Majlis ini turut dihadiri ramai nama besar seperti Calvin Klein dan Donna Karan yang juga antara pereza fesyen terrenal Amerika.
Ramai menyangka pereka Vera Wag atau nama sebenarnya Vera Ellen ini masih muda melihat pada penampilan, tetapi rupanya usia sudah mencecah 70 tahun.
Ramai yang teruja melihat penampilan beliau yang sangat anggun dan terserlah dengan menggayakan gaun kuning warna kuning neon biarpun usia sudah mencecah hampir setengah abad.
Mempunyai tubuh yang langsing menyebabkan ramai tertanya-tanya apakah rahsia awet muda pereka berketurunan Cina ini yang lahir pada 27 Jun 1949. Rupa-rupanya ini rahsia kecantikan dan kesihatan Vera Wang.
Dalam sebuah wawancara bersama Harper’s Bazaar 2012 lalu, Vera pernah memberitahu tentang rutin hariannya. Ia ternyata bukan seorang “morning person” atau seseorang yang biasa bangun pagi dan terbiasa bangun sekitar 8 pagi.
Namun demikian, Vera juga merupakan orang yang disiplin menerapkan waktu tidur tujuh hingga lapan jam setiap malam. Setiap malamnya ia tidur sekitar pukul 1 atau 2 pagi. Demi tidur yang nyenyak, Vera selalu berusaha menciptakan suasana tidur yang nyaman dengan temperatur rendah.
Lazimnya beliau makan yoghurt dan buah segar atau di lain hari menggantikannya dengan telur dan sosej ayam. Salmon panggang dengan nasi merah dan lemon serta minum kopi, antara pilihannya.
Vera tak pernah melewatkan waktu makan. Beberapa menu yang biasa diambil ketika makan di siang hari lah adalah sashimi dengan nasi merah dan sayur-sayuran, brokoli kukus Cina dengan ayam dan nasi, atau artichoke salad atau ikan dari Sant Ambroeus.
Menjaga pola makan sihat membuatnya bisa mengambil jajan kesukaannya di sela waktu makan, tetapi tentunya tidak setiap hari.
Ads
“Ada hari yang mana aku makan sepotong piza setiap hari, tetapi tidak bertambah berat badan.
“Ini (piza) tidak buruk selama kita membuang minyak berlebihannya. Piza sangat mengenyangkan,”
Dan tentunya, beliau menghindari minum soda sebagai teman makan piza dan menggantinya dengan air putih. Vera memang tidak melewatkan waktu makan, termasuk makan malam, tetapi tegas membatasinya tidak lebih dari pukul 7.30.
Lima kali dalam seminggu ia biasa pergi makan malam di luar rumah, tentunya dengan memesan menu-menu sihat. Sementara pada hari minggu ia biasa mengundang teman-temannya ke rumah dan menghidangkan menu masakan Cina.
Vera juga biasa meluangkan sedikit waktunya untuk belajar meditasi dan berolahraga di pagi hari. Bukan aktiviti fizikal berat, tetapi dijalaninya secara rutin.
“Aku biasa mengangkat beban, tidak berat, hanya 1kg – 1.3 kg dan total lima menit,” kata dia.
Vera boleh jadi merupakan pereka fesyen ternama yang sibuk, tetapi ternyata ia tak pernah tidak meluangkan waktu untuk membahagiakan dirinya sendiri. Pada pagi hari setelah berolahraga dan meditasi, ia biasa berendam dan merawat rambut serta kulitnya. Ketika pergi bekerja, beliau sangat jarang menggunakan pakaian formal.
Ads
Lebih selesa menyarung kaus dan legging. Beberapa legging yang sering dikenakannya merupakan koleksi keluaran Balenciaga, Givenchy, Danskin, atau dari lini busana miliknya, Kohl’s.
Vera menikmati rutin pekerjaan, tetapi tidak gila kerja. Ia biasa mencuri waktu untuk ke luar pejabat sekitar pukul 4 petang untuk berbelanja atau sekadar cuci mata selama beberapa jam.
Pada momen tersebut ia biasa beliau meninjau busana, tidak hanya busana perempuan tapi juga busana laki-laki.
“Terdengar aneh, tapi saya suka dengan busana laki-laki. Misalnya, topi, saya sangat gila topi. Rambut saya sangat banyak dan kepala agak besar jadi saya harus pakai topi laki-laki,” katanya.
2 .Vera Wang pernah menjadi editor majalah fesyen Vogue selama 17 tahun sebaik tamat pengajian di universiti. Dia kemudiannya meneruskan kariernya dengan bekerja bersama Ralph Lauren sebelum mula mereka gaun pertamanya pada usia 40 tahun.
3. Merupakan seorang atlet sukan luncur air. Apabila kedua iba bapanya berhijrah ke AS pada pertengahan tahun 1940-n. Mula berlatih sebagai pema luncur ais tetapi gagal untuk berjaya ke pasukan Olimpik AS. Dia kemudiannya memutuskan untuk terjun dalam industri fesyen.
4. Telah menubuhkan syarikat sendiri setelah bekerja selama dua tahun di Ralph Lauren pada 1990. Mendapat sokongan ayahnya, Vera Wang membuka butik mewah di Caryle Hotel di New York untuk merancang dan menjual busana perkahwinan yang dibuat mengikut tradisi couture Paris.
5.Vera Wang rupanya seorang pereka gaun pengantin yang terkenal. Beliau mula meneroka perniagaan fesyen sendiri pada tahun 1989. Ketika itu, wanita ini merancang gaun pernikahannya sendiri. Vera Wang kemudian terus belajar mengenai teknik dan desain gaun pengantin, hingga akhirnya mewujudkan Vera Wang Bridal House.
6. Label dari jenama Vera Wang telah digunakan banyak selebriti terkenal antaranya Ivanka Trump, Chelsea Clinton, Victoria Beckham, Nancy Kerrigan dan juga Kate Hudson.Terbaru juga bintang sensatie Ariana Grande, Gwan Stefani yang turut menggunakan khidmat pereka ini.
Tidak dinafikan, ramai yang gemarkan aktiviti berbasikal. Sama ada berbasikal secara individu atau berkumpulan, aktiviti ini makin popular hari ini.
Banyak manfaat diperoleh bagi yang mahu mencuba aktiviti lasak ini. Namun bagi yang baru mula-mula menceburinya perlu persediaan awal agar tidak mendatangkan masalah kelak.
Ini antara kenaikan aktiviti berbasikal yang perlu anda tahu.
1. Mengurangkan risiko sakit kronik
Berbasikal amat baik untuk kesihatan jantung. Ketika berbasikal pengaliran darah ke jantung akan meningkat. Peningkatan aliran darah membuatkan jantung memiliki oksigen yang mencukupi dan membantunya untuk berdegup dengan lebih baik. Keadaan ini secara tidak langsung akan mengurangkan risiko serangan jantung sehingga 50%. Tidak ketinggalan penyakit tekanan darah tinggi dan diabetes.
Kajian oleh British Medical Association mendapati berbasikal amat sesuai untuk diamalkan oleh penghidap bronchitis dan asma kerana keupayaannya dalam meningkatkan dan memperbaiki fungsi paru-paru.
Berbasikal di persekitaran terbuka membuatkan individu terdedah kepada cahaya matahari. Sinaran matahari kaya dengan vitamin D yang bagus untuk kesihatan hingga mampu mencegah penyakit osteoporosis, kanser payudara dan kanser prostat.
Selain itu, senaman ini turut meningkatkan pengeluaran sel penyerang bakteria di samping menguatkan sistem imun tubuh. Malah masalah insomnia juga dapat diatasi menerusi senaman berbasikal kerana ia mampu meningkatkan kualiti tidur individu.
2. Merawat artritis
Berbanding senaman lain, berbasikal tidak memberikan tekanan kepada sendi atau tulang rawan. Sebaliknya ia membantu menyihatkan otot dan sendi pada kaki dengan gerakannya yang berupaya untuk menguatkan tulang rawan.
Keupayaan ini secara tidak langsung dapat membantu merawat dan mengurangkan risiko serangan arthritis dan pembengkakan sendi.
3. Memperbaiki mood
Seperti senaman lain, berbasikal akan mengeluarkan hormon endorphin sekali gus mengusir keluar segala perasaan negatif terutama stres yang ada dalam diri. Perembesan keluar endorphin bukan hanya memperbaiki mood dan mengawal keseimbangan hormone individu bahkan menjadikan mereka lebih positif dalam menjalani kehidupan.
4. Menurunkan kadar kolestrol
Melibatkan pergerakan otot-otot paha, lengan dan pinggul membuatkan aktiviti berbasikal efektif dalam menurunkan kadar kolesterol yang terdapat dalam tubuh. Hanya dengan melakukan senaman berbasikal sebanyak 3 kali seminggu dan satu jam bagi setiap sesi, paras kolesterol yang tinggi akan berada di tahap sepatutnya.
5. Menguatkan tulang
Berbasikal secara rutin membantu menguatkan tulang di bahagian atas anggota badan dan tulang belakang. Justeru, risiko untuk mengalami patah atau kecederaan tulang yang lain akan berkurangan. Malah kajian juga menunjukkan bahawa individu yang aktif berbasikal jarang mengalami patah tulang pinggul apabila tua.
Selain itu berbasikal juga berupaya menguatkan tulang kaki dan merupakan mobility terbaik untuk pinggul dan sendi lutut. Kanak-kanak yang sedang mengalami proses tumbesaran amat digalakkan untuk melakukan senaman yang melibatkan kaki kerana ia bukan hanya mampu menguatkan kaki malah turut juga berupaya menjadikan mereka lebih tinggi.
6. Merehatkan minda
Aktiviti ini juga berkesan dalam merehatkan minda terutama jika kita berbasikal pada awal pagi atau lewat malam. Hembusan udara yang segar pada kedua-dua waktu ini mampu menenangkan fikiran sekaligus mengusir stres yang sedang dialami. Dalam masa yang sama ia turut meningkatkan kepekaan dan daya konsentrasi individu.
Panduan Ketika Latihan
1. Kayuhan pada kelajuan tinggi dan menggunakan gear yang rendah adalah untuk tenaga maksima dan mengurangkan kelesuan.
2. Pilihan gear yang sesuai adalah untuk membolehkan anda mengekalkan kayuhan dan mengekalkan kadar denyutan jantung pada sasaran yang ditetapkan.
3. Penukaran gear yang betul boleh mengekalkan rentak kayuhan di pelbagai jenis laluan.
4. Selalu tukar kedudukan tangan jika jarak kayuhan jauh untuk mengelakkan sakit leher , bahagian bawah belakang badan dan pergelangan tangan.
5. Pada beberapa minggu permulaan dari program berbasikal anda, berbasikal di laluan yang mempunyai laluan yang mudah antara 20 hingga 30 minit , tiga kali seminggu. Kekalkan kadar kayuhan sehingga 55 hingga 60 kayuhan seminit yang membolehkan anda berkayuh dalam pelbagai gear tanpa meletihkan.
Penat menguruskan hal rumah seharian, sesekali nak juga manjakan wajah dengan cara jimat.
Haa… apa kata anda cuba buat masker mudah yang dikongsikan oleh Puan Yanie Rosdi ini supaya dapat segarkan muka dan selesaikan masalah kukit kusam
CARA BUAT MASKER 3 BAHAN UNTUK KULIT BERMINYAK
Katanya, mungkin jarang orang buat masker macam ni. Tapi sebenarnya kalau diamalkan ia sangat berkesan.
Kalau tak percaya cuba buat sebelah muka dan tengok perbezaannya nanti.
Caranya mudah saja, bahan pun biasa ada dekat rumah.
BAHAN-BAHAN
Oat
Putih telur
Lemon (optional)
Oatmeal ni selain baik untuk jantung dan menyerap minyak atau kolesterol berlebihan, ia juga bagus untuk mengurangkan minyak di wajah.
Telur pula berfungsi untuk mengecilkan pori-pori di wajah sehingga mengurangi pengeluaran minyak yang berlebihan.
Campuran kedua-dua bahan ini boleh dijadikan rawatan kulit berminyak di rumah yang sangat mudah. Sedikit titisan lemon pula memberi aroma yang wangi dan menyenangkan!
CARA-CARA
1. CAMPUR BAHAN
Cara nak buat masker ni senang je.
Mula-mula, campur dan gaulkan semua bahan sehingga membentuk pes.
Lemon tu optional, untuk wangikan dan tambah kesegaran. Kalau tak ada pun tak apa.
2. SAPUKAN PADA MUKA
Kemudian, oleskan pada bahagian muka dengan rata. Muka akan terasa sejuk je.
3. BIARKAN SEKEJAP
Selepas itu, biarkan selama sekurang-kurangnya 30-45 minit atau sehingga kering. Seeloknya buat masa nak tidur, senang sikit tak perlu nak bergerak-gerak.
4. BILAS
Akhir sekali, bilaslah dengan air suam. Muka anda akan terasa lebih segar, bersih, bebas minyak dan makin berseri walaupun dengan solekan yang paling minima. Yalah, kita yang ada anak 4 orang ni kadang-kadang mana sempat nak make up setiap kali keluar, kan?
Cuba amalkan 2-3 kali seminggu untuk kesan yang lebih memberangsangkan.
JOM CUBA!
Mudah kan? Cuma nak kena rajin sikit ambil masa untuk manjakan kulit muka kita. Dah seharian suntuk sibuk dengan kerja, sesekali buat masa nak tidur pun apa salahnya kan.
Yang penting ianya mudah, jimat dan berkesan.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jika tahun lalu Sinar Harian melalui hasil laporan cemerlang telah dinobatkan sebagai pemenang Hadiah Kajai iaitu kategori utama Hadiah Kewartawanan Malaysia – MPI Petronas 2020.
Dan tahun ini sekali lagi rezeki berpihak kepada Kumpulan Media Karangkraf apabila dipilih menjadi sebagai penerima Anugerah Hari Wartawan Nasional (Hawana) 2022 pada majlis kemuncak sambutan Hawana di sini semalam.
Berdiri megah sebagai syarikat penerbitan sejak 40 tahun lalu menyaksikan Kumpulan Media Karangkraf dipilih sekaligus membawa pulang trofi, sijil sera wang tunai RM10,000 pada kemuncak sambutan Hawana di Banda Hilir, Melaka.
Penyampaian anugerah itu disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kepada Pengerusi Kumpulan Karangkraf, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub.
Dalam ucapan selepas menerima pengiktirafan ini, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub berkata, anugerah itu merupakan penghargaan bagaimana wartawan, akhbar dan organisasi media tersebut boleh memberi impak kepada masyarakat.
Menurutnya, ini termasuk beberapa siri program dan kempen yang diperkenalkan serta dilaksanakan seperti Rumah Ngaji, kempen World #QuranHour dan #RasuahBusters.
Katanya, pengiktirafan itu juga menunjukkan bahawa apa yang diusahakan selama ini bukan setakat menyampaikan berita, namun dapat menukarkan budaya dan juga mengembalikan integriti yang telah hilang kepada masyarakat.
“Di mana nilai moral dan karakter bangsa yang telah runtuh sebelum ini dapat dipulihkan melalui usaha-usaha yang telah dibuat oleh wartawan.
“Syukur Alhamdulillah, Karangkraf diiktiraf pada hari ini dan di Karangkraf kita berpadu tenaga,” katanya.
Hadiah disampaikan oleh Perdana Menteri.
Tambahnya, kejayaan sedemikian juga tidak akan dicapai tanpa sokongan media-media lain untuk memulakan kempen-kempen tersebut.
Hari Wartawan Nasional merupakan satu pengiktirafan kepada golongan wartawan yang merupakan “insan di sebalik tabir” melaporkan peristiwa penting berlaku di seluruh dunia.
Selepas dua tahun tidak diadakan kerana Covid-19, Hawana 2022 diadakan sekaligus mengiktiraf Kumpulan Media Karangkraf sebagai media terbaik.
Antara kriteria untuk dipilih sebagai penerima anugerah itu adalah berdaftar dan menunjukkan hasil kerja cemerlang, kupasan isu yang mendalam, berkualiti serta berimpak pada tahun yang dinilai.
Selain berdaftar, ia juga mengamalkan tatakelola serta nilai kewartawanan yang baik, selain menyumbang kepada pembangunan industri kewartawanan dan media di negara ini, manakala hasil karya terlibat harus menyumbang kepada pembangunan insan, keamanan dan kesejahteraan sejagat.
Mengimbau penubuhan Kumpulan Media Karangkraf, gergasi media ini membuat kemunculan pertama pada 1978 dengan Mingguan Kanak-kanak dan pada 1990, organisasi itu kemudiannya melebarkan skop perniagaan dengan penerbitan beberapa genre buku menerusi Alaf 21 dan Karya Bestari.
Pada 2006, kumpulan itu melahirkan akhbar kompak wilayah, Sinar Harian yang kemudiannya mencatat sejarah sebagai akhbar paling cepat berkembang di Malaysia.
Kini kumpulan media itu berdiri gah dalam industri dengan 13 keluaran majalah, penerbitan novel, percetakan, saluran media Internet dan pemberitaan akhbar.
Hargai peranan wartawan
Pada 2015, kumpulan itu memperkenalkan program Malaysia Ngaji disusuli Kempen World #QuranHour pada 2016 serta beberapa siri rantaian seperti Malaysia #QuranHour, Merdeka #QuranHour dan World #QuranConvention yang secara kumulatifnya merekodkan 2.475 bilion penyertaan.
Pada Februari 2021, inisiatif agresif membanteras rasuah diperkenalkan kumpulan itu menerusi #RasuahBusters membabitkan gabungan media, individu, pertubuhan serta syarikat swasta dengan kolaborasinya kini melibatkan 550 rakan strategik.
Anugerah Hawana 2022 bertujuan mengiktiraf dan sebagai penghormatan kepada wartawan profesional, individu atau organisasi yang memberi sumbangan besar bukan sahaja dalam bidang kewartawanan tetapi dalam membentuk minda rakyat menerusi karya-karya dihasilkan.
Tarikh 29 Mei diwartakan sebagai Hari Wartawan Nasional sempena penerbitan pertama akhbar di Malaysia iaitu Utusan Melayu pada 29 Mei 1939, yang menjadi platform pertama media di Malaysia.
Kali pertama Hawana diadakan adalah pada 11 April 2018 di Pusat Pameran dan Konvensyen Matrade Kuala Lumpur. Sambutan julung kali bertemakan ‘Membela Bangsa, Membina Negara’ itu dihadiri kira-kira 1,000 pengamal media dari seluruh negara.
Pada 30 November 2021, kerajaan bersetuju mengekalkan tarikh 29 Mei setiap tahun sebagai Hari Wartawan Nasional. – Sinar Harian / Bernama