Sambutan Syawal yang paling ditunggu-tunggu setiap tahun kerana inilah masanya tuan rumah ambil peluang mengadakan jamuan rumah terbuka bagi merai tetamu yang datang berkunjung.

Dan pastinya pelbagai juadah enak tersedia menanti tetamu seperti ketupat, lemang, kuah lodeh, sate ataupun pelbagai jenis rendang serta kuih muih dan manisan.

Rugi pulak tak menjamahnya kerana sajian disediakan semuanya enak dan menyelerakan.

Namun begitu perlu diingatkan jangan terlalu beri-ia menjamah semua makanan ini kerana sudah tentu mengandungi kolesterol, karbohidrat, garam dan gula yang tinggi.

Artikel Lain: Pakai Baju Ketat Salah Satu Tip Dikongsi Pakar, Nak Beraya Tanpa Risau Badan Naik

Jika tidak ambil mudah, dibimbangi pelbagai penyakit lain yang datang seperti kencing manis, serangan gout dan sebagainya.

Keracunan Makanan

Mengulas lanjut, Pakar Endokrinologi Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Ng Ooi Chua, keracunan makanan sering berlaku jika terdedah dan dihinggapi serangga atau lalat, selain yang tidak dipanaskan secukupnya.

“Tanda keracunan apabila mengalami sakit perut, cirit-birit, loya, muntah dan pening,” katanya.

Dr Ooi Chuan berkata, bagi yang serius ia boleh menyebabkan koma atau pengsan. Namun yang tidak serius perlu rehat dan minum banyak air dan garam hidrasi oral (ORS) bagi menggantikan kehilangan garam galian penting dalam darah.

Hati-Hati Pilih Hidangan, Ini 6 Penyakit Sering ‘Menyerang’ Waktu Raya
Gambar sekadar hiasan

Penyakit Kencing Manis

Bagi penderita kencing manis, mereka perlu lebih berwaspada kerana akan menjadi lebih teruk ketika Aidilfitri disebabkan terlalu banyak mengambil makanan manis.

“Pengambilan karbohidrat berlebihan akan menyebabkan paras gula dalam darah naik mendadak. Juga kerap membuang air kecil dan rasa haus kerana badan menjadi semakin kering.

IKLAN

“Justeru, kurangkan makan nasi, kentang, mi, bihun, roti, biskut, ais krim dan kuih-muih,” katanya.

Selain itu:  Ini Rupanya 10 Cara Hilangkan Migrain Dengan Mudah, Tanpa Perlu Telan Pil Dengan Kerap

Bagi yang tiada penyakit diabetes, tetapi ada sejarah keluarga perlu berhati-hati bagi mengelak dapat diabetes dengan menjaga pemakanan dan bersenam.

“Pesakit yang ada diabetes perlu makan ubat setiap hari bagi mengawal kandungan gula kerana sistem insulin dalam badan tidak normal,” katanya.

Artikel Lain: Gembira Dah Tak Alami Gastrik & Migrain. Hanya Guna Kaedah Defist Kalori, Rahsia Kurus Wanita Ini!

Serangan Gout & Radang Sendi

Pesakit kategori ini perlu berhati-hati memilih makanan dengan kurangkan makanan laut seperti kerang dan udang.

“Bagi pesakit kali pertama mendapat gout adalah disebabkan asid urik dalam darah menyerang sendi. Gout selalunya menyerang sebelah kaki biasanya pada jari kaki dengan tiba-tiba.”

“Justeru, jaga makan dan banyak minum air kerana jika dehidrasi pembentukan asid urik menjadi lebih mudah,” sambil menegaskan pesakit perlu mengambil ubat anti radang bagi mengurangkan kesakitan.

IKLAN

Jika pesakit cuai dan paras asid urik terlalu tinggi ia boleh merosakkan buah pinggang pesakit dan batu karang.

Hati-Hati Pilih Hidangan, Ini 6 Penyakit Sering ‘Menyerang’ Waktu Raya

Penyakit Gastrik

Gastrik berpunca daripada keracunan makanan, pedih ulu hati dan penghasilan asid berlebihan

“Ketika raya ramai kena gastrik kerana terlebih makan yang mengakibatkan refluks asid perut ke hujung esofagus serta mendapat radang yang teruk.

“Bagi ada simptom refluks yang serius seperti sakit pada abdomen, loya atau muntah boleh mendapatkan rawatan dengan makan ubat penyekat pam asid (PPI),” katanya.

Jangkitan COVID-19

Katanya, negara masih dilanda COVID-19 dan dijangka penyakit itu mungkin akan merebak dengan teruk pada sambutan Aidilfitri kali ini.

Ini berlaku kerana ramai akan berkumpul di bawah satu bumbung atau kawasan sesak nanti, sekali gus berisiko tinggi terdedah kepada udara tercemar dengan virus itu.

IKLAN
Selain itu:  Tini Ariffin Kanser Payudara, Ini Nasihatnya Pada Orang Ramai

“Oleh itu, mereka mendapatkan suntikan COVID-19, mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan. Jika berasa tidak sihat atau mempunyai simptom seperti demam, sakit tekak atau batuk segera asingkan diri.

“Bagi yang disahkan positif, perlu mengambil langkah kuarantin bagi mengelak menjadi penyebar virus,” katanya.

Obesiti Ketika Aidilfitri

Mereka yang berpuasa lazimnya akan turun berat badan pada Ramadan, namun berat naik semula selepas Aidilfitri.

Ini berlaku disebabkan gangguan hormon leptin dihasilkan oleh sel lemak dan dibawa oleh darah ke otak untuk bertindak pada pusat kawalan selera makan.

“Kebanyakan mereka menghidap obesiti kerana kesan hormon leptin pada pusat selera makan semakin lemah dengan penambahan berat badan.

“Penurunan berat akan membawa kepada penurunan paras hormon leptin seterusnya akan meningkatkan selera makan, iaitu dua hingga tiga minggu selepas Aidilfitri.

“Sebaiknya kawal ketat pengambilan kalori secara konsisten setiap hari dan jika berjaya dilakukan, respons otak terhadap hormon leptin akan pulih,” katanya.

Hati-Hati Pilih Hidangan, Ini 6 Penyakit Sering ‘Menyerang’ Waktu Raya

Sumber: Berita Harian

Artikel Lain: Badan Sebu Disebabkan ‘Gemuk Air’. Jurulatih Kecergasan Ini Kongsi 8 Cara Mudah Elakkannya!

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI