Seperti yang kita tahu, limbu nipis bukan saja penyedap jika dicampur dengan sambal, tetapi juga banyak khasiat lain yang tersembunyi di sebalik buah warna hijau ini.
Jika diamalkan secara konsisten tidak hairanlah anda akan nampak hasilnya nanti.
Seperti perkongsian Tanya Doktor Syid tentang khasiat limau nipis ini, terutama ia boleh membantu kita untuk kurus.
Antara Kebaikan Air Limau Nipis:
Air merupakan bahan kedua terpenting dalam tubuh manusia selepas oksigen. Malah, lebih 60 peratus daripada tubuh manusia terdiri daripada air.
Air melaraskan suhu badan disamping membawa nutrien dan oksigen ke sel serta menghapuskan sisa yang tidak diperlukan oleh badan. Cecair ini mempunyai pelbagai fungsi penting dalam memastikan tubuh sentiasa sihat dan cergas.
Tidak gemar minum air kosong? Cuba campurkan air anda bersama buah sitrus seperti limau nipis, kasturi atau lemon.
Kredit Foto: Pexel.com
Limau nipis mengandungi sumber vitamin A, B, C dan D, kalsium, zat besi, potassium, magnesium, fosforus dan zink. Ia juga kaya dengan flavonoids yang sangat baik untuk kesihatan salur darah.
Ads
1. Tingkatkan Sistem Imun
Anti oksidan membantu melindungi badan dari kerosakan badan dan mengelakkan penyakit seperti penyakit jantung, diabetes, tinggi kolesterol dan darah tinggi. Juga mempunyai flavonoids yang boleh membunuh bakteria dan mengelakkan jangkitan.
2. Kurangkan Risiko Penyakit Jantung
Limau nipis mengandungi kandungan magnesium dan potassium yang baik untuk kesihatan jantung. Ia juga membantu menurunkan tekanan darah tinggi penyumbang utama kepada serangan jantung.
3. Mencantikkan Kulit
Kaya dengan vitamin C yang boleh menguatkan struktur kolagen dan membantu penghasilan kolagen dalam badan. Ini kerana, badan akan kehilangan 1.5 peratus kolagen bermula umur 25 tahun.
Gambar sekadar hiasan.
4. Dapat Aatasi Keradangan
Mampu atasi keradangan yang menjadi punca penyakit zaman moden. Antaranya seperti penyakit sendi. Kajian juga mendapati individu yang kurang vitamin C mempunyai risiko 3 kali ganda untuk mengalami sakit sendi (arthritis). Bukan sahaja membantu mengurangkan kemerosotan sendi, tapi baik untuk menurunkan kandungan asid urik dalam badan.
Ads
5. Bantu Penghadaman
Kandungan flavonoid di dalam limau nipis dapat merangsang penghasilan enzim penghadaman. Sebaiknya amalkan air limau nipis sebelum makan. Juga boleh diamalkan untuk mereka yang mempunyai masalah asid reflux. Disyorkan mengambil 2 sudu teh perahan limau nipis bersama air kosong setengah jam sebelum makan.
Gambar sekadar hiasan.
6. Rendah Indeks Glisemik (GI)
Kandungan indeks glisemik (GI) yang rendah membantu untuk melambatkan penyerapan gula (karbohidrat) di dalam badan. Kawalan gula darah akan bertambah baik terutamanya bagi penghidap Diabetes. Bukan itu sahaja, ia membantu menurunkan rintangan insulin, punca utama penyakit Diabetes.
7. Elak Batu Karang
Juga boleh mengurangkan urik asid dan mengurangkan risiko terbentuknya sesetengah jenis batu karang.
Ads
8. Langsingkan Badan
Limau nipis dapat meningkatkan metabolisma badan terutamanya jika diambil pada waktu pagi. Vitamin C di dalam limau nipis juga membantu meningkatkan pembakaran lemak di dalam badan. Pengambilan air limau nipis sebelum senaman dapat membakar lemak 30% lebih banyak berbanding individu yang tidak mengambil air tersebut.
Lebih elok lika perah 2-3 limau nipis ke dalam air kosong tanpa gula. Disyorkan minum sebelum waktu makan.
Roti putih karbohidrat sihat. Tapi makan lebih akibatkan risiko gemuk, kencing manis & jantung! Selama ini kita menjangkakan memilih karbohidrat dengan makan roti putih itu lebih sesuai bagi yang mengamalkan diet sihat.
Tetapi rupa-rupanya pengambilan roti putih yang tinggi akan mengakibatkan risiko kegemukan, kencing manis dan sakit jantung.
Roti Putih Karbohidrat Sihat
Ini kerana Roti putih merupakan Highly Processed food yang di proses dari gandum. Untuk menghasilkan tepung atau roti yang putih, pengilang perlu membuang bahagian Bran dan Germ gandung, meninggalkan bahagian Endosperm sahaja.
Proses tersebut menyebabkan kehilangan khasiat penting dari gandum termasuk serat, mineral dan vitamin.
Gemuk, Kencing Manis & Jantung!
Ia merupakan sumber karbohidrat yang ringkas. Selepas makan, gula dalam darah akan meningkat dengan pantas. Situasi ini jika berlaku terlalu kerap menyebabkan risiko penyakit diabetes.
Kerana jumlah fiber yang rendah, menyebabkan seseorang individu CEPAT LAPAR selepas paras gula berkurangan. Ini menyebabkan kita mengambil lebih banyak makanan dan menyebabkan risiko obesiti.
Pilihan alternatif yang lebih baik adalah roti jenis Wholemeal atau Whole wheat. Roti jenis ini masih ada kandungan serat, vitamin dan mineral.
Justeru Public Health Malaysia memberikan pilihan untuk memilih roti jenis Whole Wheat bread untuk kesihatan.
Ini kerana ia lebih berkhasiat dan gula dalam darah tidak meningkat dengan mendadak. Jadi untuk membuat apa juga makanan dari roti seperti sandwich atau roti telur, boleh memilih jenis ini untuk diet lebih sihat.
Seperti yang kita tahu, sarapan pagi adalah salah satu waktu makanan yang sangat penting.
Ini kerana ia dapat membantu membekalkan tenaga untuk tubuh badan agar dapat menjalankan aktiviti sepanjang hari dengan cergas dan aktif.
Jadi pilihan sarapan pagi berkhasiat penting, terutama bagi mereka yan mengamalkan diet. Ini antara pilihan boleh diambil untuk sarapan pagi anda sebelum memulakan kerja.
LEMPENG PISANG
Bahan-bahan
2 biji pisang
2 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
½ cawan oat
1 sudu besar serbuk kayu manis
Minyak zaitun
Cara penyediaan
1. Lenyek pisang di dalam mangkuk yang besar.
2. Masukkan telur dan esen vanilla dan gaul sebati.
3. Gaulkan bersama oat dan serbuk kayu manis hingga sebati.
4. Panaskan kuali leper yang disapu sedikit minyak zaitun kemudian sendukkan bancuhan pisang ke atas kuali.
5. Goreng sehingga kuning keemasan dan hidangkan bersama hirisan pisang.
TROPIKA SMOOTHIE
Bahan- bahan
I biji pisang (dibekukan)
1 cawan buah pic (dibekukan)
1 cawan nanas (dibekukan)
1 cawan susu badam
1 ikat sayur kale (dipotong halus)
Cara penyediaan
1. Masukkan semua bahan ke dalam pengisar dan kisarkan sehingga halus. Minum setiap pagi. Ia amat berkhasiat dan mengenyangkan!
MUFIN OAT
Bahan – bahan
1 ½ cawan oat
1 biji pisang
1 biji telur
1 cawan greek yogurt
¼ cawan sirap mapel
½ cawan susu badam
I sudu kecil esen vanila
1 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu kecil serbuk kayu manis
Sedikit garam
Hiasan
Buah strawberi
Buah blueberi
Buah apple
Cip coklat gelap
Kekacang
Buah kering
Cara penyediaan
1. Lenyekkan pisang dan masukkan telur, esen vanilla, sirap mapel dan susu badam. Kacau sehingga sebati
2. Masukkan yogurt dan kacau sedikit sebelum masukkan oat, serbuk penaik, serbuk kayu manis dan secubit garam. Kacau sebati.
3. Masukkan 1 skop sebatian tadi ke dalam acuan mufin dan taburkan hiasan yang berbeza.
4. Bakar selama 30 minit dengan suhu 180 darjah Celcius.
5. Siap untuk dihidang.
LEMPENG TOMATO
Bahan 1
½ cawan cendawan
½ cawan tomato
Serbuk lada hitam
1 labu bawang putih
2 cawan bayam
Secubit garam
Minyak zaitun
Bahan 2
¾ cawan tepung kacang kuda
1 ½ sudu yis
½ sudu serbuk penaik
½ sudu serbuk bawang putih
½ sudu serbuk kunyit
1 sudu cuka epal
Cara penyediaan
1. Goreng cendawan dan tomato menggunakan sedikit minyak zaitun kira-kira dua minit.
2. Masukkan secubit garam, serbuk lada hitam, bawang putih dan sedikit minyak zaitun.
3. Goreng sehingga menjadi warnanya bertukar keemasan sebelum memasukkan bayam. Kemudian ketepikan.
4. Masukkan pula bahan 2 ke dalam mangkuk yang besar dan gaul sebati.
5. Panaskan kuali leper bersama sedikit minyak zaitun dengan api sederhana. Ratakan sesenduk adunan lempeng ke atas kuali.
6. Apabila ia sedikit garing, letak gorengan bahan-bahan 1 tadi di atasnya dan biarkan sebentar.
7. Tutup api dan biarkan selama lima minit di dalam kuali yang bertutup.
8. Sedia dihidang.
FRENCH TOAST BLUEBERRY
Bahan-bahan
2 keping roti (dipotong dadu)
2 sudu besar susu
¼ serbuk kayu manis
½ sudu esen vanila
Buah beri biru
Cara penyediaan
1. Campurkan susu, serbuk kayu manis dan esen vanila. Kacau sebati.
2. Letakkan roti ke dalam mug tahan panas dan taburkan buah beri biru.
3. Tuangkan campuran susu tadi ke dalam mug dan masak menggunakan microwave selama 2 minit.
4. Hidangkan bersama madu.
Sejak kerajaan melaksanakan lockdown ini menyebabkan aktiviti kita hanya tertumpudi rumah sahaja.
Dan masa inilah selera makan pastinya membuak-buak, lebih-lebih lagi perkhidmatan penghantaran makanan menawarkan pelbagai promosi menarik.
Bukan itu sahaja dikatakan berdasarkan penelitian American Psychological Association, sebanyak 78 peratus orang Amerika bersetuju rutin pandemik adalah punca terbesar stres dalam kehidupan mereka.
Apabila stress kita akan makan dan makan hingga boleh menyebabkan berat badan semakin naik.
Justeru pakar psikiatri di Atlanta Georgia, Dr Howard Maziar menyarankan masyarakat mengamalkan ‘clean eating’ untuk meredakan stres secara sihat. Kawal keinginan untuk makan makanan yang mengandungi gula dan serat lemak yang tinggi.
Ini antara makanan sihat yang wajib anda cuba dan amalkan sepanjang tempoh pandemik.
1. Buah Beri
Duduk saja-saja depan televisyen tu apa kata anda makan buah strawberi dan blueberry yang mengandungi serat vitamin C dan kaya dengan antioksida bagi menggantikan snek ringan yang lebih berkhasiat.
Ia juga mampu untuk mengurangkan risiko diabetes dan obesiti jadi anda tidak perlu risau sekiranya ia diambil secara berlebihan.
2. Bayam
Asyik makan makanan bergoreng je, sekali sekala apa kata anda buat sup bayam kerana sayur bayam ni mudah didapati di mana-mana pasaraya dan sarat dengan vitamin B, C dan magnesium.
Sesetengah pakar berpendapat bahawa bayam adalah makanan yang penting untuk membantu mengurangkan masalah stres apabila diambil secara betul.
3. Pisang
Bila terasa lemau dan tidak bertenaga di rumah, anda boleh mengamalkan makan pisang untuk memberikan nutrisi yang cukup kepada badan sekali gus menghilangkan tekanan yang anda alami. Kandungan yis, vitamin B6 dan C membantu untuk memberikan anda tenaga dan lebih bersemangat.
4. Salmon
Nutrisi yang terdapat pada ikan salmon seperti omega 3 dan vitamin B mampu meningkatkan serotonin dalam badan anda di mana ia akan membantu mengembalikan ‘mood’ yang baik.
5. Telur
Siapa suka makan telur dekat sini? Untuk pengetahuan anda telur adalah sejenis makanan terbaik untuk membantu menghilangkan stres kerana ia mengandungi sumber vitamin B dan D. Nutrisi tersebut amat penting bagi kesihatan otak dan secara tidak langsung ia mampu mengatasi masalah stress.