Sambutan Syawal yang paling ditunggu-tunggu setiap tahun kerana inilah masanya tuan rumah ambil peluang mengadakan jamuan rumah terbuka bagi merai tetamu yang datang berkunjung.
Dan pastinya pelbagai juadah enak tersedia menanti tetamu seperti ketupat, lemang, kuah lodeh, sate ataupun pelbagai jenis rendang serta kuih muih dan manisan.
Rugi pulak tak menjamahnya kerana sajian disediakan semuanya enak dan menyelerakan.
Namun begitu perlu diingatkan jangan terlalu beri-ia menjamah semua makanan ini kerana sudah tentu mengandungi kolesterol, karbohidrat, garam dan gula yang tinggi.
Jika tidak ambil mudah, dibimbangi pelbagai penyakit lain yang datang seperti kencing manis, serangan gout dan sebagainya.
Keracunan Makanan
Mengulas lanjut, Pakar Endokrinologi Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Ng Ooi Chua, keracunan makanan sering berlaku jika terdedah dan dihinggapi serangga atau lalat, selain yang tidak dipanaskan secukupnya.
“Tanda keracunan apabila mengalami sakit perut, cirit-birit, loya, muntah dan pening,” katanya.
Dr Ooi Chuan berkata, bagi yang serius ia boleh menyebabkan koma atau pengsan. Namun yang tidak serius perlu rehat dan minum banyak air dan garam hidrasi oral (ORS) bagi menggantikan kehilangan garam galian penting dalam darah.
Gambar sekadar hiasan
Penyakit Kencing Manis
Bagi penderita kencing manis, mereka perlu lebih berwaspada kerana akan menjadi lebih teruk ketika Aidilfitri disebabkan terlalu banyak mengambil makanan manis.
“Pengambilan karbohidrat berlebihan akan menyebabkan paras gula dalam darah naik mendadak. Juga kerap membuang air kecil dan rasa haus kerana badan menjadi semakin kering.
Pesakit kategori ini perlu berhati-hati memilih makanan dengan kurangkan makanan laut seperti kerang dan udang.
“Bagi pesakit kali pertama mendapat gout adalah disebabkan asid urik dalam darah menyerang sendi. Gout selalunya menyerang sebelah kaki biasanya pada jari kaki dengan tiba-tiba.”
“Justeru, jaga makan dan banyak minum air kerana jika dehidrasi pembentukan asid urik menjadi lebih mudah,” sambil menegaskan pesakit perlu mengambil ubat anti radang bagi mengurangkan kesakitan.
Ads
Jika pesakit cuai dan paras asid urik terlalu tinggi ia boleh merosakkan buah pinggang pesakit dan batu karang.
Penyakit Gastrik
Gastrik berpunca daripada keracunan makanan, pedih ulu hati dan penghasilan asid berlebihan
“Ketika raya ramai kena gastrik kerana terlebih makan yang mengakibatkan refluks asid perut ke hujung esofagus serta mendapat radang yang teruk.
“Bagi ada simptom refluks yang serius seperti sakit pada abdomen, loya atau muntah boleh mendapatkan rawatan dengan makan ubat penyekat pam asid (PPI),” katanya.
Jangkitan COVID-19
Katanya, negara masih dilanda COVID-19 dan dijangka penyakit itu mungkin akan merebak dengan teruk pada sambutan Aidilfitri kali ini.
Ini berlaku kerana ramai akan berkumpul di bawah satu bumbung atau kawasan sesak nanti, sekali gus berisiko tinggi terdedah kepada udara tercemar dengan virus itu.
Ads
“Oleh itu, mereka mendapatkan suntikan COVID-19, mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan. Jika berasa tidak sihat atau mempunyai simptom seperti demam, sakit tekak atau batuk segera asingkan diri.
“Bagi yang disahkan positif, perlu mengambil langkah kuarantin bagi mengelak menjadi penyebar virus,” katanya.
Obesiti Ketika Aidilfitri
Mereka yang berpuasa lazimnya akan turun berat badan pada Ramadan, namun berat naik semula selepas Aidilfitri.
Ini berlaku disebabkan gangguan hormon leptin dihasilkan oleh sel lemak dan dibawa oleh darah ke otak untuk bertindak pada pusat kawalan selera makan.
“Kebanyakan mereka menghidap obesiti kerana kesan hormon leptin pada pusat selera makan semakin lemah dengan penambahan berat badan.
“Penurunan berat akan membawa kepada penurunan paras hormon leptin seterusnya akan meningkatkan selera makan, iaitu dua hingga tiga minggu selepas Aidilfitri.
“Sebaiknya kawal ketat pengambilan kalori secara konsisten setiap hari dan jika berjaya dilakukan, respons otak terhadap hormon leptin akan pulih,” katanya.
Golongan berisiko tinggi terutama pesakit kronik yang bakal menerima vaksin dinasihatkan melakukan beberapa persediaan seperti memastikan mereka dalam keadaan sihat selain perlu tahu nama ubat yang diambil atau membawa ubat tersebut ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) untuk ditunjukkan kepada petugas.
Pakar Perunding Kanan Perubatan Dalaman Hospital Pakar KPJ Perlis Dr Nurazam Omar berkata, mereka juga perlu segera memaklumkan kepada petugas sekiranya mengalami sebarang gejala dijangkiti wabak Covid-19 dan turut dinasihatkan untuk membawa pen sendiri bagi mengelak risiko dijangkiti.
Justeru katanya, pesakit kronik tidak perlu takut atau risau untuk menerima suntikan vaksin Covid-19 kerana ia perlu bagi melindungi mereka daripada mendapat kesan yang teruk jika dijangkiti virus itu.
Dr Nurazam berkata, vaksin boleh diibaratkan sebagai ‘perisai’ kerana ia dapat mengurangkan risiko jangkitan bagi pesakit kronik yang merupakan antara golongan tertinggi yang mendapat jangkitan wabak berkenaan.
“Mereka yang mengambil ubat atau dalam tempoh rawatan juga tidak perlu bimbang untuk mengambil vaksin Covid-19 kerana ia selamat.
“Nisbah kadar kemungkinan mendapat kesan sampingan daripada suntikan vaksin Covid-19 antara individu sihat dan mereka yang mempunyai penyakit adalah sama, jadi pesakit kronik tidak perlu risau akan perkara ini,” katanya kepada Bernama.
Dr Nurazam berkata, antara kelebihan vaksin kepada pesakit kronik yang dijangkiti Covid-19 ialah mereka dapat mengurangkan risiko kebolehjangkitan virus tersebut kepada ahli keluarga terdekat lain terutama yang berumur 18 tahun ke bawah.
Mungkin masih ramai anda di luar sana yang berusaha keras untuk hilangkan parut di wajah, tanpa memerlukan bajet yang besar, anda boleh menggunakan petua asam jawa ini.
Menurut Puan Muyassarah Samad, sudah bertahun dia setia dengan amalkan petua cantik ini sebab bahan-bahannya semua semula jadi.
Tiada bahan kimia dan paling penting boleh buat sendiri. Ya, senang sahaja nak buat cuma perlukan sedia bahan-bahan ini dulu:
Tips Hilangkan Parut Jerawat
1. Asam jawa
2. Bedak sejuk
3. Air kosong
Cara Buat:
Ambil sedikit asam jawa ikut rasa hati. Kemudian tambah air kosong jangan terlalu cair dan jangan terlalu pekat.
Ini rupa selepas digaul.
Ambil bedak sejuk campur sekali dengan pes asam jawa tadi. Kalau trlalu pekat, jangan lupa tambah air sedikit.
Bila dah campur semua gaul-gaul sampai sebati. Taraaa dah siap!
Petua ni memang saya dah amalkan 5 tahun dari zaman remaja.
Kalau nak nampak perubahan ketara, kena amalkan setiap malam. In syaa ALLAH seminggu parut dah boleh hilang. Masa tu muka saya teruk sangat jerawat, parut sampai malu nak keluar rumah. Mungkin perubahan hormon.
Waktu ni alhamdulillah dah tak teruk sangat lepas amalkan petua ni.
Jadi, kepada anda yang ada masalah parut jerwat tu, boleh cuba petua tradisional ini ya. Yang pastinya selamat daripada bahan kimia yang tinggi!
Selamat mencuba.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Korang mesti perasan banyak jual produk Spray Gun untuk nyah-infeksi (disinfection) permukaan-permukaan di rumah.
Sebenarnya, ada banyak jenis alat spray ni iaitu electrostatic sprayer, fogger, misters, atau vaporizer.
Alat-alat ini berfungsi dengan menukar chemical disinfection itu ke bentuk aerosol, lalu ia juga akan berada lama di ruang udara terutamanya jika kawasan itu ventilasi tidak bagus. Chemical dalam bentuk aerosol ni boleh memudaratkan kulit, mata, atau pernafasan kita.
CDC tak kata dia menggalakkan ada tidak menggalakkan penggunaan alat-alat untuk nyah-infeksi C-19 di ruang umum. Tapi, jika digunakan, ia harus digunakan dengan SANGAT BERHATI-HATI / EXTREME CAUTION.
Jika Electrostatic Sprayer atau Fogger digunakan :
– Perlu digunakan oleh orang yang terlatih
– Menggunakan chemical disinfection yang approved
– Mengikut arahan pengeluar (keselamatan, penggunaan, contact time)
– Memakai PPE yang cukup untuk melindungi keselamatan operator, orang sekeliling, dan pengguna bilik lepas tu.
– Guna dengan EXTREME CAUTION jika di kawasan penyediaan makanan atau tempat anak2 main.
Fahami risiko :
– Pendedahan kepada disinfectant chemical dalam bentuk aerosol boleh memudaratkan kulit, mata, dan pernafasan
– Risiko mudarat adalah lebih besar jika digunakan di kawasan penyediaan makanan, atau tempat anak2 bermain.
– Setiap alat berbeza mempunyai cara penggunaan dan risiko keselamatan berbeza. Biar orang terlatih yang buat. Saya pun tak reti.
Dalam kebanyakan keadaan, mencuci permukaan dengan sabun atau detergen SUDAH CUKUP untuk mengurangkan C-19.
Lepas tu kalau nak lebih sikit, disinfect la dengan kaedah biasa seperti lap dengan cecair, wipes, atau disinfectant spray bottles. Dah memadai tu. Memangla tak canggih atau cool macam spray gun tu, tapi lagi selamat.
So, bagi saya untuk penggunaan rumah, TAK PERLU SPRAY GUN. Kalau nak guna lecehla bagi saya. Risiko pun tinggi kalau guna dengan cara salah #drizzarshares