Clomid (clomophine citrate). Ubat ini untuk merawat kesuburan pada wanita. Tetapi ubat ini menjadi punca kenapa cyst boleh berlaku jika dos ubat berlebih.

Jalani Pembedahan Buang Ketumbuhan. Doktor Beritahu Bahaya Ambil Produk Overclaim Kesihatan!
Gambar sekadar hiasan.

Hati2. Ikut arahan doktor. Bukan ikut arahan penjual scammer!
Badan anda tu.. bukan badan doktor. Doktor cuma mahu membantu. .

Dr. Arisman, MD.
(Gambar SS dari page saya) #repost

Artikel Lain: “Perlu Ke Buat Ujian Kendiri Hari-Hari Bila Positif Covid-19? Ini Penjelasan Dr Izzar!

Selain itu:  Gegendang Telinga Boleh Rosak Akibat Suka Tahan Bersin. Elak Buat Tabiat Ini!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI