Lambakan produk kecantikan wajah di pasaran menyebabkan kita perlu berhati-hati memilih apa yang sesuai dipakai terutama bagi mereka yang berkulit sensitif.
Ini kerana jika tersalah guna porduk bersesuaian akan menyebabkan berlakunya masalah jerawat hingga boleh mengakibatkan breakout.
Usah risau kerana seorang pengguna Herry Rozular berkongsi cara memilih porduk popular Hada Labo mengikut kesesuaian jenis kulit.
Sila perhatikan yang saya dah bulatkan dekat bawah tu ya.
– RANGE HYDRATING
– Untuk skin NORMAL/COMBINATION/OILY
– Digabungkan dgn 4 jenis Hyaluronic Acid utk hydrate skin, utk make sure skin lembap dan prepare skin biar ready utk membolehkan kulit serap ingredients yang kita pakai selepas dia dengan lebih baik.
– Bagus untuk buat 7 skin method sebab dia no alcohol.
– Sila perhatikan yang saya dah bulatkan dekat bawah tu ya.
– RANGE HYDRATING
– Untuk skin NORMAL/DRY
– Texture dia sticky2 sikit so tak sesuai sgt if skin oily
– Digabungkan dgn 4 jenis Hyaluronic Acid utk hydrate skin, utk make sure skin lembap n prepare skin biar ready untuk membolehkan kulit serap ingredients yang kita pakai selepas dia dengan lebih baik.
– Bagus untuk buat 7 skin method sebab dia no alcohol
– Hyaluronic Acid size bsr akan form lapisan lembapan kt skin untuk halang skin hilang lembapan so mmg elok untuk dry skin
– RANGE HYDRATING.
– Lebih sesuai utk org skin NORMAL/DRY
– Dengan 5 jenis Hyaluronic Acid. So dalam range hydrating ni, dia paling power la kiranya. Salah satu ingredients dia ialah Absorbent Hyaluronic Acid di mana kalau dia dah masuk ke kulit, tak kiralah kita berpeluh or basuh sekali pun, dia mmg dah masuk dalam kulit, memang dia power sangat untuk hydrate kan skin. Actually this one memang boleh all skin pakai tapi texture dia cam pekat sikit so if skin oily agak tak sesuai takut lepas tu nanti berminyak lagi teruk.
– Sila perhatikan yang saya bulatkan tu. Warna dia merah untuk rich.
– RANGE WHITENING
– Untuk skin NORMAL/DRY
– Gabungan 3 jenis Hyaluronic Acid dgn bahan pencerah kulit natural untuk skin cerah dan lembap
– Menolong baikpulih skin dehydrated
– Sesuai untuk buat 7 skin method
– Sila perhatikan yang saya bulatkan tu. Warna dia kuning untuk light.
– RANGE WHITENING
– Untuk skin NORMAL/COMBINATION/OILY
– Gabungan 3 jenis Hyaluronic Acid dengan bahan pencerah kulit natural untuk skin cerah dan lembap
– Menolong baikpulih skin dehydrated
– Sesuai untuk buat 7 skin method
– Sila tengok yang saya dah bulatkan ya.
– RANGE WHITENING
– Untuk skin NORMAL/DRY
– Dengan Tranexamic Acid utk lawan dark spot dan seimbangkan tona kulit serta kembalikan skin radiance.
– Nano Hyaluronic Acid n Hyaluronic Acid melembapkan skin dan halang lembapan hilang
– Dengan Vitamin C n E
– Boleh pakai untuk buat 7 skin method
– Brightening dan hydrating effect
– Sila tengok yang saya dah bulatkan ya.
– RANGE WHITENING
– Untuk skin NORMAL/COMBINATION/OILY
– Dengan Tranexamic Acid utk lawan dark spot dan seimbangkan tona kulit serta kembalikan skin radiance.
– Nano Hyaluronic Acid n Hyaluronic Acid melembapkan skin dan halang lembapan hilang
– Dengan Vitamin C n E
– Boleh pakai untuk buat 7 skin method
– Brightening dan hydrating effect
– RANGE FIRMING
– Untuk skin NORMAL/DRY
– Ada collagen sekali untuk anjalkan skin
– Ada 4 jenis hyaluronic acid untuk hydratekn skin
– Ada anti-oxidant untuk melawan radikal bebas
– Elasglow dan Fermented Soymilk utk rangsang collagen n elastin kulit so skin nnt makin anjal dan cegah kedut
– Boleh pakai untuk buat 7 skin method
– RANGE AHA & BHA
– Untuk skin NORMAL TO COMBINATION
– With Gluconic Acid utk buang dead skin cell so skin more soft n smooth.
– Bantu halang pores dari tersumbat
– Bantu hilangkan garis garis halus.
– RANGE BLEMISH
– Untuk skin Oily n Acne
– Mengandungi Hatomugi, Bishop’s Weed and Chamomile flower extracts utk lawan jerawat, kemerahab dan menenangkan irritated skin.
– Ada Hyaluronic Acid untuk lock, simpan dan kekalkan lembapan biar kulit lembut dan licin.
– Tak sesuai buat 7 skin method sebab dia ada alcohol which is untuk control minyak.
– Perhatikan yang saya bulatkan.
– Dengan 3 jenis Hyaluronic Acid untuk deeply masuk dalam skin utk restore skin punya moisture barrier and halang kulit hilang lembapan. Untuk skin normal to combination.
– Texture ringan so normal/combi/oily yang ini. Dengan 4 jenis hyaluronic acid untuk lock moisture dalam kulit. Ada extract aloe vera dan natural botanical extract untuk nourish kan skin.
– Tengok yang saya bulatkan.
– Sangat okay untuk oily dan combination skin yg nak hydratekan skin. Dia memang lightweight sgt2 texture dia. Yang ini ada Ceramide skali so memang elok if nak baiki moisture barrier kulit kita.
Salah satu jenis kulit wajah yang sering mendatangkan masalah seperti jerawat adalah jenis kulit berminyak.
Antara faktor kulit berminyak adalah daripada jenis pemakanan yang kita ambil setiap hari tanpa disedari.
Sebenarnya terdapat pelbagai makanan yang dapat memicu penghasilan minyak berlebihan yang sekali gus menyebabkan pelbagai masalah kulit seperti jerawat dan kulit berminyak.
Ayuh, kita lihat beberapa jenis makanan yang boleh menyebabkan kulit anda berminyak.
Garam adalah salah satu makanan yang memberi kesan buruk kepada kesihatan kulit.
Pengambilan garam berlebihan dapat menyebabkan dehidrasi selain pengekalan air di dalam badan. Ia juga boleh meningkatkan kadar minyak ketika kulit cuba melawan dehidrasi akibat garam.
Sebaik-baiknya, hindari makanan yang tinggi kandungan garam dan sekiranya memasak kurangkan penggunaan garam dalam masakan seperti sup atau menggoreng.
Daging merah mengandungi lemak tepu yang tinggi. Lemak tepu ini dapat meningkatkan keradangan pada kulit dan menyebabkan penghasilan minyak berlebihan.
Sebagai alternatif gantikan diet anda dengan daging putih seperti ikan dan ayam.
Jika garam mampu membuatkan kulit menjadi berminyak, bagaimana pula dengan gula? Rupa-rupanya gula turut memberi kesan yang sama seperti garam.
Kajian juga menunjukkan makanan dengan kadar gula yang tinggi akan meningkatkan penghasilan IGF-1, iaitu hormon peptida yang merangsang penghasilan minyak berlebihan pada kulit.
Kajian mendapati susu rendah lemak cenderung memicu pertumbuhan jerawat akibat kulit berminyak kerana ia mengandungi IGD-1. Alternatif untuk produk susu yang tidak menyebabkan kulit berminyak adalah susu segar.
Makanan bergoreng tinggi kandungan lemak tepu yang berpotensi menyebabkan keradangan kulit dan akhirnya kulit menjadi berminyak.
Gunakan minyak zaitun untuk memasak yang dapat menghindarkan lebihan minyak pada kulit anda.
Empat Kali Berat Naik, Tak Pernah Jemu Diet. Wanita Dedah Cara Pantas Turunkan Berat Badan! Pernah mengalami kenaikan berat badan bukan sekali tetapi berkali-kali hingga merasakan kerjanya sepenuh masa adalah menguruskan badan.
Namun bagi Hazirah Hj Hamzah tidak pernah pernah mudah putus asa untuk terus melakukan perubahan bentuk fizikalnya.
Melalui perkongsian di Grup Diet Suku-Suku Separuh dia memberitahu sebab kenaikan berat badan disebabkan memakai implanon.
Saya just nak buat perkongsian di sini. Tak semua orang sama. Ini merupakan kali ke-4 saya gemuk kembali.
Saya rasa pekerjaan full time saya adalah menguruskan badan. Semasa pregnant, lepas bersalin, bf anak. Badan saya maintain je. Saya memang amalkan suku-suku separuh all the times dan juga bersenam tu tak tinggal langsung.
Berat saya mula naik bila pakai implanon. Makin lama makin naik. 3 tahun saya pakai implanon berat naik hampir 20kg. Pelbagai cara lah saya buat untuk turunkan berat dan menghalang berat naik.
Saya makin mencatu makan, pernah buat eat clean, tambahkan intensity senaman, run sehari 6-7km. Seminggu run 40km. Cara pemakanan saya pun lebih strict dari diet kali ke-3 dulu.
Tapi semuanya tak berjaya. Saya tak tahu lemak² ni datang dari mana dan kenapa lemak² ni tak menghilang walaupun saya sangat aktif dan jaga makan. Setiap hari mesti lebih dari 10k steps.
Bila tiba masa nak remove implanon, berbincang dengan doktor.. doktor pun sampai terkejut berat naik banyak sangat walaupun aktif dan jaga makan. Doktor tak bagi sambung dah. Risau kena sakit lain.
Selepas saya remove implanon pada Julai 2022 barulah nampak penurunan sedikit demi sedikit. Rutin makan yg sama, rutin senaman yg sama.
Pengalaman kita tak sama. Mungkin ia memang tak serasi dengan saya. Ada orang pakai implanon berat makin turun. Tapi untuk saya memang tak tahu datang mana semua lemak² tu.
Ada ke yang melalui pengalaman yg sama dengan saya?
Selepas 3 kali gemuk, saya mendapat formula. ” Untuk kekalkan kejayaan penurunan berat badan, kita WAJIB jaga makan (eat healty, jaga portion) dan bersenam sepanjang hayat”.
Nampak remeh tapi kesannya besar! Melangkau sesi memanaskan badan boleh mengundang risiko kecederaan serius seperti otot terkoyak, sakit sendi, hingga tekanan jantung. Ketahui kenapa warm up adalah langkah paling penting sebelum anda mula bersukan.