Selagi ada usaha dan tekad, tak kira berapa usia kita pasti akan berhasil untuk turunkan berat badan. Ia bukan sahaja untuk kelihatan lebih yakin dan cantik, malah penting untuk kesihatan diri.
Berusia 57 tahun, dikenali di Facebook sebagai Cikgu Zana Yusof berkongsi bagaimana dirinya berjaya mengurangkan berat badan hampir 30kg tanpa menggunakan sebarang produk.
Tetap makan 5 hingga 6 kali sehari namun memilih diet sihat untuk setiap hidangan yang diambil bagi memastikan kejayaan dalam proses menurunkan berat badan.
Selepas setahun Cikgu Zana buktikan dia berjaya kurangkan 27kg dan menurutnya dia kini berasa lebih sihat dan apa yang paling ketara tak perlu lagi solat menggunakan kerusi.
Ikuti perkongsian wanita ini!
Ads
Setahun amal diet sihat, berjaya kurangkan 27kg!
Sekadar berkongsi kejayaan dgn rakan DSSS. Usia saya menjangau 57 tahun. Alhamdulillah masih sihat dan ceria..
Ads
Saya mula amalkan pemakanan yang sihat setahun yg lalu. Dengan berat 105 kg, alhamdulillah kini dah mencecah 78kg. Tak bermakna org yg berusia tidak boleh turunkan berat badan..Saya dah buktikan saya berjaya..
Selain dapat turunkan berat, yang paling ketara sekali dari segi kesihatan.. dulu nak solat pun jenuh menarik kerusi tapi sekarang Alhamdulillah kerusi dah tak pakai lagi.. saya alami sakit tumit dan lutut yang teruk dulu tapi lepas saya amalkan pemakanan yang sihat sakit tumit dan lutut hilang terus..
Ads
Bercerita tentang diet, saya amalkan makan 5-6 kali sehari.. tak pernah skip sarapan, lunch dan dinner. Mesti makan..saya amalkan pemakanan yang seimbang dan makan semua kategori makanan tapi saya pentingkan quality dalam makanan.. saya juga.tidak ambil sebarang produk kurus pun .sekadar penyusunan makanan yang seimbang saja..
Yang best sekarang saiz baju ketara berubah..Dulu saya pakai baju saiz 4XL tapi kini alhamdulillah dah bertukar ke saiz L..
Sebenarnya semua org boleh berubah dan berupaya untuk berubah .. Apa yang penting, konsisten, rajin dan nekad pasti kita berjaya…
Masyarakat kita memang tak dapat lari dari makan pedas. Selagi tak pedas macam kurang selera untuk menjamah hidangan disediakan.
Tetapi tahukah ada bahayanya jika makan terlalu banyak pedas, lagi-lagi jika extra pedas dan dimakan setiap hari.
Perkongsian lelaki ini @NaufalAntezem di laman twitter memberitahu pengalamannya yang gemar makan pedas hingga menyebabkan mengalami refluks gastroesofagus (GERD) atau penyakit pencernaan kronik dan juga diserang anxiety.
Kisah aku bermula bila for many days, aku pedih ulu hati dan tekak sentiasa rasa pahit, pedas, masam. Bila baring je, dapat rasa asid dalam perut tu, melonjak naik ke tekak without warning. Buang air besar pun tak puas. Sembelit, perut mencucuk cucuk sakitnya.
Aku dpt rasa badan aku makin lemah. Nak baring, tidur je. Peluh sejuk. Tengah-tengah malam tiba-tiba badan mcm seram sejuk, menggigil. Perut sentiasa rasa bloated as if ada something dlm perut. Perut rasa keras. Makan sikit dah rasa kenyang sangat but perut tak kempis pun.
Aku biasa kena gastrik. Tapi waktu tu, aku tahu itu bukan sakit gastrik biasa. Sehinggalah sampai satu tahap, aku hari-hari mula fikir sampai mati. As if aku akan mati hari tu jugak or kematian aku dah dekat. Aku pucat, tak bermaya, berat badan turun. Rasa risau 24/7.
Aku punya rasa risau dan takut mati tu, sampaikan aku tidur dengan parents aku almost everynl night sebab aku risau kalau aku nazak nanti, parents aku tak sempat tengok. Sampai macam tu sekali tahap risau, resah gelisah, overthinking waktu tu.
Aku tak tahu lagi gerd tu apa. So aku banyak Google tentang kanser perut, kanser usus etc. Biasalag kita bila sakit, terus Google lepastu memandai-mandai padankan symptoms kita dgn dapatan kajian Google. Sepanjang tempoh tu, setiap minggu aku pergi klinik.
Surprisingly, rasa resah gelisah aku tadi, rasa sakit and all terus hilang bila aku dekat dengan klinik, hospital. Up until aku pernah for few times sekadar dapat parking kat perkarangan hospital dah cukup untuk buat aku rasa sihat, selamat.
Sampailah satu tahap aku dah tak tahan sangat, semua klinik kesihatan, hospital gomen aku dah pergi, aku decide hentam pergi jelah KPJ kat Muar ni. Doc check and eoc sarankan masukkan camera dalam perut melalui mulut. Aku setuju terus. Tak kisahlah apa pun janji aku baik.
Bila dah settle that process, doc cakap aku gerd. Tapi masih peringkat okay lagi dan ada keradangan. Bila soal siasat, makan dapatlah dirumuskan tabiat makan aku lead to sakit ni. Hehehe.
Aku makan semua pedas. Kalau order kat warung, wajib mintak buat extra pedas. Samyang pedas as breakfast. Donat pun aku cecah dengan sambal kicap. Tak bergurau tapi ini betul-betul. Budu sepiring, cili api dekat 10 tangkai. Gepuk level 1 ? Lemah. Aku minta 50 tangkai terus.
Pukul 3-4 pagi pun aku rilek goreng nasik. Habis makan, terus baring. Air karbonat dah macam air masak. Sayur, buah memang aku tak makan dari kecik. Oh yes, aku senang sembelit. So memang almost everyday aku makan pil laxative nak bagi senang berak. Kalau tak mkn, aku tak berak.
Aku macam korang jugak dulu. Selalu je baca tweet-tweet macam sekarang ni. Aku masih bangga sebab aku tak sakit macam ni pun. Over je lebih yang tweet macam ni. Lemah betul dengan cili pun kalah.
Bila dah kena, kalau boleh nak makan sejadah minta ampun kat Tuhan sebab angkuh.
Sakit ni tak terus attack tau. Dia kumpul sikit sikit. Dia bagi kau teruskan keangkuhan sampailah dia nak geletek kau, waktu tu mana mau lari.
Lidah kau boleh tahan pedas tak bermaksud perut kau boleh. Kau kena ingat yang gerd ni kat perut, bukan kat lidah.
Bayangkan asid perut kau melonjak naik ke tekak. Pedih nakharam ! Dahlah masam, pahit, pedih lagi.
Pedas bukan flavour tau. Pedas adalah kesakitan. Bila makan pedas mula dari lidah, memanglah boleh tahan pedas tu sebab kita get ready. Bayangkan dari perut dia datang, menggelupur.
Oh lagi satu aku suka skip makan. Busy sangat sampaikan lewat petang or malam baru nak makan.
Kau nak fahami lebih lagi betapa sakit dan susahnya hidup bila ada gerd, kau masuk group pesakit gerd kat FB. Kau bacalah luahan hati masing-masing. Kecut perut kau nanti.
Bagi aku, yang tak bestnya gerd ni bila anxiety datang seiring. Dari perut, kalau kau tak bernasib baik, dia trigger anxiety kaw kaw. Kita bukan cakap resah gelisah biasa-biasa tau. Ini sampai tahap kau setiap saat fikir kau dah nak mati. Memang seksa weh. Percayalah cakap aku.
Kalau kau dah bertahun makan pedas, rilek je. Go ahead lah. Tapi bayangkan kau dah bongkok 3, baru tu perut kau memberontak. Selamat maju jaya aku ucapkan waktu tu kau buat thread tentang sakit perut di usia 70-an
Sekarang, aku makan sikit je pedas dah menggelupur. Kalau extra lebih sikit, perut aku dah start bertinju. Waktu pemulihan tu, aduh seksanya. Makan kena pantang. Banyak benda kena elak. Tidur pun tak lena sebab takut nanti bangun-bangun je dah masuk alam kubur.
Aku bukanlah nak menakut-nakutkan tapi masa yang kau spend untuk rawat sakit, lebih baik digunakan untuk benda lain. Kau ingat satu je, apa yang kau makan, amalkan harini, kesannya bukan dalam masa yg terdekat. In future, kau mesti kena punya. Duit bukan sikit keluar. Ribu-ribu woi.
Berpada-padalah okay. Pedas asal dapat rasa sudahlah. Badan nak pakai lama. Org kata kau lemah tak makan pedas, biarlah. Ada banyak lagi sebab untuk meninggal, tapi elakkan meninggal akibat hobi makan pedas. Haa cenggitulah.
Oh yes, gerd ni bukan sebab suka makan pedas je tau. Ini salah satunya. Para doktor kalau sudi boleh explain lebih lagi
Sebaik melahirkan anak pertamanya, pengacara dan juga usahawan Neelofa kini sedang menjalani tempoh berpantag di rumah ibunya, Datin Noor Kartini Noor Mohamed.
Walaupun belum sebulan berpantang, Neelofa seakan memberitahu dirinya ibarat seperti terkurung.
Berkongsi di Instagram Storiesnya, menunjukkan sekeping foto berwarna hitam putih yang memaparkan jeriji besi seakan memberitahu kedaan dirinya yang seperti terkurung.
Keadaan ini juga yang dialami ketika diawal fasa kehamilannya sebelum itu dan kini dirasai ketika menjalani tempoh berpantang.
Kenapa pada fasa awal kehamilan dan berpantang terasa seperti duduk di dalam ini? Secara emosi dan fizikal.
Ditambah dengan kapsyen ringkas, Neelofa seakan menggambarkan perasaan yang sedang dirasai yang melibatkan emosi dan fizikalnya.
Ingin mengetahui perasaan itu-ibu lain yang berpantang seperti dialaminya, dia turut meminta pandangan orang ramai berkongsi pengalaman masing-masing.
Setelah hampir 10 tahun penyanyi Caliph Buskers, Azmi Saat dan isteri, Nazira Muhammad menanti kehadiran cahayamata, tetapi hanya diberi rezeki bersama selama tiga hari sahaja sebelum bayi syurga ini dijemput PenciptaNya.
Sebelum itu Azmi mengumumkan betapa gembiranya dapat menimang zuriat, bayi yang ditunggu hampir sedekad lahir dengan berat 3.3 kilogram dan diberi nama Khairul Afnan.
“Allah lebih menyayanginya. Afnan tunggu kami di syurga ya…” itu nota pengumuman yang ditulis di akaun Instagramnya.
Sebelum itu Azmi, 34, memaklumkan, cahaya mata dia dan Nazira, 35, diuji selepas doktor mengesahkan Khairul Afnan kurang sihat sehingga terpaksa menerima bantuan pernafasan
Sehubungan itu, Azmi memohon semua pihak agar mendoakan kesembuhan segera buat anaknya itu.
“Mohon tolong doakan Afnan. Afnan tak sihat. Kami sedang diuji. Allah mudahkan urusan kami waktu proses mengandung, tapi sekarang Allah nak uji kami.
“Allah mudahkan proses bersalin, tapi sekarang Allah nak uji kami. Allah letakkan rasa teruja dalam hati kami, tapi sekarang Allah nak uji kami.
“Itulah Allah pemilik sekalian alam. Dia yang maha merancang dan maha mengetahui segalanya.
“Mungkin ada antara kalian yang Allah makbulkan doanya. Tolong doakan moga Afnan sihat dan Allah berikan yang terbaik buat kami. Apa pun yang berlaku, kami reda dengan ketentuan takdirNya,” tulis Azmi.
Menurut Azmi seperti dilaporkan Mstar berkata bayınya meninggal dunia akibat kegagalan fungsi otak.
Lebih menyedihkan, zuriat yang dtunggu selama ini menghembuskan nafas terakhirnya dalam pangkuan ibunya Nazirah di salah sebuah pusat perubatan.
“Selepas alat bantuan pernafasan dibuka, Azmi dan isteri diğeri peluang meriba anak mereka sehingga nafas terakhrnya. Baby Afnan kemudiannya meninggal dunia beberapa minit kemudian,” beritahu pengurus Azmi, Syah Rahman.
Sementara itu Syah turut memaklumkan masih belum mengetahui penyakit dihidapi bayi berkenaan kerana perlu menjalani pemeriksaan pakar terlebih dahulu.
Takziah buat keduanya dan semoga Azmi dan isteri dapat menerima dugaan ini dengan tabah dan reda. Kita doakan ada rezeki lagi untuk keduanya nanti.
Sering sakit pinggang selepas seharian bekerja? Jangan biarkan ia melarat! Ketahui 3 regangan mudah yang boleh dilakukan di mana-mana sahaja untuk melegakan kesakitan dan mengekalkan keselesaan tulang belakang anda.