Perkongsian Dr Rizal Abu Bakar yang berkongsi resipi membuat minuman alternatif untuk boost tenaga dan juga mampu buatkan seseorang itu jadi tenang.
Minuman Alternatif Dari Herba Terpilih Bantu Boost Tenaga
Hari ni ramai yang dah selesai puasa enam. Alhamdulillah dan tahniah atas usaha. Puasa luar ramadan lain dari dalam bulan ramadan. Maklumlah kita saja puasa. Orang lain tidak.
Pada yang puasa bagus minum air hikmat. Air apa air hikmat ini? Air longan kering campur red dates, Goji Berry dan gula kelapa. Dalam masa sama nak cari minuman alternatif yang boleh boost energi, fokus dan rasa tenang.
Saya pun teringin. Jadi saya selongkar almari cari bahan-bahan. Mujur jumpa Red Dates. Red Dates ini terkenal di kalangan orang Cina. Orang Melayu kurang sikit dengan Red Dates ni. Apapun Red Dates ni power khasiatnya.
Ads
Power kat mana? Power pada anti oksida. Bayangkan Red Dates ni ada 3 anti oksida hebat. Flavonoids: Bantu hilangkan inflamasi. Juga dikaji dalam konteks kurangkan risiko diabetes, alzheimer dan kanser. Sebab tu kena rajin ambil makanan yang ada flavonoids ni.
Carotenoids: Carotenoids penting untuk kesihatan jantung. Juga didapti dapat jauhkan risiko penyakit mata seperti macular degeneration. Masa buat PhD dulu ada kawan yang buat research pasal macular degeneration. Orang Asia kurang sikit kena penyakit ni.
Phenolic acid: Kurangkan risiko terkena kanser dan penyakit jantung. Nampak tak dia punya power.
Yang paling saya suka pasal Red Dates ni ialah kesannya pada otak. Kajian dapati pengambilan Red Dates tingkatkan memori. Ambil Red Dates juga bantu pembelajaran. Juga kurangkan anxiety.
Paling best Red Dates dapat hilangkan plak dalam otak. Ya plak macam plak gigi tu. Plak ini biasanya jadi penyebab kepada Alzheimer. Ganggu komunikasi antara sel. Macam jalan kena Lockdown dengan kawat besi. Tapi bil arajin ambil Red Dates, kawat besi pun hilang. Macam tulah lebih kurang.
Kajian lain pula sebut mudahkan proses bersalin. Jadi ibu-ibu bolehlah rujuk pegawai perubatan kalau berminat nak ambil.
Goji Berry ni secara ringkasnya ada 7 kebaikan. Kebaikan ini dibuktikan oleh sains. Kalau kaki selsema dan rasa mudah sakit perlu sangat berjinak dengan Goji Berry ni. Sebab Goji Berry tingkatkan imun sistem dan lindungi kita dari selsema.
Paling disukai ialah bab Goji Berry bantu turunkan berat badan. Untuk lelaki sesuai sangat ambil. Kajian dapati boleh tingkatkan testosteron. Ada pula research kata pengganti kepada viagra. Nak tahu kenalah cuba. Jangan abam gi telan sekilo pulak.
Untuk nak maraton beribadat kenalah ambil Goji Berry ni. Sebab dia beri ekstra energi, tidur jadi berkualiti, lebih tenang dan kuasa fokus juga meningkat. Yang sakit sendi lutut tu bokehlah cuba. Sangat membantu. Senang nak turun naik sujud.
Ads
Gula kelapa pun hebat khasiatnya. Terutamannya pasal Inulin. Bahan yang akan stabilkan gula dalam darah kita.
Macam mana nak buat? Begini caranya.
1. Basuh Goji Berry, Red Dates dan Longan. 2. Red Dates rendam sekitar 15 minit. Nak bagi lembut sikit. 3. Masuk air lebih kurang 1 liter atau satu liter setengah. 4. Masukkan semua bahan kecuali gula kelapa. 5. Rebus sampai mendidih. 6. Masukkan gula kelapa secukup rasa 7. Boleh masukkan daun pandan kalau nak. Tak nak pun tak apa.
Mungkin ada yang akan tanya berapa biji nak letak? Untuk Goji Berry masukkan segenggam. Longan dalam 30 biji dan Red Dates dalam 20 biji. Nak tambah boleh. Nak kurangkan pun boleh.
Senangkan? Power pun power. Sempat lagi kalau nak buat ni. Apakata SHARE resepi ni dengan kawan-kawan dan adik beradik.
Ada sesetengah wanita pakai blusher sampai nampak lebih berusia daripada umur sebenarnya. Haa… ini yang anda kena betulkan!
Jangan sampai nampak wajah pelik dan tak cun disebabkan anda tak tahu teknik pakai blusher dengan betul.
Pakai Blusher Sampai Nampak Tua Dari Usia Sebenar
Rupanya ada teknik pemakaian solekan yang kita tersalah buat terutama sekali dalam cara memakai blusher di pipi. Kalau tersalah cara meletakkan blusher di pipi boleh menjadi faktor wajah anda kelihatan lebih tua, bahaya!
Ada perkongsian di laman X tentang cara yang betul untuk anda aplikasikan blusher di pipi supaya tidak kelihatan seperti wajah orang tua. Jom betulkan untuk buat wajah anda kelihatan lebih segar!
1. Kalau nak blusher tahan lama sila pakai sebelum anda setting dengan loose powder. Blusher itu akan melekat dekat foundation so dia akan tahan lebih lama. Pakai terang sikit sebab nanti letak powder akan blurry sikit warnanya. If blurry boleh touch up sikit.
2. Apply blusher ikut bentuk muka anda semua. Kalau muka petak ikut lokasi petak untuk letak di muka.
3. Kalau nak effeck makeup cute, letak dekat hidung juga akan nampak lebih comel tapi jangan letak banyak sangat nanti jadi badut.
4. Untuk tak nak bagi makeup nampak pucat. Boleh juga letak blusher satu muka cuma terangkan bahagian pipi and hidung sikit. Sebab kalau tak buat macam ni nanti muka nampak pelik. Touch up bagi blusher rata agak-agak nampak natural je.
*Jangan terlampau merah sangat pipi tu, risau orang ingat baru lepas kena tampar pula.
5. Beli blusher mengikut tona kulit kita. Kalau silap pilih tona ini muka anda akan nampak pelik . Boleh refer sini.
Walaupun hanya bekerja dari rumah saja namun tidak membataskan seseorang itu untuk sentiasa kekal cantik.
Seperti yang dilakukan oleh pelakon jelita Izara Aishah yan mengakui ‘self love’ atau menyayangi diri sangat penting dalam kehidupan seseorang.
Justeru tidak ada masalah baginya untuk mempraktikan perkara ini dengan sentiasa berhias cantik di rumah kerana perbuatan ini membuatkan dirinya lebih gembira.
“Self love itu amat penting untuk diri sendiri. Apatah lagi waktu sekarang ini kita kena tahu cara terbaik untuk buat diri kita sendiri rasa gembira.
“Saya suka buat diri gembira dengan bersolek di rumah, bersiap cantik-cantik dan bergaya depan cermin pun sudah boleh buat saya gembira. Maklumlah saya ini kuat berangan orangnya,” ujar Izara ketika sesi virtual eksklusif BeauRaya yang turut disertai penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza, Nabila Razali dan pengacara Hawaii Rizwana baru-baru ini.
Tujuan sesi virtual ini diadakan adalah bagi mengharga peminat da penguna setia produk Beausiti dengan memberi semangat positif dan inspirasi dalam mengharungi pelbagai cabaran ketika pandemik Covid-19.
Ramai antara kita yang menggemari jus buah-buahan. Lebih-lebih lagi jika dicampurkan dengan pelbagai jenis buah-buahan.
Malah dikatakan segelas jus menggunakan buahan segar dapat memberikan rasa enak dan kesegaran pada diri.
Walaupun begitu menurut pakar pemakanan, bukan semua jus baik untuk kesihatan. Ini kerana dikatakan terdapat jus yang hanya lebih baiksedikit berbanding air gula.
Dan ini antara pilihan jus yang baik untuk kesihatan
Jus Sayuran
Menghasilkan jus daripada sayuran adalah mudah dan baik untuk anda. Lycopene dalam jus tomato boleh membantu mengurangkan risiko kanser prostat. Jus bit (beet) pula dapat mengawal tekanan darah.
Walaupun tidak sebanyak mengambil sayuran secara mentah, namun masih terdapat serat dalam sari (pulp) jus sayuran dan ia berfungsi menyingkirkan rasa lapar. Malahan kandungan gula dan kalori juga adalah lebih rendah berbanding jus buah biasa. Jangan lupa untuk menyemak kandungan sodium (garam) atau anda boleh memilih jus sayuran versi kurang sodium.
Jus Delima
Jika anda ingin mengamalkan pengambilan satu gelas jus setiap hari, pastinya anda mahukan pilihan yang terbaik. Adakah anda tahu jus apa yang menawarkan kandungan nutrisi paling hebat dan berbaloi untuk diminum?
Jawapannya adalah jus delima. Jenis jus ini adalah tinggi kandungan gula dan kalori tetapi memberikan banyak nutrien baik untuk anda yang dipanggil antioksidan. Kandungan antioksidan di dalam jus delima adalah lebih besar berbanding teh hijau.
Jus Kranberi
Jus daripada buah ini mempunyai kandungan vitamin C yang diperlukan oleh sistem imun badan anda. Mengambil minuman jus kranberi tanpa gula boleh membantu mencegah pembentukan bakteria yang menyebabkan jangkitan saluran kencing.
Jus Acai Beri
Acai beri merupakan buah yang terdapat di Amerika Selatan. Sari buah acai ini mempunyai kepekatan antioksidan yang lebih tinggi berbanding kranberi, beri hitam, strawberi mahupun beri biru. Rasanya masam-masam manis sudah tentu mampu menambat citarasa anda.
Jus Anggur Merah
Mungkin anda pernah mendengar pengambilan wain merah dalam jumlah yang terkawal dan sederhana adalah baik untuk hati. Begitu jugalah kesannya jika anda minum jus anggur merah. Ia kaya dengan flavonoid dan resveratrol.
Jus Prun
Kebanyakan individu yang minum jenis jus ini adalah untuk melegakan sembelit. Ia amat berkesan membantu sistem pencernaan anda kerana prun merupakan sumber serat yang baik dan mengandungi julap (laxative) semula jadi yang dipanggil sorbitol. Jus ini juga mempunyai kandungan antioksidan, zat besi dan kalium.